PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 31 Oktober 2012

Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Bab 1


BAHAGIAN 1: EDDIE

BAB 1



20 Tahun Yang Lalu

Malam itu angin bertiup begitu kencang. Atap zink rumah kayu di Kampung Seludang bagaikan menjerit di atas bumbung apabila bahagian yang longgar menghentak-hentak rangka beluti, bersama deru angin yang sayu dan nyaring.

Aishah tidak dapat lena malam itu. Bukan angin ribut yang merisaukannya. Ada yang jauh lebih merisaukannya daripada itu. Dia memikirkan masa depan hidupnya bersama lelaki bernama Jamil. Perbualannya selepas suaminya pulang dari kerja petang tadi benar-benar menghiris kalbu wanitanya.

"Apa salah Esah abang buat Esah macam ni?" Suara Aishah tersedu-sedu selepas nasi dan lauk yang dimasak sedikit pun tidak dijamah. Walhal semasa baru selesai menuruni jinjang pelamin dahulu, masakan itulah yang dipuji bersama kata-kata sayang yang diucapkan.

"Kau tanya aku apa salah kau? Tak ada apa-apa. Bukan salah kau. Tapi salah aku. Salah aku sebab aku kahwin dengan perempuan mandul macam kau ni!" Bentak Jamil.

Hati Aishah begitu luka dengan kata-kata itu. Pedih bagaikan dihiris, dicincang, dilapah kemudian dicampak ke tanah untuk menjadi habuan anjing kurap yang kelaparan. Air matanya sudah berjuraian bersama dada yang sempit menyesakkan nafas.

"Sampai hati abang buat Esah macam ni. Ini semua dah takdir bang. Nak buat macam mana." Suara Aisha yang sebak tersedu-sedu. Sedikit pun dia tidak menyangka mahligai indah yang dibina bersama lelaki bernama Jamil itu boleh goyah kerana kekurangan yang ada pada dirinya.

"Itu takdir untuk diri kau. Bagi aku masih ada peluang lagi. Aku boleh cari perempuan lain yang tak mandul macam kau!" Suara lantang Jamil yang begitu berlainan jika dibandingkan dengan lelaki yang cuba memenangi hatinya satu masa dahulu.


Aishah bukanlah perempuan yang tidak ada rupa. Ramai lelaki di kampung tergila-gilakannya, termasuk duda-duda dan pak-pak haji. Tetapi Aishah memilih Jamil, walaupun dia hanya pemandu lori kelapa sawit di kampung. Hati Aishah sudah dimiliki oleh Jamil dan dia mahu menghabiskan hidupnya bersama lelaki itu.

Tetapi lelaki itu juga yang sedang menebak tiang mahligai yang mereka bina, semata-mata kerana dia belum dapat memberikan zuriat kepada lelaki itu. Pelbagai ikhtiar telah dijalankan termasuk berjumpa dukun kampung, doktor di klinik, malah pelbagai jenis ubat-ubat kampung. Malangnya mereka masih belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata.

"Sabarlah bang. Mungkin sedikit masa lagi ada rezeki kita." Aishah cuba memujuk.

"Aku dah tak boleh sabar lagi. Dah naik bernanah telinga aku dengar orang kampung menyindir aku. Tercabar kelakian aku bila orang cakap macam-macam. Kau apa tahu?" Kata-kata Jamil tanpa mengendahkan Aishah yang sudah banjir dengan air mata. "Kalau berterusan macam ni, aku akan cari perempuan lain. Yang boleh menyambung zuriat aku."

Jamil terus meninggalkan rumah selepas menghempas pintu dengan kuat hingga Aisha tersentak dengan bunyi yang kuat bergema di rumah kayu itu.

Telah kering air matanya. Yang tinggal hanyalah mata bengkak merah bersama hati yang sudah tidak merasa apa-apa lagi, setelah diramas hingga remuk-redam malam itu. Dia hanya berpura-pura melelapkan mata apabila Jamil pulang ke rumah. Dia sudah tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan lelaki itu. Rasa kecewa sudah menyelinap ke segenap inci tubuhnya, tetapi dia masih cukup waras untuk terus menyerahkan takdir kepada Tuhan.

Bunyi atap zink yang menampar beluti bumbung dengan alunan deru angin ribut malam itu sudah ditambah dengan bunyi ketukan kuat pada daun pintu. Puas Aishah mengamati bunyi itu untuk memastikan ia bukan mainan perasaannya. Memang itu bunyi daun pintu dihentak dengan kuat.

"Abang... abang... abang!" Aishah menggoyang-goyangkan lengan suaminya yang sedang lena tidur dalam dingin malam yang ditampar angin ribut itu. Sedikit pun lelaki itu tidak berganjak mahupun menjawab.

Aisha tiada pilihan lain. Dia mengintai dari tingkap rumah bahagian hadapan yang dibuka sedikit. Deru angin yang menyelit masuk menerusi tingkap yang dibuka itu membuatkan bulu roma lengannya meremang. Dalam samar cahaya bulan dia melihat sesusuk tubuh sasa lelaki sedang mendukung seorang budak.

Mungkin mereka dalam kesusahan, hati Aishah berbisik.

Dia sudah tidak memikirkan keselamatan dirinya atau akibat sekiranya sesuatu yang buruk berlaku. Apatah lagi jika dia menjadi bahan sumpah dan seranah lelaki juga suaminya bernama Jamil, yang sudah mula dingin dengan dirinya. Budak yang dipangku lelaki itu yang menjadi keutamaannya sekarang. Ditambah pula dengan angin ribut yang menggila ini.

Kasihan budak tu, hati Aishah memujuk diri ketika dia membuka selak pintu rumah.

Lelaki bertubuh berisi itu sudah agak berumur dengan kulit sawo matang. Kumis lelaki itu tebal bersama uban putih yang sudah mula mencelah.

Siapa lelaki ini? Hati Aishah musykil. Budak itu sudah tertidur di pangkuan lelaki itu. Lehernya terkulai bersama kepala yang berbantalkan bahu mantap lelaki itu.

"Puan, saya minta maaf. Saya sudah tak tahu mana nak minta tolong dalam keadaan macam ni." Suara garau lelaki itu bersama wajahnya yang jelas kerisauan.

"Saya minta tolong sangat-sangat. Saya minta puan tolong jagakan budak ni." Aishah serba salah mendengar permintaan lelaki itu. Apa reaksi Jamil nanti? Mungkinkah dia akan kembali ceria seperti mereka mula-mula mendirikan rumahtangga dulu. Atau dia akan bertambah berang kerana Aisha membuat keputusan tanpa pengetahuannya.

Dalam masa yang amat suntuk itu Aishah tercabar untuk membuat keputusan yang akan mengubah hidupnya buat selama-lama. Keputusan yang mungkin akan berpihak kepada dirinya atau mungkin menyebabkan kecelakaan kepada dirinya.

Akhirnya Aishah sudah pasti apa yang perlu dia buat. Aishah sudah nekad. Dia sudah membuat keputusan untuk membiarkan budak ini tinggal di rumah ini. Mungkin buat sementara waktu, mungkin kekal. Tetapi dia tidak akan membiarkan budak ini terbiar di luar dalam keadaan angin ribut yang menggila.

Aishah tidak berkata apa-apa. Lengannya yang didepa untuk mencapai budak itu sudah cukup sebagai jawapan. Budak lelaki itu kelihatan tidak bermaya dalam dakapan Aishah bersama kepalanya terlentok di bahu Aishah, sama ada keletihan atau terlalu mengantuk.

Aishah dapat rasakan kehangatan naluri keibuannya apabila mendakap budak berusia 2 atau 3 tahun itu. Rasa sayu dan syahdu menjengah hatinya kerana terlalu gembira dikurniakan 'cahaya mata' dalam kedinginan ribut malam itu.

"Ini dokumen berkenaan budak ini. Saya harap puan jagalah dia dan simpanlah dokumen ini baik-baik. Mungkin satu hari nanti kita akan bertemu semula. Jika tidak, mungkin budak ini akan menjadi lombong emas kepada puan." Suara lelaki itu sambil menghulurkan satu sampul besar berwarna khaki. Aishah kebuntuan apabila menerima sampul itu bersama budak lelaki yang sedang dipangku.

Itulah kali terakhir Aishah melihat lelaki itu.

Aishah meletak budak yang sedang lena tidur itu di sofa lusuh rumahnya. Sampul yang tidak bergam itu dibuka. Ada beberapa dokumen bersama gambar di dalam sampul itu. Tetapi hanya surat beranak budak itu yang menjadi tumpuan Aishah.

Hati Aishah bagaikan disuntik semangat baru malam itu. Dia dapat rasakan sinar sudah kelihatan di hujung terowong yang gelap gelita satu masa dahulu. Keputusan drastik yang dibuat mungkin akan memakan dirinya satu masa nanti. Tetapi naluri keibuannya mengatasi segalanya malam itu, walaupun budak ini bukan bayi yang lahir dari rahimnya sendiri. Dia sudah bersedia untuk menghadapi apa juga kemungkinan sekiranya Jamil tahu tentang budak lelaki ini.

Matanya meniti baris demi baris di atas helaian surat beranak itu. Dia sudah nekad untuk menjaga budak ini seperti anaknya sendiri. Dia sudah bersedia untuk membuat apa saja yang perlu agar budak ini menjadi seperti anaknya sendiri.

Matanya menatap lama pada nama budak itu di atas surat beranak. Budak lelaki yang bernama Ruzaidi bin Minhad.

2 ulasan:

  1. mulia nye ati aishah,sanggup terima anak yang die sendiri tak kenal asal usul.cam ner lah plak ngan suami nye jamil?le terima ker kehadiran ruzaidi dalam perkhawinan mereka yang belum di kurnia kan cahaya mata...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?