PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Ahad, 27 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 20)

BAB 20



Mona tersengih seorang diri sambil merebahkan tubuh di katil. Peristiwa yang berlaku semenjak beberapa hari lepas berlegar di fikiran seperti bebuih sabun yang berterbangan ditiup angin. Dia memilih satu di antara bebuih itu dan memecahkannya bersama emosi yang tergambar semasa peristiwa itu berlaku. Tambah berbunga-bunga perasaan Mona.

"Kau tengoklah tu. Angau dia dah datang balik." Suara Monique yang berpeluk tubuh.

Munira tidak menjawab. Hanya senyum simpul yang terukir ketika dia melihat telatah Mona.

Mona hanya mampu menjeling kedua watak berupa dirinya dalam cermin. Watak-watak yang merupakan projeksi sisi berlainan dalam dirinya yang tercipta semasa dia mengalami krisis besar di Master Creative Media dulu. Sekurang-kurang itulah saja penerangan yang mampu dia terima, setelah kewujudan dua makhluk yang tidak masuk akal dalam cermin.

"Kau rasa Mona dah jumpa Mister Right dia?" Munira bersuara.


"Mungkin juga. Azhan mungkin tak handsome seperti lelaki lain yang pernah Mona jadikan calon, tapi dia memiliki sifat seorang ayah yang penyayang. Dia membesarkan anak tanpa isteri di sisi. Besar pengorbanan lelaki tu." Puji Monique.

"Tapi kau rasa itu cukup sebagai kriteria seorang suami?" Munira menduga.

"Mungkin bukan sepenuhnya. Tapi ciri-ciri itu boleh menggambarkan keperibadian seseorang. Kau asyik tanya aku. Kau pula bagaimana? Apa pandangan kau tentang Azhan?" Monique pula bertanya.

"Azhan dan Shahila memang gambaran keluarga bahagia yang Mona inginkan. Aku tak membantah kalau Mona pilih Azhan. Pada masa yang sama dia sudah ada seorang anak yang matang dan pintar macam Shahila. Cuma aku risau kalau isteri dia muncul dengan tiba-tiba. Itu saja." Terang Munira.

Mona tersenyum lebar. Buat pertama kali dua sisi dalam dirinya bersetuju dengan pilihan yang dibuat. Kenangan manis bersama Azhan dan Shahila di Legoland dan Sentosa singgah silih berganti, hinggalah lena menjemput Mona malam itu.

***

Awal-awal pagi lagi Norman sudah memanggil semua staf Mona untuk menghadiri mesyuarat. Ketika itu baru Mona perasan ada seorang gadis yang belum pernah dia lihat bersama mereka.

'Siapa ni? Rupa boleh tahan lawa. Cuma gaya agak terlebih sikit. Macam gedik pun ada.' Mona membuat analisa first impression ketika gadis itu duduk di sebelah Norman.

Belum sempat dia bertanya apa-apa, Norman sudah memulakan mesyuarat.

"Welcome back Mona. Saya harap awak dah betul-betul refreshed untuk menyambung tugas di Ad-Vantage." Kata-kata Norman membuat Mona tersenyum.

"Semenjak beberapa hari lepas, kita dah ada staf baru di syarikat kita. Cuma Mona yang belum kenal lagi." Norman memandang gadis yang duduk di sebelahnya.

Mona hanya memerhatikan gaya gadis berambut lurus panjang yang terketik-ketik seperti ikan keluar dari kolam air.

'Apa kena dia ni? Dia ingat ini sesi photoshoot America's Next Top Model. Duduk diam-diam tak boleh ke?' Mona mula rasa terganggu dengan kehadiran gadis itu.

Atau mungkin itu sekadar usikan rasa cemburu melihat gadis itu berada di sebelah Norman.

"Ini Marsha Joannes. Pelajar dari sebuah kolej di KL. Marsha berasal dari Sabah. Sebab tu kadang-kadang dia cakap pun ada bah bah. Sebab dia datang dari Sabah bah." Norman cuba membuat lawak, tetapi tiada siapa yang digeletek dengan cara dia berseloroh.

"Marsha sebelum ni tinggal di Singapura dengan kakak dia. Selama dia buat praktikal di sini, dia akan tinggal dengan Amanda. Marsha akan membantu Aizad dalam tugas design. Grafik, Flash, Video, Web page dan semua yang berkaitan." Norman menerangkan.

Mona sesekali menjeling melihat Marsha. Gaya gadis itu begitu menjengkelkan pada pandangan matanya.

"Perkara seterusnya adalah tentang kempen iklan Ultra Vue. Kita dah dapatkan model yang sesuai untuk kempen Chameleon. Wajah dia memang sesuai untuk market di Malaysia dan Singapura, sebab dia ada kacukan Melayu dan Latin. Nama dia Aaron Firdaus Fernandez. Kalau tak ada aral, esok dia akan datang berjumpa dengan kita sebelum shooting dimulakan." Terang Norman.

'Wow! Nama gempak.' Tersedik di hati Mona.

Norman menyambung. "Perkara seterusnya adalah tentang advertising conference  di Singapura dalam masa beberapa hari lagi. Saya tak dapat hadir sebab ada urusan yang kena diselesaikan. Jadi saya akan hantar Mona seorang. Amanda akan takeover semasa saya dan Mona tak ada. Kalau ada apa-apa masalah call saja."

***


"Kenapa aku tengok kau macam bad mood akhir-akhir ni? Ada masalah masa cuti kau hari tu? Kau tak ada share dengan kami pun." Amanda akhirnya meluahkan apa yang terpendam.

Mona masih merenung kosong walaupun setiap bait kata-kata Amanda dia dengar.

"Kalau kau tak nak cerita pun tak apa. Aku tak paksa." Amanda bersuara dengan selamba.

"Entahlah Amanda. Banyak sangat yang menyerabutkan otak aku ni. Mula-mula sekali pasal si Marsha tu. Aku pun tak tahu kenapa. Bila tengok gaya dia, cara dia bercakap, aku jadi meluat. Puas aku buat macam-macam supaya perasaan ni hilang. Tapi makin menyampah adalah." Mona akhirnya melepaskan apa yang tersimpan.

"Ya ke? Aku tak nampak macam tu pun. Marsha ni orangnya cepat mesra dan tak takut dengan orang. Memang personaliti dia macam tu."

"Aku pun faham. Tapi kat sini hah! Susah betul aku nak buang perasaan ni." Mona menunjuk ke arah hatinya di bahagian dada sebelah kiri.

"Mungkin ada sebab lain kot? Kau jealous dengan dia ya?" Amanda cuba menebak.

"Kenapa aku nak jealous dengan dia?" Mona tidak boleh terima kata-kata Amanda.

"Yalah, sebab dia tu kan lawa. Macam model. Ramai suka dengan sikap dia yang peramah ..." Kata-kata Amanda dipintas Mona.

"Gedik dan sosial, macam bimbo. Macam tu?" Mona meledak.

"Aku tak faham betul dengan kau ni. Apa yang kau anti sangat dengan dia? Jangan-jangan ada sebab lain kau bad mood macam ni."

"Memang pun. Model iklan Chameleon tu satu hal."

"Aaron? Kenapa dengan dia?" Tanya Amanda.

"Aku tengok dia tu lain macam. Dahlah masa datang ke ofis dulu menggatal dengan Marsha bukan main. Lepas tu dengan aku pun bukan main mengayat lagi. Tanya macam-macam. Rimaslah aku!" Gerutu Mona.

"Dia suka dengan kau agaknya?" Tebak Amanda.

"Aku dah seriklah Amanda. Aku dah serik dengan lelaki yang rupa bukan main handsome, tapi tak boleh setia dengan satu wanita. Depan kita bukan main lagi, belakang entah berapa ramai yang dia pasang. Girlfriend lain. Mistress lain. Ex lain. Hii... Please! I'm not falling for another guy like that. I had enough!"

Amanda tergelak.

"Yang kau gelak apasal? Awak buat lawak ke?" Mona sentap.

"Sorry, sorry, aku tak dapat tahan dengan sifat grumpy kau ni. Comel ada. Lucu pun ada." Amanda cuba menahan tawa, tetapi sesekali terlepas juga.

Mona hanya memandang Amanda dengan mata yang dikecilkan. Seolah-olah Amanda seekor semut di antara dua jarinya.

"Aku ingatkan kau balik holiday makin ceria. Ini makin teruk. Cuba kau ceritakan tentang trip kau. Mungkin boleh tenangkan perasaan kau yang tengah bengkeng semacam ni." Pujuk Amanda.

Mona menarik nafas panjang. Mata dipejamkan buat seketika.

Akhirnya dia bersuara, "Masa aku ke Legoland, aku jumpa seseorang. Actually, dua orang."

Amanda terbeliak. "Hah! Tamaknya kau, macam playgirl." Tawanya datang semula.

"Bukan dua-dua lelaki. Kau pernah rasa tak  telan air batu seketul seketul?" Mona menyirap.

Amanda masih cuba menahan tawa. "Okey, sorry. Teruskan."

"Seorang lelaki. Seorang lagi anak dia." Sambung Mona.

"Maksud kau lelaki tu duda? Atau laki orang? Kau jangan main-main Mona. Jatuh cinta dengan laki orang ni kes berat." Ton suara Amanda bertukar menjadi serius.

"Isteri dia tinggalkan dia macam tu aje. Dah bertahun-tahun lamanya. Aku kesian dengan budak tu. Tapi aku tengok dia memang budak yang tabah dan jauh lebih matang daripada usia dia yang sebenar." Mona mengimbas kembali tentang Azhan dan Shahila.

"Jadi sekarang ni, kau jatuh cinta dengan dia... atau kesiankan anak dia?"

Mona terdiam. Kata-kata Amanda memberikan dia perspektif baru tentang dilema yang dia hadapi.

"Entah, mungkin dua-dua sekali."

Mona merenung jauh. Amanda menunggu dia menyambung kisah itu. Sebaliknya Mona terus tenggelam dalam lamunan.

Akhirnya Amanda tidak sanggup menunggu lagi. "Eh, jom balik! Dah nak habis lunch break ni."

***

Malam itu Mona sukar melelapkan mata. Dia asyik terkenangkan Azhan dan Shahila.

Peristiwa semasa di Sentosa kembali menyinggah.

"Mona dah ada orang istimewa dalam hidup?" Tanya Azhan semasa mereka mengocak air kolam dengan kaki. Shahila sedang riuh bermain air.

"Belum. Dah beberapa orang saya jumpa, tapi semuanya tak kekal. Ada saja yang tak kena." Jawapan Mona telus.

"Mona terlalu memilih agaknya?" Usik Azhan.

"Mungkin juga. Dulu abah saya nak carikan orang satu kampung. Tapi saya nak teruskan cita-cita dulu. Saya beruntung dapat abah macam tu. Dia bukan jenis yang mengongkong dan memaksa." Mona menguis-nguis air dengan kaki.

"Hmm... sebenarnya itulah cabaran jadi seorang ayah. Bila saya ada Ila baru saya faham." Kata-kata Azhan menyimpan maksud yang tersirat.

"Apa maksud Azhan?"

"Seorang ayah memang inginkan yang terbaik untuk anak dia. Tapi semakin usia anak itu meningkat, semakin dia sedar dia tak mampu menyuruh anak dia buat ikut kehendak dia semata-mata. Jika terlalu mengongkong, si anak akan memberontak. Kalau terlalu dilepaskan, bimbang jadi perkara yang tak diingini."

Azhan memandang Shahila yang sedang melambai ke arah mereka.

"Sebagai seorang ayah, dia terpaksa terima hakikat. Dia terpaksa beri si anak itu ruang untuk dia belajar tentang kehidupan. Dia terpaksa beri ruang untuk anaknya buat kesilapan dan belajar daripada kesilapan itu. Yang mampu dia buat adalah memerhatikan anak itu. Sekiranya si anak menangis, ayahnya akan datang memujuk dan mengelap air matanya. Kalau dia jatuh, si ayah akan datang dan jadi tempat dia berpaut supaya bangkit semula. Yang ayah mampu buat adalah berdoa supaya si anak akan berjaya dan terselamat daripada perkara-perkara yang akan merosakkan kehidupannya."

Kata-kata Azhan meninggalkan kesan yang mendalam di hati Mona. Selama ini dia tidak pernah berfikir dari perspektif seorang lelaki seperti Azhan atau ayahnya.

Ketika itu satu keheningan hadir di hati Mona. "Terima kasih abah."




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?