PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Sabtu, 7 Jun 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 23)

BAB 23


Hujung minggu itu Mona ke Singapura. Menyeberang menerusi Tambak Johor seperti perjalanan merentas masa silam bersama kenangan indah. Kenangan bersama Norman di Merlion Park. Percutian bersama Azhan dan Shahila di Sentosa. Juga rancangan Steve untuk melamar Mona selepas Persidangan di Suntec City.

Mona mengeluh. Perjalanan hidupnya menjadi tunggang-langgang selepas majlis hari jadi yang ke-35 tempoh hari.

'Aku pun tak faham apa yang sebenarnya berlaku sekarang. Selepas majlis hari tu, terlalu banyak benda yang berlaku. Monique dan Munira muncul dalam cermin. Sampai bila pun aku tak tahu. Aku dapat kekuatan dan suntikan semangat baru. Seolah-olah aku yang sekarang bukan Mona yang dulu. Macam lagu Tegar. Kemudian aku berjumpa seorang demi seorang lelaki yang aku rasa layak jadi calon Mister Right aku.' Mona melayan perasaan.

'Tapi antara yang aku jumpa hanya memiliki sebahagian daripada ciri-ciri yang aku inginkan. Ada juga yang sesuai, tapi sikap aku menyebabkan peluang aku berlalu macam tu saja.' Keluh Mona.

'Aku rasa ini semua seperti pengajaran yang sedang aku lalui. Cuma aku masih belum faham apa maksudnya. Apa  yang perlu aku pelajari juga aku masih belum faham sepenuhnya.' Mona memandang kosong ke depan.

'Adakah ini semua disebabkan permintaan aku semasa hari jadi dulu? Atau ini semua lantaran doa abah, supaya aku belajar dari kesilapan kerana tidak menurut jodoh yang dia pilih dulu? Macam yang Azhan beritahu. Aku masih belum faham. Aku betul-betul buntu.'

Mona ke Singapura kerana dia menerima panggilan dari Steven beberapa hari lepas.


"Mona, are you free this weekend?" suara Steven di talian tempoh hari.

"Ya. Kenapa?" Tanya Mona.

"Saya nak jumpa awak di Singapore. Boleh?"

"Jumpa? Kenapa tak beritahu di telefon saja?" Mona rasa pelik.

"I've got big news for you.  Tak sesuai rasanya kalau beritahu di telefon."

Mona tergamam apabila memikirkan maksud tersirat di sebalik kata-kata Steve.

"It's okay. Maybe we don't have to meet after all." Ada nada kecewa dalam kata-kata Steve.

"No, no. It's okay. Saya akan ke Singapura jumpa awak hujung minggu ni."

"Great! Telefon saya bila awak sudah sampai di sana." Suara Steve dapat Mona agak bersama wajah yang berseri-seri.

'Apa yang mamat ni nak beritahu sebenarnya? Beria-ia sangat. Macam ada hal yang tersangat penting.' Mona musykil selepas panggilan itu tamat.

Mona bertemu dengan Steve di restoran tempat mereka berjumpa buat kali terakhir dulu. Tempat di mana Steve melahirkan hasrat ingin melamar Mona.

Mona dapat lihat nuansa di wajah Steve. Sukar untuk dia mengenal perbezaan Steve sekarang dan semasa dia bertemu lelaki itu semasa persidangan tempoh hari.

"So, what's the big news?" Tanya Mona.

"I dah masuk Islam." Suara Steve bersama wajah yang berseri-seri.

Mona hilang kata-kata buat seketika.

'Alhamdulillah. Ya Allah, terharu sungguh rasanya... sebab aku jadi penyebab dia masuk Islam.' Bulu roma Mona merinding buat seketika dengan perasaan hening yang singgah.

"Nama baru saya Abdul Rahman. Tapi nama asal saya kekalkan buat sementara. I don't want to complicate things."

"Alhamdulillah." Akhirnya suara Mona keluar.

"Yeah. Praise to God." Steve cuba menunjukkan dia faham maksud kata-kata Mona.

"So, apa yang patut I panggil you? Steve atau Rahman?" Tanya Mona dengan senyuman yang terukir.

"Mana-mana boleh. Untuk urusan peribadi saya suka Rahman. For business, Steven. I'm sorry if that make things a bit complicated."

"Tak apa. Tak ada masalah. Awak masuk Islam pun sudah merupakan satu rahmat yang besar."

"Rahmat is blessing right?" Steve cuba mendapatkan kepastian.

Mona angguk.

"Ceritakanlah pengalaman selepas masuk Islam." Mona duduk bersama tangan di atas meja. Dia sudah bersedia mendengar pengalaman Steve.

Steve menghela nafas.

"Selepas saya ucap syahadah, saya rasa semua masalah hilang seketika. All the burdens are gone. I feel like a new me. A new person. Dalam hati rasa tenang. Something that is so difficult to explain." Bersungguh-sungguh Steven menerangkan.

"Kemudian Imam itu ajar saya cara membersihkan diri selepas jadi muslim. Dia ajar beberapa perkara sebelum suruh saya balik dan buat persiapan untuk sesi seterusnya."
Mona rasa sangat terharu dengan penerangan Steven.

"Saya balik rumah. Saya bersihkan diri seperti yang dia ajar. Saya baca buku yang dia bagi. In English. For the first time, I got tears in my eyes." Mata Steven sudah berkaca dengan apa yang dia ceritakan.

Mona juga dapat rasakan dia juga tersentuh dengan emosi yang ditunjukkan oleh Steven.

"Saya belajar tentang solat. Tentang makna bacaan dalam solat. Saya rasa sangat tersentuh dengan makna-makna itu. Sungguh manis."

Ketika itu Mona terasa betapa bertuahnya dia dan insan lain yang telah menikmati Islam semenjak lahir. Malangnya kerana kebiasaan itu, rasa kemanisan seperti yang dialami oleh Steven sudah hilang. Sudah lali dan menjadi biasa.

"Saya akan terus belajar dan belajar lagi. Sehinggalah saya rasa masa yang sesuai untuk melamar awak Mona." Pandangan Steven tepat memandang wajah Mona.

"Don't rush things Steven. Take your time. Marriage is about responsibility. Orang lelaki akan menjadi ketua selepas kahwin. Tanggung jawab itu besar." Nasihat Mona.

Steven tersenyum. "Okey. I feel so relieved now. selepas beritahu awak, saya rasa sangat lega."

Mona masih memikirkan tentang Steven setelah mereka beredar.

'Dia panggil aku semata-mata untuk memberitahu aku perkara ini. Mungkin dia menganggap aku rakan yang paling rapat untuk berkongsi. Sekurang-kurangnya aku tahu niat dia yang sebenar untuk masuk Islam. Dia bukan lakukan semua ini semata-mata untuk mengambil hati aku. Aku dapat rasakan keikhlasan dia ingin memeluk Islam. Semoga kau jadi muslim yang baik Steven. Dengan nama baru Abdul Rahman bin Abdullah.'

Dia tersenyum bersama apa yang bermain di fikiran.

Senyuman itu hilang apabila dia ternampak seseorang yang dia kenal.

"Eh, apa yang Azhan buat kat sini? Siapa perempuan dengan dia tu?" Lirih suara Mona sambil memerhati dua insan di dalam kafe berhampiran.

Wajahnya berubah menjadi terkejut. "Itu... Sofea kan? Ex-boss Norman. Tapi... apa kaitan dia dengan Azhan?"

Mona bersembunyi di balik pokok palma yang rimbun di ruang legar. Dia melihat Sheila menurunkan tandatangan di atas sekeping kertas. Sekeping cek. Rasa curiga mula menujah.

"Apa maksud semua ini? Apa hubungan dia dan Sofea? Cek tu untuk apa?"

Pelbagai kemungkinan mula mengacau benak Mona. Sangkaan buruk terhadap Azhan.

"Apa perlu aku buat sekarang? Perlukah aku jumpa dia selepas ini dan bertanya? Tapi bagaimana kalau memang ada perkara tak baik antara mereka berdua? Tentu mereka tahu tembelang sudah pecah. Buruk akibatnya nanti."

Mona mula risau.

"Aku tak boleh jumpa Azhan sekarang. Bahaya. Mungkin masa lain. Aku perlu tahu hal yang sebenar, walau apapun yang berlaku."


Mona mengatur langkah menuju ke tempat letak kereta. Dia pulang ke Malaysia dengan fikiran yang terus dihantui peristiwa tentang Azhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?