PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 3 April 2013

Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Bab 23

BAHAGIAN 6 : JERANGKUNG DALAM ALMARI

Bab 23



Buat pertama kali Qiarra menghirup udara segar di laman rumah semenjak dia diselamatkan daripada menjadi mangsa Azad tempoh hari. Dia sudah boleh berfikir dengan lebih rasional dan lebih tenang. Tiada lagi bayangan ngeri atau mimpi buruk yang menghantu dirinya.

Datuk Hafizudin dan Datin Maznah duduk di kerusi dengan meja simen ferro yang dibentuk seperti batu-batu sambil memerhatikan Qiarra yang sedang bersantai di buai yang sedang berhayun. Sesekali kedengaran kocakan air apabila kumpulan ikan koi dengan tompokan merah, putih dan hitam melibaskan ekor mereka di dalam permukaan ekor. Desiran air terjun yang lesu mendamaikan suasana di pagi bersama matahari yang baru menyinar kekuningan.

"Lega rasanya mama tengok Qiarra dah pulih." Suara Datin Maznah memecah suasana yang hanya kedengaran bunyi kocakan dan desiran air kolam.

"Semua dah selesai. Qiarra dah tak perlu risau apa-apa lagi. Geng penculik semua dah tertangkap. Eddie yang tangkap ketua penculik tu." Tambah Datuk Hafizudin.

"Eddie? Papa kenal Eddie." Qiarra bersuara terkejut.

"Ya, papa kenal Eddie. Papa jumpa dia lepas Qiarra diselamatkan di kilang buruk dulu. Dia pun ada datang ke rumah. Papa pun ada kejutan untuk Qiarra tentang Eddie."

"Kejutan apa papa?"

"Papa dah ambil dia bekerja di syarikat papa."

Wajah Qiarra berseri mendengar. "Ya ke papa? Kenapa tak beritahu Qiarra masa dia datang ke rumah?"

"Qiarra belum berapa sihat lagi masa tu. Kami tak mahu ganggu Qiarra berehat." Jawab Datin Maznah.

"Mulai sekarang papa dan mama tak akan kongkong Qiarra macam dulu. Kalau ada apa-apa Qiarra perlu berterus-terang dengan kami. Jangan berahsia-rahsia lagi macam dulu. Kalau ada apa-apa perkara yang Qiarra tak puas hati, bawa berbincang dengan kami. Kita akan cari jalan penyelesaian bersama. Jangan buat sesuatu sesuka hati mengikut rasa." Nasihat Datuk Hafizudin.

"Papa dan mama sedar kesalahan kami dulu. Kita bernasib baik sebab tak ada apa-apa yang terjadi pada Qiarra. Biarlah apa yang dah berlaku tu jadi pengajaran pada kita semua." Tambah Datin Maznah.

"Papa tengok Eddie tu betul-betul ambil berat tentang Qiarra. Qiarra dengan dia ada apa-apa ke?" Datuk Hafizudin cuba mencungkil.

Qiarra terdiam. Dia tidak pasti bagaimana hendak menjawab soalan itu.

"Papa tak kisah. Papa tak akan halang kalau Qiarra nak berkawan dengan dia. Lagipun dia dah kerja dengan papa sekarang."

"Kalau dia ditakdirkan jadi jodoh Qiarra macam mana?" Qiarra berseloroh.


"Kalau dah ditentukan Tuhan, siapa kami nak menghalang. Cuma papa harap dia bekerja keras dalam syarikat papa untuk memajukan diri dia sendiri. Papa tak mahu dia tak berubah di takuk lama."

"Terima kasih papa," jawab Qiarra dengan nada gembira. Buai semakin laju dihayun.

Datuk Hafizudin dan Datin Maznah saling berpandangan. Mereka seperti dapat membaca fikiran masing-masing tentang rancangan mereka berkenaan Eddie, dan Qiarra masih belum diberitahu tentang rancangan itu.

Kedengaran suara memanggil dari muka pintu.

"Datuk, datin, sarapan sudah siap." Suara Bibik Rusila.

"Jom kita sarapan bersama," ajak Datuk Hafizudin sambil dia mengangkat punggung dari kerusi simen ferro di tepi kolam.

***

"Wah, ada celebration ke hari ni?" Suara Ravi semasa dia mengambil pesanan di meja.

"Ha'ah. Sempena Qiarra dah selamat pulang dan sempena Eddie dapat kerja dengan ayah Qiarra." Jawab Sara.

"Patutnya kalau nak celebrate kena ajak aku dengan Mail sekali. Kat kafe ni tak bolehlah aku join, sebab aku bertugas." Cadang Ravi.

"Mail sekarang kena shif malam, susah nak berkumpul macam dulu. Lagipun aku kena catch up kelas yang dah banyak tinggal masa aku cuti dulu." Jawab Eddie.

"Lagipun sekarang datuk dah sponsor belajar dia, dah tak boleh ponteng-ponteng lagi." Usik Sara yang hanya dibalas dengan ketawa kecil Eddie.

"Cerah masa depan jadi menantu datuk kan?" Usik Mimi pula. Kali ini Ravi pula yang ketawa.

"Dah tambah sorang lagi..." Keluh Eddie. Qiarra tersipu-sipu.

"Okey apa... kalau majlis nanti boleh hidangkan kek butterscotch dengan sherbert strawberi. Kelas gitu." Usik Sara lagi.

"Nanti boleh bincang dengan Puan Ainon supaya dia jadi katerer." Tambah Ravi.

Qiarra tidak sepetah dahulu semenjak dia pulih daripada trauma.

"Sudah, sudah... tak pasal-pasal Qiarra trauma balik nanti." Eddie berseloroh.

"Eleh, aku tengok Qiarra tu macam suka aje. Kan Qiarra?" Usikan Sara membuatkan Mimi ketawa kecil.

"Sara..." Qiarra  termalu.

"Tak sangka kan? Roti butterscotch dengan sherbert strawberi boleh jadi kombinasi yang sesuai.' Kata Ravi.

"Boleh buat novel lah macam ni. Kalaulah ada penulis yang nak tulis kisah korang berdua ni..." Sara semakin galak mengusik rakan berdua.

"Amboi, amboi korang semua... Bila dapat peluang memang tak lepaskan ya? Cepatlah order, nanti aku lambat masuk ofis, bising pulak bakal pak mertua aku... eh, silap... bos aku." Eddie sempat mengusik Qiarra di saat-saat akhir.

Qiarra menampar manja bahu Eddie. Ruang di Kafe Strawberry Fairyland itu gamat dengan ketawa mereka.

***

"Terima kasih Farouk sebab pinjamkan nota-nota kau." Suara Eddie selepas menyisip teh tarik di warong mamak tempat lepak mereka seperti biasa selepas kelam malam.

"Alah, tak ada hal punya. Kau dah lupa dulu kau pinjamkan nota kau pada aku?" Jawab Farouk sebelum menyuap mi goreng di pinggan dengan penuh selera.

"Oh ya, nampaknya sekarang giliran aku pula." Eddie baru teringat semula.

"Wah, nampaknya dah banyak perubahan dalam hidup kau," kata
Farouk.

"Entahlah Farouk. Aku pun macam tak percaya. Tapi lain yang aku harapkan, lain pula yang jadi." Keluh Eddie.

"Lain macam bunyinya. Kau masih tak puas hati lagi ke?"

"Bukan macam tu. Kau tahu kan? Hari tu aku beria-ia nak cari maklumat tentang ibu bapa aku, tapi sekarang aku kerja dengan Datuk Hafizudin, ayah Qiarra pula." Jawab Eddie.

"Kalau aku jadi kau, buat masa ni aku akan gunakan peluang yang ada sebaik mungkin. Sekurang-kurangnya kau dah ada jalan untuk maju dalam kerjaya kau. Cerah masa depan kalau dapat terus kembangkan kemahiran dalam syarikat dia. Aku rasa bila tiba masanya nanti kau akan tahu juga latar keluarga kau yang sebenar. Buat masa ni tumpukan tentang masa depan kau. Itu lebih penting pada firasat aku." Farouk menyuarakan pendapatnya.

"Betul kata kau. Lagipun bukan senang untuk orang macam aku dapat sponsor untuk biaya pelajaran aku, kan?"

"Tahu tak apa." Jawab Farouk.

***

"Abang memang dah pasti nak beritahu Eddie tentang rancangan kita ni?" Suara Datin Maznah seperti teragak-agak semasa mereka bersantai di katil membaca majalah dan buku sebelum masuk tidur.

"Hmm... Abang rasa abang akan bincang dengan dia esok." Jawab Datuk Hafizudin sambil dia khusyuk membaca dengan cermin mata rabun dekat yang dipakai.

"Tapi kalau Qiarra tahu macam mana? Abang tak risau ke kalau dia kata kita nak rosakkan hubungan dia dengan Eddie?"

"Awak ni... sampai ke situ pula. Kita sebenarnya nak menolong dia. Cuba awak bayangkan kalau mereka sebenarnya adik-beradik. Lagi haru kalau dia tahu lepas dah berumah tangga."

"Betul juga kan bang? Tapi saya dapat rasa betapa kecewanya Qiarra kalau dia tahu nanti."

"Lagipun kita baru nak buat ujian, belum pasti lagi. Entah-entah memang dia anak Minhad, bukan macam yang kita sangkakan."

"Tapi bang, kalaulah Eddie tu betul anak kita, saya gembira bang. Walaupun kita tak dapat besarkan dia dari bayi lagi, tapi saya syukur sebab dapat jumpa dia. Abang pun dah ada pewaris untuk sambung legasi syarikat abang tu. Saya ingat kalau ujian tu positif nanti, saya nak buat kenduri kesyukuran."

"Jangan fikir jauh sangat. Kita kena tunggu keputusannya dulu..." Jawab Datuk Hafizudin menamatkan perbincangan mereka malam itu.

***

Eddie rasa kekok duduk berdua bersama Datuk Hafizudin di meja makan yang eksklusif di ruang hotel itu. Namun dia lebih risau memikirkan perkara yang bakal dibincangkan oleh majikannya.

Ini mesti ada hal penting. Kalau tak takkan dia nak ajak aku ke sini. Hati Eddie berbisik.

"Ada apa datuk ajak saya makan di tempat macam ni?" Eddie melahirkan rasa tidak sabar yang menguasai dirinya.

Datuk Hafizudin sedar tindakannya mengajak Eddie keluar makan di tempat seperti itu terlalu ketara. Sememangnya dia ada satu hajat yang besar.

"Saya pun tak tahu macam mana mulakan cerita," jawabnya.

Dia menyambung tidak lama kemudian. "Panjang ceritanya kalau saya nak terangkan, tapi buat masa ini saya nak minta kerjasama Eddie untuk ambil ujian DNA. Itu saja yang saya harapkan." Jawab Datuk Hafizudin.

Apa maksud semua ini? Hati Eddie tertanya-tanya.

"Tapi sekurang-kurangnya saya perlu tahu sebab apa." Eddie rasa tidak selesa.

"Okey, macam ni. Nama ayah kamu dan tarikh lahir kamu menyebabkan saya syak... kamu mungkin... anak saya." datuk Hafizudin serba salah untuk menerangkan hal sebenar.

"Hah?!... Tapi apa yang menyebabkan datuk rasa macam tu?" Eddie
rasa pelik dengan maklumat yang baru diterima.

"Sebab itu saya katakan panjang ceritanya kalau saya nak terangkan. Kalau keputusannya negatif, tak ada apa yang perlu dirisaukan. Tapi kalau positif, saya janji saya akan terangkan apa sebenarnya yang telah berlaku."

Tapi kalau keputusan ujian DNA positif, bermakna aku dan Qiarra ..., aku dan datuk.... Eddie dihujani pelbagai kemusykilan dengan pelbagai kemungkinan.

"Saya merayu pada Eddie supaya ambil ujian DNA macam yang saya rancang. Ini saja cara untuk saya pastikan perkara yang dah lama mengganggu fikiran saya. Saya betul-betul hargai apa yang Eddie buat untuk saya ni." Rayu Datuk Hafizudin.

Eddie serba salah dengan permintaan majikannya yang juga merupakan bapa Qiarra. Dia tidak mahu menghampakan lelaki itu, tetapi pada masa yang sama dia belum bersedia menerima kemungkinan dia adalah ahli keluarganya.

Aku sibuk nak tahu siapa ibu dan bapa aku. Tapi apabila peluang datang aku tolak semata-mata kerana belum bersedia. Lagipun belum tentu ujian ni keputusannya positif. Tapi bagaimana kalau aku benar-benar anak Datuk Hafizudin dan abang Qiarra? Eddie teruk diserbu pelbagai perkara yang mengganggu fikirannya.

Akhirnya dia membuat keputusan yang bakal mengubah perjalanan hidupnya.

"Baiklah datuk. Saya akan ambil ujian DNA tu."

"Terima kasih Eddie. Tapi saya ada satu permintaan lagi."

"Apa dia datuk?"

"Tolong rahsiakan perkara ini daripada Qiarra."

Eddie hanya mengangguk.

***

Eddie tidak bersuara semenjak dia menaiki BMW biru.

"Kenapa kamu diam saja?" Tanya Rostam.

Eddie mengeluh sebelum menjawab, "Encik Rostam, ada kemungkinan tak saya anak Datuk Hafizudin?"

"Kenapa awak tanya?"

"Datuk Hafizudin minta kerjasama saya ambil ujian DNA."

Rostam terdiam seketika. "Mungkin juga."

"Adakah ini angkara Guntor juga?" Eddie membuat telahan.

"Itu saya tak pasti. Guntor memang licik dan mampu buat macam-macam. Kita akan cuba siasat kalau-kalau ini semua ada kaitan dengan dia juga." jawab Rostam.

***

Eddie sukar melelapkan mata. Sehinggalah Mail pulang dia masih merenung kosong ke siling di ruang tamu sambil berbaring di sofa.

"Tak tidur lagi Eddie?" Tanya Mail bersama helmet yang masih ada di tangan.

"Tak boleh tidur. Kepala serabut." Jawab Eddie.

"Hai... Dah dapat kerja dengan bapak makwe kau pun ada masalah lagi?"

"Entahlah Mail. Aku nak terang pun aku tak tahu macam mana. Aku baru dapat tahu aku mungkin anak dia. Dia suruh aku buat ujian DNA untuk pastikan."

"Baguslah. Memang kau tengah cari jawapan siapa keluarga kau kan?"

"Memang. Tapi... Tapi aku tak sangka ini semua ada kaitan dengan Datuk Hafizudin. Dengan keluarga Qiarra."

Mail terdiam mendengar penerangan Eddie.

"Aku rasa aku belum sedia terima hakikat kalau aku anak Datuk Hafizudin. Aku tak tahu macam mana nak sesuaikan diri kalau gadis yang aku cinta sebenarnya adik aku sendiri. Kau boleh bayangkan tak macam mana perasaan aku?"

Mail masih terus mendiamkan diri. Dia mengerti apa yang sedang dilalui oleh rakan serumahnya itu.

"Aku ingat aku nak balik kampung lagi. Kali ni aku nak buat alasan nak jaga mak aku yang  tak sihat. Aku akan matikan telfon supaya aku tak tahu keputusan ujian nanti. Bila aku dah bersedia baru akan balik ke KL semula." Kata Eddie.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?