PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 28 Februari 2013

Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Bab 18


BAHAGIAN 5 : PUCUK DI CITA

Bab 18



Sepanjang perjalanan pulang ke kampung, pelbagai perkara bermain di benak Eddie. Umpama sebuah tayangan kisah hidupnya tentang segala peristiwa yang mewarnai hidupnya dengan duka dan ria.

Bertahun-tahun dia memendam perasaan kerana tertanya-tanya siapa ibu dan bapanya yang sebenar. Perasaan itu datang setiap kali dia dihambur dengan kata-kata cemuhan, sama ada oleh ayah angkatnya di rumah atau oleh murid-murid nakal di sekolah terutamanya Arshad dan gengnya. Kata-kata dan tawa sinis dan mengejek menjadi makanan harian sehingga hatinya sudah kematu dengan rasa kecil hati dan sedih.

Jauh di sudut hatinya ada rasa terkilan apabila melihat anak-anak yang gembira bersama ibu dan bapa mereka.

Tentu seronok rasanya jika ada ibu dan ayah sendiri, bisik hati Eddie semasa melihat keluarga seperti itu. Adakala ada titis yang mengalir tanpa dijemput.

Kepedihan dan kesengsaraan itu menjadikan dia seorang yang cekal dan bercita-cita tinggi. Adakala dia menyalahkan takdir kerana dugaan hidup bersama arwah bapa angkatnya menjadikan dia keciciran dalam pelajaran. Tetapi akhirnya dia pasrah bahawa ini semua adalah kehendak Tuhan dengan hikmah yang tersirat.

Entah kenapa, satu pelajaran bersama Dayana masih kekal hingga kini. Pepatah ‘Every cloud has a silver lining’  begitu sinonim dengan hidupnya.
                                            
Cuba awak lihat awan.” Kata Dayana satu masa dahulu ketika mereka duduk di tepi padang sekolah memerhatikan langit.

“Awan mendung menandakan hari akan hujan. Tapi di balik awan ada matahari yang bersinar terang. Pada setiap awan yang mendung dan gelap, ada garis sinar yang terlakar pada lekuk-lekuk awan.” Terang Dayana.

“Apa maksud awak?” Tanya Eddie sambil melihat wajah gadis yang berlesung pipit manis di pipi.

“Dalam setiap kepayahan dan kesukaran hidup, sentiasa ada sinar cahaya yang menanti. Macam matahari. Walau bagaimana lama sekalipun kita menunggu ia muncul, akhirnya ia tetap akan muncul.” Jawab Dayana.

Pandangan Eddie kemudian beralih ke arah kepulan awan.

Ya, memang benar kata Dayana. Setiap awan ada garis sinar yang menggarisi keluk rupa awan. Fikir Eddie.

“Sebab tu pepatah Inggeris ada sebut... ”

Every cloud has a silver lining.” Suara lirih Eddie sambil menunggang motosikal, seolah-olah menyambung kata-kata Dayana suatu masa dahulu. Dia tersenyum sendirian dengan memori bersama Dayana dan maksud yang tersirat di sebalik pepatah Inggeris itu.

Wajah Dayana muncul di mata Eddie. Gadis itu pernah bertakhta di hatinya, dengan kisah hidup yang menyayat hati dan wajah manis berlesung pipit. Kini setiap kali wajah itu muncul hati Eddie diselubungi rasa bersalah. Kekusutan fikiran menyebabkan jiwanya rasa bercelaru.


Aku beria-ia mahu menjauhkan diri dari Dayana kerana perbezaan tahap pencapaian dalam pelajaran antara kami berdua. Tapi akhirnya aku terpikat dengan gadis yang berbeza darjat dalam kehidupan. Eddie menyelar dirinya sendiri.

Wajah Dayana dan Qiarra silih berganti di mata Eddie. Dua gadis yang berbeza, tetapi memiliki persamaan kerana kedua-dua jauh lebih baik daripada dirinya dari perspektif yang berlainan.

Jika diberi pilihan, siapa yang akan aku pilih antara mereka berdua? Kebuntuan melanda benak Eddie.

Ah! Lupakan semua itu. Mungkin aku tidak akan dapat memiliki hati kedua-dua mereka. Aku siapa? Anak pungut yang tak tahu asal usulnya. Harta tak ada! Keturunan? Entah dari mana, aku pun tah tahu! Eddie begitu galak merendahkan dirinya sendiri.

Yang aku ada sekarang hanyalah Mak Cik Aishah yang aku anggap sebagai mak aku sendiri. Dialah matlamat aku sekarang. Aku perlu gembirakan hati dia, sebagaimana dia bersusah payah menegakkan pendirian untuk menjaga aku walaupun dibantah suaminya. Aku terhutang budi pada dia, sebab dia meletakkan diri dia dalam keadaan bahaya semata-mata kerana aku. Rasa sayu tiba-tiba hadir di dada Eddie.

Aku perlu balas jasa mak. Sama ada aku berjaya kerana usaha aku sendiri atau setelah aku dapat maklumat tentang keluarga aku yang sebenar, aku mesti balas jasa dia. Itu tekad aku. Janji Eddie pada dirinya sendiri.

Dengan tidak semena-mena peristiwa dia berjumpa Rostam terimbas kembali di ingatan.

Siapa Rostam? Benarkah dia seorang yang boleh aku percayai? Bagaimana kalau tujuan dia hanya ingin mendapatkan dokumen yang ada pada aku? Apakah caranya untuk aku pastikan niat dia jujur dan bukan ada kepentingan sendiri? Kenapa Guntor begitu berdendam dengan keluarga aku? Apakah kisahnya di masa silam bersama keluarga aku? Bagaimana kalau Qiarra dan keluarganya menjadi mangsa semata-mata kerana aku? Soalan demi soalan menujah benak Eddie. Satupun tidak dapat dijawab dengan pasti, seperti teka-teki yang masih belum cukup petunjuk atau clue.

Aku terpaksa percayakan Rostam sekarang ini. Dia saja cebisan teka-teki yang ada untuk aku jejak siapa orang tua aku. Walau apapun yang berlaku, aku tak akan serahkan dokumen padanya. Aku kena pastikan mak juga tak akan terlibat dalam perkara ini. Kalau tak mungkin sesuatu yang buruk akan menimpa dirinya. Fikir Eddie.

Eddie akhirnya tiba di jalan menuju masuk ke rumahnya di kampung. Papan tanda ‘Kampung Seludang’ seakan-akan menyambut ketibaannya ke tempat yang menyimpan 1001 peristiwa pahit dan manis dalam hidupnya.

Sebelum masuk ke simpang, Eddie sempat memerhatikan beberapa orang pemuda sedang melepak dengan motosikal tidak jauh dari simpang. Wajah-wajah itu memang dia kenal semenjak masih di bangku sekolah. Mereka sedang mengusik seorang gadis kampung yang sedang menunggu bas.

Eddie memberhentikan motosikal di simpang masuk apabila melihat seorang lelaki berumur tiba di pondok menunggu bas. Setelah lelaki itu marah-marah, Arshad dan gengnya bertempiaran lari. Mungkin lelaki berumur itu adalah ayah gadis yang diusik. Dia menunggu bas berhadapan dengan rumahnya. Apabila ayahnya melihat anak gadisnya diusik oleh geng Arshad, dia segera datang.

Entah apalah yang dah dibuat oleh Arshad dengan geng dia di kampung ni? Dari kecil sampai sekarang kerja asyik mengacau anak orang saja. Suara hati Eddie sambil dia menggeleng. Dia kemudian menyambung perjalanan menuju masuk ke simpang.

Adakala Eddie menyalahkan dirinya sendiri kerana sering melepaskan Arshad daripada menerima hukuman akibat perbuatannya di sekolah, seperti peristiwa dia ditumbuk di sekolah dahulu. Bagi Eddie nasib budak seperti Arshad akan lebih buruk sekiranya dia dibuang sekolah kerana terlalu banyak membuat kes. Tetapi pada masa yang sama ia menyebabkan budak seperti itu mua dengan tabiatnya. Sama seperti apa yang terjadi pada Arshad sekarang.

Satu hari nanti kau akan terima juga pengajarannya Arshad. Fikir Eddie dengan tidak semena-mena.

Hati Eddie bagai melonjak gembira apabila tiba di pekarangan rumahnya. Dia tidak dapat menafikan ada rasa rindu untuk bertemu dengan insan bergelar ibu, walaupun bukan ibu kandungnya sendiri. Mencium tangan wanita itu membangkitkan rasa damai di hati.

Apa khabar ibu agaknya? Harap-harap dia sihat seperti yang dia beritahu di telefon. Bisik Eddie apabila menghampiri rumah kayu yang sudah nampak uzur tetapi masih tegap.

Apabila Eddie tiba di rumah, pintu rumahnya terbuka dan ada motosikal di hadapan rumah.

Eh, siapa pula yang datang ke rumah? Hati Eddie tertanya-tanya.

Di depan rumah ada selipar. Berdasarkan selipar berbunga-bunga itu, tentu tetamu itu seorang perempuan.

“Assalamualaikum,” suara Eddie sambil masuk ke dalam.

“Waalaikumsalam.” Jawab Aishah.

Eddie melihat seorang gadis duduk bersama ibunya. Gadis itu memang dia kenal, tetapi penampilannya jauh berbeza. Dahulu dia kerap menocang atau mengikat rambut yang panjang dan ikal. Kini gadis itu sudah manis bertudung labuh. Tetapi wajahnya tetap manis berseri dengan lesung pipit di pipi.

“Dayana?” Suara Eddie seperti terkejut. Sama ada dia terkejut melihat Dayana ada di rumah ketika itu, atau dia terkejut melihat perubahan pada diri gadis yang membesar bersamanya sejak kecil.

“Apa khabar Eddie? Eddie sihat?” Suara Dayana bersama senyuman yang menampakkan lesung pipitnya yang manis. Soalan Dayana hanya dibalas dengan anggukan oleh Eddie. Dengan tidak semena-mena suaranya hilang dengan rasa terkejut yang menyinggah.

***

“Berapa kali aku nak cakap Qiarra. Aku tak nak!” Suara Sara tegas. Beberapa pelanggan di kafe turut berpaling melihat ke arah mereka bertiga.

“Aku pun tak sanggup Qiarra. Eh, kau tak serik ke hah? Baru lepas kena dengan geng mamat motor di jalan gelap hari tu. Aku pun tak fahamlah dengan kau ni. Degil sangat. Aku rasa ada batu dalam kepala kau tulah!” Mimi pula menambah.

Qiarra bersandar sambil mengeluh dan berpeluk tubuh.

“Macam ni ke kawan? Bila aku susah semua tak nak tolong.” Gerutu Qiarra.

“Buka tak nak tolong Qiarra. Ini kes... ih, aku pun tak tahu nak cakaplah. Janganlah excited sangat nak mengejar ‘cinta’ kau tu sampai lupa diri.” Kata Sara sambil membuat isyarat tangan inverted comma apabila menyebut perkataan cinta.

“Aku pun tak pernah jumpa perempuan yang degil macam kau ni. Keras kepala macam batu gunung!” Selar Mimi pula dengan harapan Qiarra akan mengubah pendiriannya.

“Okey, fine. Cuma ada dua perkara aku nak pesan dengan kau orang berdua. Pertama, lepas ni aku dah tak ada kawan bernama Sara dan Mimi. Apa guna kawan kalau tak boleh tolong masa kita sesak. Kedua, by hook or by crook, aku tetap akan pergi ke kampung Eddie. Sama ada kau orang ikut atau tidak, aku tetap akan ke sana. Jangan salahkan aku kalau apa-apa jadi pada aku. Bye.” Qiarra membuat taktik untuk mengubah keputusan kawan berdua. Dia bangun perlahan-lahan seperti ingin meninggalkan kafe.

Satu, dua, tiga. Bisik hati Qiarra seperti membuat countdown seolah-olah menunggu jawapan rakan berdua.

“Okey, okey! Iiih.. geram betullah aku dengan kau ni Qiarra.” Rungut Sara seperti kesal kerana terpaksa menyerah kalah.

Qiarra memberi senyuman sinis sebelum duduk semula.

So, apa rancangan kau?” Tanya Mimi. Kini dia pula berpeluk tubuh. Mungkin geram kerana terpaksa akur lagi dengan Qiarra seperti yang biasa berlaku.

“Plan aku macam ni. Kita beritahu parents kita, kolej ada buat trip. Hari tu kan ada pekeliling dengan tanda tangan pengetua. Kita buat surat pekeliling trip ni dengan gunakan surat itu.” Terang Qiarra.

“What?! Itu kerja gila Qiarra. Kalau kolej tahu nanti macam mana?!” Sara bengang.

“”Uurgh!... Oh God, kenapalah aku dapat kawan macam Qiarra ni?” Rungut Mimi yang benar-benar menunjukkan rasa kesal gadis cina itu.

“Well... kalau kau orang tak mahu pergi. Aku boleh pergi sorang-sorang...” Suara lembut Qiarra sengaja memprovokasi kedua rakannya.

Sara dan Mimi saling berpandangan. Sara menggetap bibir manakala Mimi mengecilkan matanya. Qiarra tersenyum sinis.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?