PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Isnin, 16 Disember 2013

Fantasia Izara Bab 7

BAB 7




Suasana suram di majlis pengkebumian Sameon. Izara tidak henti-henti mengalirkan air mata.

Segala-galanya berlaku terlalu pantas. Dia baru saja kehilangan Kelana dan anak-anaknya, Andika dan Arjuna. Kini dia terpaksa menghadapi kematian ayahnya buat kali yang kedua.

'Apa yang sedang aku alami sekarang ini seperti satu mimpi yang ngeri dan tak masuk akal. Tapi perasaan ini terlalu menyakitkan.'

Rubiah, Hayati dan Karmilah begitu giat melampias tangisan di tanah perkuburan Sameon yang masih basah. Izara hanya memerhatikan. Sukar untuk dia memastikan sama ada ini sekadar satu lakonan mereka yang hebat atau tidak.

'Ini kali kedua aku berada dalam situasi seperti ini. Mungkin aku kena perhatikan gerak-geri mereka. Sekarang aku sudah tahu rancangan Mak Cik Rubiah nak kahwinkan aku dengan Pak Jabar.' Izara mengatur rancagan dalam diam.

Bergilir-gilir para tamu bertemu Izara untuk mengucapkan takziah selepas majlis pengkebumian. Izara sugul bersimpuh memerhatikan tanah perkuburan ayahnya yang masih merah dan basah dengan siraman air mawar. Kelopak bunga bertaburan di atas hamparan tanah yang membukit itu.

'Izara percaya ayah mati dibunuh. Izara berjanji, Izara akan cuba cari siapa yang telah membunuh ayah. Dia akan pasti menerima balasan yang setimpal atas perbuatannya. Biarpun manusia itu adalah Mak Cik Rubiah.' Getus hati Izara penuh semangat.

Ketika itu kata-kata orang tua berjanggut putih terlintas di fikirannya.


'Adakah ini tujuan aku masuk ke Hutan Kabus Melintang? Mungkin apa yang aku alami ini adalah apa yang dimaksudkan dengan mencari jawapan kepada soalan yang tertentu?' Izara cuba mencari konklusi sendiri.

'Mungkin aku sepatutnya masuk ke alam itu untuk kembali semula ke sini dan memperbetulkan keadaan. Tapi sebaliknya aku sudah jatuh hati dengan Kelana dan menetap di sana. Tapi mungkin juga aku sudah ditakdirkan untuk bertemu dan hidup bersama dia.' Semakin Izara cuba memikirkan perkara itu, semakin keliru dibuatnya.

Akhirnya dia membuat keputusan.

'Buat masa ini aku perlu tahu apa yang sebenarnya berlaku pada ayah.' Izara membetulkan selendang yang dipakai.

"Izara balik dulu ayah," bisik Izara sambil memegang batu nesan di bahagian kepala pusara ayahnya.

Izara melangkah lesu pulang bersama rancangan yang bermain di fikirannya.

***

Pengunjung yang datang ke rumah arwah Sameon bertali arus. Ada yang berbual dengan Rubiah dan anak-anaknya. Ada juga yang datang menenangkan Izara. Sempat juga beberapa orang menghulurkan wang kepada anak yatim piatu seperti Izara.

Di sebelah malam kenduri arwah diadakan untuk Sameon. Saudara-mara Izara turut serta membantu mereka berempat.

Izara tidak lekang memerhatikan gelagat tiga beranak apabila tiada saudara-mara bersama mereka. Ternyata Rubiah dan anak-anaknya tidak memberi peluang kepada Izara untuk membuktikan kebenaran segala perasaan curiga Izara yang bersarang.

Izara tidak putus asa. 'Mungkin mereka akan terlepas pandang sesuatu yang mungkin akan menimbulkan rasa curiga semua yang hadir.' Izara berharap.

Usai majlis kenduri arwah, Izara dan saudara-mara yang lain mengemas rumah. Setelah selesai, mereka beredar, meninggalkan Izara bersama keluarga tirinya.

'Mungkin kali ini usaha aku tidak sia-sia.'

Sebaik sahaja hanya mereka yang tinggal, Izara terus masuk ke bilik. Dia berpura-pura mengantuk dan mahu tidur awal. Padahal dia ingin mendengar perbualan mereka bertiga. Mungkin ada sesuatu yang boleh dijadikan bukti.

Segalanya berjalan lancar. Tiada sesiapa yang syak Izara masih berjaga dan mendengar perbualan mereka.

Apabila Izara mula mendengar suara mereka berbual, dia menghampiri pintu dan merapatkan telinga untuk mendengar. Matanya mengintai melalui celah pintu yang memberikan pandangan terus ke ruang tamu.

"Berjaya juga rancangan kita kan mak." Suara Hayati dengan nada tinggi.

"Shh... Kau nak Izara tahu semua rahsia kita? Kalau dia tahu rosak rancangan kita." Desis Rubiah.

"Mak nak takut apa? Izara dah tidur nyenyak. Lagipun dah beberapa kali kita buat macam ni. Sampai sekarang tak ada yang syak." Karmilah menyampuk.

"Sebab tu kita kena berhati-hati. Manalah tahu kalau kali ini semuanya akan bocor!" Sergah Rubiah yang giat mengawal suaranya.

"Mak memang hebat. Lakonan mak setanding dengan artis-artis wanita yang top di negara kita." Puji Hayati.

"Mestilah. Kalau mak masuk bertanding, mungkin boleh menang, tau tak?" Rubiah bersuara bangga.

"Hairan kan? Macam mana Pak Meon boleh tak perasan rancangan mak selama ni? Padahal dah ramai lelaki yang senasib dengan dia." Karmilah menyampuk.

"Itulah bahana cinta. Orang lelaki kalau dah masuk perangkap mak akan rabun mata dia. Mereka sanggup buat apa saja kerana cinta, kasih dan sayang." Rubiah bersuara sebelum ketawa bangga. Amat menjengkelkan Izara yang mendengar.

"Hayati nak belajarlah dengan mak."

"Kalau kau nak belajar, kau tengok macam mana Milah buat. Berapa ramai lelaki yang dia dah berjaya pikat. Lagipun kalau kau nak ikut cara mak, kau kena tukar penampilan kau tu. Gaya macam jantan. Kena belajar gaya menggoda macam Milah. Pakai lawa-lawa. Belajar mekap." Tegur Rubiah.

Hayati hanya mencebik sambil merungut dengan suara perlahan.

"Tapi kalau Izara tahu nanti macam mana?" Karmilahbersuara.

"Tak jadi masalah. Mak dah ada rancangan untuk semua tu." Rubiah menjawab dengan yakin.

"Apa mak nak buat?" Hayati bertanya.

"Adalah. Kalau sampai masa nanti tahulah kau." Jawab Rubiah.

Izara tidak membuang masa. Dia terus keluar setelah mendengar perbualan mereka.

"Hmm... sekejap ya, Izara fikir. Mungkin agaknya mak cik nak racun Izara sebagaimana ayah? Betul?" Izara merenung tajam muka Rubiah.

Wanita itu tergamam buat seketika. Hayati dan Karmilah sudah menunjukkan air muka cemas.

"Eh, Izara. Belum tidur lagi?" Suara mesra Rubiah dengan lakonannya seperti biasa.

"Tak payahlah mak cik nak berlakon lagi dengan Izara. Izara dah dengar semua. Tergamak mak cik bunuh ayah dan semua lelaki yang tak berdosa tu. Apa jenis manusia mak cik ni?" Izara beremosi. Sedikitpun dia tidak agak bahaya yang bakal menimpa dirinya.

"Apa ni Izara? Tak baik cakap mak cik macam tu. Izara mengigau ke? Nanti mak cik buatkan milo ya, macam yang Izara suka." Wanita itu sudah berjala menghampiri Izara.

"Sudahlah mak cik! Tak payah berlakon lagi! Saya akan beritahu semua orang. Biar semua tahu siapa mak cik yang sebenarnya. Manusia kejam yang berhati syaitan." Izara melepas geram.

Rubiah sudahpun berada di hadapannya. Dengan segera Rubiah meraup rambut Izara yang panjang mengurai di dalam cekak tangannya. Rambut Izara direntap kasar sehingga gadis itu menyenget sambil menahan sakit.

"Dah puas kau hina aku? Kalau dah, sekarang kau terima akibat kata-kata kau tu. Aku memang dah lama nak hapuskan kau. Tapi aku terpaksa lenyapkan Sameon dari pandangan mata aku. Sekarang giliran kau pula. Aku akan buat dengan cara yang perlahan."

Rubiah menarik rambut Izara dengan kasar. Izara terjelepuk dan terhesot-hesot sambil menahan kesakitan. Rubiah terus mengheret gadis itu tanpa belas kasihan.

Apabila sampai di bilik, Izara ditolak dengan kasar ke dalam bilik.

"Apa mak cik nak buat dengan saya?" Izara sudah berang.

"Aku akan berikan ubat sedikit demi sedikit sehingga kau akan jadi gila. Aku akan beritahu orang yang kau tidak dapat tahan tekanan selepas kematian Sameon. Setelah kau dibawa ke hospital gila, aku dan anak-anak aku bebas tinggal di rumah ini."

"Mak cik takkan berjaya. Saya tak akan makan ubat tu!" Izara cuba melawan.

"Terpulang. Kau boleh pilih untuk mati kebulur. Itu lebih baik bagi aku daripada menghantar kau ke hospital gila. Tak payah aku fikir pasal kau lagi." Rubiah menjegilkan mata kepada Izara.

"Mak cik jangan ingat mak cik akan terlepas dengan senang." Izara cuba memprovokasi.

"Kita tengok saja nanti." Rubiah mengangkat kening dengan gaya yang menjengkelkan. Kemudian dia mengunci pintu dan membiarkan Izara terkurung.

Tidak lama kemudian Rubiah masuk bersama Hayati dan Karmilah. Dia dan Karmilah memegang Izara dengan kuat sambil Hayati memaku tingkap supaya Izara tidak dapat keluar dengan mudah.

"Kalau kau tak nak makan, kau boleh mati kebulur dalam bilik ni. Kalau kau nak ke bilik air atau tandas, Hayati atau Karmilah akan menemankan kau. Tapi kau jangan ingat kau akan dapat lepas dengan mudah" Kata-kata Rubiah sebelum mereka bertiga beredar meninggalkan bilik.

Izara terlantar di katil. Dia tidak sangka rancangannya berakhir sebegini. Dia terpaksa memikirkan cara supaya dapat lepas daripada cengkaman Rubiah dan anak-anaknya.

***

Segala apa yang menimpa Izara bermain semula di retina mata Izara, seolah-olah sebuah kisah di dalam buku atau di televisyen yang dialaminya dalam realiti.

'Aku ni macam watak kisah dongeng yang sengsara bersama keluarga tiri aku selepas kematian ayah. Aku bertemu jejaka idaman di alam sebalik kabus, tapi aku musnahkan segala kisah indah aku semata-mata untuk balik semula ke alam realiti.' Izara menyelar dirinya dalam diam.

'Tapi kalau aku tak kembali ke sini, aku tak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku. Sekarang aku dah tahu siapa sebenarnya Mak Cik Rubiah. Tak ubah macam labah-labah Black Widow.' Izara melepas geram.

'Peluang untuk selamatkan ayah dah aku sia-siakan. Kalau dulu aku sepatutnya akan dikahwinkan dengan Pak Jabar, sekarang aku akan dihantar ke hospital gila pulak. Aku dah ubah perjalanan kehidupan aku. Bukan menjadi lebih baik, tapi lebih teruk!' Mata Izara tajam menerobos ke siling. Fikirannya menerawang dalam lamunan yang jauh.

'Kalau aku pulang ke alam balik kabus, entah apa pulak yang menunggu aku di sana. Tapi aku rasa itu lebih baik. Tiada apa lagi yang boleh aku ubah di sini. Semuanya dah terlambat. Apa agaknya keadaan Kelana dan anak-anak-anak aku? Tentu semua sedang menunggu-nunggu kepulangan aku.'

Minda Izara ligat mencari ikhtiar dalam keadaan terdesak ini.


'Aku mesti cari jalan supaya dapat keluar dari tempat ini. Aku kena berusaha supaya dapat balik ke alam di sebalik kabus.'


AKAN BERSAMBUNG...


~.~.~.~.~.~.~

SEKADAR MAKLUMAN

Ini adalah bab terakhir yang disiarkan di blog ini. Karya novelet ini saya satukan di dalam kompilasi novelet berjudul TRILOGI : MANUSIA, MASA DAN MAKHLUK




Bila akan berada di pasaran? Terpaksalah tunggu berita daripada penerbit.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang sudi mengikuti perkembangan hasil tulisan saya. Semoga sokongan anda akan berterusan dengan memiliki karya saya jika ada yang berjaya diterbitkan nanti. ^_^

~.~.~.~.~.~.~

2 ulasan:

  1. tahniah S.K..
    moga penerbit cepat menerbitkan buku S.K...teruja nak baca ke tiga-tiga kisah tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih nur... Amin, semoga tercapai cita-cita saya melihat karya ini dan yang lain-lain berada di pasaran.. ^_^

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?