PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Jumaat, 26 Oktober 2012

Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Prolog




Sebuah ladang strawberi luas yang sayup mata memandang, bersama bukit-bukau dengan rona merah jambu bertekstur halus seperti sherbet strawberi. Langit pula membiru dengan warna pastel, bersama kepulan awan bagai gula-gula kapas.

Itulah pemandangan di sekeliling pada ketika itu. Kelihatan sebuah menara tinggi bagaikan dibuat daripada kristal dengan warna berkemilau, tersergam indah mencapai langit. Nun sayup di atas menara tinggi kristal itu kelihatan seorang gadis ayu berambut panjang sedang memandang ke bawah dari balkoni.

Di kaki menara itu kelihatan seorang pahlawan perkasa berdiri dengan pakaian satria melayu dengan kain bersulam emas. Segak dan sasa dia berdiri bersama keris tersemat di pinggang. Wajahnya tampan dan pastinya akan memikat siapa saja gadis yang melihat.

Nama pahlawan itu adalah Adi Wira. Dia ke sini untuk menyelamatkan seorang puteri rupawan yang terkurung di atas menara.. Puteri yang bakal menjadi permaisuri istana hatinya, sekiranya dia berjaya.

"Bagaimana harus aku memanjat menara tanpa tangga ini? Bagaimana harus aku meluahkan perasaan apabila bertemu dengan puteri yang cantik bagai bidadari kayangan itu nanti?" Pahlawan itu sedang mencari ikhtiar untuk menyelamatkan puteri tersebut.

Dia tidak dilahirkan dalam keluarga bangsawan atau diraja, tetapi sekiranya dia berjaya menawan hati puteri ini, dia boleh merasa kebahagiaan hidup bersama puteri itu. Dia tahu menyelamatkan puteri ini bukanlah perkara yang mudah, tetapi dia sanggup melakukan apa saja supaya dapat bertemu puteri itu.

"Eddie." Kedengaran sayup suara memanggil. Suara yang diharapkan adalah suara puteri itu.

Tetapi kenapa suaranya garau? Adakah puteri ini ...? Soalan-soalan yang bermain di fikiran Adi Wira.

"Eddie!" Suara itu makin lantang dan makin garau.

Hati Adi Wira semakin goyah. "Kalau itu suara puteri di menara kristal ini, baik aku cabut sebelum terlambat."

"Eddie....!" Suara itu semakin lantang dan kasar, sungguh berlawanan dengan rupa puteri yang cantik menawan itu.


Tetapi Adi Wira sudah mengatur langkah meninggalkan puteri bersuara parau itu. Baru beberapa langkah dia menapak pergi, satu simbahan air hinggap di kepalanya. Pada masa itu dia menyangka hujan telah tumpah dari langit dan terus singgah ke mukanya yang sedang terpinga-pinga.

Eddie terduduk di katil bersama muka yang sudah basah kuyup. Dia bukan lagi pahlawan Adi Wira yang sedang berusaha untuk menyelamatkan puteri di menara kristal tadi.

"Padan muka kau! Aku kejut elok-elok, engkau baik punya berdengkur. Dekat berpuluh kali aku memekik sampai serak tekak aku kau tau tak! Tapi kau buat dek aje. Tidur macam tunggul kayu. Kan dah tak pasal-pasal kena simbah!" Sindir Mail rakan sebiliknya.

"Kau ni haprak betul lah Mail. Aku tengok syok-syok mimpi. Potong stim betul!" Eddie merungut sambil mengurut kepala yang sedang berdenyut. Dia dapat tidur hanya beberapa jam kerana terpaksa mentelaah untuk ujian semasa kelas petang nanti, disamping menyiapkan tugasan kelas malam tadi.

"Banyak kau punya mimpi! Dah berapa hari aku asyik dengar kau merungut kena marah sebab datang kerja lewat. Kau tengok jam sekarang. Telinga aku dah bernanah asyik dengar kau merungut pasal kena marah. Balik malam aje merungut. Kena marah kat tempat kerjalah. Kena tidur lewat lagi sebab banyak assignment lah. Aku rasa Eddie, esok aku nak letak jawatan jadi tukang kejut kau. Bukan ada apa-apa faedah pun. Kalau ada gaji tak apalah jugak. Esok kau pandai-pandailah bangun sendiri." Panjang-lebar Mail berleter.

"Mail, kau nak tau tak? Aku ingat bila aku dah tak duduk dengan mak aku, tak adalah aku kena bebel lagi. Tapi sangkaan aku meleset... Rupanya kau ni lebih teruk daripada mak aku!" Sindir Eddie dengan nada seperti sedang menghafal skrip drama pementasan. Sejurus itu bantal hinggap ke mukanya yang masih lencun dengan air.

Setelah Mail meninggalkan bilik, mata Eddie memandang tepat ke arah jam dinding Mickey Mouse dengan tangannya menjadi jarum jam dan matanya bergerak ke kiri ke kanan mengikut setiap saat yang berdetik. Jam yang memang telah sedia ada semasa dia dan Mail mula menyewa rumah itu.

"Aduh! Lewat lagi! Mengamuklah harimau jadian macam semalam!" Eddie bingkas bangun dan terus mencapai tuala menuju ke bilik air sambil memikirkan nasib-nasib malang yang bakal ditempuh hari itu. Biasanya begitulah, selepas mimpi indah ala kayangan, pasti membawa petanda buruk untuk dirinya.


"Kita nak pergi mana ni?" Suara gadis kecil molek berlesung pipit dengan rambut panjang ala model iklan syampu Pantene. Jam Bonia melilit kemas tangan kirinya.

"Alah... kau tengok ajelah nanti Qiarra." Suara cina gadis berkulit putih melepak dengan rambut pendek perang ala Mia Farrow.

"Betul kata Mimi. Kau ikut ajelah kami." Suara seorang gadis berkulit hitam manis yang sedang memandu.

"Apa ni Mimi, Sara. Kita nak masuk kelab ke? Kalau kantoi susah kita nanti!" Suara Qiarra di kerusi belakang kereta Volkswagen Beetle Kuning model terkini kepunyaannya. Sara beria-ia mahu memandu kereta itu hari ini. Ada surprise katanya sempena hari istimewa itu.

"Alah.. kau duduk diam sajalah kat belakang tu." Suara Mimi.

Kereta Volkswagen Beetle kuning itu diparkir di hadapan sebuah kafe yang telah menjadi tempat bersantai mereka secara kerap.

"La... korang bawak aku ke sini? Apa surprisenya?" Qiarra berpeluk tubuh sambil mereka berjalan menuju ke kafe dengan banner besar terpampang bertulis "Strawberry Fairyland Cafe" bersama gambar buah-buah strawberi menjadi hiasan.

"Belum lagilah. Kau tengok saja nanti." Mimi menarik lengan Qiarra supaya lekas. Sara sudah pun masuk ke dalam.


"Ruzaidi Minhad! Dah berbuih mulut saya suruh awak datang awal. Tapi hari-hari awak buat perangai yang sama. Ini last warning, okey. Kalau esok awak buat hal lagi, saya dah tak tahu nak cakap apa lagi dengan bos. Lepas ni kalau bos tanya, awak jawab sendiri! Saya dah malas mahu back-up awak." Suara lunak tetapi nyaring milik supervisor Eddie bernama Cecilia.

“Saya minta maaf Cik Cecilia. Saya ...” Eddie cuba mengambil hati wanita di akhir dua puluhan itu, tapi tidak sempat menghabiskan ayat kerana segera dicantas.

"Dah, saya malas nak dengar alasan awak lagi. Cepat siapkan pesanan. Meja 3 ada special celebration hari ni. Ada birthday surprise. Blueberry cheesecake dengan tiga Coke, tiga sherbet strawberi. Cepat! Cepat!" Suara Cecilia sambil Eddie bersegera memakai baju uniform pelayan dan topi bertema jalur-jalur merah jambu. Kepalanya masih berdenyut-denyut. 

Mahu rasanya dia ambil cuti hari itu, tapi rekod prestasinya semakin buruk akhir-akhir ini. Silap haribulan dia mungkin akan dibuang kerja. 

"Kau okey ke Eddie?" Tanya Ravi, juga pelayan di kafe itu.

"Kepala aku sakitlah Ravi. Tapi kau jangan risau, aku masih buat kerja lagi." Eddie cuba memberi alasan agar dia boleh terus menjalankan tugas.

"Kalau kau mahu, aku ada panadol Actifast." Pelawa Ravi.

"Tak apa, tak apa. Aku larat lagi. Kalau dah teruk sangat nanti aku mintak." Eddie meneruskan kerja sambil Ravi melihat dengan curiga.


"... Happy Birthday to Qiarra Raihanna. Happy Birthday to you." Suara Sara dan Mimi mengalunkan bait-bait penutup lagu untuk birthday girl itu tanpa menghiraukan mata yang berpaling melihat mereka. Suara mereka pastinya akan mendapat kad merah jika ke ujibakat Akademi Fantasia.

Qiarra tersenyum meleret sambil melihat kawan-kawan rapatnya. "Thank you guys. That's so sweet."

"Apa lagi. Potonglah cepat. Aku dah kebuloq ni!" Suara Sara sambil menghulurkan pisau pemotong kepada Qiarra.

"Nanti, nanti!, birthday girl kena make a wish dulu." Suara Mimi menahan mereka berdua.

Qiarra hanya melayan kerenah gadis cina itu, walaupun budaya itu kurang sesuai untuk orang melayu yang beragama Islam sepertinya. "Okey, sudah." Kata Qiarra setelah selesai dia menutup mata sebentar dan meniup lilin. Dia kemudiannya memotong kek blueberry bertatah ceri yang amat menggamit rasa itu.


Eddie menahan bisa di kepala yang terasa kuat berdenyut-denyut. Tetapi dia masih tegar mengambil pesanan dan menghantar hidangan pelanggan seperti biasa.

"Meja 3 punya order sherbet strawberi tiga mana belum hantar?! Cepat-cepat, nanti customer bising!" Suara Cecilia nyaring di bahagian dapur kafe. "Eddie pergi cepat hantar! Apa terhegeh-hegeh lagi ni?!"

Eddie lekas-lekas menyiapkan pesanan. Dengan scoop dia mencedok sherbet strawberi yang sama rupanya seperti aiskrim.

"Susah-susah nak guna nama glamour sherbet. Panggil aiskrim aje kan senang?" Mulutnya sempat mengomel sambil meletakkan hirisan strawberi dan sebiji ceri ke dalam setiap sherbet strawberi yang molek terletak di dalam tiga gelas kristal berkaki tinggi.

Melihat gelas kristal dan sherbet strawberi yang berwarna merah jambu itu mengingatkan dia kepada mimpi malam tadi. Tiba-tiba hatinya berasa cuak dan risau.

"Entah apalah pulak petanda mimpi aku malam tadi. Tunggu sajalah.." Suara Eddie sambil meletakkan tiga pesanan sherbet strawberi di atas dulang untuk dibawa kepada pelanggan. Kepalanya masih terus berdenyut bagai mencucuk-cucuk kulit kepalanya.

 

"Mana sherbet kita belum sampai ni?" Tanya Sara keresahan.

"Kejap lagi sampailah tu." Jawab Mimi.

"Dia orang ni buat kerja slow sangat. Kalau kedai ni bapak aku punya, dah lama aku buang semuanya." Suara Qiarra angkuh.

"Eh, tapi tadi kau tengok tak muka mamat yang hantar kek tadi? Handsome kan?" Suara Sara seperti terpikat dengan pelayan yang dimaksudkan, seperti tidak mengendahkan kata-kata Qiarra.

"Yalah, memang handsome. Tapi bukan taste I. I suka yang putih cerah macam artis Korea. Tak kiralah pelakon atau penyanyi K-Pop." Jawab Mimi selamba.

"Alah... muka handsome kalau kerja pelayan kafe saja apa kelas? Zaman ni kalau ada rupa saja tak ke mana. Aku tak pandanglah lelaki macam tu. Silap haribulan kalau jadi boyfriend, kerja dia asyik mengikis harta bapak aku saja." Kata-kata Qiarra yang pasti akan menjemput rasa meluat sesiapa yang mendengar. Sifat angkuhnya menyebabkan dia tega mengeluarkan kata sesuka hati. Hanya Mimi dan Sara yang sudah lali dengan mulut laser Qiarra.

"Itu dia mamat handsome dah sampai.." suara Sara teruja berbisik apabila melihat Eddie datang bersama tiga gelas kristal berisi sherbet merah jambu yang ditatang di atas dulang.

Eddie sempat memerhatikan ketiga-tiga gadis yang berada di meja nombor 3 semasa dia menghantar kek keju blueberry tadi. Gadis cina dan gadis berkulit hitam manis itu memandang dirinya ‘lain macam’ membuatkan dia rasa gabra. Sikap gadis cilik dengan gaya orang berada itu pula membuatkannya bertambah gabra, seperti mencari kesalahan yang dilakukan walaupun sekadar kesilapan kecil.

Dengan tidak semena-mena darahnya menjadi gemuruh ditambah oleh denyut yang tidak kunjung reda di kepalanya. Ini bukan hari yang baik untuk aku, hatinya berbisik.

Dia meletakkan gelas kristal berisi shertbet strawberi di hadapan Mimi dan Sara, sambil empat biji mata mereka memandangnya seperti sedang terpukau setelah dijampi oleh ahli sihir.

Semasa dia mahu mengangkat sherbet strawberi dari dulang ke meja Qiarra, dia terlihat kenyitan mata Sara yang nakal. Nafasnya bagai terhenti seketika dan tangannya menjadi tidak terkawal. Dulang di tangannya hilang imbangan dan gelas kristal berisi sherbet strawberi itu hinggap betul-betul di atas baju Qiarra sebelum jatuh terletak di atas kain skirt yang dipakai.

Sara dan Mimi melihat Qiarra dengan mata yang terbuntang. Qiarra hanya mampu melihat baju dan skirt yang sudah bersememeh dengan sherbet strawberi yang semakin mencair. Eddie berdiri bagai Tugu Millenium di Putrajaya, tegak terpacak dan kaku tanpa bersuara. Suasana hening seketika sambil beberapa pasang mata memerhatikan kejadian di meja bernombor 3.

“Saya minta maaf cik, saya tak sengaja.” Suara Eddie dengan rasa bersalah yang sudah tidak mampu digambarkan lagi. Mahu rasanya dia mengambil kain untuk mengelap sherbet yang tumpah di baju gadis itu, tapi dia khuatir niatnya akan disalah erti pula.

Cecilia, Ravi dan beberapa pekerja kafe sedang melihat dari kaunter kafe. Lebih malang lagi, Puan Ainon, pemilik kafe juga sudah tiba dan sedang melihat mereka semua.

“Nah tisu cik ...” Eddie cuba mengambil hati gadis yang terkedu tidak bersuara sejak tadi

"You are so stupid! Macam mana awak boleh kerja di kafe macam ni?!” Qiarra yang terlalu marah akhirnya mengeluarkan suara, seperti gunung berapi yang baru meledak memuntahkan lahar. Suaranya begitu lantang bergema di ruang kafe yang bertemakan rona merah, merah jambu dan putih.

Dia mencapai beberapa helas kertas tisu dengan kasar dan mengelap pakaiannya yang sudah comot.

“Rupa ada, tapi otak zero! Buat malu aku aje! Iiii.... Geramnya!" Suara lantang Qiarra sebelum berjalan dengan pantas meninggalkan kafe. Mimi dan Sara serba salah antara mahu menenangkan Qiarra atau menyelesaikan urusan di kafe. Akhirnya Sara menjelaskan bayaran yang tidak termasuk sherbet yang belum disentuh dan yang telah tumpah. Mimi sudah meluru ke kereta untuk menenangkan Qiarra yang sedang menggelegak seperti gizar air panas di New Zealand.

Eddie sudah tidak tentu arah. Berbagai perasaan menghurung dirinya. Malu, bersalah, risau, kesal, semua berbaur menjadi satu. Dalam keadaan buntu dia hanya memegang kepalanya yang sedang berdenyut ‘bagai nak rak’.

Ini rupanya petanda mimpinya malam tadi. Kejadian yang begitu simbolik bersama gelas kristal, sherbet merah jambu, dan puteri di menara. Memang malang sungguh nasib dia hari itu. Tetapi dia dapat rasa ada berita yang lebih buruk lagi selepas itu.

Puan Ainon datang menghampirinya dengan wajah yang sudah merah padam, tetapi dia masih mampu mengekalkan ‘kesiuman’ dan profesionalisma pada dirinya. Kata-kata yang dikeluarkan juga begitu tenang di sebalik wajah yang menampakkan gelora di dalam hatinya.

“Eddie, you are fired!” Kata-kata puan Ainon yang menikam jantung Eddie hingga membunuh semangatnya pada hari itu.






2 ulasan:

  1. "you are so UNfired..."
    best lar crite nie apa...
    I like ur style..keep it up..!

    BTW..mam PANADOL boleh mengantuk ke..?? kwang4x...kantoi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi komen. ^_^
      Panadol memang boleh menyebabkan rasa mengantuk.
      Cuma panadol actifast yang tak.
      Sebab mr/ms Anonymous komen, saya dah ubah part itu.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?