PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 27 Mac 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 7)

BAB 7





Pagi itu Mona mengemas barang dengan tangkas. Dia berjalan ke hulu hilir di ruang kamar sambil mencapai apa yang ingin dibawa. Munira dan Monique hanya memerhati dari dalam cermin. Mereka seolah-olah mengerti apa yang bermain di fikiran Mona. Hanya menunggu masa yang sesuai untuk membuka mulut.

Akhirnya Mona rasa rimas dengan kebisuan. Suasana sunyi itu lebih teruk daripada mendengar perbualan hangat Munira dan Monique. Dua watak yang dirasakan adalah projeksi dari dalam mindanya. Persis apa yang dialami oleh watak lakonan Russel Crowe dalam filem "Beautiful Mind". Cuma Mona tidak mengalami masalah seperti watak itu.

"Okey, cakaplah apa yang kau berdua nak cakap." Mona memecah kesunyian mereka bertiga.

Munira dan Monique saling berpandangan.

Munira membuka mulut terlebih dahulu. "Hubungan kau... dengan Remy...," sukar untuk dia menyudahkan apa yang ingin ditanya.

"Over. Habis. Tamat. Putus." Mona menyambung seperti mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Munira.

Monique berpeluk tubuh. "Kau pasti kau tak akan menyesal dengan keputusan tu?"

"Nak menyesal apa lagi? Aku dah nampak dengan mata kepala aku sendiri."

Munira mengangguk tanda setuju dengan Mona.

"Kau tahu keajaiban cinta kan?" Monique masih belum sedia untuk mengalah.

"Maksud kau?"

"Manusia boleh berubah. Manusia ingin berubah. Tapi manusia perlukan kekuatan untuk merubah. Mungkin Remy perlukan seseorang seperti kau untuk berubah."

Hati Mona yang sudah tertutup rapat untuk Rahimi tadi telah terbuka semula, walaupun hanya beberapa milimeter.


"Tapi bagaimana aku nak pastikan dia memang ingin berubah? Mungkin juga dia ingin ambil kesempatan ke atas aku?"

Munira mengangguk lagi.

"Sebab kau terlalu cepat menghukum dia."

"Menghukum? Kau tahu apa yang aku nampak malam tadi kan? Dia keluar disko sambil berkepit dengan dua orang betina seksi. Sekarang kau salahkan aku sebab terlalu cepat menghukum Remy." Mona berang.

Munira mengangguk.

"Munira, boleh tak kalau kau jangan mengangguk dengan apa yang aku cakap?" Mona melepas geram. Dengan tidak semena-mena Munira terkena tempias kemarahan Mona.

Munira hanya memandang Monique yang tertawa sinis.

"Risiko terlalu tinggi untuk aku terima Remy dalam keadaan dia sekarang ini. Aku tak pasti aku mampu atau layak untuk ubah kehidupan dia. Bukan mudah untuk berubah kalau tiada motivasi yang kuat dalam diri dia." Mona meluahkan perasaan.

"Tapi, sekurang-kurangnya...," Monique cuba berhujah lagi.

"Sudah! Cukup! Aku tak nak dengar apa-apa lagi. Not a single word.  Aku nak siapkan berkemas, lepas tu aku nak chow."

***

Mona menelefon Dato' Harriz sebelum bertolak.

"Assalamualaikum Dato',"

"Ya, Mona. Ada apa?"

"Saya nak ambil cuti mengejut Dato'. Ada urusan peribadi yang saya perlu selesaikan."

"Berapa hari?"

"Mungkin beberapa hari. Saya cuba selesaikan sebelum seminggu."

"Baiklah. Cuma awak pastikan projek yang ada semua menepati deadline."

"Ya, Dato'. Kalau ada apa-apa hal saya akan update Dato' nanti."

"Okey. Kalau awak tak keberatan, boleh saya tahu apa masalah awak sampai cuti lama macam ni?"

Mona serba salah. "Saya pun tak tahu macam mana saya nak jawab soalan Dato' tu."

"Tak apalah. Jaga diri baik-baik." Pesan Dato' Harriz.

"Terima kasih Dato'. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Bukan kebiasaan Mona mengambil cuti seperti ini. Bukan kebiasaan Mona juga mengabaikan projek sehingga klien bising. Mungkin kerana itu dia mudah mendapat izin bercuti daripada Dato' Harriz.

Telefon bimbit berbunyi. Panggilan daripada Rahimi.

'Ah! Malas aku nak layan!' Gerutu Mona dalam diam sebelum menukar telefon ke mod silence.

Enjin dihidupkan dan Honda City Mona meluncur di jalan raya.

***

Sudah lama Mona tidak menyusuri jalan kampung yang bertar itu. Suatu masa dulu jalan ini hanya bertanah merah. Ketika cuaca kering, debu berterbangan setiap kali kenderaan lalu. Lebih besar dan laju kenderaan itu, semakin kuatlah 'kabut debu' yang meliputi ruang udara di situ. Ketika hujan lebat, tompokan lopak dengan air persis teh susu memenuhi ruang sepanjang jalan. Tetapi kini arus perubahan telah masuk ke kampung tempat dia dibesarkan.

Terbayang wajah-wajah rakan sejak kecil dulu. Budak perempuan berkaca mata dan bertocang dua yang selalu menemaninya bermain batu seremban dan ting ting. Begitu juga budak lelaki yang selalu mendampingi mereka berdua dengan basikal yang jauh lebih besar daripada dirinya. Selesai kelas mengaji di rumah Mona, budak berbaju melayu dan songkok longgar itu terhegeh-hegeh cuba mengayuh pedal yang hanya boleh dicapai dengan hujung jari kakinya.

'Apa khabar Reyhan dengan Mahfeez sekarang?' Mona tersenyum ketika kenangan silam itu singgah.

Kenangan lucu mereka bertiga mula singgah. Kenangan ketika Reyhan digigit lintah semasa bermain tepi sawah. Kemudian Mahfeez meludah betis Reyhan supaya lintah itu melepaskan gigitannya. Mengerekot lintah itu bermandikan liur Mahfeez.

"Sweet aje dia orang berdua tu kan?" Mona mengimbau kenangan lama dengan perspektif wanita dewasa.

Kemudian Mona terkenang peristiwa dia dan Reyhan diganggu oleh Hafiz Kulup dan rakan-rakannya, Moin Sontot dan Tumiran Gagap. Entah mengapa Mona ketawa terkekeh-kekeh mengenangkan nama budak-budak itu.

'Hafiz Kulup dapat nama sebab dia lambat bersunat. Beberapa kali musim berkhatan dia sembunyi tak balik berhari-hari. Dah selesai Tok Mudim menyunatkan semua budak-budak dan balik, barulah dia keluar. Membuli orang bukan main. Tapi bersunat takut!' Mona mengutuk budak samseng kampung itu dalam diam.

'Moin kuat makan. Sebab tu badan dia tembam. Tapi cute macam Garfield. Tumiran? Hmm... kalau nak menunggu dia menghabiskan ayat, dah terlelap bangun balik pun belum tentu habis satu ayat dia.'

Kenangan dia dan Reyhan diusik budak samseng kampung bertiga itu kembali singgah. Ketika itu Mahfeez yang kurus macam cicak terperangkap atas kertas pelekat berhari-hari datang menyelamatkan mereka. Kertas perangkap lalat itu digelar 'Kitabun Lalat' oleh ayahnya. Sebab rupanya yang berlipat dua macam kitab, dan dipenuhi lalat-lalat yang 'menghantar ajal'. Cicak yang kurang bernasib baik turut tergoda dan join mangsa-mangsanya. Cuma belum ada pepatah "mati cicak kerana lalat atas kertas perangkap". Macam tak kena aje kan? Sebab tu lebih elok kalau digunakan pepatah "mati semut kerana gula" ajelah.

Berbalik kepada cerita Mahfeez yang kurus macam cicak kubin ini, dia dengan berani menyelamatkan Mona dan Reyhan. Ending cerita ini macam sudah dapat diagak. Budak samseng bertiga belasah Mahfeez sampai lembik. Habis muka dia lebam-lebam dan luka.

'Mahfeez memang pantang kalau ada yang mengacau Reyhan. Biar dia teruk kena belasah, asalkan Reyhan tidak diapa-apakan. Macam sweet couple.... Aku? Hmm....' Kenangan lalu menjemput rasa teruja dan pilu pada masa yang sama.

'Sampai bilalah baru aku dapat temui Mister Right aku ni?Jangan sampai dah tua bangka baru nak naik pelamin sudahlah. Tangan dah terketar-ketar baru nak makan berdamai. Haish.' Mona cuba menepis bayangan 'ngeri' yang singgah.

'Ah! Aku nak lupakan benda tu semua buat seketika. Aku nak sedut udara kampung. Dengar bunyi air parit dan bunyi kicau burung atas pokok. Makan masakan mak. Aku nak ikut abah pergi kebun buah. Kalau nasib baik, adalah buah yang boleh jadi habuan aku. Masalah yang menyesakkan kepala aku nak lupakan sekejap.' Mona mengatur rancangan.

Tidak banyak perubahan di kampung semenjak dia pulang bercuti raya beberapa bulan lepas. Laman bersih seperti dahulu. Tiada semak samun atau pokok liar merayap tanpa pemantauan. Pak Fendi dan Mak Lijah memang rajin berkebun.

Honda City Mona menyusuri keluar dari jalan tar menuju ke rumah pusaka turun-temurun ayahnya. Kelihatan pokok pisang dan pokok betik memagari tepi jalan, umpama bunga manggar menyambut kepulangan Mona.

"Assalamualaikum," Mona menyapa Mak Lijah yang tercegat di muka pintu. Ibunya keluar  selepas mendengar deruman enjin kereta di pekarangan rumah.

"Walaikumsalam. Eh, kamu cuti? Setahu mak tak ada cuti sekarang ni. Kalau tak dah riuh jiran-jiran kita bercerita pasal anak yang nak balik." Ada riak kehairanan di wajah Mak Lijah semasa Mona mencium tangan ibunya.

"Memang tak ada. Mona ambil cuti sebab nak berehat. Dah berlambak sangat kerja kat syarikat." Dalih Mona.

"Itulah, dari dulu mak dah beritahu. Kahwin cepat. Tapi kamu tu yang beria-ia nak kerja." Sindir ibunya.

"Mak ni. Orang baru sampai, dah nak ungkit benda tu. Lenguh memandu tadi pun tak hilang lagi." Rungut Mona.

"Yalah, pergi masuk dulu. Nanti mak buatkan air."

"Ayah mana mak?"

"Dia ada gotong-royong di surau. Ada YB nak datang katanya."

Mona terus ke bilik. Nostalgia lama datang singgah.

Biasanya dia tidak berpeluang mengundang memori singgah seperti ini. Semasa hari raya, rumah itu dipenuhi keluarga kakak dan abang serta ipar-duai. Anak saudara yang hampir sedozen riuh keluar masuk hingga tiada masa untuk membuat refleksi tentang dirinya sendiri.

Tetapi hari ini semuanya umpama perjalanan merentas masa mengimbau masa silam. Ketika dia dan Reyhan bermain pondok-pondok. Atau bermain sembunyi-sembunyi dengan adik-beradik yang lain. Senyuman bersama hela nafas yang panjang mengiringi memori itu.

Mona berjalan ke laman rumah. Pokok beringin yang telah menggalah tingginya masih ada di situ. Suatu masa dahulu ia tumbuh rendang dan merimbun, bersama buaian kayu yang diikat dengan tali. Buaian masih di situ, tapi bukan buaian asal yang selalu menjadi permainan bersama Reyhan.

Memandang ke kawasan berwakaf di pojok laman membuatkan Mona tersenyum simpul. Suatu masa dahulu tiada wakaf di situ. Hanya kawasan lapang bersama sebuah bangku. Di bangku kayu itulah mereka selalu bermain kahwin olok-olok. Reyhan yang suka berangan menjadi pengantin dan suri rumah pada masa itu selalu menjadi pengantin perempuan. Hanya seorang sahaja calon yang sesuai dijadikan pengantin lelaki yang duduk di sebelahnya ketika itu. Mahfeez. Kalau budak lelaki lain cuba duduk di sebelahnya, dia akan marah-marah.

Entah mengapa hati Mona seperti digeletek ketika memori itu singgah.

Mahfeez selalu cuba lari setiap kali dia ternampak mereka bermain kahwin olok-olok di situ. Dia tahu dia akan jadi mangsa. Mona masih ingat bagaimana budak-budak kampung memegang kaki dan tangan Mahfeez ketika dia cuba melarikan diri.

"Entah apalah cerita kawan-kawan aku tu. Dah lama tak jenguk dia orang."

Hati Mona seperti dipujuk-pujuk untuk berjumpa Reyhan. Tanpa berfikir panjang, Mona terus mencapai kunci kereta, "Mak. Mona nak ke rumah Reyhan sekejap."

***

Rumah Reyhan tidaklah seperti rumah batu orang tua Mona, namun ia tetap kelihatan tegap dan elok. Rumah kayu bercat putih dan ungu itu tidak banyak berubah semenjak zaman kanak-kanak mereka. Hanya catnya yang berubah bersama beberapa tambahan yang dibuat oleh arwah ayah Reyhan.

"Assalamualaikum," nyaring suara Mona dari laman.

"Waalaikumsalam," perempuan berumur dengan serkup kepala seperti ibu Mona keluar. Cuma tubuhnya agak kurus dan kecil.

"Mak Som, Reyhan ada?"

"Eh, Mona....Sekejap ya mak cik panggil."

Tidak lama kemudian seorang gadis dengan rambut berikat keluar. Dia memakai t-shirt kuning dan berkain batik. Dia berlari mendapatkan Mona dan mereka berpeluk sambil melonjak-lonjak. Persis dua orang kanak-kanak perempuan berkawan baik yang telah lama terpisah.

"Mona! Bila balik?" Suara Reyhan menggambarkan rasa teruja. Cermin mata besar masih tersangkut di telinga seperti dua bingkai gambar hitam yang bersambung.

"Baru sampai. Terus aku teringatkan kau."

"Kau ni macam tahu-tahu aje." Wajah Reyhan berseri-seri.

"Tahu apa?"

"Aku nak bertunang tak lama lagi!" Suara Reyhan agak meninggi.

"Ya ke? Sekejap, aku tahu siapa.... Kan?" Mona cuba meneka tanpa menyebut nama sesiapa.

Reyhan mengangguk-ngangguk macam burung belatuk.

"Aku dah agak dah. Mesti Hafiz Kulup jadi pilihan kau!"

"Hoi!" Bahu Mona ditampar kuat akibat tindakan refleks Reyhan.

"Adoi!" Mona menggosok-gosok bahu. "Tangan kau macam besi! Kau ni Iron Man ke apa?"

"Mahfeezlah! Bukan Hafiz!" Reyhan menggetap gigi.

"Aku tahu. Saja nak kenakan kau."

"Aku tak sangka betul. Akhirnya dia sudi juga melamar aku." Reyhan disampuk angau.

"Baguslah. Memang dah lama patutnya dia buat macam tu. Tapi memang tak sangkakan. Dulu masa kecik-kecik bukan main lagi dia nak lari kalau kena jadi pengantin lelaki kau." Mona mengimbau kenangan silam.

"Memang. Sampai dia meraung-raung macam kena sampuk."

Tawa mereka berdua berderai.

"Kau pula, macam mana?" Reyhan bersuara setelah tawa mereka bersisa.

"Aku macam ni ajelah. Masih tak ada lagi calon yang sesuai." Keluh Mona, namun masih ada senyuman yang diukirkan.

"Alah, nanti adalah yang sesuai tu... Eh, terlanjur kau dah ada di sini, aku nak minta nasihat."

"Nasihat?" Mona rasa pelik.

"Kau kan pakar bidang wedding ni." Reyhan teruja dengan perkataan Inggeris yang digunakan.

"Reyhan, aku kerja bidang advertising. Bukan wedding. Aku bukannya Mak Andam atau perancang perkahwinan. Aku kerja di syarikat pengiklanan. Lagipun kau baru nak bertunang, belum kahwin lagi."

"Aku tahu. Tapi dari kecil kau memang berbakat dalam bidang kreatif macam ni. Kat sekolah dulu kau ingat tak? Kalau selalu menang dalam bab reka mereka."

"Itu dulu. Kalau sekarang ni, nanti orang kata kau pengantin badut macam mana? Kau sanggup?"

"Teruklah kau ni. Sudahlah! Kalau kau tak nak tolong, tak apa." Reyhan menarik muka panjang.

"Okey, okey. Aku tolong. Tapi kalau orang kutuk kau jangan salah kan aku!" Ugut Mona.

Reyhan memeluk bahu rakan karibnya.

Sejurus itu kedengaran bunyi motosikal dari jalan besar menuju ke rumah Reyhan.

"Itu buah hati kau dah datang." Usik Mona sambil menjeling Reyhan.

Reyhan mencubit bahu Mona sambil tersipu-sipu.

"Assalamualaikum," sapa Mahfeez sambil mematikan enjin motor.

"Waalaikumsalam. Datang nak jumpa mata air ke?" Usik Mona.

Reyhan tersipu-sipu. Macam mengada-ngada pun ada.

"Tadi ternampak kereta Honda City lalu. Setahu aku kau sorang aje yang pakai kereta macam ni dalam kampung ni." Jawab Mahfeez.

"Jadi kau datang ni, nak jumpa akulah. Bukan Reyhan." Mona mengusik Reyhan lagi.

"Dua-dua." Mahfeez menyeringai.

Memang telah banyak perubahan pada diri Mahfeez. Siapa dapat menyangka budak yang dahulunya sukar mengayuh basikal besar dengan kaki cukup-cukup mencecah pedal sudah jadi seorang lelaki seperti ini.

Dia masih kurus, tetapi tidaklah kering seperti dulu. Rambut lurusnya disikat biasa ke tepi. Bukan seperti jejaka di bandar yang menggunakan pelbagai jenis gel rambut atau memotong rambut di salon. Penampilannya bersahaja dengan kemeja lengan pendek kotak-kotak. Misai dan janggutnya yang nipis membuatkan dia kelihatan matang dan berusia daripada wajahnya yang kebudak-budakan dengan kulit cerah.  Adakala kelihatan 'comel'.

Mona perasan perubahan pada diri Reyhan. Ketika bersama Mahfeez, dia asyik membetulkan kedudukan cermin matanya yang besar ala spek Adibah Amin dalam filem komedi "Adik Manja".

"Tahniah ya. Aku dengar tak lama lagi korang berdua nak bertunang." Mona tumpang gembira.

"Terima kasih. Kau datang nanti ya? Bawalah pakwe kau sekali." Usik Mahfeez bersama senyuman yang menampakkan barisan giginya.

"Kau ni main serkap jarang aje. Aku mana ada pakwe lagi. Single the mingle lagi tau!" Mona merendah diri.

"Ai! Macam ni punya lawa pun tak ada pakwe." Mahfeez tergelak.

"Aku tahulah. Nasib aku tak sebaik kau dengan Reyhan." Mona sentap. "Okeylah Reyhan. Aku nak balik dulu."

"Eh, kita baru aje berbual. Kau dah nak balik." Mahfeez perasan perubahan Mona.

"Abah aku belum balik dari surau tadi. Aku belum sempat jumpa dia lagi. Aku balik dulu." Mona cuba menyembunyikan rasa terkilan. Dia sedar, itu bukan salah Mahfeez. Cuma emosinya agak mudah tersentuh selepas apa yang berlaku antara dia dan Rahimi.

***

"Abah," Mona mendapatkan ayahnya yang sedang duduk membaca akhbar di ruang tamu.

"Lama balik?" Tanya ayahnya bersama cermin mata jarak dekat yang terlorot di hidung.

Jemari kasar Pak Fendi dikucup Mona semasa bersalam.

"Beberapa hari aje. Saja nak tenangkan fikiran. Kerja banyak sangat, letih otak."

"Baguslah. Bila ada masalah balik kampung, jumpa mak dengan abah. Dapatkan restu. Bukan melancong sana sini sampai orang tua terbiar di kampung." Pesan Mak Lijah.

"Dah tahu pasal Reyhan dengan Mahfeez?" Tanya ayahnya selamba sambil menatap dada akhbar.

"Dah," jawab Mona ringkas. Dia dapat rasakan ada nada yang tersirat dalam kata-kata ayahnya.

"Kamu bila lagi?" Soalan ibunya yang memang sudah dijangka.

"Nantilah dulu mak. Sampai masa, adalah." Mona jawab selamba.

"Kami ni makin lama bukan makin muda. Bukan menongkat dunia." Keluh Pak Fendi.

"Alah, mak dan abah kan dah merasa menimang cucu. Anak-anak abang dan kakak tu bukan main ramai." Mono berseloroh untuk menyembunyikan perasaan yang bersarang.

"Bukan masalah itu. Kamu duduk di KL tu jauh dari mata kami. Apa yang kamu buat abah dan mak tak tahu. Sekurang-kurangnya kalau dah berumah tangga, ada yang ambil tahu keadaan kamu. Itu yang abah dan mak risaukan."

"Mona faham. Abah sabarlah ya."

"Dulu abah nak carikan budak kampung ni, kamu tak nak. Nak bina kerjaya. Nak merasa hidup berdikari dulu di KL. Sampai bila Mona?" Ceramah Pak Fendi berterusan.

Mona kelu untuk berbicara. Dia ingin menjawab, tetapi dia membiarkan ayahnya melepaskan perasaan tuanya yang berbuku.

Mona hanya mampu mengeluh dalam hatinya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?