PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 3 Januari 2013

Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Bab 10

BAB 10



“Kenapa kau biar Qiarra tanggalkan topeng tu?” Pandangan Farouk tajam menusuk mata Eddie yang terpinga-pinga di sofa.

“Macam mana aku nak halang dia? Mati-mati aku ingatkan dia nak pitam. Kalau aku tahu, awal-awal aku dah elak, sebelum dia sempat capai topeng tu!” Eddie cuba membela diri.

Eddie serba-salah. Dia duduk memegang rambut yang telah kusut, sebagaimana kusutnya fikirannya pada masa itu. Keadaan sepi seketika. Masing-masing melayan emosi sambil memikirkan perkara yang mungkin akan berlaku selepas ini, sambil melihat dari perspektif masing-masing.

“Aku akan terus berdiam diri, sampai Qiarra bawa hal ni pada pengetahuan ibu bapa dia. Bila mak dan ayah aku tahu baru aku akan ceritakan hal sebenar. Aku pun dah tak tahu macam mana nak tangani masalah ni. Aku tak sangka langsung boleh jadi macam ni.” Keluh Farouk dengan nada kesal.

“Aku minta maaf Farouk. Aku pun tak sangka cerita dongeng di majlis tadi boleh berakhir dengan tragedi macam ni.” Suara Eddie sambil bersandar di sofa.

“Nak buat macam mana. Perkara dah berlaku. Aku pun bersalah juga sebab cadangkan kau pergi ke majlis tu. Tak apa. Kita tunggu saja apa yang akan berlaku nanti. Sementara tu kau kena fikirkan apa yang akan kau katakan bila jumpa Qiarra di kafe nanti. Aku rasa dia tentu akan buat sesuatu. Kau kena hati-hati. Sekarang ni kau baliklah dulu sebelum mak ayah aku sampai. Lain pula jadinya nanti.” Pesan Farouk.

Eddie hanya bersandar di sofa buat seketika melayan fikiran yang sudah bercelaru, sebelum dia menukar pakaian dan meninggalkan rumah Farouk.


***

What?!” Suara Mimi separuh menjerit. Sara pula telah terbuntang matanya mendengar kata-kata Qiarra.

“Susah nak percaya kan? Aku sendiri pun masih rasa tertipu sampai sekarang. Kau bayangkan aku mengutuk dia macam-macam, rupa-rupanya dialah orang yang aku hina di balik topeng. Aku hairan macam mana dia boleh ada di majlis tu. Aku pun dah keliru sekarang ni, sama ada dia menyamar jadi pelayan di kafe atau dia menyamar jadi orang lain malam tu. Tapi bagi aku, aku tak akan terima orang macam ni dalam hidup aku. Sekali dia menipu, memang tak ada ruang untuk dia buat selama-lamanya. Walaupun dipaksa oleh papa dan mama!” Qiarra meluahkan perasaan yang berbuku semenjak semalam. Semenjak dia lihat wajah Eddie pelayan kafe di sebalik topeng.

“Habis kalau kau jumpa dia di kafe nanti macam mana?” Sara cuba membaca perjalanan seterusnya kisah Qiarra dan budak pelayan itu.

“Kau tunggu saja. Kau akan dengar apa yang aku katakan pada dia nanti.” Suara Qiarra sambil menggetap gigi.

Walaupun zahirnya dia meluahkan perasaan marah terhadap pelayan bernama Eddie itu, tetapi satu peperangan sedang meletus di dalam diri Qiarra.

Perasaan yang mula berputik malam itu bukan satu lakonan. Dia benar-benar sudah mula suka dengan pemuda yang memakai topeng putih malam tadi. Sepasang mata yang dilihat itu benar-benar telah melepaskan panah tepat mengena sasaran di hatinya. Perasaan itu benar-benar wujud dan bukan sekadar mainan perasaan. Tetapi mengapa perasaan itu lenyap apabila wajah Eddie muncul? Kenapa dia terlalu bencikan wajah itu, sedangkan bukan diri dan perwatakan Eddie? Alangkah bagusnya jika dia tidak membuka topeng itu dan mengetahui siapa pemuda pada malam itu. Kenapa dia terlalu mengikut perasaan mahu melihat wajah sebenar pemuda itu di balik topeng?

Kekeliruan itulah yang membuatnya diam menyepi malam tadi selepas tahu identiti sebenar pemuda bertopeng. Hari ini baru dia membuat keputusan berkongsi kisah itu dengan Sara dan Mimi.

Qiarra terus melayan perasaan yang sedang bergejolak dalam diri tanpa disedari oleh Sara dan Mimi.

***

“Woi Eddie Butterscotch! Kenapa hari ni kau diam saja? Macam mana date malam tadi?” Ravi menepuk bahu Eddie yang sedang termenung di meja menongkat dagu sementara kafe masih lengang.

“Pandai-pandai kau kata aku pergi date? Mana kau tahu?” Eddie menjawab.

“Yalah. Kau kata kau ada temu janji. Tak kan kau pergi temuduga kerja. Mana ada orang pergi interview malam-malam. Lainlah kalau mahu jadi bouncer kelab malam atau gigo...” Usik Ravi.

“Oit! Apa kau merepek ni? Selisih! Tak sanggup aku buat kerja macam tu. Apalah kau ni Ravi!” Tempelak Eddie.

“Kalau macam tu cuba kau kasi tahu sama aku. Apa sudah jadi malam tadi?” Ravi mengambil tempat duduk di hadapan Eddie, bersedia untuk mendengar lipur lara rakan sekerjanya.

“Aku pergi satu majlis malam tadi. Aku jumpa Qiarra.” Suara Eddie tidak bersemangat

“Qiarra? Siapa tu?” Dahi Ravi berkerut.

“Awek yang aku tumpahkan sherbet hari tu.” Jawab Eddie ringkas.

“Ayoyo Eddie! Kau sudah hilang akal ke apa?” Ravi terkejut.

“Aku rasa itulah saja cara aku nak luahkan perasaan sebenar ... maksud aku untuk minta maaf pada dia.” Eddie terbabas. Lekas-lekas dia mengalih arah perbualan. Dia tidak mahu Ravi tahu dia menyimpan perasaan kepada gadis itu.

“Aku menyamar jadi orang lain malam tadi semata-mata untuk serahkan surat pada dia. Tapi entah macam mana dia tahu identiti sebenar aku. Lepas tu surat yang aku tulis hilang entah ke mana. Depan sampul ada tulis nama dia. Kalau orang lain jumpa habislah aku!” Eddie menzahirkan kerisauannya. Dia khuatir ada orang lain yang membaca surat yang meluahkan isi hatinya kepada Qiarra, bersama satu kejutan rahsia yang khusus buat gadis itu.

“Sekejap, sekejap. Kau kata kau tulis nama dia depan sampul tu. Tapi macam mana kau tahu ejaan nama dia?” Ravi minta penjelasan.

“Hari tu masa hari jadi dia. Kau dah lupa nama dia ada terpampang atas kek? Aku hafal siap ada dua R lagi. Aku tahu nama dia Qiarra masa aku curi dengar perbualan awek bertiga tu.” Eddie menerangkan.

“Oh, jadi sekarang ni kau risaukan surat tulah ya?” Ravi mula faham. Eddie mengangguk sambil tunduk dengan wajah yang monyok.

Belum sempat Ravi menjawab untuk menenangkan Eddie, pintu dibuka dan seorang wanita cina bersama tiga orang anak-anaknya masuk. Ravi bingkas bangun mengambil pesanan dan Eddie menuju ke kaunter. Perkara itu terus menghantui fikiran Eddie.

***

“Kau nak buat apa dengan mamat tu Qiarra? Ish.... kau ni! Risaulah aku! Kau nak malukan dia lagi di kafe? Atau kau nak dia kena buang kerja lagi?” Sara mula resah duduk di kerusi Volkswagen Beetle kuning, seperti ada bara yang mengganggu keselesaannya di kerusi tempat duduk.

“Yang kau ambil berat sangat tentang dia tu kenapa? Dia boyfriend kau? Eh, Sara. Dah berapa kali aku beritahu kau. Orang yang suka dengan mamat tu adalah orang yang tak ada taste. Faham?!” Jawab Qiarra. Angkuh.

Sara terdiam. Dia dan Mimi hanya menunggu saat mereka akan bertemu dengan Eddie Butterscotch di kafe.

Setibanya di kafe, Eddie sedang mengambil pesanan seorang pelanggan lelaki. Dia nampak kelibat Qiarra dan rakan-rakannya masuk ke kafe. Tetapi kali ini dia tidak lari atau bersembunyi di sebalik topi. Hari ini dia akan berhadapan dengan Qiarra seperti yang sepatutnya semenjak mereka bertemu dahulu. Rasa gementar dan malu-malu dibuangkan jauh-jauh. Dia akan bersemuka dengan Qiarra sebagai seorang anak jantan.

“Qiarra... saya minta maaf seb...” Eddie bersuara sambil berdiri bertentangan dengan Qiarra.

“OK girls. You nak order apa? Hari ni I nak celebrate sebab I berjaya bongkar identiti sebenar pelayan di kafe. Dia ada double life macam Superman, Spiderman, Batman. Cuma I belum tahu apa keistimewaan dia lagi.” Sindir Qiarra memandang tepat ke wajah Eddie dengan perasaan benci.

“Qiarra, jangan macam tu. Saya betul-betul nak minta maaf lepas kejadian malam tadi. Saya...” Eddie cuba mengambil hati Qiarra tetapi kata-katanya dipotong tanpa dipedulikan.

“Nak minta maaf apa lagi? Tak cukup you menipu I dan semua yang datang ke majlis malam tadi? Nak tipu apa lagi? Kalau dah tahu dirinya mampu jadi pelayan kafe saja, tak payahlah nak berlagak jadi orang kaya. Ada hati nak datang majlis kenamaan. Dalam gent’s tu ada banyak cermin berderet atas sink. Masuk dalam dan cerminkan muka tu. Cuba sedarkan diri. Ini bukan kisah dongeng Fairy Tale!” Suara lantang Qiarra menyebabkan semua pelanggan kafe melihatkan drama mereka berdua. Sara cuba memegang tangan Qiarra, tapi segera ditepis.

Eddie terkedu dengan hinaan bertubi-tubi ke atas dirinya. Malam tadi dia masih mampu menahan sabar di sebalik topeng. Tetapi hari ini kemarahan dengan sikap gadis berada yang tidak tahu menapis kata-katanya semakin membuak. Seperti lahar gunung berapi yang telah sedia memuntahkan ledakan yang akan menghanguskan apa sahaja yang disentuh. Bukan sahaja gadis itu tidak mahu mendengar kata-kata maaf darinya, malah tega memalukannya di khalayak ramai di kafe.

“Hei Qiarra! Kau dengar sini. Aku tahu kau anak orang kaya dan hidup dalam keadaan mewah. Tapi aku bersimpati dengan kau. Aku simpati sebab kekayaan tidak dapat membentuk kau menjadi gadis dengan peribadi yang mulia. Kau menghina orang lain sesuka hati kau, tapi sebenar kau lebih hina disebabkan perbuatan kau tu!” Eddie meluahkan perasaannya.

Qiarra memalingkan wajahnya bersama senyum sinis.

“Aku tahu aku anak orang miskin. Orang kampung. Hanya mampu jadi pelayan kafe. Hidup aku bahagia walaupun keadaan aku macam ni. Tapi kau? Kata-kata kau tu adalah racun yang akan mematikan hati kau sendiri. Kau akan jadi manusia pembenci yang tidak akan disukai orang lain. Aku pun hairan macam mana kawan-kawan kau boleh setia dengan orang macam kau ni. Mereka adalah kawan-kawan yang baik, kerana bersabar dengan sikap jijik kau tu!” Kata-kata Eddie sambil menunding jari ke arah Qiarra.

Puan Ainon pemilik kafe sudah menjenguk keluar dari bilik pejabatnya di bahagian belakang kafe dengan suara lantang Eddie dan Qiarra. Dia tidak akan bertoleransi dengan pekerja yang bertekak dengan pelanggan di dalam kafe.

So? What are you going to do about it? Ops, sorry I lupa, orang miskin macam you ni mungkin tak faham apa yang I cakapkan?” Sindir Qiarra dengan mata yang penuh kebencian.

Eddie ketawa kecil mendengar penghinaan Qiarra sebelum dia bersuara.

“Walaupun aku hanya sekadar roti murahan yang kau beli di kedai, tetapi bersamaku terkandung manisan luarbiasa butterscotch yang tidak bisa kau petik dari ladang yang paling hebat di dunia ini. Aku sedar, kau adalah sherbet strawberi yang anggun dan mewah dihidang di dalam gelas kristal yang berkaki tinggi, pasti memikat mata sesiapa yang memandang. Namun hakikatnya strawberi sudah boleh dimiliki di negara ini dengan adanya ladang strawberi di Cameron Highland.” Sindir Eddie dengan kata-kata puitis yang hadir dalam kemarahan yang memuncak.


“Oh, jadi inilah rupanya keistimewaan pelayan kafe yang ada double life. Pandai memainkan kata-kata yang indah kononnya. Apa? Kau ingat aku terkesan dengan kata-kata kau tu?!” Tempelak Qiarra.

Sejurus itu Puan Ainon tiba di tempat perbalahan mereka berdua. Qiarra tersenyum sinis kerana sudah tahu nasib yang bakal menimpa Eddie budak pelayan yang tidak sedar diri. Dia menanti babak seterusnya denga rasa teruja.

“Puan Ainon tak payah risau. Puan tak perlu pecat saya, sebab saya berhenti kerja dengan rela hati. Saya tak sanggup lihat muka manusia yang berwajah jelita, tapi hati lebih busuk daripada bangkai!” Kata-kata terakhir Eddie sebelum ke bahagian belakang kedai untuk menyerahkan unifom dan kelengkapan kerja lain. Dia sudah nekad dengan keputusan meninggalkan tempat itu, walau apapun yang akan terjadi.

***

Qiarra tidak dapat menepis apa yang hadir di dalam hatinya. Dia sedar sikapnya yang tega melepaskan kemarahan dengan kata-kata celupar sesuka hati itu sudah sampai ke kemuncak. Selama ini dia terlalu mengikut kehendak hati, kerana tiada siapa di sekelilingnya yang berani menegurnya.

Pemuda bernama Eddie itu adalah yang pertama berani tampil menyedarkan dia daripada kesilapan itu. Meskipun kata-kata Eddie dibalas ketika amarah menguasai diri, tetapi hakikatnya kata-kata lelaki itu telah meninggalkan kesan di dalam hatinya.

Perasaan yang berputik terhadap Eddie telah mula menjauh selepas apa yang terjadi. Dia terpaksa menerima hakikat bahawa dia mungkin tidak akan bertemu Eddie selepas melihat kemarahannya memuncak di kafe. Dia terpaksa menerima kenyataan bahawa Eddie bukan untuk dirinya, walaupun perasaan yang hadir di balkoni rumah Helena masih hadir bagai sebiji benih jauh di dasar paling dalam hatinya. Tetapi kini ia akan terus dalam hibernasi setelah apa yang telah berlaku.

Sedang Qiarra asyik memerhatikan Prince Charming dan Cinderella berdansa di atas kotak muzik dengan alunan irama yang memukau, dia terdengar ketukan di pintu bilik bersama suara ibunya. “Qiarra, Helena sedang tunggu di bawah. Cepat turun.”

Ada apa Helena ke mari? Tentu ada sebab penting. Detik hati Qiarra sambil dia menuruni anak tangga.

“Hai Helena!” Ucap Qiarra.

“Hai! Qiarra, pembantu rumah I jumpa surat ni masa majlis hari tu. Dia terlupa serahkan pada I. Baru pagi tadi I dapat.” Kata Helena sambil menghulurkan sepucuk sampul merah jambu dengan motif strawberi.

“Dari siapa?” Tanya Qiarra sambil membelek-belek surat itu.

I wish I knew girl. Open it.” Ujar Helena.

Qiarra mengoyak hujung sampul dengan berhati-hati sambil tertanya-tanya siapakah pengirim surat itu. Apabila dia mengeluarkan isi di dalamnya, aroma strawberi menusuk hidung. Bau yang amat menyenangkan perasaan Qiarra. Helena hanya melihat gelagat Qiarra bersama surat misteri itu.

Qiarra mula membaca surat.

Buat gadis yang bernama Qiarra.

Assalamu’alaikum.
Awak tentu tertanya-tanya siapakah insan yang menghantar surat ini. Dan awak tentu juga tertanya-tanya kenapa surat ini dihantar. Sebenarnya penghantar surat ini selalu awak jumpa, cuma awak tidak tahu apa yang sedang bergelora di dalam hatinya.

Saya rasa awak mesti sudah kenal siapa saya. Tapi jika awak masih tidak dapat meneka nama saya, jawapannya ada di akhir surat ini.

Kenapa surat ini dihantar?
Sebabnya adalah lelaki ini tidak mampu meluahkan perasaan semasa bersemuka dengan awak. Saya tak tahu kenapa, tapi setiap kali saya bersemuka dengan awak, jantung saya akan berdebar-debar menyebabkan saya menjadi gugup dan kalut. Saya rasa itu adalah antara sebab mengapa saya tertumpahkan sherbet di atas baju awak.

Malang bukan? Saya langsung tidak berpeluang mengenal awak dengan lebih rapat selepas itu. Peluang saya tertutup apabila awak marah pada saya, dan saya pula tak diberi peluang untuk mendapat kemaafan dari awak.

Pada mulanya saya fikir kerana saya kurang sihat pada hari itu. Tapi seorang kawan telah menyedarkan saya bahawa itu adalah cinta. Kawan saya itu adalah pemuda bertopeng putih yang menyerahkan surat ini kepada awak.

Mungkin awak sedang mentertawakan saya sekarang ini. Kita memang tak sepadan. Awak seperti gelas kristal yang menghiasi meja mewah dan ternama. Sedangkan saya hanya cawan sompek di tepi jalan menadah hujan.

Saya tahu apa yang saya buat ini adalah kerja gila, menyatakan perasaan cinta kepada seseorang yang mungkin tidak akan memandang diri ini walaupun dengan sebelah mata. Tapi hakikatnya, itulah cinta. Ia boleh menjadikan seorang waras menjadi kurang siuman.

Mungkin saya boleh lupakan awak sekiranya kita tidak bertemu lagi. Tapi awak adalah pelanggan tetap di kafe tempat saya bekerja. Setiap kali melihat wajah awak, perasaan ini semakin bersemarak. Dan selagi saya pendam perasaan ini, saya akan jadi tak keruan.

Saya berharap selepas saya menulis surat ini perasaan yang berbuku akan hilang. Apa yang awak lakukan selepas ini itu adalah hak awak. Jika awak rasa kehadiran saya di kafe menyebabkan rasa benci awak tidak boleh padam, saya boleh tinggalkan kafe itu dan awak tak perlu lihat wajah saya lagi. Tetapi saya masih menaruh harapan agar dapat merasakan keindahan cinta, dan saya ingin benar berkongsi keindahan itu bersama awak.

Saya beruntung kerana berjumpa seorang guru puisi cilik semasa kecil dulu yang telah mengajar saya keindahan melakarkan perasaan melalui kata-kata. Oleh itu saya nukilkan sebuah puisi untuk awak.


Strawberi Cinta Buat Qiarra

Aku tak pandai melakar cinta
dengan indah bulan dan bintang
Aku tak pandai menganyam pelangi
untuk zahirkan warna cintaku
Aku cuma mampu melarik rasa
pada ranum mistik  strawberi

Cintaku halus
Bagai sepotong shortcake strawberi
Cintaku tulus
Bagai masam manis buah strawberi
Cintaku hangat
Bagai latte perisa vanila strawberi
Cintaku dingin
Bagai sherbet strawberi bertatah ceri
Cintaku penuh misteri
Bagai strawberi bersalut coklat
Cintaku istimewa
Bagai lapis strawberi aiskrim neapolitan
Cintaku harum
Bagai Body Shop Perfume Oil aroma strawberi
Cintaku asli
Bagai merah bugar strawberi Cameron

Qiarra,
Aku persembahkan cintaku seadanya
Bagai titipan puisi strawberi ini


Saya harap awak telah terhibur dengan puisi yang tak seberapa ini.

Secara logik saya dapat rasa kita tidak akan bersama ke akhir hayat kerana perbezaan darjat kita, tetapi saya masih berharap takdir Tuhan akan merubah ketentuan itu. Tiada yang mustahil dalam hidup ini sekiranya Dia kehendaki.

Saya dapat rasakan beban di dada sudah mula surut selepas saya menulis surat ini. Saya berharap di sebalik sifat awak yang memandang rendah kepada manusia seperti saya ini, masih ada kelembutan dan kehalusan yang akan membukakan hati awak untuk orang seperti saya.

Sekian saja luahan ikhlas dari hati insan hina seperti saya.
Wassalam.

Lelaki yang berserah pada takdir,
Eddie
Pelayan Kafe Strawberi Fairyland


Qiarra sudah mula faham. Eddie menyamar sebagai Farouk malam itu semata-mata untuk menyerahkan surat ini. Tetapi kerana rahsianya terbongkar, dia tidak sempat menyerahkan surat ini. Surat ini pula telah tercicir di rumah Helena semasa dia bergegas pulang malam itu.

Dia lakukan semua ini semata-mata kerana surat ini? Tapi mengapa dia sanggup lalui semua ini semata-mata untuk menyatakan perasaan cinta kepada aku? Adakah ini bermakna kami sudah saling mencintai? Qiarra berdialog dengan dirinya yang sedang keliru.

Qiarra menyerahkan surat itu kepada Helena yang setia menunggu kata-kata dari mulutnya.

Oh my God! So sweet... so romantic!” Puji Helena usai dia membaca surat itu. Dia melipat surat itu dan menyerahkan kepada Qiarra yang sedang termenung. Aroma strawberi masih halus memenuhi ruang tempat mereka berdua duduk.

So, apa you nak buat lepas ini?” Tanya Helena.

“I tak tahu. Kalau you, apa you buat?” Qiarra cuba memecahkan kebuntuan.

Helena menghela nafas dan berdiam diri seketika. Kemudian dia bersuara.

You tahu lukisan Mona Lisa?”

Qiarra hanya mengangguk dalam keliru.

Apa kaitan lukisan itu dengan masalah yang sedang dihadapi. Bisik hatinya.

“Lukisan Mona Lisa hanya ada satu di dunia ni. Tapi bila ia diletak di dalam muzium, ramai orang boleh datang untuk menikmati keindahan dan appreciate nilai estetika lukisan itu, walaupun hanya seorang saja yang boleh miliki lukisan itu.” Kata-kata tenang yang keluar dari mulut Helena.

Qiarra hanya mendengar dengan teliti.

“Lukisan Mona Lisa itu ibarat cinta. Tidak semua orang dapat melihat lukisan Mona Lisa. Maksudnya tak semua orang dapat rasa nikmat cinta. Dan tidak semua orang yang dapat melihat lukisan Mona Lisa akan memilikinya. Maksudnya tidak semestinya cinta itu akan berakhir dengan perkahwinan. Atau dalam bahasa melayu, jodoh. Jodoh is destiny, atau orang melayu kata takdir. Tetapi itu bukan bermaksud kita perlu menolak cinta. Or we try to deny it. Cinta itu keindahan yang boleh kita nikmati, seperti nilai estetika lukisan Mona Lisa.”

Qiarra terpegun dengan kehebatan gadis Amerika ini berfalsafah.

Wait. How come you know about all this stuff like a pro?” Qiarra melahirkan perasaan hairannya mendengar kata-kata Helena.

“My grandma told me. Nenek I seorang artis, pelukis. Satu hari I bertanya pada dia tentang cinta. Her answer was exactly like what I told you just now.” Jawab Helena sambil tersenyum simpul.

Cinta. Seperti satu misteri yang menjadi pengalaman kepada mereka yang bertuah merasainya. Hati Qiarra pula berbunga setelah apa yang didengar dari Helena.

“Apa you nak buat sekarang?” Tanya Helena buat kali yang kedua.

I’m not sure. I have to think.” Jawab Qiarra.

Qiarra mengurung diri di dalam bilik selepas Helena beredar. Dia perlu membuat keputusan mengikut gerak hatinya.

Cinta. Kau memang sesuatu yang penuh misteri. Bisik hati Qiarra.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?