PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 20 Februari 2013

Saat Aku Lafazkan Akad Nikah





Naim duduk bersila di pangkin bersama tangan dihulurkan seperti bersedia untuk bersalam dengan seseorang. Dahinya berkerut. Nafasnya ditarik dalam-dalam sebelum melafazkan perkataan yang ada di skrip yang tertulis di mindanya.

“Aku terima nikahnya Tuhfatun .... Aku terima nikahnya Tuhfat.... Aku terima nikahnya Tuhfatunnisa binti Mukhrizzu.... Aku terima nikahnya Tuhfatunnisa binti Mukhrizurrahman dengan mas ....”

“Apa kau buat bercakap sorang sorang tu Naim?” Suara wanita yang mengganggu tumpuan Naim.

“Alah... nenek ni potong stim lah! Bukan main seksa Naim nak sebut yang betul. Tapi bila dah elok sebutan nenek kacau pulak.” Wajah Naim menunjukkan rasa kurang senang dengan kehadiran neneknya.

“Nenek minta maaf. Nenek tak sangka susah bebenor kamu nak sebut lafaz akad nikah tu.” Ujar neneknya sambil duduk di muka pintu. Mulutnya asyik mengunyah sirih yang kelihatan merah apabila wanita berumur lebih separuh abad itu membuka mulut untuk bersuara.

“Tak susah kata nenek? Nenek tak dengar macam mana punya panjang nama bakal isteri saya tadi.” Kata Naim.

“Salah kamu juga. Pergi cari perempuan nama panjang sampai berbelit lidah kamu nak menyebut tu siapa suruh?” Neneknya mengusik sambil ketawa kecil. Sinis.

“Amboi. Sedapnya nenek cakap. Mana saya tahu nama dia macam tu. Lainlah kalau saya dah tanya awal-awal. Helo cik, boleh tahu nama cik. Saya nak pastikan panjang ke pendek. Nanti masa akad nikah senang saya nak sebut. Boleh ke macam tu nek?” Jawab Naim dengan gayanya sekali.

Neneknya ketawa lagi. Kali ini lebih jelas warna merah di dalam mulutnya akibat sirih yang dimakan.

“Nenek gurau aje. Itupun kamu nak sentap. Lagipun apa yang kamu nak takutkan sangat kalau buat silap masa akad nikah nanti. Lalukan aje.”

“Ewah ewah... sedapnya nenek cakap. Bukan nak bagi semangat. Makin melemahkan adalah. Naim kalau boleh nak sebut sekali saja. Taklah sampai kena ulang lebih tiga kali. Buat malu nanti!” Naim tidak pernah menjawab kata-kata neneknya seperti itu. Mungkin kerana tekanan memikirkan hari yang semakin hampir itu.

Neneknya ketawa lagi melihat Naim tiba-tiba jadi perengus.

“Ah! Malaslah cakap dengan nenek. Naim ke warung lagi bagus!”

“Naim! Nanti dulu! Ada benda nenek nak cakap ni!”

Kata-kata neneknya sudah tidak dihiraukan oleh Naim lagi. Dia sudah menghidupkan enjin motosikal untuk ke warung Pak Abas.


***

“Eh, dah tinggal seminggu ya? Sekejap betul. Kau tak gabra ke Naim?” Suara Hasan semasa Naim sedang menyisip teh tarik di dalam gelas kaca jernih.

‘Kalau ikut hati mahu aku hentak kepala Si Hasan ni. Dah tahu tanya lagi. Melampau betul!’ Hati Naim berbisik sambil dia kelihatan tenang menyisip air teh tarik yang dibuat Pak Abas.

Pak Abas memang pakar buat teh tarik yang kena dengan cita rasa Naim. Daripada sukatan susu hinggalah ke buih-buih yang terapung di permukaan gelas itu. Seperti kapucino.

“Kalau aku jadi kau Naim, aku dah tak boleh tidur malam. Asyik teringat hari yang membuat aku rasa saspens tu.” Tambah Ali.

Naim masih boleh menahan kesabarannya. ‘Setakat ini belum ada seorang pun yang memberi aku semangat. Semuanya hanya tahu menambahkan rasa cemas dalam hati aku ni. Sabar Naim. Sabar...’

“Eh Naim. Kau tak takut ke kalau dah kahwin nanti bini kau jenis yang suka kawal kau? Kau nak ke mana semua dia nak ambil tahu. Siap pasang pengintip peribadi lagi. Kau tak takut ke?” Usik Amran pula.

‘Aduh... bebudak ni memang nak kena dengan aku. Makin menambahkan gabra aku adalah! Haish!’ Hati Naim bergelodak.

“Kadang-kadang bukan bini aje. Mak mertua pun sama. Boleh bikin kepala pusing. Cerewet mengalahkan bini kau sendiri.” Tambah Hasan.

Ada juga kepala yang berbekas dengan kerusi ni karang!’ Naim masih boleh kelihatan tenang.



Cerpen ini telah dimuatkan ke dalam antologi cerpen
KEMBARA MENCARI CINTA


Sila kunjungi laman FB Kembara Mencari Cinta
untuk perkembangan terbaru tentang
antologi cerpen solo ini.
KLIK DI SINI






11 ulasan:

  1. hoye..hoye... tepukan untuk atok... atuk ke atok Encik Salleh?

    2. kalau semua org 'jantan' risau mcm Naim ni, tak berkembang umat Nabi Muhamammad..ha ha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. terima kasih sudi singgah dan komen.

      p/s: ini bukan kisah benar :D

      Padam
    2. mula-mula guna atuk, entah kenapa mengada pergi tukar atok..
      atuk lebih sesuai sebenarnya..

      Padam
  2. hahahaaha nenek pecah lobang tuh.. hahaha

    BalasPadam
  3. cer bayangkan tetiba atoknya patah semula balik rumah. mesti merah padam muka dia :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. gerenti nenek dengan Naim tukar topik, konon-kononnya cerita pasal benda lain.. :D

      Padam
  4. Sempoi dn santai...sengih baca part atuk ceta psl ksh bakal pngntin...lucu
    trskn brkarya yee
    »Leen«

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ Leen sudi singgah dan menitip komen...
      Hehe.. harap2 tak adalah insan yang mengalami nasib macam tu.. ^_^
      Ya, akan terus berkarya selagi diizinkan-Nya..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?