PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 7 Disember 2016

MiSTiQ: PENUNGGU GUNUNG BAH.5


BAHAGIAN 5

MANAP menjawab, “Saya sebenarnya tengah tunggu kawan-kawan untuk mendaki ni. Tapi dah dekat berapa jam tak sampai lagi. Tak salah kalau saya ikut naik dengan lori ni sekejap.”
“Baguslah kalau macam tu. Naiklah.” Kata lelaki itu.
Semasa lori mula bergerak, lelaki itu mengenalkan diri sebagai Daud.
“Dah lama kerja angkut tanah dari gunung ni untuk buat labu sayong?” Manap bersedia dengan buku catitan di tangan, walaupun keadaan lori adakala menyukarkan untuk menulis.
“Dekat sepuluh tahun. Dulu kawasan tanah tu rata, sekarang dah macam kawah.” Jawab Daud.
“Ada apa-apa pengalaman pelik semenjak bekerja di tempat ni?”
“Baru-baru ni ada. Masa menggali, saya terdengar suara melolong dari dalam lubang tu. Macam mengaum ada, macam merintih pun ada. Bergema kat tempat tu.”
“Tahu apa puncanya?”

MiSTiQ: PENUNGGU GUNUNG BAH.4


BAHAGIAN 4

MANAP menjawab, “Tak apalah bang. Saya sebenarnya tengah tunggu kawan-kawan untuk mendaki ni. Boleh bagi nombor telefon? Untuk saya hubungi kemudian. Mungkin kita boleh berbual dalam telefon nanti.”
Setelah mendapatkan nombor telefon lelaki itu, Manap hanya mampu melihat lori itu berlalu dengan hampa. Ada rasa terkilan kerana tidak dapat mendengar pengalaman pemandu lori itu.
Dia cuba menelefon pelajar yang akan menyertai ekspedisi bersamanya.
“Helo,” suara di talian.
“Afiq, kat mana ni? Dah lama saya tunggu ni.” Manap cuba menahan marah.
“Encik Manap, minta maaf. Kami kemalangan tadi. Ini baru lepas buat laporan kat balai polis. Nampaknya kami terpaksa tangguh dulu ekspedisi ni.”
“Teruk ke?” Manap mula terasa cuak.
“Kami okey. Cuma kereta Kancil tu kena masuk bengkel. Saya minta maaf banyak-banyak Encik Manap. Nanti kami beritahu bila baru dapat teruskan rancangan ekspedisi ni.”
“Tak apa. Yang penting kamu bertiga selamat.”
Setelah menamatkan panggilan, Manap terasa menyesal.
“Kalau aku ikut lelaki naik lori tadi kan bagus. Eiii… buang masa betul!” Rungut Manap sebelum menuju ke kereta untuk pulang.

MiSTiQ: PENUNGGU GUNUNG BAH.3

BAHAGIAN 3

MANAP menunggu di kawasan rehat yang terletak di kaki gunung. Terdapat kawasan parkir dan kedai untuk mendapatkan bekalan sebelum mula mendaki. Terdapat jalan di lereng bukit yang digunakan untuk kenderaan menuju ke pusat rekreasi beberapa kilometer dari lereng bukit. Namun selepas itu, pengunjung terpaksa menapak menggunakan tangga yang dibina menuju ke puncak.
Terdapat kawasan tanah liat yang digunakan oleh pengusaha labu sayong untuk mendapatkan bekalan bahan mentah. Lori bermuatan kecil itu adalah antara pengguna jalan raya menuju ke bahagian atas gunung, di samping lori kontraktor dan pembekal barangan ke kawasan rekreasi itu.
Setelah membuat keputusan untuk mendaki bersama ekspedisi pelajar, Manap membuat persiapan. Dia menunggu di kaki gunung bersama peralatan yang diperlukan. Kereta diparkir di ruangan yang disediakan.
Sambil menunggu, Manap menemuramah pengunjung dan pengusaha kedai di situ tentang pelbagai kisah yang mereka dengar tentang gunung itu. Kebanyakannya memberitahu tentang pengalaman seram yang telah Manap ketahui melalui fail wartawan sebelum ini dan carian google.
Antaranya adalah kelibat makhluk gergasi bertubuh menggalah tingginya. Juga kelibat sekumpulan manusia berpakaian serba putih menapak di tepi jalan raya menuju ke bahagian atas gunung. Begitu juga dengan legenda Mahaguru Said dengan makhluk belaannya dan keris puaka.
“Aku perlukan kisah yang lebih unik, bukan yang dah biasa orang dengar. Harap-harap aku akan temui jawapannya di atas nanti.” Manap berbisik sendirian semasa dia berseorangan. Rasa lelah menunggu semakin ketara.
Jam demi jam telah berlalu. Dari awal pagi hingga matahari sudah mula meninggi.
“Mana budak-budak ni? Janji apa kalau macam ni?” Manap mula bengang.
Puas dia cuba membuat panggilan, tapi tidak berjawab.
“Apa masalah dia orang ni?” Gerutu Manap sendirian.

MiSTiQ: PENUNGGU GUNUNG BAH.2


BAHAGIAN 2

MANAP tiba di kampung yang dimaksudkan. Kampung itu tidak berapa payah untuk dituju, tetapi dia telah tersesat hingga hampir separuh hari. Dia sepatutnya tiba lewat pagi itu. Sebaliknya dia sampai ke jalan masuk kampung  lewat tengah hari.
Dia ternampak sekumpulan lelaki di warung kopi tidak jauh dari jalan utama.
“Assalamualaikum,” pamit Manap.
“Waalaikumussalam,” suara garau bercampur baur oleh lelaki yang ada di situ.
“Saya nak cari rumah Wak Seman. Kat mana rumah dia?” tanya Manap.
“Buat apa nak cari dia?” tanya lelaki berbaju kemeja lusuh dengan topi kanvas. Kelihatan seperti dia baru pulang dari kerja berkebun.
“Saya nak tanya pasal anak dia, Opie.”
“Baik tak payahlah. Buang masa jumpa budak tu.” Kata lelaki bermisai tebal.
“Kenapa?”

MiSTiQ: PENUNGGU GUNUNG BAH.1


MiSTiQ
PENUNGGU GUNUNG

BAHAGIAN 1

MANAP menghirup kopi di cawan. Dia perlu menyahkan rasa mengantuk yang mula membelai kelopak mata. Sekurang-kurangnya dia perlu memilih kes untuk liputan segmen Seramania yang seterusnya.
Jam menunjukkan pukul 9.35 malam. Meja di workstation Manap dipenuhi beberapa fail legasi peninggalan wartawan sebelum ini. Wartawan yang kehilangannya masih kekal misteri sehingga kini. Apa yang anehnya adalah tiada siapa yang dapat memastikan siapa yang bertanggungjawab ke atas kejadian itu. Mungkin juga masing-masing ingin menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa seterusnya.
Manap telah cuba menggeledah fail-fail yang ditinggalkan untuknya. Namun dia masih belum dapat mengenal pasti siapa yang dimaksudkan. Dia juga masih belum memilih kes yang sesuai untuk siaran seterusnya. Kejayaan kisah Misteri Gadis Komuter menyebabkan dia agak cerewet.
Payah juga nak memilih ni. Silap pilih nanti, jadi one hit wonder lah jawabnya. Rungutnya dalam hati. Bimbang sekiranya artikel kedua ini tidak sehebat yang sebelumnya.
Sedang dia dilanda kekeliruan, sesuatu ditangkap ekor matanya. Dia pasti telah terlihat seseorang lalu di koridor, sedangkan hakikatnya hanya dia saja yang masih ada di situ. Dia rasa tidak sedap hati. Terus dia bangun dan menuju ke arah orang yang dilihat.

Ahad, 9 Oktober 2016

MiSTIQ: MISTERI GADIS KOMUTER BAH.5

BAHAGIAN 5

“Cik! Ke tepi! Ada keretapi tu!” Pekik Manap.

Dia panik. Dia tidak tergamak turun untuk menyelamatkan gadis itu yang dilihat seperti menghadapi masalah psikologi.

Manap terpandang petugas stesen yang ada tidak jauh darinya. Dia meluru ke arah lelaki itu.

“Ada perempuan kat rel tu!” pekik Manap.

Lelaki itu hanya tercegat berdiri, seolah-olah tiada perasaan melihat kejadian cemas tu.

“Apa kena dengan dia ni?” Manap bengang setelah melihat keretapi semakin hampir. Begitu juga lelaki yang ada di situ.

“Kenapa encik?” tanya petugas itu.

“Kenapa kau tanya? Kau tak nampak tu?” jerkah Manap dalam keadaan panik dan bengang.

“Encik, bawa istighfar. Baca ayat kursi.” Katanya sebelum dia juga mengalunkan bacaan yang sama.

“Kenapa dengan kau ni? Ini bukan masanya. Sekarang nyawa perempuan tu lagi penting! Apa kena dengan kau ni?” Manap seperti orang hilang akal.

MiSTIQ: MISTERI GADIS KOMUTER BAH.4

BAHAGIAN 4

“Cik!” Tanpa memikirkan dirinya, Manap berlari ke arahnya. “Cik! Ada keretapi tu!”

Gadis itu memandang Manap tanpa ekspresi. Akhirnya Manap nekad ingin menolak gadis itu. Alangkah terkejutnya apabila dia terasa seperti menolak pancaran hologram. Gadis itu masih di situ. Kerana tergamam, Manap terlambat bertindak apabila keretapi mula menghampirinya dengan cahaya yang menyilaukan.

Beberapa hari kemudian…

BERITA akhbar METRO memaparkan kisah yang begitu aneh.

MiSTIQ: MISTERI GADIS KOMUTER BAH.3

BAHAGIAN 3

MANAP melihat jam dengan malas. Dia terasa seperti orang bodoh. Sudah beberapa kali dia naik dan turun tren komuter berulang kali. Bermula di stesen tepi tasik, dia naik tren dari arah bertentangan. Kemudian dia bertukar arah untuk menuju ke stesen tasik.

Setelah berbual dengan beberapa kakitangan stesen komuter itu, Manap dapat tahu komuter yang dimaksudkan adalah yang menuju ke kawasan tasik. Di stesen untuk ke tasik, kelibat itu akan hilang. Malah ada yang mengaku ternampak kelibat itu berlegar di kawasan rel. Gerabak yang dimaksudkan adalah gerabak yang paling hadapan.

“Sia-sia je kerja aku naik turun keretapi macam orang gila. Duit pun habis macam tu aje.” Bebelnya dalam lirih.

Tren komuter yang dinaiki adalah yang terakhir untuk malam itu. Sebentar lagi dia akan tiba di stesen sebelah tasik.

“Nampaknya terpaksalah aku tulis berdasarkan apa yang aku dengar je.” Keluhnya ketika tren mula menghampiri destinasi.

Gerabak yang dinaiki memang kurang popular. Semenjak kes kelibat perempuan berkurung dan berselendang putih muncul, ramai yang memilih gerabak lain. Kalau ada pun mungkin yang tidak mengetahui cerita di sebalik gerabak itu, atau yang memang sengaja inginkan thrill jika ternampak kelibat itu.

Malam itu ada tiga orang saja yang ada di situ selain Manap.

Manap turun dari gerabak dengan rasa hampa. Dia melihat buat kali terakhir kawasan itu sebelum beredar.

“Haaai… nasib betul! Sia-sia rancangan aku.” Gerutunya.

Dia melihat seorang demi seorang penumpang meninggalkan stesen. Hinggalah dia terpandang seseorang yang menangkap perhatiannya. Seorang gadis memakai baju kurung dan selendang putih tercegat memandangnya di hujung platform. Tiada sesiapa yang ada di situ selain gadis itu.

MiSTIQ: MISTERI GADIS KOMUTER BAH.2

BAHAGIAN 2

MANAP keluar dari pejabat Encik Hadi, bosnya dengan senyum lebar. Artikel pertama yang ditulis mendapat pujian.

“Alhamdulillah, aku berjaya jaga reputasi aku dengan artikel pertama yang aku tulis.” Kata Manap ketika berbual dengan Zali.

“Tahniah. Baguslah kalau macam tu.” Puji Zali.

“Tapi… aku rasa tak puas hatilah.”

“Kenapa?”

MiSTIQ: MISTERI GADIS KOMUTER BAH.1


MiSTiQ
MISTERI GADIS KOMUTER.

BAHAGIAN 1
MANAP memerhati mejanya di tempat baru. Masih kosong dan bersih. Hanya ada monitor dan CPU Compaq berwarna putih yang berusia dalam anggaran setahun lebih. Pembahagi workstation berkain kasap kelabu juga kosong. Hanya ada kalendar bersama contengan oleh pengguna sebelumnya.

Tray dokumen juga kosong. Manap mengeluarkan laptop di ruang kosong bersebelahan dengan komputer. Dia mula memeriksa emel dan akaun media sosial yang lain.

“Assalamualaikum.” Seorang lelaki muncul di sebelahnya sambil menghulur salam.

“Waalaikumsalam,” jawab Manap, terkejut sedikit disergah begitu.

“Manap kan?” tanya lelaki itu lagi.

Manap angguk.

“Saya Zali. Kawan Rizal.”

“Ooo… ya, Rizal ada ceritakan.” Manap angguk lagi.

Zali melihat sekeliling sebelum mula berbicara.

“Rizal ada cerita pasal wartawan yang kerja sebelum ni?” Zali menurunkan sedikit suaranya.

Rabu, 7 September 2016

MiSTiQ: Cerpen bersiri interaktif (SIRI BARU!!!)

MiSTiQ
Cerpen Bersiri Interaktif

“Tersilap pilih, maut padahnya!”



ABDUL Manap atau lebih dikenali sebagai Manap rasa teruja hari itu. Bukan selalu dia diraikan seperti ini. Selepas waktu pejabat, rakan setugas memesan pizza untuk semua staf di bahagian yang sama.

“Tahniah!” ucap Karim, wartawan seperti Manap.

“Terima kasih. Susah-susah aje korang semua ni.” Manap rasa terharu.

“Tak ada hal. Bukan senang nak jadi wartawan kat majalah Mistiq tu. Bila kau dapat, kami pun tumpang gembira.” Kata Karim.

“Betul tu Manap. Aku bangga dapat kawan yang dapat kerja kat majalah tu.” Sampuk Rizal. “Cuma… err… aku ada terdengar berita yang tak berapa sedap pasal majalah tu.”

“Hish kau ni Rizal. Aku belum mula kerja kat sana, kau dah bagi aku rasa tak sedap hati.” Manap terasa.

“Yalah Rizal. Orang bagi semangat, bukan menjatuhkan semangat. Kawan apalah kau ni!” Karim pun tidak setuju.

“Apa tanggapan korang, itu aku tak kira. Tapi aku rasa bertanggungjawab menyampaikan. Kau nak terima atau tidak, itu lain kira.” Rizal cuba menegakkan pendiriannya. “Aku dengar ada perkara tak elok berlaku pada wartawan sebelum kau. Dia hilang macam tu aje.”

Tengkuk Manap mula meremang. Dia rasa tidak selesa dengan tiba-tiba. “Apa lagi yang kau dengar pasal wartawan tu?”

Selasa, 6 September 2016

SLOT CERPEN SERAM INTERAKTIF



Slot seram terbaru bermula bulan ini. Menampilkan 9 cerpen seram interaktif dengan pelbagai elemen cabaran hasil cadangan ahli grup Laman Inspirasi Pena VR.

Abdul Manap, wartawan majalah Mistiq mencari bahan untuk segmen Seramania. Dia bertemu dengan pelbagai sumber kisah seram, tetapi dia terpaksa membuat pilihan supaya dapat membongkar kisah misteri berdasarkan klu oleh sumber yang menceritakan kisah itu.

Pembaca bertanggungjawab memandu Manap agar membuat pilihan yang tepat, atau... 

AKAN DATANG!!!
Hanya di PENA VR (skausari.blogspot.com)

Jumaat, 10 Jun 2016

CERPEN SAI FAI THRILLER - LIF


Shahidee menghantar dokumen ke tingkat 13 Menara RJ. Apabila dia keluar dari lif, dia dapati segalanya berlainan dari tempat yang dia telah biasa. Keadaan bumi juga telah berubah dan menghadapi masalah alam sekitar yang teruk. 

Apa yang telah terjadi? Di mana dia sebenarnya? Benarkah ada dunia parallel seperti yang sering menjadi isu dalam filem saifai atau fiksyen sains?

Mungkin jawapannya ada dalam cerpen LIF oleh Salleh Kausari. Kini disiarkan di portal Ilham Karangkraf.

KLIK DI SINI UNTUK BACA

Cerpen-cerpen thriller lain oleh S.Kausari.


Harap maaf. Ada siaran cerpen-cerpen ini yang telah ditamatkan dan hanya sedutan disiarkan kepada umum. Namun jika berkesempatan, mungkin akan dijadikan kompilasi suatu hari nanti.

Harap maklum.
 1. BUAYA DI DANAU KESUMAT (Sedutan)







2. MAWAR SEPULTURA (Cerpen penuh)






3. B.A.R.A.N (Sedutan)







4. MEGALOMANIA (Sedutan)





















Sabtu, 14 Mei 2016

CERPEN THRILLER: POTRET



Qadriya Qasha, seorang penulis yang sedang meningkat naik. Kerana satu kesilapan dia telah jatuh menjunam angkara seorang pembaca.

5 tahun berlalu, si pembaca itu telah menjadi penulis tersohor dengan nama pena Riella Syamel.
Bayangan silam menjejak, mengejar dan mengancamnya kerana perbuatan lampau.

Apakah kesudahannya?

Bila kali terakhir anda mendengar bisikan halimunan di telinga?

KINI DISIARKAN DI ILHAM KARANGKRAF!!!




PENAFIAN: 
Kisah ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan sesiapa atau isu apa. Walaupun penulis telah cuba sedaya upaya untuk mengelakkan daripada pertembungan dengan realiti, sebarang persamaan harap dimaafkan. 
Apa yang dikongsi adalah semata-mata untuk dijadikan iktibar oleh penulisnya dan sesiapa yang merasakan ia perlu. Harap maklum.


Cerpen-cerpen thriller lain oleh S.Kausari. Harap maaf. Ada siaran cerpen-cerpen ini yang telah ditamatkan dan hanya sedutan disiarkan kepada umum. Namun mungkin akan dijadikan kompilasi suatu hari nanti.
 1. BUAYA DI DANAU KESUMAT
2. MAWAR SEPULTURA
3. B.A.R.A.N
4. MEGALOMANIA

Rabu, 27 April 2016

NOT FOR SALE : THE UNTOLD STORY 5A

NOT FOR SALE : THE UNTOLD STORY
Sebuah cerpen versi interaktif oleh Salleh Kausari

Nota: Karya interaktif bermakna pembaca diberi pilihan menentukan jalan cerita
berdasarkan alternatif yang ada. Penghujung yang elok atau tidak bergantung kepada keputusan yang dibuat berdasarkan fakta atau klu yang diberi dalam cerita. Walaupun tersalah pilih, pembaca masih berpeluang meneroka alternatif lain, dan memberikan pembacaan satu pengalaman yang luar biasa dan tidak dapat dirasai dalam teknik penulisan biasa.





BAHAGIAN 5A


JUNITA sengaja membiarkan telefon berbunyi.

“Ah! Entah siapalah nak mengacau aku ni. Jangan jangan datuk tu, nak ajak aku keluar agaknya.” Dia memuat andaian.

Junita terus ke dapur dan menuju ke mesin basuh.

“Mana pulak cangkul ni? Semalam aku nampak ada kat sini.” Mata Junita melingas mencari. “Takkan ada orang alihkan.”

Hatinya tergerak ingin mengintai di balik mesin basuh. Kelihatan batang cangkul itu terbaring ke lantai.

“Huh… terjatuh rupanya. Buat saspen je.” Dia meraba ke belakang mesin basuh dan cuba mencapai batang kayu dengan panjang lebih satu meter itu. Akhirnya dia berjaya.

“Dah lama aku tak menyangkul. Masa duduk kampung dulu ada juga tolong nenek buang rumput depan rumah. Basah baju dibuatnya.” Bebel Junita.

Dia melihat bahagian belakang rumah banglo. Dia pasti suatu masa dulu kawasan itu begitu indah.

Kelihatan di satu sudut batu disusun di tepi dinding. Di bawahnya ada kolam kering yang dipenuhi rumput. Ada sedikit air bertakung yang sudah hijau berlumut. Ada kerusi dan meja laman daripada besi berwarna putih di sebelahnya. Kini kebanyakannya sudah berkarat.

Tentu ada air terjun di kawasan ni dulu. Mesti seronok bersantai sambil dengar air terjun. Junita berangan.

Junita dikejutkan dengan bunyi kicau burung di sebatang pokok. Lekas-lekas dia kembali fokus dengan apa yang ingin dilakukan. Dia memandang ke kawasan lapang di tengah-tengah laman seperti dalam mimpi.

“Aduuuuh! Masak aku kalau nak kena gali lubang ni sorang-sorang. Besar lubang dalam mimpi aku tu.” Keluhnya sendirian.

Dia berdiri di bahagian yang berada betul-betul di tengah lubang besar dalam mimpinya. Junita mula mencangkul. Dia menghayun cangkul setinggi-tingginya dan mula menajak tanah. Malangnya hanya bahagian rumput yang tertanggal.

“Begitu payah aku hayun, sikit je yang terkeluar. Cis!” Junita bengang. “Lambatlah baru dapat korek dalam-dalam ni.”

Junita terus menggali hingga tubuhnya berpeluh. Lengannya terasa lenguh, tetapi dia enggan mengalah.

“Payah juga kalau Karina nampak apa aku buat ni. Esok kena marah dengan Jojo lagi sebab aku kepenatan hari ni. Tapi… ah! Lantaklah. Janji aku dapat jawapan dari mimpi aku malam tadi.”

Klekuk!
Cangkul terkena sesuatu.


Harap maaf, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, sambungan bahagian ini hanya disiarkan di Grup Facebook LAMAN INSPIRASI PENA VR. Pembaca dialu-alukan menyertai grup ini untuk membaca karya-karya lain oleh penulis.





NOT FOR SALE : THE UNTOLD STORY 4A

NOT FOR SALE : THE UNTOLD STORY
Sebuah cerpen versi interaktif oleh Salleh Kausari

Nota: Karya interaktif bermakna pembaca diberi pilihan menentukan jalan cerita
berdasarkan alternatif yang ada. Penghujung yang elok atau tidak bergantung kepada keputusan yang dibuat berdasarkan fakta atau klu yang diberi dalam cerita. Walaupun tersalah pilih, pembaca masih berpeluang meneroka alternatif lain, dan memberikan pembacaan satu pengalaman yang luar biasa dan tidak dapat dirasai dalam teknik penulisan biasa.





BAHAGIAN 4A


JUNITA memberanikan diri menuju ke depan pintu di tingkat mezzanin. Tingkat yang lantainya tidak meliputi sepenuhnya bahagian itu. Mungkin untuk memberi kebebasan penghuninya melihat ke bawah dari bahagian yang kelihatan seperti pentas tinggi itu.

Kau pasti nak buat benda ni? Sekali kau masuk tak ada patah balik lagi. Junita bermonolog dalam diam.

Kalau aku tak masuk, sampai bila-bila aku tak tahu apa ada kat dalam ni. Bisik hatinya lagi.

Junita menghela nafas dalam-dalam. Kemudian dia mencapai tombol pintu. Dia berhenti lagi, masih ada keraguan yang masih bersarang.

Akhirnya tombol pintu dipulas. Dia melihat bilik yang gelap gelita. Hanya sedikit cahaya yang mengintai dari luar. Pemetik suis dinyalakan.

Cahaya terang benderang di dalam bilik yang luas tetapi kelihatan begitu lama ditinggalkan. Kelihatan rak buku memenuhi satu ruang dinding. Sofa dan kusyen mengisi satu sudut bilik, dengan permaidani memenuhi ruang lantai di bahagian itu.

Nampak gayanya macam bilik bacaan, bisik Junita.

Matanya melirik ke arah bahagian hujung bilik itu yang kelihatan suram, seolah-olah sengaja dibiarkan tanpa simbahan cahaya lampu.

Junita masih teragak-agak untuk masuk. Tiada apa-apa yang menyeramkan tentang bilik itu, walaupun dalam waktu sebegini. Akhirnya setelah berfikir, dia melangkah masuk. Dia menuju ke arah rak-rak buku yang ada.

Matanya menangkap bahagian barisan tengah dengan sebuah buku berkulit tebal dengan corak flora Inggeris. Mungkin sebuah album gambar.

Dia mencapainya dan mula menyelak helaian demi helaian. Pelbagai gambar perkahwinan seorang wanita Inggeris dengan pasangannya, seorang lelaki Inggeris yang kelihatan lebih matang. Kemudian gambar wanita itu semasa sedang membuat persembahan di pentas. Mungkin sebuah kelab malam.

“Siapa perempuan ni?” Junita mengamati gambar itu.

Dia menyelak lagi album gambar itu. Di muka surat seterusnya kelihatan gambar bersaiz besar memenuhi ruang album itu dengan tanda tangan.

“Annavia?” Junita tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang wanita itu.


Serta-merta dia terasa angin menampar pipi dan lengan kanannya selepas menyebut nama itu. Spontan dia memandang ke kanan di bahagian suram tanpa cahaya.


Harap maaf, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, sambungan bahagian ini hanya disiarkan di Grup Facebook LAMAN INSPIRASI PENA VR. Pembaca dialu-alukan menyertai grup ini untuk membaca karya-karya lain oleh penulis.






Ahad, 3 April 2016

KISAH SERAM MALAM JUMAAT: SEGMEN BARU DI ILHAM KARANGKRAF


Bermula dari 24 Mac 2016, satu segmen baru telah dimulakan di Ilham Karangkraf yang menyatukan 22 orang penulis Seramlicious Buku Prima. Projek ini diberi nama Kisah Seram Malam Jumaat.

TONTON VIDEO PROMO. >>> KLIK DI SINI

Ahad, 20 Mac 2016

NOVEL KEDUA SAYA AKAN MENYUSUL!!!


Alhamdulillah, akhirnya enovel Misteri Mimpi Yana telah berevolusi menjadi karya bercetak terbitan Terfaktab di bawah label Terfaktab Line dalam bulan Mac 2016.

Kisah yang pernah bersiaran sebanyak tiga bahagian di blog PENA VR ini secara keseluruhannya ada lima bahagian dengan kisah yang mengejutkan tentang Yana, rakan-rakan dan mereka yang terlibat dalam kes baru itu. Apakah kisahnya? Apakah kesudahannya?

Jangan ketinggalan untuk menjadikan naskhah Misteri Mimpi Yana sebagai koleksi bacaan anda kerana konsep interaktif yang jarang sekali dihasilkan di Malaysia.

Apa itu konsep interaktif? Boleh layan baca cerpen di blog ini dengan judul NOT FOR SALE: THE UNTOLD STORY yang menggunakan konsep tersebut.

Untuk maklumat lanjut tentang novel ini, boleh berkunjung ke Laman Facebook MISTERI MIMPI YANA. <<< Klik link

Maklumat untuk pembelian novel ini ada di bawah.









Khamis, 3 Mac 2016

NOT FOR SALE : THE UNTOLD STORY 5B

NOT FOR SALE : THE UNTOLD STORY
Sebuah cerpen versi interaktif oleh Salleh Kausari

Nota: Karya interaktif bermakna pembaca diberi pilihan menentukan jalan cerita
berdasarkan alternatif yang ada. Penghujung yang elok atau tidak bergantung kepada keputusan yang dibuat berdasarkan fakta atau klu yang diberi dalam cerita. Walaupun tersalah pilih, pembaca masih berpeluang meneroka alternatif lain, dan memberikan pembacaan satu pengalaman yang luar biasa dan tidak dapat dirasai dalam teknik penulisan biasa.



BAHAGIAN 5B

"Siapa pulak yang telefon ni?" Omel Junita bersama telefon di tangan. Rancangan menggali laman belakang dibatalkan.

"Helo," Junita tertanya-tanya dalam hati.

"Junita," suara di talian.

"Ya. Ini siapa?"

"Ini Dato' Refqal. You apa khabar?"

"Okey." Junita cuba memikirkan sebab lelaki itu menelefonnya.

Rabu, 2 Mac 2016

NOT FOR SALE : THE UNTOLD STORY 4B

NOT FOR SALE : THE UNTOLD STORY
Sebuah cerpen versi interaktif oleh Salleh Kausari

Nota: Karya interaktif bermakna pembaca diberi pilihan menentukan jalan cerita
berdasarkan alternatif yang ada. Penghujung yang elok atau tidak bergantung kepada keputusan yang dibuat berdasarkan fakta atau klu yang diberi dalam cerita. Walaupun tersalah pilih, pembaca masih berpeluang meneroka alternatif lain, dan memberikan pembacaan satu pengalaman yang luar biasa dan tidak dapat dirasai dalam teknik penulisan biasa.



BAHAGIAN 4B

"AH! Buat apa aku memandai-mandai tengok apa dalam bilik tu. Mesti ada sebab kenapa dia tak bagi aku tengok. Kalau ada benda bukan-bukan dalam bilik tu, padan muka aku." Junita mengomel dalam lirih sambil menuju ke biliknya.

"Barulah kenyang. Aku memang tak boleh makan malam salad. Serik!" Katanya sambil menyelinap ke dalam duvet. Pendingin hawa dipasang perlahan pada malam yang agak hangat itu. Hinggalah akhirnya dia terlelap.

~~***~~

"KENAPA dengan kau ni?" Karina perasan perubahan ketara Junita pagi itu.

Junita nampak monyok dan tidak bersemangat. "Aku dapat tidur sekejap je semalam. Lepas terjaga aku dah tak boleh tidur."

NOT FOR SALE : THE UNTOLD STORY 3

NOT FOR SALE : THE UNTOLD STORY
Sebuah cerpen versi interaktif oleh Salleh Kausari

Nota: Karya interaktif bermakna pembaca diberi pilihan menentukan jalan cerita
berdasarkan alternatif yang ada. Penghujung yang elok atau tidak bergantung kepada keputusan yang dibuat berdasarkan fakta atau klu yang diberi dalam cerita. Walaupun tersalah pilih, pembaca masih berpeluang meneroka alternatif lain, dan memberikan pembacaan satu pengalaman yang luar biasa dan tidak dapat dirasai dalam teknik penulisan biasa.



BAHAGIAN 3

KARINA sedang menyiapkan bahan untuk salad dressing ketika Junita memotong sayuran untuk dijadikan makan malam mereka. Buah tomato, iceberg lettuce dan timun adalah antara bahan utamanya. Untuk bahan protein, telur yang telah direbus dikupas kulitnya dan dibelah dua.

"Aku tak boleh ingat peristiwa siang tadi." Kata Junita sambil memotong timun hingga kelihatan seperti kentang goreng. Dipotong tirus dan memanjang.

"Yang mana?" kata Karina sambil mencapai mayones dari dalam peti sejuk.

"Masa photoshoot tu lah. Aku gabra gila kau tahu. Lepas tu Cindy, Maya dan Rachel kutuk aku dengan ketawa sinis dia orang tu." Junita begitu beria-ia bercerita.

"Oh yang itu. Lepas tu Jojo photographer lembut yang vogue tu puji kau. Superb! Excellent! Nice! Muka dia orang macam kerang basi kau tahu." Karina menambah.

"Kerang basi? Bukan kerang busuk?" Junita berkerut dahi.

NOT FOR SALE : THE UNTOLD STORY 2

NOT FOR SALE : THE UNTOLD STORY
Sebuah cerpen versi interaktif oleh Salleh Kausari

Nota: Karya interaktif bermakna pembaca diberi pilihan menentukan jalan cerita
berdasarkan alternatif yang ada. Penghujung yang elok atau tidak bergantung kepada keputusan yang dibuat berdasarkan fakta atau klu yang diberi dalam cerita. Walaupun tersalah pilih, pembaca masih berpeluang meneroka alternatif lain, dan memberikan pembacaan satu pengalaman yang luar biasa dan tidak dapat dirasai dalam teknik penulisan biasa.




 BAHAGIAN II

JUNITA mengatur langkah sambil mengepit erat beg yang biasanya digalas atau dijinjing. Reaksi spontan dengan perasaan yang singgah. Kardigan nipis dipakai semata-mata untuk menghilangkan rasa dingin yang hadir, walaupun mentari sudah mula terik ketika itu.

Macam mana aku nak sesuaikan diri dengan yang lain? Kalau mereka semua kaki buli macam mana? Bisik hatinya.

Setibanya di pekarangan lobi bangunan itu, dia memperkenalkan diri kepada penyambut tetamu yang bertugas. "Junita Saiman."

"Cik ni model yang baru kan?" tanya gadis berambut ikal itu.

Selasa, 23 Februari 2016

NOT FOR SALE : THE UNTOLD STORY (CERPEN MISTERI SERAM INTERAKTIF)

NOT FOR SALE : THE UNTOLD STORY
Sebuah cerpen versi interaktif oleh Salleh Kausari

Nota:
Karya interaktif bermakna pembaca diberi pilihan menentukan jalan cerita
berdasarkan alternatif yang ada. Penghujung yang baik (atau tidak) adalah bergantung kepada keputusan yang dibuat berdasarkan fakta atau klu yang diberikan dalam cerita. Walaupun tersalah pilih, pembaca masih berpeluang meneroka alternatif lain, dan memberikan pembacaan satu pengalaman yang luar biasa dan tidak dapat dirasai dalam teknik penulisan biasa.



 BAHAGIAN I

Dua tahun lepas

MAISYA mengelus rambut yang beralun dan mengurai dengan warna merah dan ungu dek balikan cahaya dari siling kelab malam. Aroma Chanel No.5 semerbak di tengkuk bersama seorang lelaki berumur di sisinya. Meskipun sudah berusia dalam lingkungan lima puluhan, tubuhnya masih kelihatan tegap dan segak. Ditambah pula dengan suit Armani berwarna kelabu bergarisan hitam.

Sesekali wajahnya begitu hampir dengan leher Maisya. Gabungan aroma asli wanita itu dan Chanel No.5 memberikan perasaan yang sungguh sureal. Seolah-olah dia berada di indera kayangan yang mendamaikan walaupun dalam hiruk-pikuk hentakan muzik kelab dan liang-liuk tubuh manusia yang begitu asyik dengan iramanya.

Lelaki itu merapatkan bibirnya ke telinga Maisya dan membisikkan sesuatu. Maisya tergelak sambil tersipu-sipu.

"Not tonight, sayang. Awal pagi esok I ada appointment dengan doktor." Dalih Maisya. Hakikatnya dia ada rancangan lain malam itu.

Mereka kemudiannya beredar dengan Mercedes C-Class putih.

Isnin, 22 Februari 2016

Karnival Karangkraf 26 - 28 Februari 2016

Temui team Seramlicious di Karnival Karangkraf 2016 pada Sabtu 27 Februari (pagi) Jumpa di sana!





Khamis, 14 Januari 2016

NOVEL SULUNG SAYA BAKAL TERBIT!!!

Alhamdulillah, Setelah sekian lama menunggu, akhirnya dapat juga saya hidangkan buah tangan solo saya terbitan Buku Prima untuk pembaca yang dihargai sekalian. Novel ini akan terbit hujung bulan Januari 2016.


Sumpahan Ling Chi bermula sebagai cabaran cerpen grup FB Geng Urban bertema seram dengan judul Misteri Banglo Ophelia. Kemudian ia menjadi novelet dalam kompilasi 3 novelet berjudul Trilogi Manusia, Masa & Makhluk. Manuskrip itu walau bagaimanapun telah ditolak dan disarankan oleh editor supaya dikembangkan menjadi novel. Setelah memerah otak dan bersengkang mata (penerangan terlebih dramatik ^_^ ), kisah ini akhirnya telah menjadi novel terbitan Buku Prima dengan judul baru.

Cover novel ini memang ohsem. Tengok gambar saja sudah terasa ambien seram… sama ada hendak masuk atau tidak melalui pintu itu?

Untuk maklumat lanjut tentang kisah yang saya paparkan dalam novel ini berupa skup, teaser dan banyak lagi, boleh kunjungi dan LIKE laman Facebook saya SUMPAHAN LING CHI <<< Klik link.

Saya rancang ingin sediakan cenderahati dan sticker TT kepada pembeli novel saya. Bermakna jika anda beli terus dari penerbit pun, anda masih berpeluang untuk mendapatkan ole-ole daripada saya, selagi stok masih ada. Hanya perlu PM saya untuk dapatkannya. Kalau ada selfie dengan novel Sumpahan Ling Chi lagi bagus! Asalkan jangan beli satu novel tapi kongsi selfie ramai-ramai sebab nak hadian lebih. No no no! ^__^

Terima kasih kepada semua yang sudi menyokong saya hingga kini.

Maklumat tentang novel seram thriller Sumpahan Ling Chi:

Sumpahan Ling Chi
S. Kausari

RM 21.00
ISBN: 978-967-446-235-2
~480 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 31 Jan 2016

Sinopsis
Inspektor Sabirin menyiasat kejadian orang hilang di sebuah banglo peninggalan Inggeris, House Of Ophelia. Di banglo itu, dia menemui penjaga rumah yang misteri bernama Damien Tan. Damien tinggal di banglo itu bersama waris bernama Wendy Lim dan pembantu rumah, Mei Lan.
Penyiasatan membawa kepada penemuan jurnal peninggalan mendiang Profesor Derrick Lim, pemilik asal rumah itu. Juga tentang hukuman kejam pada Zaman Dinasti Ming iaitu Ling Chi yang mana pesalah dihukum dengan dilapah secara hidup-hidup. 
Takdir menemukan Inspektor Sabirin dengan penulis novel, Elyas Khusairi, remaja celaru, Fiona dan banduan terlepas, Din Elvis. Berjayakah mereka membongkar misteri di sebalik kejadian seram dan ngeri di House Of Ophelia?

“Aku sepatutnya mati masa letupan tu, Sham. Aku tak sepatutnya hidup untuk lalui semua ini. Setiap hari, aku rasa sangat bersalah seolah-olah ia hukuman mati untuk aku. Cuma aku belum tergamak cabut nyawa aku sendiri.” ~ INSPEKTOR SABIRIN

“Aku jelek melihat wajah aku sendiri. Aku bukan Fiona yang dulu. Aku perempuan jijik dan kotor. Lebih kotor daripada air longkang yang bernajis.” ~ FIONA

“Ada bahagian kat rumah ni yang terlalu rahsia atas sebab-sebab yang tak dapat saya terangkan. Jangan ke mana-mana selain daripada tempat yang saya benarkan.” ~ DAMIEN




Cara untuk mendapatkan novel ini:






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?