PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Sabtu, 29 Mac 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 8)

BAB 8




Mona keresahan di dalam bilik. Ke hulu ke hilir dia berjalan. Sekejap duduk, sekejap berdiri. Pada masa lain dia berbaring dan berguling. Apa yang dibuat semua serba tak kena. Semuanya berpunca daripada handphone yang tak henti-henti ada panggilan masuk sejak pagi tadi. Panggilan daripada Rahimi.

"Sampai bila kau nak terus mengelak panggilan Remy?" Monique berpeluk tubuh merenung tajam Mona dari dalam cermin. Seolah-olah Mona telah membuat satu kesalahan yang besar.

Munira tidak berkata walau sepatah. Tapi Mona tahu dia sependapat dengan Monique.

"Sampai aku rasa dah cukup kuat untuk berdepan dengan dia. Bila aku pasti apa nak beritahu dia." Mona berdalih.

"Kau nak biarkan dia terus-menerus telefon. Tertanya-tanya kenapa kau tak jawab telefon." Munira akhirnya bersuara.

"Kau berdua tak akan faham perasaan aku. Aku... ish, susahlah nak cakap." Mona jadi tak tentu arah.

"Apa yang susah sangat? Jawab call tu, beritahu kau tak berapa sihat. Habis cerita." Monique menjawab selamba.

"Bukan itu masalahnya." Mona sendiri belum pasti apa yang dia ingin lakukan.

"Kau masih cinta dia lagi kan? Sebab tu kau susah nak jawab telefon beritahu hal sebenar." Tebak Munira seperti sedang menyelam perasaan Mona.

"Baguslah kalau macam tu. Telefon dia dan buat macam biasa. Seolah-olah kau tak tahu apa yang kau nampak tempoh hari."

Adakala kedua-dua watak di dalam cermin ini menjengkelkan Mona. Seolah-olah konflik  yang bersarang dalam dirinya terzahir melalui perbualan dengan mereka.  Dari segi yang lain pula, perkara rahsia berkaitan dengan dirinya kini dibicarakan secara terbuka. Sekurang-kurangnya kepala Mona tidak lagi sesak memikirkan semuanya dalam diam.

Mona mencapai telefon yang masih bergetar tanpa dering. Dia ada dua pilihan saja. Menjawab atau menamatkan panggilan. Dia sudah tidak sanggup lagi mendengar getar telefon itu walaupun tiada bunyi deringan yang nyaring.

"Apa lagi?" Monique memprovokasi.

"Kau boleh diam tak? Susah aku nak buat keputusan macam ni!" Mona menjerit ke dalam cermin.

Langsung dia tidak perasan Mak Lijah sudah membuka pintu dan melihat telatahnya. "Mona, kau buat apa bercakap dengan cermin tu?" Berkerut dahi Mak Lijah melihat telatah anak bongsunya.


Sekelip mata Mona dapat ilham. Handphone ditekup ke telinga.

"Nanti saya siapkan. Malam ni saya akan hantar e-mel. Esok Dato' dah boleh tengok proposal tu. Ya, saya akan cuba. Okey, bye. Wa'alaikumsalam."

Mona ‘menamatkan' panggilan.

'Berdosanya aku tipu mak. Tapi daripada aku beritahu hal sebenar, lagi risau dia dibuatnya nanti.' Rasa bersalah terselit dalam hatinya.

"Bos Mona telefon tadi. Dia nak tengok kerja yang Mona buat secepat mungkin. Nak berehat pun tak senang."

'Bertambah lagilah dosa aku.' Keluh Mona dalam diam.

Munira menggeleng. Monique tersenyum sinis.

"Mak sebenarnya nak beritahu kamu. Reyhan dah tunggu kat depan. Dia kata nak ajak kamu pergi cari barang untuk majlis pertunangan dia nanti."

Serta-merta Mona jadi gelabah. 'Oh ya! Aku dah janji masa dia call malam tadi. Ini semua Remy punya pasal.'

"Mak beritahu dia Mona tengah bersiap. Kejap lagi Mona keluar."

"Yalah." Mak Lijah terus beredar bersama perkara yang bermain di fikiran. Dia pasti dia ternampak Mona bercakap dengan cermin, bukan di telefon. Hatinya masih bertanda tanya.

***


"Mona, aku nak minta maaf sebab semalam." Reyhan bersuara semasa mereka dalam perjalanan ke bandar dengan Honda City Mona. Mahfeez sedang menunggu mereka di sebuah kedai makan.

"Kenapa pulak? Apa salah kau?" Mona menjawab sambil terus memandang ke depan.

"Aku perasan air muka kau berubah lepas Mahfeez kata...,"

"Ah! Tak ada apa-apalah. Kau ni saja yang perasan bukan-bukan." Mona cuba menyembunyikan apa yang tersimpan di hatinya.

"Ada apa-apa yang kau nak ceritakan pada aku. Aku sedia mendengar."

"Aku stres. Itu aje. Mood aku tak baik semalam. Bukan ada apa-apa pun."

Reyhan tidak dapat menafikan dia tahu Mona sedang menyembunyikan sesuatu. Mungkin perkara itu terlalu besar untuk dikongsikan dengan orang lain. Atau mungkin dia malu untuk meluahkan apa yang terpendam.

"Terpulanglah pada kau." Reyhan menyerah kalah.

"Kita nak ke mana sebenarnya ni?"

"Kau ikut ajelah. Aku dan Mahfeez nak cari barang-barang untuk majlis nanti. Kau jadi pakar rujuk aku."

"Amboi! Hebatnya kau mengatur rancangan. Mesti grand kan majlis kau tu?" Mona melayan Reyhan.

"Taklah hebat macam orang kat bandar tu. Aku denganr majlis pertunangan pun dah hampir macam majlis perkahwinan. Hantaran berderet-deret."

"Ada juga yang buat macam tu."

"Kalau kau nanti, kau nak buat macam mana?"

"Eh, kau ni mengarutlah! Aku ni pakwe pun tak ada lagi."

"Boleh percaya ke? Kau ni kan eksekutif yang lawa. Berwibawa. Takkan tak ada lelaki yang tersangkut?" Reyhan mengusik dan cuba mencungkil rahsia pada masa yang sama.

"Entahlah Reyhan. Aku sebenarnya serba-salah. Naluri wanita mana yang tak mahu mendirikan rumahtangga. Hidup berkeluarga dengan suami yang penyayang dan anak-anak yang menggembirakan. Tentu seronok. Tapi zaman sekarang ni, susah betul nak cari yang sesuai. Dah banyak sangat kes pasangan bercerai-berai. Dera. Curang. Main kayu tiga. Sebab tu aku rasa baik aku tumpukan pada kerjaya lagi baik. Kalau terus jadi andartu pun tak apa." Mona melepas geram.

"Itulah namanya cabaran hidup. Tak semua yang kita inginkan kita akan dapat. Dalam kesilapan yang kita buat tu sebenarnya ada hikmah dari Tuhan. Cuma kita saja yang tak nampak." Kata-kata Reyhan begitu berisi. Mona tidak sangka Reyhan boleh bertutur sebegitu.

"Yalah, macam aku dengan Mahfeez. Dah berapa lama aku menunggu dia melamar. Tapi aku sabar aje. Dan berkat kesabaran aku ni, akhirnya dia buka mulut juga akhirnya. Tapi aku pasrah."

"Pasrah? Kenapa?"

"Kami baru nak bertunang sekarang ni. Macam-macam boleh jadi. Aku tak nak berharap sangat impian aku semuanya akan tercapai. Yang penting, apa yang berlaku sekalipun aku terima seadanya."

“Positif betul kau ni kan?” Pujian Mona buat Reyhan tersenyum meleret.

Entah mengapa kata-kata Reyhan begitu berharga kepada Mona. Sememangnya dia terlalu mengharap yang terbaik dalam hidup. Tetapi hakikatnya bukan dia yang menentukannya. Ada kuasa yang Maha Besar menentukan perjalanan hidup setiap insan.

Mona merenung jauh, menyelami kehidupannya sendiri.

Dia tersentak apabila bahunya ditampar tangan Reyhan dengan kasar. "Hoi! Jauh termenung."

"Sakitlah! Kalau nak pukul lain kali agak-agaklah. Tak padan perempuan, tangan macam Iron Man." Mona terasa bahu kirinya yang berdenyut-denyut.

Reyhan tergelak besar.

"Aku rasa sebelum kau bertunang nanti kau kena makeover dulu." Mona pula mengambil peluang mengusik Reyhan.

"Oh, macam kat TV tu kan? Lepas buat perubahan nanti nampak lebih cantik. Aku nak!"

"Aku rasa yang penting sekali kau kena tukar spek kau tu."

"Kenapa dengan spek aku ni? Okey, apa." Reyhan menyentuh bingkai cermin matanya.

"Banyaklah kau punya okey! Kau pernah tengok cerita Adik Manja tak? Rupa kau sebijik macam Adibah Amin. Cikgu disiplin yang ketat muka dia tu."

"Kau ni kejam betul! Sampai hati kau kutuk aku macam tu."

"Aku tegur ikhlas Reyhan. Kalau kau nak nampak lebih anggun masa majlis kau nanti, kau cari cermin mata yang lebih kecil. Aku boleh tolong carikan nanti. Tak apa, ini kira hadiah aku sempena pertunangan kau."

"Betul ke ni? Atau kau sengaja nak kutuk aku."

"Betul. Kalau kau tak percaya, nanti kau tengok reaksi Mahfeez lepas kau dah pakai spek baru."

Reyhan terdiam sebentar, cuba memproses maklumat. "Okey, aku ikut cadangan kau."

"Macam itulah."

Reyhan tersenyum meleret. Mungkin cuba membayangkan dirinya selepas makeover yang dijanjikan Mona.

***

Mahfeez sedang mengeteh sambil menunggu mereka. Dia asyik melayan ruangan sukan ketika mereka berdua tiba.

"Wah, khusyuk nampak! Baca gosip artis ke?" Usik Mona.

Mahfeez mengangkat kepala. "Eh, dah sampai? Ingatkan malam karang baru sampai." Balas Mahfeez.

"Sorry lah ya. Aku terlambat siap tadi." Dalih Mona.

"Aku faham. Eksekutif memang lama mengadap cermin sebelum pergi kerja kan?" Mahfeez terus mengusik Mona.

"Tak ada maknanya nak mekap lebih-lebih kat kampung ni."

"Kita nak ke mana dulu?" Reyhan memintas usik-mengusik mereka berdua.

"Terpulanglah pada korang berdua. Lagipun aku bukan pandai bab-bab memilih barang ni." Mahfeez jawab selamba.

"Kita pergi kedai Kak Eton dululah."

***

Reyhan nampaknya begitu teruja semasa mereka memilih barangan untuk majlis pertunangan dia dan Mahfeez. Adakala dia terlalu teruja sehingga tidak mengendahkan Mona dan Mahfeez.

"Mona, aku minta maaf. Semalam aku tak sangka kau boleh sentap dengan apa yang aku cakap." Mahfeez memulakan bicara.

"Kau dengan Reyhan ni sama aje kan? Aku dah kata aku nak balik jumpa abah aku. Memandai-mandai aje buat cerita."

"Mona, kita kenal bukan sehari dua. Semenjak bangku sekolah lagi. Masa berhingus lagi tau."

"Aku dah kata tak ada apa-apa. Kau ni degil betul lah. Memang kenalah kau dengan Reyhan, satu kepala otak."

"Tak payahlah kau nak kaitkan aku dengan Reyhan. Aku nak minta maaf. Itu aje."

"Okey okey. Aku maafkan. Puas hati?" Mona bengang.

"Macam mana duduk kat KL tu? Best tak?" Mahfeez mengubah topik setelah melihat mood Mona mula ke laut.

"Memanglah best. Tapi barang-barang mahal. Jalan sesak sana sesak sini. Jenayah pun makin meningkat sekarang." Mona melayan apa yang terlintas di fikiran.

"Biasalah tu. Bila dah terlalu maju, mesti ada harga yang perlu dibayar."

"Macam skema jawapan kau tu kan?" Muka 'ketat' Mona mula hilang. Senyuman menguntum seperti bunga kembang pagi.

"Apa skema pulak? Biasalah jawapan macam tu."

"Tak mengaku ya? Nanti aku rakam guna handphone ni, kau tengok balik apa yang kau cakap. Sekali imbas macam Perdana Menteri."  Usikan Mona bersama tawa.

"Engkau dari dulu sampai sekarang memang suka mengusik aku kan?" Mahfeez menggeleng.

"Eh, Mahfeez. Terlanjur aku jumpa kau ni kan. Aku nak tanya sikitlah. Macam mana kulit kau boleh cerah duduk di kampung ni? Aku tengok jejaka-jejaka kampung lain macam kena bakar aje kulit dia orang tu." Tawa Mona masih bersisa.

"Kau ni nak mengutuk orang tak agak-agak kan? Kalau aku tahu, biar aku kenakan kau kaw kaw semalam." Muka Mahfeez yang cerah sudah mula kemerahan.

"Okey, sorry. Tapi aku tanya ikhlas ni. Apa rahsia kau? Guna Fair & Lovely ya?" Mona ketawa terkekeh-kekeh.

"Kau ni... karang aku...," Mahfeez menahan perasaan. Tapi akhirnya dia turut tertawa melihat Mona ketawa sampai mengalir air matanya.

Reyhan masih asyik memilih kain untuk dijadikan baju sempena majlis pertunangan nanti.

Setelah ketawa mereka surut, Mahfeez menjawab. "Kalau ikut hati aku memang dah lama nak kerja KL macam kau. Tapi sebab aku memikirkan tak ada orang nak jaga mak aku, aku tahan aje. Diploma IT dan Multimedia aku bukannya berguna sangat kat kampung ni."

Mona mendengar kisah Mahfeez yang belum pernah dia dengar selama ini.

"Aku jumpa kawan aku yang kerja kat KL masa dia balik kampung. Dia beritahu aku tentang Irfan Khairi, jutawan internet tu. Dia kata guna komputer dan internet pun boleh buat duit. Lagipun aku ada kepakaran dalam bidang macam ni. Dia ajar aku buat blog dan teknik pemasaran online. Aku pun cubalah. Mula-mula memang payah sikit, tak ada pelanggan. Tapi bila dah mula ada yang gunakan khidmat aku, lama-lama makin ramailah."

"Oh, bermakna kau sekarang ni bisnes online ya?" Mona teruja.

Mahfeez mengangguk. "Sebab tu lain kali, jangan pandang orang sebelah mata. Kulit aku ni cerah sebab aku tak kerja kebun macam mamat kampung yang lain. Aku pergi kebun pun sekali-sekala aje. Nak buang peluh. Kerja-kerja kebun aku upah orang. Bukan aku pakai Fair & Lovely, ya Cik Mona."

"Baguslah kau ni. Ada wawasan. Untung Reyhan. Eh, kau tak nak buat kelas untuk budak-budak kat kampung ni?. Boleh kongsi kepakaran kau."

"Kau ni pun satu. Bukan semua orang minat kerja mengadap komputer macam aku ni. Aku ni pun kalau tak kerana menjaga mak aku tu, tentu dah ada kat KL sekarang ni. Cari pengalaman yang lebih meluas."

"Mesti sejuk hati mak kau kan? Dapat anak berbakti macam kau ni. Nak menitis air mata ni." Mona masih tega mengusik Mahfeez sambil membuat gaya mengelap air mata.

"Kalau dah namanya Mona tu, hiii... sabar ajelah aku." Mahfeez terkena lagi.

"Amboi seronoknya berbual," Reyhan tiba bersama kain yang menjadi pilihannya.

"Mona ni hah. Kalau tak mengutuk orang tak sah. Dari kecil sampai besar, tak berubah perangai dia."

"Kita nak ke mana lepas ni?" Tanya Mona. Puas hatinya dapat mengenakan Mahfeez.

"Dah habis. Kita makan dulu. Eh, kau tengok dulu kain yang aku pilih ni. Okey tak?" Jawab Reyhan sambil membetulkan cermin mata.

“Bolehlah tu. Sesuai dengan warna kulit kau. Kalau dah tak ke mana-mana lagi lepas ni, kita pergi buat cermin mata baru untuk kau."

"Okey, jom." Reyhan menarik tangan Mona. Mahfeez hanya menurut di belakang.

***

Mereka makan rojak pasembur di Warong Mamak Maidin selepas cermin mata Reyhan siap. Mereka hanya perlu menunggu sejam kerana ada stok untuk kanta yang sesuai dengan Reyhan.

Mahfeez tidak dapat melepaskan pandangan dari wajah Reyhan bersama cermin mata barunya. Mona hanya tersenyum melihat gelagat Reyhan yang tidak perasan dia diperhatikan begitu oleh bakal tunangnya. Rojak pasembur dijamah suap demi suap oleh gadis itu tanpa mendongak.

'Sweet betul dia orang berdua ni. Aku terpaksa akui, aku memang rasa jealous dengan mereka berdua. Tapi kata-kata Reyhan tadi memang ada benarnya. Kita kena belajar terima hidup ini seadanya. Semuanya ada hikmah tersembunyi.'


Ketika itu handphone berbunyi. Panggilan daripada Rahimi.

'Alamak! Kenapa dia call masa macam ni?' Mona serba salah.

"Sekejap ya, ada hal penting."

Mona beredar ke kawasan kaki lima di balik sebuah tembok.

"Hello," suara Mona tanpa emosi.

"Hai Mona. Kenapa I call berkali-kali you tak jawab."

"I busy." Mona menjawab dengan rasa meluat yang sukar digambarkan.

"Takkanlah nak jawab call pun tak sempat. SMS pun tak balas."

"You pergi mana malam Ahad lepas?" Soalan Mona straightforward. Tak ada berkias-kias.

"Eh, tak pernah you tanya macam ni. I ada meeting dengan klien kat Langkawi. Siang tu kami pergi main golf."

"Oh, klien... Agaknya bisnes apa ya klien you tu?"

"Lain macam soalan you ni. Ada yang tak kena ke?" Ada nada cuak dalam suara Rahimi.

"Bukan apa, sebab I tengok pakaian dia orang tu seksi gila. Berkepit dengan you bukan main lagi. Klien atau...," Provokasi Mona begitu panas.

Rahimi terdiam. Langsung dia tidak menyangka tembelangnya sudah pecah.

"I tak sangka you sanggup buat macam ni. Rupa-rupanya bukan setakat pelaburan saja you nak diversify. Pasangan pun you nak diversify sekali. You anggap I ni apa? Perempuan untuk berseronok, macam betina-betina kat Zeux tu?"

"Mona, I tahu I dah buat banyak kesilapan dalam hidup ni. Tapi you lain. You bukan macam perempuan yang pernah I kenal. Yang selalu bersama I"

Dengan serta-merta Mona teringat kata-kata Monique. Untuk memberi peluang kedua kepada lelaki seperti Rahimi.

"I rasa I tak cukup kuat untuk jadi wanita dalam hidup you Remy. I'm not that strong. I tak pasti sama ada I layak atau tidak untuk jadi wanita yang akan merubah hidup you. I don't think I'm strong enough. And I'm not sure you're strong enough to change your bad habits too."

"Percayalah I Mona. Berilah I peluang. We can and we have to go through this together."

"For now, I have to say it's over RemyYou kena buktikan yang you mampu untuk berubah dulu. Tak guna I kejar kehidupan yang I impikan kalau you masih cintakan kehidupan playboy you tu. I'm saying this again Remy. There's nothing between us anymore. It's over!" Mona menamatkan panggilan.

Entah mengapa dadanya rasa begitu terhimpit. Dia rasakan keindahan bersama Rahimi hadir begitu singkat. Dan kini segalanya sirna seperti tersedar dari mimpi di tengah hari. Dia ingin redakan perasaan ini, tetapi dia tidak tahu bagaimana.

'Aku terlalu ghairah mencari cinta. Hingga aku terlupa rasa sakit bila kehilangan cinta. Adakah ini harga aku yang perlu bayar semata-mata kerana inginkan seorang lelaki yang akan menjadi teman dalam hidup aku? Untuk menemani ketika susah dan senang. Sakit atau sihat. Bahagia atau derita.'

Air mata diseka bersama dada yang terasa sesak dan sebak.

Hampir terhenti jantung Mona apabila dia terlihat Reyhan dan Mahfeez tercegat di belakangnya.

'Sudah berapa lama mereka berdiri di situ? Agaknya mereka dengar segala perbualan aku?'

Reyhan tidak berkata apa-apa. Sebaliknya dia mendepakan tangan ke arah Mona. Tanpa membantah, Mona membiarkan Reyhan memeluknya. Air matanya semakin deras mencurah keluar. Dadanya terhincut-hincut. Reyhan giat mengusap belakang Mona untuk menenangkannya.

Setelah tangis Mona reda, mereka kembali ke meja.

"Kau dengar semuanya tadi?" Mona mengesat pipi yang basah.

Reyhan tidak memberi sebarang reaksi. "Aku minta maaf. Aku dapat rasa ada yang tak kena bila suara kau macam menjerit tadi. Itu yang aku datang tengok. Mahfeez pun risau tadi."

"Aku malu Reyhan. Aku dah dapat apa yang aku idamkan selama ini. Kerjaya dengan kehidupan di KL. Tapi... aku gagal dalam bidang ini." Mona terasa sebak semula.

"Mungkin belum masanya lagi Mona. Kau jangan biarkan rasa putus asa menguasai diri kau. Aku yakin kau akan bertemu lelaki yang kau idamkan selama ini." Reyhan mengusap lembut bahu Mona.

"Aku pun percaya, ada ramai lelaki yang ada di luar tu yang sedang mencari gadis seperti kau. Berjaya dalam kerjaya. Rupa pun ada. Jangan sampai apa yang berlaku membuatkan kau rasa serik." Mahfeez cuba yang semampu memberi semangat kepada Mona, walaupun dia sendiri terasa kekok berbicara tentang isu itu.

"Terima kasih. Kau orang berdua memang sahabat aku yang tak pernah mengecewakan sejak kecil. Aku rasa beruntung sangat." Senyum simpul menghiasi wajah Mona.

"Sudah, jangan dilayan perasaan tu. Tak lama lagi majlis pertunanagan aku dan Mahfeez. Kalau kau sedih, aku pun rasa tak ada mood. Macam hilang semangat."

"Okey, jom kita makan lagi. Aku teringin nak makan cendol dengan ais kacang. Siapa nak order?" Mona cuba menceriakan suasana.

"Cendol banyak santan. Ais kacang banyak susu. Tak takut makanan berlemak ke?" Mahfeez sekadar mengusik.

"Tak apa. Biar berlemak asalkan jiwa happy." Mona ketawa kecil.

Suasana kembali ceria selepas mereka menjamu selera dengan cendol dan ais kacang. Namun hanya buat seketika saja.

Mona menerima panggilan dari nombor yang belum pernah dia lihat. Senyuman di wajahnya terus hilang. Sinar di wajah berseri bertukar serius dengan apa yang dia dengar. Reyhan dan Mahfeez bertukar pandangan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?