PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Isnin, 10 Disember 2012

Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Bab 7


BAHAGIAN 3: HIDUP INI MASQUERADE

BAB 7

Eddie bergegas meninggalkan kelas malam itu. Hanya setelah sampai di tangga baru dia terdengar suara memanggil dirinya dalam riuh suara pelajar-pelajar Kolej Preston meninggalkan bangunan.

"Eddie! Eddie! Eddie!" Eddie menoleh sambil cuba mencari sumber suara itu. Akhirnya dia nampak pemanggil namanya itu, seorang pemuda yang sedang melambai dengan beberapa helai kertas di tangan. Suara itu milik Farouk rakan sekelasnya dalam subjek Pengurusan Perniagaan.

Selesai menjauhkan diri mereka daripada gerombolan pelajar yang umpama sekumpulan lebah menuruni tangga itu, Farouk bersuara sambil menghulurkan helaian kertas yang dilambaikan tadi..

"Eddie, ini aku pulangkan nota yang aku pinjam hari tu. Terima kasih banyak-banyak."

"Sama-sama." Sahut Eddie ringkas.

"Kau sudah banyak tolong aku dalam subjek ni. Apa kata aku belanja kau malam ni?" Pelawa Farouk.

"Tak payah susah-susahlah Farouk. Aku tolong ikhlas, bukan mahukan balasan." Eddie cuba menolak. Tambahan pula lebih lekas dia dapat siapkan tugasan malam itu, lebih cepat dia boleh berehat untuk bangun dan pergi bekerja esok.

"Alah, sekejap saja Eddie. Kau pun tahu kan? Rezeki jangan ditolak. Kau nak pergi mana? Mc D? Pizza Hut? Kenny Rogers?" Farouk memberi Eddie pilihan.

"Tak payah susah-susahlah Farouk. Kalau kau beria sangat nak belanja aku, kat warong mamak sebelah kolej tu pun tak apa." Eddie memberitahu pilihannya.

Sambil mereka menikmati mi goreng mamak dan teh tarik halia, Eddie memulakan perbualan dengan perkara yang sudah lama bersarang dalam fikirannya tentang teman sekelasnya itu.

"Farouk, aku tanya sikit kau jangan marah ya? Dah lama aku nak tanya, tapi belum ada masa yang sesuai."

Spontan Farouk menjawab, "Amboi.. cara kau tanya macam ada soalan panas. Takut aku nak jawab ni!" Farouk berseloroh.


"Bukan ada apa sangat. Cuma... aku tengok kau ni ada gaya dan penampilan, macam anak orang berada. Tapi kenapa kau masuk kelas malam untuk orang yang sibuk kerja macam aku ni? Aku rasa keluarga kau tentu tak ada masalah nak tampung perbelanjaan kau. Tak kiralah dalam negeri atau luar negara."

Soalan Eddie hanya membuat Farouk ketawa kecil. Senyumannya pasti akan menawan gadis yang berminat dengan lelaki sawo matang sepertinya. Sekali pandang, Eddie dan Farouk umpama adik-beradik sebaya dengan ketinggian dan rupa paras mereka. Mereka sama-sama kacak dan menarik, cuma Eddie datang dari latar keluarga yang tidak berada seperti Farouk.

"Jangan risau Eddie. Kau bukan orang pertama tanya soalan macam tu, dan aku yakin kau bukan orang yang terakhir." Jawab Farouk sebelum menyisip air kosong yang terletak di sebelah teh tarik halia yang dipesan. Kepedasan mi goreng mamak itu agak mencabar ketahanannya dengan perisa cili yang digunakan dalam masakan mi goreng yang dijamah.

"Bapa aku memang sudah sediakan kursus yang sesuai untuk aku. Tapi itu hanya pada pandangan dia yang mahu aku menyambung legasi perniagaannya, bukan pada citarasa dan kehendak aku. Sebab tu dia cabar aku supaya pilih kursus yang aku mahu, tapi dia tidak akan keluarkan satu sen pun. Bila aku sudah buktikan aku mampu berjaya dengan jalan yang aku pilih, barulah dia akan tanggung untuk kursus yang seterusnya. Aku sahut cabaran. Aku mahu buktikan aku mampu lakukan apa saja untuk mencapai cita-cita aku."

Eddie menggeleng kepala dengan jawapan Farouk.

"Kau memang pelik Farouk. Orang macam aku bertungkus-lumus kerana tiada sumber. Tapi kau yang dah ada peluang mahu hidup dalam keadaan susah."

"Mungkin bagi kau apa yang aku buat ini pelik dan sia-sia, tapi dalam setiap kesusahan ada pengajaran yang akan mematangkan diri kita.  Pengajaran itu akan menjadikan kau lebih memahami orang lain yang pernah mengalaminya. Dalam kesenangan dan kemewahan yang aku ada, aku tak akan faham semua itu. Kecuali aku mengalaminya sendiri." Farouk begitu bersungguh-sungguh menerangkan pendiriannya. Adakala gaya pertuturannya seperti berfalsafah dan sedang berceramah.

"Aku pula berlainan dengan kau. Aku dibesarkan dalam keadaan susah. Dan aku begitu teringin untuk merasa hidup mewah. Sebab itu aku sanggup ambil kelas malam walaupun kerja di kafe cukup memenatkan. Aku mahu ubah nasib aku. Aku tak mahu terus hidup dalam keadaan susah macam ini. Aku mahu kehidupan yang lebih baik untuk aku dan ibu aku." Terang Eddie telus.

"Dalam setiap laluan kehidupan yang kita susuri ada kelebihan dan kekurangannya, Eddie. Kita hanya akan sedar nilai sesuatu yang kita miliki apabila kita alami sendiri kehidupan yang kita rasa lebih baik itu. Pada masa itu kita akan sedar betapa berharganya apa yang kita miliki sebelum ini, yang kita rasa seperti satu perkara malang dalam hidup kita." Kata-kata Farouk begitu penuh makna bagaikan seorang ahli falsafah. Mungkin apa yang telah dilalui menjadikan dia seorang pemikir yang matang.

"Untuk menunaikan hajat kau, aku ada satu cadangan." Farouk bersuara selepas menyisip teh tarik halia dalam gelas.

"Cadangan apa tu?" Eddie teruja dan musykil pada masa yang sama.

"Minggu depan ada satu majlis untuk golongan kelas atasan seperti keluarga aku. Dalam majlis ini kau akan jumpa pelbagai jenis golongan ternama dan berada. Sama ada golongan pemimpin, ahli perniagaan atau golongan elit. Aku mahu kau pergi dan menyamar sebagai diri aku. Kau akan guna identiti Farouk, anak Datuk Haris Merican."

"Kau gila?!" Eddie seperti tidak dapat menerima cadangan Farouk yang agak keterlaluan itu.

"Kau kata kau mahu rasa kehidupan golongan seperti aku. Jadi inilah peluang keemasan yang kau nanti-nantikan! Lagipun kau dan aku hampir sama dari segi fizikal. Aku akan sediakan segala keperluan kau untuk ke majlis itu, termasuk tuxedo, kasut, limo."

Eddie hampir terbeliak dengan penerangan Farouk. Peluang yang tiba secara mendadak ini langsung tidak pernah diduga seumur hidupnya.

"Aku akan bawa kau ke rumah aku untuk kau dapat feel menjadi Ahmad Farouk bin Datuk Haris Merican. Aku akan terangkan tentang hidup aku supaya kau tak kekok pada malam itu."

"Kau yakin rancangan ini akan berjaya Farouk?" Eddie sudah mula goyah dengan peranan yang harus dimainkan, walaupun peluang keemasan ini sukar untuk dilepaskannya.

"Aku yakin ia akan berjaya. Sebab kau akan pakai topeng untuk ke masquerade party di rumah duta Amerika Syarikat ini. Kau cuma perlu faham hubungan bapa aku dan bapa Helena Dowry untuk jayakan lakonan kau. Risiko memang ada, tapi kau kena tanya diri kau sendiri. Apa yang sanggup kau lakukan untuk mencapai hasrat kau tu?"

Eddie sudah tidak mendengar kata-kata Farouk selepas dia menyebut tentang masquerade party di rumah duta Amerika Syarikat. Di matanya terbayang gadis berambut panjang yang menjadi mangsa tumpahan sherbet strawberi di kafe tempoh hari.

Minda Eddie memproses maklumat yang datang secara mengejut dan memberikan dia peluang yang ditunggu-tunggu berkenaan gadis itu.

***

Qiarra puas hati. Dia betul-betul puas hati.

Gaun yag dipilih oleh ibunya untuk majlis di rumah Helena Dowry itu memang sesuai dengan citarasanya. Gabungan warna merah strawberi dan hitam pada gaun yang akan menyaluti tubuhnya itu cukup anggun dan mengagumkan. Bersama sarung tangan renda hitam dan kalung batu delima yang akan menyaluti lehernya pada malam itu nanti. Topeng merah yang meliputi kawasan sekitar mata dan hidungnya bersama hiasan bunga ros merah dan bulu-bulu merah hitam cukup menyerikan busana yang akan dia peragakan.

Mimi juga telah memilih gaun yang sesuai dengan tubuhnya yang ramping dan putih melepak. Gaun putih kain sifon dan renda London itu cukup memukau, bagaikan pari-pari turun kayangan. Topeng bersalut bulu-bulu putih itu juga cukup melengkapkan busana pilihan Mimi.

Sara mungkin tidak bertuah seperti Mimi dan dirinya, tetapi dia telah berjaya menemui gaun yang sesuai dengan susuk tubuhnya yang agak berisi itu. Gaun berwarna perak dengan kerlipan labuci bersama rantai mutiara melilit lehernya cukup menyerlah. Bersama rambut yang akan disanggul dan topeng berwarna perak seperti yang dirancang, busana itu mungkin sesuai dengan imej yang dipilih oleh Sara.

Hati Qiarra begitu berdebar-debar menanti malam majlis itu. Dia kurang pasti sama ada debaran itu kerana begitu teruja untuk mengenakan gaun yang dipilih atau kerana nalurinya dapat mengesan sesuatu yang luarbiasa akan berlaku pada malam masquerade party nanti.

***

Malam itu Eddie teringat tentang sampul yang diserahkan oleh ibu angkatnya. Sampul itu dibuka dan Eddie meneliti setiap dokumen yang ada di dalamnya.

Dia tidak pasti apa yang perlu dilakukan untuk memulakan pencariannya. Alamat yang digunakan di dalam surat beranak yang ada tidak jelas, tanpa nombor rumah atau jalan, hanya nama sebuah kampung.

Gambar-gambar lama itu menunjukkan tiga orang budak lelaki, mungkin rakan-rakan karib semasa kecil tanpa menyatakan nama mereka yang ada di dalam gambar. Gambar dengan ton warna sepia itu tidak dapat membantunya kecuali jika mereka yang ada di dalam gambar itu dapat dia kenali.

Dokumen-dokumen lain tidak mempunyai maklumat yang khusus. Eddie kurang pasti apa yang ingin disampaikan melalui surat-surat tersebut. Mungkin ia mengandungi maklumat yang disamarkan daripada pengetahuan umum. Mungkin ia mengandungi kod atau maklumat rahsia yang perlu Eddie pecahkan, tetapi apakah maklumat itu? Pengetahuannya masih belum cukup untuk memahami surat yang ditaip umpama memo di sebuah syarikat.

Dalam keadaan keletihan selepas kelas tadi dan setelah selesai menghabiskan tugasan yang diberi, dia tidak mampu berfikir lagi untuk meneliti kandungan surat-surat itu. Mungkin pada masa yang lain dan lebih sesuai.

Di saat itu Eddie dapat rasa debaran di dalam hatinya dengan dokumen yang baru diserahkan oleh ibunya.

Eddie risau memikirkan implikasi apabila dia sudah tahu rahsia yang menyelubungi diri tentang latar kehidupannya yang sebenar. Adakah maklumat itu akan memberikan ketenangan kepada dirinya atau ia akan menjadikan hidupnya lebih diselubungi komplikasi yang perlu dirungkai satu persatu?

Kata-kata Farouk kembali menghantui benak Eddie.

"Dalam setiap laluan kehidupan yang kita susuri ada kelebihan dan kekurangannya, Eddie. Kita hanya akan sedar nilai sesuatu yang kita miliki apabila kita alami sendiri kehidupan yang kita rasa lebih baik itu. Pada masa itu kita akan sedar betapa berharganya apa yang kita miliki sebelum ini, yang kita rasa seperti satu perkara malang dalam hidup kita."

Dia resah memikirkan akibat daripada pengetahuan yang berjaya dibongkar tentang dirinya. Mungkin ketika itu dia akan berfikir adalah lebih baik sekiranya dia terus dengan hidupnya seperti sekarang.

Apa yang Eddie tahu adalah dia perlu mengumpulkan kekuatan untuk memulakan misi pencarian itu. Dan dia sedar dia belum cukup sedia untuk menghadapi semua itu. Atau mungkin dia perlu menunggu satu faktor penolak yang kuat untuk dia memulakan misi tersebut.

Wajah ibunya terbayang di mata. Wajah tua yang sudah dua puluh tahun menderita semata-mata untuk membesarkan dirinya. Adakah dia mampu untuk membahagiakan wanita itu selepas dia tahu identitinya yang sebenar? Adakah dia akan melupakan wanita yang telah banyak berkorban untuk dirinya apabila dia sudah miliki pengetahuan tentang masa silam yang selama ini kabur dan suram?

Mungkin lebih baik dia menerima wanita itu sebagai ibu kandungnya sendiri daripada mengejar mimpi yang tidak diketahui sama ada ia mimpi gembira atau mimpi yang menyedihkan.

Dalam dilema dan konflik yang sedang menghurung fikirannya, Eddie melelapkan matanya apabila keletihan sudah berjaya menguasai dirinya malam itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?