PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Ahad, 15 April 2012

Selamat Hari Jadi, Papa




Jari jemari Daniel bagai menari di atas papan keyboard pianonya sambil menghayati alunan irama yang berdenting bagai membelai gegendang telinga melalui headphone yang dipakai. Dia tenggelam dalam satu alam fantasia muzikanya sendiri di malam yang sunyi dan dingin, bersama piano teman setianya di kala jiwa resah dan gelisah. Teman setia ketika tiada lagi insan bernama isteri untuk menemaninya di waktu jiwa yang bergelodak gelora seperti ni.

Irama Ombak Rindu dialunkan bersama bait-bait lagu itu bermain di minda Daniel.

Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti


Peristiwa yang berlaku kira-kira lapan tahun lalu sering singgah di fikirannya di kala jiwa kosong dan resah.

“I dah bosanlah Daniel. Hidup dah lain sekarang ni. Dah tak macam dulu.” Luahan hati isterinya pada ketika itu.

“Apa maksud sayang? Abang ingat Sofia bahagia dengan keluarga kita.” Daniel inginkan penjelasan.

“Bahagia? I dah bosanlah Daniel. I rindukan masa kita mula-mula dulu. I mahu rasa bebas macam dulu. Bukan terperap di rumah kena jaga anak-anak macam ni.” Sofia melepaskan perasaan yang berbuku di hatinya.

“Bawak istighfar Sofia. Kenapa Sofia macam ni sekarang? Dulu tak macam ni”. Mungkin Sofia tertekan. Daniel cuba menenangkan perasaan Sofia.

“I dah tak sanggup nak merahsiakan daripada you Daniel. I sebenarnya dah ada lelaki lain. I nak minta cerai. You jangan risau. I tak akan mintak hak penjagaan anak-anak kita. I serahkan mereka kepada you. ” jawaban Sofia yang mengungkai semua kemusykilan yang tersimpul di benak Daniel terhadap perubahan pada isterinya Sofia.

Luruh hati Daniel ketika itu. Rasa kepercayaannya kepada insan bernama wanita telah lenyap umpama bulan purnama dilitupi awan. Gelap gelita tanpa kelihatan bayang walaupun sedikit.


Daniel telah berkahwin dengan Sofia ketika usia masih muda dan mentah semasa melanjutkan pelajaran di Indiana. Sofia terpaut dengan wajah Daniel yang tampan. Kulitnya yang cerah dengan wajah seperti kacukan arab, melayu dan cina. Bukan Sofia sahaja, tetapi ramai gadis telah terpaut. Kerana takut kehilangan Daniel, Sofia telah mengajak Daniel berkahwin. Dengan restu ibu bapa di Malaysia, mereka telah diijab kabulkan. Mereka dikurniakan tiga orang anak selama tempoh belajar di sana dan pulang ke tanah air sebagai sebuah keluarga.

Cinta Sofia kepada Daniel berlandaskan keseronokan hidup. Hidupnya bahagia bersama lelaki yang tampan dan segak seperti Daniel, tetapi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu mengongkongnya dari mengecap kebebasan seperti dahulu. Akhirnya dengan hati yang berat dan luluh Daniel terpaksa melepaskan Sofia.

“Papa belum tidur lagi?” suara Hazim, anak sulungnya yang sudah remaja berumur 17 tahun. Di belakangnya  Hamdani yang berumur 15 tahun dan Halida anak bongsunya berumur 10 tahun.

Setelah selesai mengalunkan irama Ombak Rindu di pianonya Daniel mengelamun melemparkan pandangan jauh ke luar tingkap yang disinar suram cahaya bulan. Bila terdengar suara Hazim dia berpaling melihat ketiga-tiga anaknya.

“Come. Come here” ujar Daniel sambil melambaikan tangan ke arah anak-anaknya sebagai isyarat supaya datang dekat. Keempat-empat anak beranak itu berpelukan. Hazim mencium dahi ayahnya. Hamdani mencium pipi kirinya. Halida mencium pipi kanan Daniel dan dibalas dengan ciuman oleh Daniel pada pipinya yang tembam dan gebu.

“Selamat malam, Papa” suara ketiga budak-budak itu.

“Selamat malam. Assalamualaikum” suara Daniel

“Wa’alaikumsalam” jawab budak bertiga sebelum menutup pintu bilik yang digunakan oleh Daniel untuk melayan jiwa sayunya bersama irama piano itu.

Semenjak ditinggalkan Sofia, Daniel mula berjinak dengan hobi baru. Pengalaman bermain piano semasa kecil masih segar di ingatannya. Kebolehan membaca nota muzik dari pelajaran semasa kecil banyak menyemarakkan minatnya di dalam bidang itu semenjak pemergian Sofia. Kekosongan hidupnya daripada ditemani seorang wanita di sisi dipenuhkan dengan dayuan dan dentingan irama piano. Malam sunyinya diisi dengan mainan jemarinya di atas papan piano yang bergema menerusi headphone tanpa mengganggu insan lain.

Daniel terus melayan perasaan yang sepi dan kosong dari belaian seorng isteri di saat yang getir untuk membesarkan ketiga-tiga anaknya tanpa seorang ibu.

Jari jemarinya menari lagi mengalunkan Beribu Sesalan. Baris-baris kata lagu itu meruntun hati Daniel dengan makna yang tersirat berlagu di mindanya dalam kesunyian malam.

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Sia-sia ku Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku

***

Daniel memeriksa akaun facebooknya. Telah banyak fail audio yang dimuat naik untuk lagu-lagu alunan pianonya. Dia hanya meletakkan gambar piano sebagai profail facebooknya bersama nama Daniel. Dia malas melayan perempuan-perempuan yang hanya tertarik kepada rupa wajahnya. Dia sudah serik dengan cinta wanita yang hanya berpandu kepada rupa paras.

Akan aku keraskan hati ini. Biar ada tembok batu yang memisahkan aku dari cinta walaupun seorang wanita di luar sana. Hidupku kini hanya untuk membesarkan Hazim, Hamdani dan Halida, walaupun tanpa seorang isteri untuk berkongsi susah-senang, suka-duka dan sakit-pening bersama. Cukuplah sekali. Ia tidak akan berulang lagi. Hati Daniel seakan mahu menguatkan jiwanya dari kerapuhan jiwa lelakinya kepada perangkap cinta insan bernama wanita.

Hari ini ada mesej diterima lagi di akaun facebooknya. Dari orang yang sama. Seseorang bernama Intan, bersama gambar profail sebutir intan yang berkilau. Dia telah periksa profail penghantar mesej itu. Seorang wanita. Tetapi tiada butir-butir lain, walaupun satu gambar foto sekalipun.

Telah banyak dia membaca mesej dari wanita bernama Intan sebelum ini.

“Saya suka alunan piano awak. Meresap ke jiwa. Saya seperti terbuai dalam satu alam lain. Alam yang awak cipta bersama alunan piano awak.”

“Pandai awak main piano. Tidak pernah saya dengar seseorang yang boleh membuai jiwa saya dengan alunan piano seperti ini”

“Saya selalu mendengar alunan piano. Tetapi alunan piano awak lain. Seperti ada perhubungan dengan jiwa yang telah pernah merasa kepedihan. Atau mungkin sedang memujuk hati yang lara dan sayu.”

Ah, ini tentu ada perempuan yang mahu memainkan perasaan aku. Malas aku mahu melayan. Bentak hati Daniel.

Tapi mesej yang diterima dari Intan hari ini berlainan sekali.




Cerpen ini telah dimuatkan ke dalam antologi cerpen
KEMBARA MENCARI CINTA



Sila kunjungi laman FB Kembara Mencari Cinta
untuk perkembangan terbaru tentang
antologi cerpen solo ini.
KLIK DI SINI

7 ulasan:

  1. nakal lah anak2 daniel..
    good job..
    buat2 tertanya2 dari awal siapa intan 2 ingat kan sofia huhuuu nasib baik bkn.. i-p

    BalasPadam
  2. hihihi... tq iniakuyangpunyahati :)

    BalasPadam
  3. waahh.. smua anak2 bermula dgn 'H'.. nice.. yana suka..
    piano.. nak belajaq juga.. hehehe..
    superb la ..

    BalasPadam
  4. en. writer..sy try cri nk bca smbgn dy dkt group..tp x jumpa pun..huhu..

    miss n

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang belum ada lagi... kisah ini dan beberapa cerpen lain akan muncul dalam Antologi Cerpen Kembara Mencari Cinta tidak lama lagi, insya-Allah.. harap bersabar ya.. ^_~

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?