BAB 15
Tengah hari itu
Mona keluar makan bersama Amanda.
"So, macam
mana dengan kerja kat sini?" Tanya Amanda.
"Okey, still catching up. Team pun bagus.
Untung dapat orang macam kau, Aizad dan Rozana."
"Bos?"
Mona mencebik.
"Huh, yang itu memang menyakitkan hati. Control freak. Kau tahu, aku pun kena GPS-tracked ."
"Seriously? Pengurus macam kau? He's really too much." Amanda
seakan memprotes.
"Aku pun
tak pasti sama ada dia memang dah plan
dari awal nak track nombor aku, atau
dia sengaja nak kenakan aku. Sebab aku cuba bela Is semalam. Teruk mamat tu
kena marah dengan dia."
"Padanlah
aku dengar bunyi bising kat ofis semalam. Rupa-rupanya dia marah Is. Hari ni
tengok Is macam bad mood aje. Jangan
sampai dia berhenti cukup. Aku tengok dia kerja bagus. Efficient."
"Entah
macam mana lagi nak sedarkan Si Norman tu, aku pun tak tahu. Obses sangat
dengan GPS tracker dia tu."
Keluh Mona.
Mereka diam buat
seketika, melayan apa yang bermain di fikiran.
"Tentang
seminar kat Singapore tu, macam
mana?" Tanya Mona apabila perkara itu terlintas.
"Aku dah
bagi bos semua maklumat tentang hotel dan transport.
Tengah tunggu jawapan dia."
"Aku nak
tanya kau sikit boleh tak?" Mona seperti ingin mencungkil rahsia.
"Tanya
apa?" Amanda terus menyuap mulut tanpa melihat Mona.
"Pasal bos
kita. Si Norman tu."
"Apa yang
kau nak tahu?"
"Dia dah
kahwin ke? Atau dah ada tunang? Makwe?"
"Oh! Kau
nak pastikan sama ada kau ada peluang atau tak, macam tu?" Usik Amanda.
"Please, tak kuasa aku nak lelaki control freak macam tu." Jawab Mona
spontan, walaupun dia sendiri tahu itu bukannya seratus peratus benar.
"Bos kita
tu mana ada bini atau tunang. Makwe pun tak ada."
"Tak
logiklah! Lelaki macam tu punya eligible.
Handsome. Stable. Takkan tak ada yang nak." Mona tidak percaya.
"Memanglah.
Tapi dia tu dahlah control freak. Workaholic." Gaya Amanda seperti
sedang bergosip.
"Ya ke? Tak
pernah pun nampak dia stay back."
"Belum
lagi. Tunggulah menjelang deadline
project nanti. Kadang-kadang pukul 12 malam dia call aku tanya pasal kerja. Ada sekali tu pukul 3 pagi. Aku nak
pergi kerja pagi tu pun sampai susah nak bangun. Hii... pelik betul!"
Rungut Amanda.
"Sampai
macam tu sekali?" Mona masih belum dapat terima apa yang Amanda sampaikan.
'Nampaknya aku
belum nampak sepenuhnya sisi Norman ni.' Keluh Mona dalam diam.
***
"Mona, bos
panggil." Suara Amanda dari pintu bilik Mona petang itu.
"Ada
apa?" Mona letak dokumen berkaitan draf proposal yang dia pegang.
"Pasal
seminar kat Singapore tu."
Mereka
beriringan menuju ke bilik Norman.
"Amanda,
nanti boleh proceed dengan hotel ni.
Booking satu suite untuk saya dan
Mona." Arah Norman selamba.
Mata Amanda
terbuntang, silih berganti memandang Norman dan Mona.
'What? Dia dah gila ke apa? Aku nak kena stay dalam satu bilik dengan dia? Ini
dah melampau!''
"Mana boleh
macam tu Encik Norman. Kita... bukan muhrim." Mona terpaksa bersuara.
Amanda masih
terkedu.
"Sekarang
siapa bos? Saya atau awak?" Norman buat muka berlagak.
"Saya tahu
Encik Norman bos. Tapi kita ni belum ada ikatan sah."
'Dia ni nak aku
berceramah ke petang-petang macam ni? Nanti habis semua nas Quran hadis aku
keluarkan karang!' Gerutu Mona dalam diam.
"Saya
bergurau ajelah. Yang awak nak ambil serius ni apa hal? Nasib baik tak
keluarkan hujah macam ustazah." Norman ketawa.
'Hah! Tau tak
apa!'
"Amanda, booking dua bilik, tapi pastikan ada
pintu yang boleh hubungkan kedua-dua bilik tu." Arah Norman lagi.
"Encik
Norman...," Mona cuba memprotes.
"I'm kidding 'kay!"
'Dia ni nak
bergurau agak-agaklah. Buat aku saspens aje. Hish!' Bebel Mona dalam hati.
Amanda hanya
mampu tersenyum melihat Mona. Dia seolah-olah dapat rasa apa yang sedang
bergelodak dalam diri Mona.
***
Norman buat
keputusan untuk memandu ke Singapura awal pagi itu. Dia dan Mona terus menuju
ke lokasi seminar yang akan berlangsung selama dua hari. Mereka akan bermalam
di hotel dan akan pulang ke Johor semula selepas seminar tamat esok.
"Kenapa
kita tak balik Johor petang ni? Esok datang balik." Mona seperti
mempertikaikan keputusan Norman.
"Awak
memang macam ni ya? Suka mempersoalkan apa yang orang atasan awak buat?"
Ada nada bengang dalam kata-kata Norman.
"Saya
sekadar bertanya. Itupun salah?"
"Memang
bertanya. Tapi cara awak tanya tu macam nak menguji kesabaran saya."
Mona terdiam.
'Kuat naik anginlah dia ni!' Dia berpaling melihat ke kawasan Tambak Johor,
sebelum memasuki perairan Singapura.
Agak lama mereka
berdua tidak berbual. Hanya kedengaran celoteh pagi deejay di radio.
"Saya
sebenarnya saja nak bawa awak tengok Singapore.
Lagipun kalau nak memandu ke sini esok, kena bangun awal." Norman memecah
kesunyian.
'Kan senang
kalau jawab macam tu tadi. Ini nak melenting tak pasal pasal. Habis rosak mood aku hari ni.' Gerutu Mona dengan
muka muncung yang dipalingkan jauh dari Norman.
"Seminar ni
bagus. Tentang trend terbaru dalam
dunia pengiklanan. Speaker datang
dari UK. Banyak yang boleh kita belajar dan gunakan untuk klien nanti."
Norman mengubah topik.
'Ada aku kisah?
Dahlah tak minta maaf. Senang-senang nak pujuk aku dengan tukar topik macam tu
aje. Boleh jalanlah!' Hati Mona masih menggelegak.
***
Mona dan Norman
tiba di lokasi seminar setengah jam sebelum program bermula. Kelihatan beberapa
orang peserta sedang berbual sambil menikmati snack dan minuman yang disediakan. Kuih-muih termasuk karipap dan
popiah dihidangkan. Begitu juga pastri seperti tart buah dan tart telur.
Mona sedang
menikmati kedua-dua jenis tart apabila
dia terdengar suara lirih Norman di sebelahnya. "Alamak...."
"Kenapa?"
Mona ingin tahu.
"Nampak tak
perempuan pakai jaket dengan blaus warna merah tu?"
Mona segera
membuat scan kepada semua hadirin.
Akhirnnya matanya menangkap seorang wanita yang agak berusia dengan pakaian
seperti yang Norman katakan. Wanita itu kelihatan begitu berkeyakinan berbual
dalam bahasa Inggeris. Penampilannya nampak berkarisma dengan rambut pendek
tetapi elegan.
"Jangan
pandang lama-lama, nanti dia perasan." Bisik Norman.
Namun sudah
terlambat, wanita itu sedang memerhatikan mereka berdua. Bersama senyuman
lebar, dia menuju ke tempat mereka berdua berdiri.
"Norman!
Long time no see. How are you? And who is this lovely lady?" Begitu
mesra wanita itu berbual.
"Nice to meet you Sheila. What a pleasant
surprise! This is my manager, Mona Rissa."
"Hi Mona. Pleasure to meet you."
Erat tangan Sheila ketika bersalam dengan Mona.
"You too." Itu saja yang terlintas
di fikiran Mona.
'Siapa ni?
Nampak macam mesra betul dengan Norman.'
Perbualan mereka
terhenti apabila program sudah bermula dan para peserta mula mengambil tempat.
"Siapa
tu?" Tanya Mona semasa mereka mengambil tempat duduk, jauh dari Sheila.
"Itulah ex-boss I masa kerja kat sini. Nama dia
Sheila Al-Bokhari." Bisik Norman.
"Bagus ya?
Nampak mesra betul dengan you."
Puji Mona.
"Baik? You have no idea." Norman melihat
sekeliling, memerhati kerusi-kerusi kosong di sekeliling mereka. Mungkin untuk
memastikan tiada siapa yang mendengar.
"Dia tak
puas hati sebab I jadi saingan dia sekarang. Dia rasa I tahu banyak taktik
syarikat dia dan mungkin akan rampas market
share dia."
"Takkan
sampai macam tu sekali." Mona tidak percaya.
"Memang ada
klien dia yang lari ke Ad-Vantage. Sebab tu dia bengang."
Mona terdiam.
'Nampaknya banyak juga cabaran bekerja di syarikat Norman ni.'
***
Usai program
seminar hari itu, Norman terus membawa Mona ke hotel untuk check-in.
"Kenapa you asyik nak lari dari ex-boss you tu?" Mona memberanikan
diri bertanya, setelah peristiwa yang berlaku dalam perjalanan ke sini awal
pagi tadi.
"I malaslah
nak layan dia. Dia suka buat sarcastic
remarks. Lepas tu tanya macam-macam pasal kerja. Macam nak korek rahsia.
Rimaslah!" Rungut Norman.
"Sampai
bila you nak avoid dia. Esok kita ada satu hari lagi kan? Banyak peluang untuk
berselisih dengan dia."
"Mahu tak
mahu I terpaksa. Tak kuasa nak layan dia tu."
Selepas check-in dan berehat, mereka makan di
sebuah warung Melayu Singapura.
Norman
kemudiannya membawa Mona ke Merlion Park, salah satu lokasi tarikan pengunjung
di Singapura. Senja sudah berlabuh dengan suasana suram dilatari taburan
bintang di langit. Cahaya berbagai warna bergemerlapan dari pelbagai bangunan
yang mengelilingi kawasan berair yang luas seperti tasik.
Hanya kilauan
cahaya yang kelihatan dari kawasan di seberang. Bangunan-bangunan seperti Art
Science Museum, Esplanade Theatre dan Marina Bay Sands hanya samar-samar
kelihatan dalam sinaran cahaya yang bertaburan.
Patung gergasi
berkepala singa dan berbadan duyung begitu terang dek cahaya yang memancar ke
tubuhnya. Ia seperti memancurkan air tanpa jemu dengan desiran yang amat
mendamaikan dalam suasana malam yang begitu indah.
"Cantik
tempat ni." Puji Mona.
"Sekarang you tahu kenapa I nak bermalam dan bawa you ke sini kan?"
"Hmm...,"
Mona asyik melayan kedamaian yang membelai jiwanya. Hinggakan dia tidak sedar
Norman sedang mengamati raut wajahnya. Juga rambutnya yang terurai bak air terjun turun ke bahu. Dan senyuman
tersimpul bersama perasaan indah yang singgah.
"Untung
lelaki yang dapat hadir dalam hidup you
kan?" Soalan Norman Mona rasa terlalu janggal. Mungkin itu menandakan rasa
terdesaknya untuk mengetahui status Mona ketika ini.
"I pun rasa
bertuah dia hadir dalam hidup I." Jawab Mona sambil menjeling Norman. Mona
lihat lelaki itu tunduk dengan wajah yang berubah serta-merta.
"You nak tahu siapa lelaki tu?"
"Siapa?"
Norman nampak tidak berminat.
"Abah
I." Mona ketawa.
"Oh! Ini
kes nak mengenakan oranglah ya?" Norman turut tergelak.
Suasana hening
seketika dilatari bunyi pancuran duyung singa.
"I tak
pernah rasa hidup macam kanak-kanak lain." Norman memecah kesunyian. Dia
asyik merenung bangunan bercahaya di seberang air.
Mona hanya
memerhatikan wajah Norman dari sisi. Lelaki itu seakan sedang melayan perasaan.
"Daddy orangnya strict. Askarlah katakan. Dia membesarkan anak macam tentera. Dari
segi disiplin, hukuman, jadual. Sampai terbawa-bawa bila dah besar."
Mona hanya
mendengar dengan penuh tumpuan.
"Mungkin
sebab tu I sukar nak berubah. Sampai orang di sekeliling pun terpaksa menerima
tempias yang sama."
"Tapi itu
tak bermaksud you tak boleh
berubah." Mona cuba memujuk.
"I tahu.
Tapi sikap ni dah sebati. Tentu akan makan masa yang sangat lama. Dan usaha
yang ... huh, tak tahulah I nak cakap macam mana." Ada nada kesal dalam
kata-kata Norman.
Mahu rasanya
Mona memegang bahu Norman dan menenangkan lelaki itu, tetapi dia masih sedar
batas-batas yang perlu dia kekalkan.
"Kita akan
cuba bersama-sama." Kata-kata Mona menyebabkan Norman berpaling melihat.
"Apa maksud
awak?" Tajam renungan mata Norman.
"Kita kan
dalam team yang sama di syarikat.
Asalkan you sedia menerima teguran
I."
Norman senyum
mendengar kata-kata Mona. "Bunyinya macam menyindir."
"Bukan
menyindir. Tapi itulah hakikat sebenar. Kalau you betul nak berubah, kenalah dengar nasihat orang."
"Yang itu I
tak berani janji." Norman kembali memerhatikan tanah seberang.
"Kenapa?"
"You tahu
apa yang I dah buat kan? You dan staff semua dah terima tempiasnya."
"Tak
semudah itu I nak mengalah. Mungkin beberapa orang pengurus you dah angkat kaki, tapi I tak semudah
itu. Walaupun I tahu you ni orangnya ego,
chauvinist, control freak, stern,..."
"Okey,
Mona. I got the idea." Norman
memintas.
"My point is, ... I tak kisah apa yang you nak buat. Mungkin kita akan bertekak
sebab I tak setuju apa yang you buat,
tapi I tak akan mengalah dan pergi macam tu aje. Selepas I tahu apa kisah silam
you, I dah faham dan I akan cuba
tolong apa yang mampu."
"Thanks," ringkas jawapan Norman,
tetapi amat bermakna buat Mona.
Mona tersenyum
sambil memerhatikan wajah Norman. Ketika itu dia membayangkan sedang memeluk
erat bahu Norman sambil menikmati keindahan dan udara malam itu.
Namun bayangan
itu hanya kekal sebagai angan-angannya sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan