PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 3 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 10)

BAB 10





"Aku betul-betul tak faham dengan kau Mona. Kenapa kau tak nak beri peluang kepada Rushdi?" Munira bersuara.

Mona berdiam diri. Wajah terus diperelokkan seperti biasa.

"Takkan kau masih tak faham lagi? Rushdi tu setakat lepasan SPM. Kalau nak bandingkan dengan lelaki macam Remy, jauh panggang dari api!" Monique menjawab bagi pihak Mona.

"Hanya sebab itu? Hanya disebabkan dia tu bukan berasal dari golongan keluarga mewah? Bukan golongan elite, Dato' atau Datin? Kau rasa itu ukuran kebahagiaan rumahtangga?" Tajam sindiran Munira.

"Memanglah bukan. Tapi apa gunanya hidup berumahtangga kalau tak dapat nikmati kebahagiaan macam tu." Monique cuba berhujah.

"Mona, kau sedar apa latar belakang kau kan? Dari mana kau berasal? Apa yang telah abah dan mak kau ajar sejak kecil? Takkan disebabkan sedikit kesenangan yang kau dapat rasa di KL ni, kau dah lupakan semua tu? Ingat apa yang abah kau ceritakan tentang ciri-ciri calon suami yang sepatutnya kau pilih? Takkan kau dah lupa semua tu." Munira cuba menyedarkan Mona.

"Mona tak pernah lupa. Tapi apa salahnya kalau cari yang extra special. Yang berakhlak, budiman, dan kau dapat rasakan kehidupan yang bersenang-lenang. Kan Mona?"

Mona masih terus berdiam diri.


"Berpijak di bumi nyata, Mona. Hidup ini bukan semestinya seindah realiti. Tak ada manusia yang mampu memiliki segala-galanya di dunia ini. Kau lupa hakikat kejadian kita sebagai insan, sebagai makhluk Tuhan. Kau dihantar ke sini kerana ada tujuan tertentu. Kau...," Munira 'berceramah', namu pantas dipintas Mona.

"Okey. Aku dah faham apa yang kau berdua cuba nak sampaikan. Monique, ada kebenaran dalam kata-kata kau. Munira, aku masih belum lupa tanah yang aku pijak. Terima kasih atas nasihat kau berdua. Sekarang aku nak pergi kerja. Nanti terlewat pulak. Bye." Mona beredar dengan kebosanan tahap 250 juta.

Namun apa yang dikatakan oleh Monique dan Munira menghantuinya sepanjang perjalanan.

***

Mona melangkah masuk ke pejabat dengan semangat baru. Kejayaan menyelesaikan masalah Mawar Cosmetics memberikan kekuatan luarbiasa untuk menapak lebih jauh dalam bidang kerjaya ini.

'Hari ni eksekutif. Esok lusa pengurus. Lepas tu pengarah kreatif pula.' Mona mengatur tangga-tangga yang bakal didaki dalam mencapai impian.

Senyum lebar terukir di bibir. Nafas dihela panjang dan dalam. Jantungnya berdegup kencang dengan semarak semangat yang berkobar-kobar.

Mona melangkah menuju ke pantry untuk membancuh secawan green tea. Buat seketika dia terlupa cabaran yang dihadapi di Master Creative Media. Hinggalah dia terlihat kelibat insan yang ada di situ.

Perasaan Mona bercampur baur. Bengang. Benci. Marah. Meluat. Jengkel. Semuanya tergaul sebati menjadi satu. Berbuku.

"Selamat pagi, Encik Azli. Awal sampai hari ni." Mona menegur dengan senyuman, walaupun itu bukan gambaran perasaannya.

"Selamat pagi. Oh, Mona. Ingatkan siapa tadi." Bersahaja jawapan Azli.

Mona buat selamba. Dia mencapai mug tembikar putih miliknya dengan tulisan "Don't Underestimate Me. I'm A Woman."

"Tahniah, sebab berjaya selesaikan masalah Mawar Cosmetics." Azli bersuara.

"Terima kasih. Masalah? Masalah atau cabaran yang Encik Azli buat untuk saya?" Tajam dan halus sindiran Mona.

"Cabaran? Kenapa saya nak buat cabaran untuk awak?"

"Sebab Dato' beri kepercayaan lebih kepada saya, berbanding Encik Azli. Sebab Encik Azli dah buat kesilapan hingga Dato' hilang kepercayaan kepada anaknya sendiri." Entah mengapa perasaan Mona meluap-luap untuk membalas perbuatan Azli ke atas dirinya.

Azli menghampiri Mona. Dia merenung tajam mata Mona, seolah-olah sedang mencungkilnya keluar dengan jarinya.

"Dengar sini baik-baik. Buruk-buruk aku pun, ini syarikat bapak aku. Dia pasti akan mendahulukan aku, sebab aku adalah darah daging dia sendiri. Kau? Apa kaitan kau dengan keluarga aku? Walau macam mana hebat sekalipun, walau berapa juta ringgit kau dapat tarik masuk ke dalam syarikat ni, kau tetap kuli. K.U.L.I. You're nothing Mona. Tak payahlah nak berharap dapat bulan bintang, kalau kau tu asalnya dari dalam gua. You're from there. And will always stay there. Forever."

Azli meninggalkan Mona. Mona hanya mampu menggetap bibir. Semangatnya semakin bersemarak dengan kata-kata Azli. Namun sedikit-sebanyak kata-kata itu berkesan pada dirinya.

***

Mona banyak termenung hari ini. Kerja yang dicapai dari dalam tray  tidak dapat diberi tumpuan sepenuhnya. Bermacam-macam perkara mengganggu fikirannya.

"Hoi! Apa termenung tu?" Suara yang menyergah Mona dari belakang. Tersentak juga Mona dibuatnya.

Mona berpaling. "Sam! Apa kau ni? Pagi-pagi dah kejutkan aku macam tu. Nasib baik aku bukan jenis melatah tau. Kalau tak, habis semua benda terbang ke muka kau." Darah Mona masih lagi berderau.

"Pagi lagi? Kau tengok jam. Lagi setengah jam nak pergi lunch tau." Samantha menunjuk jam tangan yang dipakai.

"Dah tau lagi setengah jam, kenapa kau melepak kat sini? Pergilah buat kerja kau. Tau makan gaji buta aje." Tegur Mona dengan nada berseloroh.

"Alah, ada orang tu pun makan gaji buta juga. Gaya macam buat kerja, tapi duduk termenung. Terkenangkan buah hatilah tu."

"Buah hati apa? Kau tahu aku dengan Remy dah break up kan?"

"Aku sengaja usik kau. Eh, sebenarnya aku nak ajak kau pergi lunch. Itu pun kalau tak ada jejaka idaman yang nak ajak kau keluar."

"Boleh. Tapi aku kena siapkan satu kerja. Kau tunggu kejap ya."

"Hah! Itulah. Tadi termenung tak agak-agak. Sekarang baru nak menggelabah."

"Shh! Kau ni memekak ajelah. " Mona mencapai dokumen yang ada di dalam tray.

Samantha tersenyum mengejek.

Belum sampai seminit kemudian, handphone Mona berbunyi dan bergetar serentak di atas meja.

"Helo Rushdi." Mona menjawab setelah melihat nombor yang terpampang. Dia seperti dapat mengagak tujuan lelaki itu.

"Mona, saya nak ajak awak keluar tengah hari ni. Awak free?"

Mona serba salah. Wajah Samantha ditatap. "Saya sebenarnya..."

Samantha segera memberi isyarat T dengan tangan yang bermaksud 'Timeout.'

"Sekejap ya Rushdi," Mona segera menekup telefon.

"Dia ajak kau keluar lunch?" Samantha cuba mengagak.

Mona mengangguk.

"Pergilah. Tak apa, aku boleh pergi lunch sendiri."

"Kesian kau."

"Jangan risau pasal aku. Pergilah." Samantha tersenyum sebelum beredar.

Mona kembali berbicara dengan Rushdi di talian, "Okey."

***

Tengah hari itu Rushdi bawa Mona ke sebuah restoran masakan Minang.

"Kenapa ni? Nampak macam bermuram durja. Ada masalah di ofis?" Tebak Rushdi.

Mona hanya mampu mengukir senyuman hambar.

Mona jadi serba-salah.

'Sebenarnya aku suka bila ada bersama kau, Rushdi. Kau bukan jenis lelaki yang nak tunjukkan kehebatan diri kau. Kau tenang dan pandai membaca perasaan hati aku.'

"Kenapa diam? Tak sedap ke makanan Minang?" Rushdi menduga lagi.

"Bukanlah." Mona menyuap nasi dengan lauk. Sayur nangka masak lemak cili api dan daging rendang.

"Habis tu sebab apa? Sekejap." Rushdi membuat gaya seperti cuba menghidu bau badannya sendiri. "Takut juga kalau badan saya berbau. Atau mungkin tersalah pakai perfume tadi. Entah-entah tersalah capai Mawar Lestari pagi tadi."

Mona tergelak kecil. Rushdi merenung wajah Mona. "Saya suka kalau awak ketawa macam tu. Nampak comel."

Dengan serta-merta muka Mona mula memerah.

'Banyak ciri-ciri lelaki yang aku suka ada pada kau Rushdi. Kau caring, pandai buat lawak, tapi...,' Refleksi Mona dalam diam.

"Ceritakanlah. Saya sedia mendengar. Saya janji, saya tak akan hukum Mona berdasarkan apa yang saya dengar." Rushdi buat pengakuan.

"Sebenarnya ini masalah kerjaya saya. Saya rasa beruntung sebab dapat bos macam Dato' Harriz. Banyak saya belajar selama bekerja dengan dia. Saya anggap dia macam mentor."

"Jadi apa masalahnya?"

"Anak dia, Azli." Mona memecah rahsia.

"Memang saya dah dapat agak." Jawab Rushdi dengan selamba.

'Eh, dia ni. Macam tau-tau aje.'

Rushdi tidak menunggu Mona bertanya apa-apa. Dia terus menjawab, "Daripada kes iklan minyak wangi Mawar, saya dah dapat baca. Saya mungkin tak tahu cerita sepenuhnya, tapi saya dapat rasa ada yang tak kena masa deal dengan Azli dan Amirul."

"Maksud Rushdi?"

"Saya tahu apa masalah kalau ada anak bos bekerja dalam syarikat yang sama... err... maksud saya, saya ada kenalan yang yang hadapi masalah macam Mona. Masalah bermula bila anak bos campur tangan dan nak tunjuk terror dalam syarikat."

"Macam mana kawan Rushdi hadapi masalah macam ni?"

"Mahu tak mahu kita terpaksa terima. Seorang ayah atau ibu mesti mendahulukan anak dia. Walaupun itu sebenarnya bertentangan dengan etika kerja. Tapi syarikat tu dia punya, dan dia mesti ingin teruskan legasi untuk generasi akan datang. Keluarga lebih utama, kan?"

Kata-kata Rushdi Mona serap seperti span dalam benaknya.

"Saya ada cadangan untuk Mona. Saya tahu Mona memang wanita yang gigih untuk berjaya dalam bidang pengiklanan ni. Kalau Mona setuju, saya boleh tolong rekomen pada kenalan saya di Wilayah Iskandar Johor. Dia ada branch baru di sana."

"Tapi saya rasa selesa bekerja dengan Dato' Harriz. Rasanya belum puas berguru dengan dia lagi."

"Sebenarnya itulah hidup namanya Mona. Adakala kita kena berani ambil risiko. Kita takut kalau langkah kita tu akan membawa kepada masalah di kemudian hari. Tapi selagi kita tak ambil langkah tu, kita akan dikaburi bayangan dalam kepala kita sendiri. Mungkin apa yang kita sangka itu salah sama sekali. Mungkin peluang yang ada di seberang tu lebih baik."

Mona terdiam mendengar kata-kata Rushdi. Entah mengapa, kata-kata itu cuba dikaitkan dengan hubungannya bersama lelaki itu.

'Aku risau kalau aku pilih Rushdi, aku tak dapat capai kebahagiaan yang aku inginkan. Kami tak sepadan dari banyak segi, walaupun aku rasa senang bila ada di samping dia. Tapi... tapi... aku rasa aku tak cukup kuat. Aku tak cukup berani untuk ambil risiko ini.'

Semasa dalam perjalanan pulang ke pejabat, Rushdi menyepi. Pada mulanya Mona menyangka ada sesuatu yang tak kena. Apabila mereka tiba di pekarangan pejabat, baru Mona faham kenapa. Belum sempat Mona membuka pintu, Rushdi sudah bersuara dulu.

"Mona, sebenarnya saya ada benda penting nak beritahu awak." Nada Rushdi tidak seperti sebelum ini. Mona dapat rasakan beban yang cuba diluahkan lelaki itu.

"Sejak saya mula kenal awak dulu, saya dapat rasakan kelainan pada diri awak berbanding wanita yang saya kenal. Jujur saya katakan, saya suka dengan awak. Dan saya...."

Mona rasa gelisah dengan kata-kata Rushdi. Seolah-olah dia tahu arah yang ingin dituju lelaki itu.

"Kalau boleh, saya nak kenal Mona dengan lebih mendalam lagi. Bukan setakat hubungan sebagai klien... atau kawan."

'Alamak! Masa yang paling aku takuti dah sampai. Memang aku tertunggu-tunggu saat macam ni. Tapi bukan ini yang aku harapkan. Aku rasa Rushdi bukan Mister Right yang aku cari!' Dua sisi dalam diri Mona bertelagah. Kalau ada cermin, pasti Munira dan Monique akan kecoh berdebat pada masa ini.

"Saya... Rushdi... saya sebenarnya...," kepetahan Mona tiba-tiba hilang. Dia terus gabra. Gugup.

'Kau kena beritahu dia Mona. Berterus terang. Sampai bila kau nak simpan rahsia ini daripada dia?' Sukar Mona mengagak sama ada line bisikan hatinya itu akan dilafazkan oleh Munira atau Monique sekiranya dia berada di depan cermin.

'Now, or never!'

"Saya rasa inilah masa yang terbaik untuk saya berterus-terang." Mona meneguk liur. Dia risau untuk menghadapi akibat kata-kata yang bakal diucapkan. Tentang reaksi Rushdi. Tentang hubungan Mawar Cosmetics dan Master Creative Media. Tentang hubungan mereka berdua.

"Saya rasa kita tak sepadan Rushdi. Saya berharap akan dapat pasangan yang lebih bersesuaian dari banyak segi." Mona teruk dibedal oleh rasa bersalah akibat kata-kata yang dia lafazkan itu.

'Now or never!'

"Apa kurangnya dengan saya?"

"Saya suka dengan Rushdi. Banyak ciri-ciri lelaki yang saya cari ada pada Rushdi, tapi..."

"Tapi saya tak berpelajaran atau berpangkat macam Mona? Mona takut hadapi kenyataan kalau orang kata Mona lebih berjaya daripada saya? Begitu?" Rushdi seolah-olah dapat membaca perasaan Mona.

"Saya minta maaf banyak-banyak Rushdi."


Rushdi tersenyum sinis, namun Mona dapat mengagak perasaan hampa dan marah yang cuba dia pendam.

"Sayang sekali. Ramai gadis pilihan ibu saya tolak. Kerana saya menyangka firasat saya lebih baik dalam mencari gadis pilihan hati saya. Ternyata hari ini saya tersilap. Tapi nak buat macam mana kan?"

Rushdi tidak memandang atau berkata apa-apa semasa Mona keluar dari kereta, hinggalah Mona menutup pintu kereta. Kereta Rushdi meluncur laju meninggalkan Mona. Jauh dan semakin jauh, sebagaimana perhubungan mereka selepas itu.

"What have you done Mona?" Gerutu Mona semasa melangkah masuk ke pejabat.

***

Petang itu Mona mendapat panggilan yang tidak disangka-sangka, setelah dia asyik melangu kerana memikirkan tentang Rushdi. Entah mengapa dia terasa ada sesuatu yang masih belum dia ketahui tentang lelaki itu.

"Helo, boleh saya bercakap dengan Cik... Mona Rissa."

"Ya, bercakap. Encik dari mana ya?"

"Saya Norman Mirza dari sebuah syarikat pengiklanan di Johor. Ada tawaran untuk Cik Mona, sebagai pengurus syarikat kami."

Mona terkedu. Dengan serta-merta dia teringat kata-kata Rushdi tadi.

"Boleh saya tahu dari mana Encik Norman tahu tentang saya?"

"Dari Encik Rushdi. Kami dah berkawan sejak kecil. Ayah saya dengan Dato' Baha memang sama-sama bergiat dalam bidang perniagaan."

Mona makin keliru. "Dato' Baha? Siapa tu?"

"Ayah Encik Rushdi. Dia bekerja di syarikat ibu dia sekarang ni. Mawar Cosmetics."

Perasaan Mona bercampur-baur. Seperti puting beliung yang sedang melanda jiwanya ketika itu. 'Bermakna... aku... apa yang dah terjadi ni?'


"Datin Marnila tu ibu Encik Rushdi." Kata-kata Norman seperti tamparan di muka mona.

"Tapi dia kata dia pegawai saja di syarikat tu. Lepas SPM dia terus kerja."

"Kalau Cik Mona nak tahu, memang itulah perangai Si Rushdi. Dia memang tak suka bermegah dengan apa yang dia ada. Semua nak berselindung. Balik-balik dia nak orang kenal dia sebagai dirinya sendiri, bukan dengan apa yang keluarga dia ada. Dia memang ada bekerja lepas SPM sebelum dia sambung belajar overseas. Dia sanggup bermula sebagai kerani dalam syarikat ibu dia sendiri, sampai staf semua pandang dia dengan rasa pelik. Sekarang jadi pegawai konon-kononnya. Sedangkan dengan Masters dan kedudukan dia tu, dia dah boleh jadi pemangku CEO. Hai... Rushdi, Rushdi. " Suara lelaki itu seperti mengeluh.

Cepat-cepat Mona menukar topik.

"Tentang tawaran tu, bila saya boleh datang temu duga?"

Norman ketawa kecil. "Mana ada temuduga Cik Mona. Ini terus dapat tawaran. Kalau Cik Mona ada masa, boleh datang ke sini. Kita bincang dengan lebih lanjut. Nanti saya SMS maklumat tentang syarikat."

"Takkan tak perlu interview?" Mona rasa cuak.

"Tak payah. Rushdi dah ceritakan pada saya tentang Cik Mona. Itu dah cukup sebagai resume bagi saya. Menyiapkan projek iklan TV klien dalam masa tiga hari. Itu kerja gila! That's really impressive!"

"Terima kasih." Mona kembang sekejap.

"Kalau Cik Mona nak ke Wilayah Iskandar nanti, call saya. Kita akan arrange penginapan untuk Cik Mona. Kalau nak drive atau naik flight, semua kos kami tanggung."

"Baiklah."

Selesai melayan panggilan dari Norman Mirza, Mona bersandar di kerusi. Sukar untuk dia mengagak perasaan ketika ini. Dia telah berjaya maju setapak lagi dalam kerjaya yang dia impikan. Sebagai pengurus syarikat pengiklanan, dengan cabaran dan bidang kerja yang baru.

Tetapi kini dia sedar kesilapan besar yang telah dibuat. Dia tersalah menduga tentang lelaki bernama Rushdi.

‘Sememangnya aku tak layak dengan lelaki dengan hati seluhur dan semurni itu. Setelah apa yang aku sangka tentang diri dia. Setelah criteria yang aku letak untuk calon Mister Right aku. Sememangnya aku tak layak!’

Entah mengapa, Mona dapat rasakan derai air matanya yang hangat mengalir di pipi ketika itu.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?