PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Ahad, 13 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 14)

BAB 14



"Kau menyesal pindah ke Johor?" Monique mengajukan soalan awal pagi itu. Mona tahu Monique ingin dia membincangkan hal itu secara terbuka. Bukan membiarkannya bersarang di fikiran.

Namun Mona terus berdiam diri, melayan apa yang singgah di fikiran.

"Dulu kau juga yang beria-ia suruh Mona pindah kan? Sekarang kau tanya sama ada dia menyesal atau tak?" Munira menjeling Monique.

"Dulu Mona tak tahu Norman ni control freak. Lagipun sekarang masalah dengan Azli dah selesai." Sukar Mona mengerti pendirian Monique, sama ada menyokong keputusan yang dia buat atau sebaliknya.

Atau itu sekadar helah Monique.


"Kalau aku pindah semula ke KL, kau setuju?" Mona menduga Monique.

"Walau apapun keputusan kau, itu hak kau. Kau tahu apa yang baik. Tapi kau tak pernah terfikir? Setiap kesusahan itu ada challenge yang tersendiri. Thrill yang sukar digambarkan."

Mona tersenyum. Dia sudah dapat mengagak tujuan Monique bertanya, dan ternyata sangkaan itu benar belaka.

"Jadi apa yang kau nak buat sekarang? Kau dah berterus terang. Tapi nampaknya Norman tu degil orangnya." Munira pula bersuara.

"Mona ada cara dia yang tersendiri. Aku percaya Mona sudah ada rancangan. Betul tak Mona?"

"Belum. Tapi yang aku pasti, lelaki macam tu tak boleh dibiarkan. Aku perlu cari jalan supaya dia sedar apa yang dia buat. Cuma aku belum pasti apa caranya."

"Good," puji Monique sambil berpeluk tubuh.

"Walau macam mana sekalipun, kau tetap seorang wanita Mona. Ada kelembutan dan keanggunan yang perlu kau pelihara." Nasihat Munira.

"Kau lupa? Kelembutan wanitalah yang bisa menggoncangkan dunia. Segagah-gagah lelaki boleh tunduk kepada kemahuan perempuan, kalau dia tahu caranya." Bidas Mona.

Monique bertepuk tangan. "Syabas! Aku suka sisi kau yang ini."

Munira menggeleng. "Kau jangan lupa batas-batas kau. Sebagai seorang wanita Islam. Banyak pantang-larangnya."

"Pantang-larang? Kau ni Munira, dah macam abah dan mak aku." Mona bosan.

Ketika itu dia tersedar bahawa Munira dan Monique adalah suara hatinya sendiri. Dua sisi dirinya, sisi berhati-hati dan berani.

Munira dan Monique membiarkan Mona dengan apa yang sedang dia fikirkan.

'Aku rasa aku tahu apa yang aku perlu buat sekarang.' Mona merenung Munira dan Monique silih berganti.

***


"Bagaimana presentation untuk projek Ultra Vue?" Norman memulakan perbincangan.

"Sudah siap ." Jawab Amanda.

"Bermakna kita dah boleh proceed dengan mesyuarat bersama wakil syarikat tu?"

"Boleh."

"Bagus. Nanti saya nak perkenalkan Mona dengan mereka." Norman memandang Mona.

"Saya harap kali ni tak ada apa-apa yang kena adjust." Keluh Norman.

"Adjust?" Mona musykil.

"Setakat ni apa yang kita buat semua kena reject. Kalau bukan the whole idea, mesti ada benda remeh yang tak kena. Ini adalah antara klien kita yang paling cerewet."

"Oh, macam tu." Mona mula faham.

"Sebab tu saya harap Mona akan dapat settle masalah dengan klien kita yang satu ni. Harap-harap kali ni kita dah boleh close deal dengan Ultra Vue. Kalau tak, Aizad dan Rozana terpaksa kerja keras lagi."

Mona sedar ini adalah cabaran pertama yang dia hadapi. Dia perlu buktikan kemampuan kepada Norman.

Selepas mesyuarat, Mona meneliti sejarah projek Ultra Vue. Fail dokumen dan bahan dalam laptop diteliti. Ini masuk kali kelima perubahan proposal  yang dibuat oleh Ad-Vantage.

'Macam ada yang tak kena. Pada firasat aku, klip yang disediakan Aizad perfect. Memang sesuai dengan produk Ultra Vue. Cermin mata inovatif yang tahan calar dan pancaran UV. Aku pun tak ada idea yang lebih baik daripada ini. Tapi kenapa semua kena reject? Mungkin jawapannya ada masa mesyuarat dengan mereka nanti.'

Mona bersandar dengan tanda tanya yang timbul tentang projek Ultra Vue.

***

Aizad dan Rozana begitu sibuk pagi itu membuat persiapan di bilik mesyuarat untuk perjumpaan dengan wakil Ultra Vue. Amanda memastikan segalanya sempurna dan tiada masalah yang berbangkit pada saat-saat akhir. Mona ada bersama mereka.

"Amanda, wakil dari Ultra Vue dah sampai." Suara Zarina dari muka pintu.

Amanda segera keluar untuk menyambut tetamu yang sedang menunggu.

Tiba-tiba kenangan Mona bersama Master Media Creative datang menyinggah. 'Kalau dulu aku yang kena buat semua ni. Tapi di sini ada staf yang boleh diharap. Bagaimana agaknya Azli mengendalikan syarikat sekarang ni?’

Senyuman tiba-tiba muncul apabila dia mengingat kembali perselisihan bersama Azli. Namun kenangan pada hari-hari terakhir itu terlalu istimewa.

'Kalaulah aku diberi peluang untuk bekerjasama dengan Azli dari mula dulu.' Rasa terkilan pula menyinggah.

Namun lamunan itu sirna apabila Amanda muncul bersama Norman dan seorang lelaki di muka pintu. Mona terpegun buat seketika melihat lelaki itu.

"Encik Zamarul, saya perkenalkan ini pengurus baru syarikat. Mona Rissa."

Mona terpacak macam scarecrow di jelapang padi. Lelaki itu pula tercegat macam orang terkurung dalam bilik sejuk beku. Mereka berdua kaku dan bisu seribu bahasa. Hanya Norman yang masih berceloteh dengan Aizad, Rozana dan Amanda. Tapi bagi Mona dan Zamarul, suasana seperti video yang dimainkan dengan mode slow motion. Segala-gala di sekeliling mereka bergerak perlahan dan indah seperti berada di taman bunga bersama dedaun kering berguguran ditiup angin.

Mona melayan apa yang singgah di fikiran tentang lelaki itu. 'Kenapa susah sangat aku nak alih pandangan daripada dia? Karisma dia... wow! Renungan matanya tajam dan dalam. Raut wajah dia utterly handsome!  He's like a dark horse. Wild and mysterious! I'm so moved!'

Mona kembali ke alam realiti setelah mendengar suara Amanda yang membuatkan lelaki bernama Zamarul itu berpaling dan mengambil tempat duduk.

'Not again! Kenapa setiap kali aku jumpa lelaki seperti ini, aku jadi tak keruan. Aku dah terkeliru antara cinta dan nafsu.' Mona cuba meredakan ribut kekalutan dalam dirinya. Jantungnya berdegup kencang. Tubuhnya terasa resah gelisah. Fokusnya tergendala, seperti lirik dalam lagu "Pencuri" nyanyian Mark Adam.

'Mona, pull yourself together! You must!'

Mujurlah kali ini dia cuma duduk memerhatikan Amanda yang membuat presentation. Sesekali dia membuat scan ke atas Zamarul. Wajah lelaki itu diperinci. Cara dia duduk dan memberi respons kepada Norman dan Amanda. Suaranya yang garau dan macho.

'What am I doing?'

Mona perasan Zamarul juga sempat melirik mata padanya. Lekas-lekas Mona mengalih pandangan dengan fokus palsu kepada Amanda.

'Aduh... senyuman dia yang berlekuk di pipi dengan pipi yang scruffy. Woof!' Mona tersenyum nakal dan cuba disembunyikan dengan tangan.

'Pull yourself together Mona!'

Akhirnya presentation  Amanda selesai. Mood angau Mona terus berubah. Kini fokusnya sudah kembali. Seperti sedang menunggu keputusan juri di mahkamah.

Suasana hening dan sepi buat seketika. Hanya kedengaran bunyi aircond yang berdengung.

Segalanya bergantung pada keputusan yang akan diberi oleh Zamarul. Kalau dia terima, projek ini dikira selesai. Jika tidak, mereka terpaksa balik semula ke storyboard. Merangka semula kempen dengan grafik, video dan kerja-kerja copywriting yang baru.

Akhirnya beberapa patah perkataan dilafazkan oleh Zamarul, "I like it. Well done."

Dahi Mona berkerut. 'That's it? Dia terima macam tu aje? Tak ada komen negatif atau perubahan yang perlu dibuat? Something is wrong!'

Namun Mona dapat melihat wajah berseri Norman dan wajah lega Amanda.

"Kalau Encik Zamarul free, saya nak ajak keluar lunch dengan Mona sekali tengah hari ni."

"I really love to, but I have another appointment." Jawab Zamarul dengan senyuman yang terselah bersama kulitnya yang hitam manis.

"Sebagai ganti, saya nak ajak Encik Norman dan Cik Mona ke party syarikat saya hujung minggu depan. I'll give you guys the details later."

Setelah Zamarul beredar, Norman memanggil Aizad dan Rozana bersama mereka untuk satu mesyuarat pendek.

"Memang menghairankan. Dia tak pernah beri keputusan semudah ini." Norman masih terasa pelik.

"Betul tu. Biasanya ada saja yang tak kena. Pasal font lah. Grafiklah. Jangan jangan sebab ada... Mona tak?" Amanda pula bersuara.

"Apa kaitannya?" Mona tersipu-sipu. Dia khuatir kalau Amanda syak reaksinya semasa kehadiran Zamarul tadi.

"Mungkin juga. Tapi itu semua tak penting. Yang penting, kita dah tak payah bersusah-payah lagi nak close deal dengan Ultra Vue. Aizad dan Rozana pun tak payah balik lewat lagi semata-mata untuk adjust kempen ni. So, congratulations to you all." Norman menamatkan perbincangan.

"Takkan tu aje bos. Ingatkan nak ajak kita orang semua keluar lunch ke?" Aizad berseloroh.

"Awak ni memang pandai ambil kesempatan kan? Kalau pasal makan, bukan main. Tapi badan tak naik-naik. Sekeping macam tu aje. Kena tiup angin boleh terbang tau?" Usik Norman.

"Saya ni jenis metabolisma tinggi, bos." Jawab Aizad dengan tangan yang terlentuk.

"Okeylah, kita celebrate hari ni. Tapi pastikan kerja yang kena siap hari ini settle. Balik lewat boleh, tapi no OT. Faham!"

"Tak apalah. Makan free punya pasal." Jawab Aizad.

'Banyak menjawab pulak mamat sorang ni.' Refleksi Mona dalam diam.

***

Selepas lunch tadi, Mona rasa mengantuk. Dia ke pantry untuk membancuh secawan Nescafe latte. Aroma yang menusuk ke hidung sudah mampu membangkitkan selera walaupun belum diteguk lagi.

'Kali ni mungkin aku boleh cuba berbual dengan Rozana. Dah beberapa hari aku mula bertugas di sini, tapi belum sempat kenal dia dengan lebih rapat.'

Belum sempat Mona ke tempat Rozana, dia terdengar bunyi riuh dan kecoh dari bilik Norman. Seperti orang sedang bertelagah.

"Saya bukan mengular Encik Norman. Syarikat tu yang lambat serahkan dokumen, jadi saya keluar ngeteh dulu. Nak ke tempat lain jauh. Nak patah balik susah kalau jalan dah jam." Suara lelaki yang ada di bilik Norman. Mona sudah dapat mengagak siapa.

"Tapi takkan pergi minum lama sangat. Awak ingat saya tak tahu semuanya? Saya keep track pergerakan awak tahu tak? Ini last warning. Kalau awak buat lagi, saya tak akan teragak-agak ambil tindakan. Sekarang awak boleh keluar."

Dari pintu pejabat Norman, Mona lihat Iskandar keluar. Hari ini dia memakai t-shirt putih yang sendat. Susuk tubuh seorang pemain ragbi jelas kelihatan, seperti yang Aizad beritahu. Lelaki itu bergegas keluar dengan muka bengang bersama beg dokumen terselempang di bahu. Tanpa menegur sesiapa, dia terus beredar.

Mona terus menuju ke bilik Norman. Wajah lelaki itu jelas menggambarkan mood tension.

"Ada masalah?" Tanya Mona.

"Is buat hal. Melepak kat warung bukan main lama."

"Mungkin dia ada sebab buat macam tu." Mona cuba membela.

"Dia kata dokumen tu serah lewat. Boleh percaya ke?"

"Cuba call syarikat tu. Tanya, pastikan. Mungkin betul macam yang Is cakap. Takkan main serkap jarang aje." Mona dengan berani bersuara. Peluang ini memang telah lama dia tunggu.

Norman memandang tepat ke wajah Mona, seolah-olah kemarahannya sudar tersasar kepada Mona pula. "Yang you bela sangat mamat tu apahal?"

Mona perasan Norman sudah mula menggelegak. Dia perlu berdiplomasi kali ini.

"Dah berapa lama Is kerja sini?" Mona mengubah topik.

"Dah lama juga." Jawab Norman. Kemarahannya reda seketika.

"Selama ni dia ada buat hal? Ada klien atau supplier complain?"

Norman terdiam sebentar.

"Tak ada. Puji adalah. Mereka beritahu Is cekap. Boleh dipercayai. Tak banyak merungut."

"Jadi apa masalahnya? You nak percayakan GPS tracker tu lebih daripada staf you sendiri?"

Norman bersandar. Muka Mona diamati. "So that's your point? You nak mempertikaikan tindakan I ni? Begitu?"

"Bukan mempertikaikan. Tapi cuba rasional sikit dengan staf. Beri mereka ruang dan kepercayaan."

Norman duduk tegak. "Mona, saya ambil awak bekerja di sini sebagai pengurus. Manager. Bukan penasihat peribadi. Kalau awak fikir saya akan ubah pendirian saya, minta maaf. Saya tak akan buat begitu." Tegas nada suaranya.

'Hish! Degil betul dia nilah! Tak nak ambil kira pendapat orang langsung!' Gerutu Mona dalam diam.

"In fact, I nak track you punya nombor sekali." Spontan kata-kata Norman yang keluar tanpa diduga.

'What? Dia ni dah gila ke apa? Aku pun kena?' Mona masih cuba mengawal composure dirinya.

Norman tersenyum sinis melihat Mona yang bisu tanpa walaupun sepatah kata. "Kenapa? Tak setuju?" Ada nada provokasi dalam kata-katanya.

'Okey, fine. You want to play rough, let's play rough. I'm in for the challenge.'

"Kenapa pula tak setuju? Lagipun I boleh tunjukkan teladan baik kepada staf lain. Kalau dia orang tahu I pun kena GPS-tracked oleh bos yang control freak, tentu bonding kami lebih kuat. Bukan begitu?"

Norman ketawa. "Control freak? Hmm... that's a first. Tak pernah lagi staf I berani cakap macam tu. In my face."

'Well, you want to play rough right?'  Mona menggetap bibir dalam diam.

"So, nombor mana yang you nak gunakan untuk kerja?" Norman membuka peranti GPS di laptop.

"Nombor yang I guna sekaranglah." Jawab Mona selamba.

Berkerut dahi Norman. "Are you sure? Nanti you ke mana-mana masa bukan office hours pun I tahu. You tak kisah?"

"So what? You yang nak tahu sangat kan? Apa yang I nak kisahkan?"

Norman terdiam. Mungkin dia perasan Mona sedang memprotes dalam diam.

"Jangan menyesal nanti ya?" Norman memasukkan nombor Mona di dalam laptop.

Tidak lama kemudian handphone Mona berbunyi dan Mona membalas mesej pengesahan.

"Ada apa-apa lagi?" Tanya Norman sambil terus mengadap laptop tanpa memandang Mona.

"Tak ada. Memang I nak keluar dah ni." Jawab Mona dengan nada agak kasar.

Mona melangkah keluar pejabat Norman dengan rasa berbuku. 'Game on.'

***

Mona balik lewat hari itu. Dia membuat kajian tentang beberapa buah syarikat yang Norman ambil sebagai klien terkini syarikat. Ini penting dalam mengenalpasti kempen yang sesuai. Begitu juga tentang saingan yang akan mempengaruhi jenis kempen yang efektif.

Sejarah pengiklanan yang mereka gunakan juga perlu diambil kira. Ada syarikat yang tega menggunakan offensive marketing dengan memburuk-burukkan produk atau servis syarikat lawan.

Serangan balas untuk syarikat seperti ini adalah dengan strategi yang sama iaitu memburukkan mereka semula. Atau mungkin juga dengan defensive marketing. Strategi ini lebih berhemah kerana kempen setakat menyelamatkan nama baik produk atau perkhidmatan daripada serangan iklan pihak saingan.

Sudah bertahun-tahun Mona mengikuti perang iklan yang berlaku, sama ada di Barat mahupun di tanah air. Cuma akhir-akhir ini, trend perang offensive marketing sudah mula menular dalam negara dengan cara yang halus.

Mona melihat jam. Sudah hampir pukul lapan malam. 'Baik aku balik. Esok boleh sambung lagi.'

Ketika meninggalkan bilik pejabatnya, Mona lihat lampu di luar masih terpasang. 'Siapa yang belum balik lagi ni?'

Dia memerhatikan cubicle staf. Rozana masih di situ sedang menaip bersama headphone di telinga. Apabila ternampak Mona, Rozana segera menanggalkan alat di telinga.

"Awak belum balik lagi?" Tanya Mona.

"Belum. Nak siapkan draf iklan untuk Encik Norman. Dia nak tengok esok. Patutnya dah siap kalau buat masa lunch tadi. Tapi bos ajak keluar makan, terpaksalah."

"Banyak lagi?"

"Dah nak siap. Lagi sikit."

"Kalau saya tanya boleh?"

Rozana rasa pelik dengan soalan Mona. Namun dia cuba mengukir senyuman. "Apa yang Cik Mona nak tahu?"

"Saya dah berbual dengan Amanda dan Aizad. Tapi dengan awak belum sempat. Yalah, nak tahu serba sedikit tentang latar belakang. Pengalaman selama bekerja di sini."

Wajah Rozana nampak relaks semula, "Oh! Ingatkan nak tanya apa tadi. Saspens juga saya."

"Awak ingat saya nak tanya apa?"

"Tak ada apa-apa. Cuma saya ingatkan saya ada buat salah. Okey, Cik Mona nak tahu pasal saya ya? Hmm... saya anak pertama dari enam orang adik-beradik. Ayah saya lumpuh. Mak saya kerja cleaner kat shopping complex. Adik saya yang nombor dua kerja kat bengkel motor. Yang lain semua belajar lagi. Sorang kat U. Sorang sekolah menengah. Dua lagi sekolah rendah."

"Ramai juga adik-beradik awak ya? Perbelanjaan tentu banyak." Mona sekadar membuat telahan.

Rozana angguk. "Kadang-kadang kena ikat perut juga Cik Mona. Terutamanya lepas bayar yuran adik-adik saya. Nak harapkan gaji adik lelaki saya di bengkel, banyak mana sangat. Sayalah yang terpaksa berkorban. Kalau ikut hati saya, dah lama nak pakai Myvi. Tapi saya gagahkan juga hari-hari naik bas ke tempat kerja. Kalau di KL tu lainlah. Ada MRT kan?"

"Hmm... cekal betul awak ni. Kerja di sini okey?"

"Bolehlah tahan. Cuma bila kerja copywriting berlambak, tak menang tangan dibuatnya. Terpaksalah balik lewat."

"Kalau awak balik malam, ada bas lagi ke?" Mona risau.

"Adik saya datang jemput dengan motor."

Mona rasa kasihan dan bangga pada masa yang sama terhadap Rozana. Gadis yang terpaksa berkorban demi keluarganya. Entah mengapa, hatinya terasa sayu buat seketika.

"Kalau awak nak saya tunggu, boleh juga. Tak payah adik awak datang jemput."

"Eh, tak payah Cik Mona. Menyusahkan saja nanti."

"Agak-agak berapa lama lagi boleh siap?"

"Dalam setengah jam."

"Tak apa. Saya boleh tunggu. Lagipun saya nak juga belajar tentang jalan di Johor ni. Kalau KL tu saya dah biasa."

"Kalau macam tu, okey. Dah siap nanti saya beritahu Cik Mona."

"Good. Saya tunggu dalam bilik saya."

"Terima kasih Cik Mona. Susah-susah aje."

"Tak ada masalah Rozana. Awak jangan risau."

Mona kembali ke biliknya. Dia menyambung kerja, namun fikirannya asyik memikirkan tentang apa yang telah berlaku hari ini. Tentang Iskandar yang terpaksa menghadapi sikap control freak Norman. Tentang Norman yang tega menggunakan GPS tracker ke atas pengurusnya sendiri, sama seperti staf yang lain. Dan kecekalan Rozana berkorban, demi menampung sara hidup keluarganya.

Kata-kata Monique terngiang di telinga.

"Setiap kesusahan itu ada challenge yang tersendiri. Thrill yang sukar digambarkan."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?