PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Selasa, 18 Disember 2012

Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Bab 8


BAB 8



"Kenapa aku tengok kau macam ada masalah saja?" Suara Ravi setelah dia puas mengamati tingkah laku Eddie semenjak mereka mula bertugas dari pagi tadi di kafe.

"Tak ada apa-apa Ravi. Janganlah kau risau" Jawab Eddie sambil lewa.

"Kalau orang lain bolehlah kau tipu. Ini Ravi. Aku dah kenal dengan perangai kau. Kalau muka macam sherbet cair, memang sah kau ada problem."

"Aku kata tak ada apa-apa, maknanya tak ada apa-apalah." Jawab Eddie tanpa memalingkan wajah ke arah Ravi.

"Okeylah. Kalau kau tak nak beritahu aku tak apa. Tapi jangan menyesal, sebab mungkin aku boleh tolong." Ravi mula membuka langkah meninggalkan Eddie yang sedang duduk termenung sambil menunggu pelanggan di kaunter.

"Kalau macam tu mungkin aku boleh ceritakan dengan kau." Dengan tidak semena-mena wajah Eddie berseri dan bersemangat memandang Ravi.

"Oh, bermakna kau memang menunggu aku tanya soalan itulah ya? Dan kau tunggu peluang keemasan inlah untuk minta pertolongan aku? Memang hebat lakonan kau Eddie. Kalah Remy Ishak!" Ravi rasa terperangkap dengan taktik Eddie yang hanya tersengih bagaikan kerang busuk.

"Please Ravi. Aku betul-betul perlukan pertolongan kau ni." Suara Eddie sambil membuat muka seperti watak kucing Puss in Boots.

"Cakaplah. Apa halnya?"

"Hujung minggu aku ada err ... temu janji. Tapi aku kena kerja malam tu. Jadi aku terpaksa cari orang ganti shift aku. Kalau tak aku tak boleh tinggalkan kafe. Kau pun tahu aku sudah banyak kali elak shif malam sebab aku kena hadiri kelas." Eddie masih malu-malu untuk memberitahu Ravi tentang parti masquerade yang akan dihadiri. Tambahan pula rahsia itu melibatkan identiti Farouk.

"Jadi akulah mangsa yang kau cari tu?" Eddie tersengih lagi melihat Ravi yang sudah menjegilkan matanya.

Ravi terdiam seketika seperti mengatur jadual di dalam fikirannya.


"Okey. Aku boleh ganti kau. Tapi kau kena ingat. You owe me one! Big one!" Suara Ravi sambil menunjukkan telunjuk ke arah Eddie.

"Terima kasih Ravi. Kau memang kawan yang boleh diharapkan." Puji Eddie sambil memaut bahu Ravi.

"Kalau kau ada apa-apa masalah, nanti giliran aku pula tolong kau." Suara Eddie sebelum menyambung tugas. Ravi hanya menggeleng melihat telatah Eddie yang berubah daripada bermuram durja kepada teruja dengan serta-merta.

***

Qiarra merebahkan tubuhnya ke atas katil. Perasaan yang bersarang sukar digambarkan. Marah, geram, kesal dan sedih datang silih berganti dan bertamu di hati. Akhirnya hanya airmata yang dapat menggambarkan perasaan yang mendominasi dirinya ketika itu.

Semuanya berpunca daripada perbualan dengan ibu dan bapanya tadi.

"Semasa majlis di rumah Helena nanti, papa akan perkenalkan Qiarra dengan kawan baik papa. Papa sudah kenal dia sejak kecil lagi. Dan Papa mahu teruskan legasi keluarga kita ke anak cucu dengan keluarga dia."

Qiarra masih belum mengerti kata-kata yang dilahirkan oleh bapanya, Datuk Hafizudin.

"Apa maksud papa?" Qiarra musykil.

"Maksudnya,  papa mahu panjangkan perhubungan keluarga kita dan keluarga dia. Papa mahu jodohkan Qiarra dengan anak kawan papa." Kata-kata Datuk Hafizudin seperti tamparan hebat di muka Qiarra, membuatkan gadis itu tergamam seketika.

"Mana boleh papa, mama. Qiarra tak boleh kahwin dengan lelaki yang Qiarra belum kenal. Ini soal cinta. Qiarra mahu hati Qiarra sendiri yang tentukan pasangan hidup Qiarra." Hati Qiarra seperti air sedang menggelegak, terzahir melalui kata-katanya.

"Ini soal jodoh Qiarra. Cinta tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan, sebab adakala ia didorong oeh hawa nafsu. Perkahwinan adalah soal tanggungjawab untuk membina keluarga yang sempurna." Datuk Hafizudin cuba meyakinkan anak tunggalnya.

"Betul kata papa. Contoh paling baik adalah papa dan mama. Kami ditemukan dengan pilihan orang tua. Tapi Qiarra tengok. Kami masih bahagia sampai sekarang." Datin Maznah pula cuba meyakinkan Qiarra.

"Itu dulu mama. Cara macam ni dah kolot. Zaman ni banyak cara lain untuk tentukan pasangan hidup yang lebih sesuai. Ini zaman twitter, facebook. Dah tak perlu orang lain tolong carikan." Jawab Qiarra angkuh.

"Sikap kamu yang terlalu yakin itu bahaya Qiarra. Kesombongan kata-kata kamu mungkin akan memakan diri kamu satu masa nanti. Papa dan mama lebih dulu makan garam. Kami lebih mengerti tentang soal jodoh Qiarra. Sudah banyak kali papa asyik bertengkar dengan kamu disebabkan sifat degil kamu tu. Sekarang papa dah penat. Papa dah malas mahu bertengkar dengan kamu lagi. Sama ada Qiarra mahu atau tidak, malam majlis tu papa mahu Qiarra jumpa dan berkenal-kenalan dengan Farouk anak Datuk Haris Merican. Itu keputusan muktamad papa!" Suara Datuk Hafizudin lebih tinggi daripada biasa.

Mengenangkan kata-kata bapanya membuatkan air matanya mengalir. Kesombongan dan kata-kata lancangnya hanyalah gambaran luaran dirinya sahaja. Sedangkan hatinya masih lagi lemah untuk menghadapi dugaan yang diterima ini. Sebagai seorang perempuan hanya airmata yang mampu dia titiskan untuk meredakan perasaan ini.

Sampai bila harus aku terus menerima keputusan yang dibuat oleh papa dan mama? Sehingga soal jodoh pun mahu ditentukan mereka. Kenapa aku tidak dibenarkan memilih jodoh aku sendiri? Setelah segala di dalam hidupku diatur oleh papa dan mama. Apa salahnya jika aku diberi peluang untuk memilih sendiri? Aku tak kira bagaimana rupa atau kekayaan yang dimiliki oleh Farouk anak kawan papa, tetapi ini adalah soal hidup aku dan aku berhak menentukannya sendiri. Qiarra memberontak dalam diam.

Airmatanya berjuraian sambil dia terus melayan perasaan.

***

Eddie tidak dapat menzahirkan perasaannya ketika itu. Rasa gembira dan terharu menguasai dirinya, walaupun tiada airmata yang tumpah sebagai ekspresi rasa berterima kasih yang ada di hatinya.

"Terima kasih Farouk. Banyak betul kau dah tolong aku sekarang ni. Tak tahu macam aku nak membalasnya." Kata-kata yang terpacul dari mulut Eddie. Hari ini tiada kelas dan Eddie meluangkan masa di rumah Farouk untuk mengikut agenda yang telah diatur oleh Farouk.

"Sebenarnya aku yang patut berterima kasih dengan kau sebab banyak tolong aku dengan nota kau. Inilah saja cara yang dapat aku balas segala jasa kau pada aku." Jawab Farouk.

"Apalah sangat pertolongan aku berbanding dengan apa yang kau dah buat untuk aku sekarang ni." Kata-kata Eddie penuh rasa rendah diri.

“Kau pun tahu aku tengah pressure untuk buktikan pada ayah aku. Nota kau yang simple dan straightforward banyak bantu aku. Kalau tak, entah apa ikhtiar aku lagi.” Puji Farouk.

Suasana lengang seketika sambil mereka menikmati air tin berperisa teh lemon dari peti sejuk di rumah Farouk.

"Hari tu kau tanya tentang diri aku. Sekarang giliran aku pula tanya tentang diri kau." Farouk menyatakan hasrat hatinya secara tiba-tiba.

"Apa yang kau nak tahu?" Eddie sudah bersedia ditemuramah.

"Kau beritahu aku, kau anak orang susah. Ibu bapa kau memang asal dari kampung atau ...?" Soal Farouk. Dia risau untuk menyebut telahannya bahawa mungkin ibu dan bapa Eddie ditimpa kemalangan maut atau yang berkaitan dengannya.

"Aku tak tahu siapa ibu bapa aku. Yang jaga aku selama ini adalah ibu bapa angkat saja." Jawab Eddie telus.

"Mereka tak beritahu siapa ibu bapa kau yang sebenar?" Dahi Farouk berkerut sedikit dengan soalannya itu.

"Tak. Aku rasa dua-dua tak tahu latar aku yang sebenar. Aku diserahkan semasa umur aku 3 tahun. Cuma..." Eddie serba-salah mahu menceritakan tentang penemuannya baru-baru ini.

Farouk hanya membiarkan Eddie berdiam seketika seperti ada yang mengganggu fikirannya. Dia hanya menunggu Eddie menyambung kisahnya.

"Beberapa hari lepas aku dapat tahu sedikit gambaran tentang latar keluarga aku. Ibu aku serahkan dokumen yang disimpan semenjak aku diserahkan dulu. Ada surat beranak, gambar, surat bertaip seperti memo syarikat. Tapi tak ada petunjuk yang jelas untuk aku mulakan."

"Pelik tu. Mungkin maklumat sengaja disamarkan sehingga masa yang sesuai. Mungkin untuk mengelakkan orang yang salah tahu tentang latar belakang kau. Mungkin ada misteri di sebalik sebab kau diserahkan kepada orang lain." Tebak Farouk.

"Entahlah. Sebenarnya aku pun fikir macam tu juga. Itu yang buat aku makin risau nak mulakan pencarian. Macam mana kalau aku berjumpa dengan orang yang menyebabkan masalah dalam kehidupan keluarga aku." Eddie melahirkan perasaan yang bersarang di dalam hatinya.

"Fikir positif, Eddie. Mungkin kau adalah kunci penyelesaian semua masalah ini. Mungkin kau adalah hero yang ditunggu untuk menyelesaikan krisis ini. Selagi kau tak mulakan, semua yang terlibat hanya mampu berharap dan menunggu jalan penyelesaian. Kau perlu berani Eddie... Eh, aku ni beria-ia macam aku tahu tentang latar kau. Untuk mudahkan, kau fikir macam ni. Kau anggaplah semuanya hanya mainan perasaan dan fikiran kau. Dengan cara ini kau akan rasa tenang untuk mulakan pencarian. Sekurang-kurangnya kau tahu asal-usul kau, walau apapun kisah yang kau akan berjaya bongkar nanti."

Eddie terdiam dengan pendapat Farouk. Memang ada benarnya kata-kata pemuda itu. Mungkin ni adalah faktor penolak yang ditunggu-tunggu. Segalanya perlu dilakukan dengan tenang dan tidak terburu-buru.

"Tapi yang aku hairan, ada gambar tiga orang budak lelaki dalam gambar yang sudah lama. Mungkin dalam tahun 60-an atau 70-an. Tapi tak ada nama atau petunjuk. Gambar tu semata-mata. Itu yang buat aku rasa pelik." Eddie membuka rahsia.

"Gambar? Memang pelik... Mungkin gambar itu adalah penyelesaian kepada perkara yang menimpa hidup kau. Mungkin bapa kau adalah salah seorang budak lelaki itu, dan dua budak lain adalah mereka yang terlibat. Itu andaian aku saja,. Mungkin betul, mungkin salah." Farouk membuat telahan.

“Mungkin juga. Kadang-kadang aku rasa ini semua mungkin disebabkan oleh perselisihan atau perebutan. Sebab aku diserahkan dalam keadaan terdesak.” Eddie bersuara.

"Jadi inilah salah satu sebabnya kenapa kau setuju hadiri majlis ni seperti yang aku cadangkan? Untuk mencari lebih banyak maklumat tentang diri kau." Farouk menukar arah perbualan mereka.

"Bukan sebab itu Farouk. Aku rasa bukan semudah itu untuk aku dapatkan maklumat dalam majlis seperti ini. Sebenarnya ada sebab lain." Jawab Eddie sambil tersenyum.

“Apa sebabnya?” Farouk melihat perubahan pada wajah Eddie, seperti ada sesuatu yang merungsingkan dan menggembirakan sahabatnya itu pada masa yang sama.

"Ada seorang gadis yang aku jumpa di kafe. Kali pertama aku jumpa dia, aku sudah tumpahkan sherbet atas pakaian dia."

"Kenapa kau tak minta maaf dengan dia di kafe?" Tanya Farouk

"Aku dah cuba, tapi setiap kali aku cuba aku gugup. Memang dia jenis bengkeng dan mulut lepas, tapi bukan sebab itu yang buat aku susah nak bercakap dengan dia. Tapi..."

"Tapi kau syok dengan dia?" Telahan Farouk nakal.

"Macam mana kau tahu?" Eddie menggelabah apabila perasaannya berjaya diteka oleh Farouk.

"Aku pun lelaki macam kau Eddie, kita ada naluri yang sama. Cuma kau masih belum sedar itu adalah simptom bila seseorang dilamun cinta."

"Cinta?" Dahi Eddie berkerut mendengar perkataan yang biasa didengar tetapi belum pernah dialami itu,.

"Ya, cinta. Perasaan yang datang bila kau mula jatuh hati dengan seseorang. Akibatnya kau bukan diri kau yang biasa. Adakala kau gembira dengan satu perasaan luarbiasa di dalam diri. Dan pada masa yang lain hati seperti meruntun kerana tak dapat bersama orang yang kau cinta. Kau rasa seperti mahu membuat sesuatu untuk melahirkan rasa cinta kepada si dia dengan apa cara sekalipun."

"Hebat betul cara kau meneka perasaan aku. Macam doktor cinta." Usik Eddie.

"Aku pun pernah mengalami perasaan yang sama Eddie. Tapi... Ah! Tak payahlah kau ambil tahu kisah aku sekarang ni. Kau ada misi yang perlu kau jalankan dengan sempurna malam majlis tu. Lain kali aku cerita kalau ada masa." Farouk cuba mengelak.

"Suka hati kaulah Farouk... Eh, kita sambung kursus kita. Nanti lambat pulak aku balik. Dah lama sangat aku lepak di rumah kau ni!" Kata-kata Eddie sebelum Farouk menyambung sesi mereka.

***

Malam itu Azad dan rakan-rakan kumpulan motosikal sports yang lain bersantai di tempat mereka seperti biasa. Cuma Azad tidak ceria seperti biasa, seperti ada sesuatu yang sedang rancak bermain di dalam fikirannya.

"Macam mana ni bro? Hari tu kau kata nak balas dendam pada awek mulut celupar tu. Tapi sampai sekarang belum ada apa-apa plan ni? Bukan apa, kalau boleh kami pun nak tumpang sekaki. Barang baiklah katakan..." Suara pemuda bernama Modred sambil menyeringai. Nama itu adalah singkatan bagi nama asalnya Mohamad Radhi.

"Kau sabar sikit boleh tak? Aku tengah atur plan baik punya ni. Awek ni susah sikit nak masuk perangkap sebab dia selalu dikawal. Lagipun kebanyakan masa dia ada bersama dua orang pengapit dia, awek cina dengan minah tembam tu. Kalau boleh aku mahu plan yang bersih, tip top. Aku mahu target dia seorang saja, tak ada orang lain terlibat. Lagipun..." Azad terhenti sambil merenung jauh dengan senyuman yang pasti mengerikan sesiapa yang melihat, seperti ada niat yang gelap dan penuh rahsia.

"Lagipun apa bro?" Modred begitu teruja dengan rasa ingin tahu.

"Lagipun dia ni anak orang kaya. Bukan sikit-sikit punya kaya,. Ini kaya kaw kaw punya." Azad berhenti bersama tawa sinis yang dalam sebelum dia menyambung lagi.

"Sebab itu aku sedang berfikir sekarang ni, lepas kita test power cikaro tu, kita jadikan dia tebusan. Di samping dapat hidangan yang enak dan lazat, kita boleh jadi kaya. Apa pendapat kau?" Azad menjeling kepada Modred.

"Fuh! Memang power cara kau berfikir bro. Aku suka! Bukan selalu peluang macam ni datang!" Modred terangguk-angguk. Rakan-rakan lain yang tumpang mendengar turut gembira.

"Untuk pengetahuan kau, itulah sebabnya aku belum mahu bertindak lagi. Kita kena buat rancangan yang lebih besar dan lumayan. Anak cina pergi Jepun. Tak lama lagi kita jadi orang kaya!"  Azad mengakhiri kata-kata dengan pantun dua kerat versinya sendiri, diikuti nyaring tawa mereka.

***

Perbualan dengan Farouk membuat Eddie sedar apa yang telah berlaku. Kegugupan yang dihadapi semasa berada di samping gadis itu bukan kerana dia tidak sihat semasa kejadian sherbet tumpah tempoh hari. Tetapi itu adalah disebabkan perasaan yang sudah mula berputik terhadapnya. Dia rasa lega kerana dia sudah tahu jawapan mengapa dia rasa gugup dan kelam-kabut apabila berhampiran dengan Qiarra.

Dia perlu atasi perasaan yang sedang melanda. Selagi dia tidak lahirkan perasaan di dalam hatinya, simptom ini akan terus melanda dirinya. Dia tidak mampu memohon maaf, apatah lagi melahirkan perasaan terhadap gadis itu apabila mereka bersemuka di kafe. Tetapi peluang yang datang secara tiba-tiba ini adalah satu-satunya cara dia boleh berhadapan dengan gadis itu tanpa mendedahkan identitinya yang sebenar. Pada malam itu dia adalah Farouk, bukan Ruzaidi. Dia perlu mencari jalan untuk memberanikan diri apabila berada di sisi gadis itu.

Peluang yang datang melalui majlis masquerade itu adalah penyelesaian untuk dia melaksanakan hasrat hatinya kepada gadis bernama Qiarra, seperti yang didengar semasa perbualan gadis itu bersama gadis berbadan gempal di kafe tempoh hari.

Mungkin dia sukar mengenal gadis itu kerana topeng yang dipakai, tetapi dia akan mencari kumpulan gadis bertiga itu berdasarkan susuk tubuh mereka yang sudah dapat dia cam. Walau bagaimana sukar sekalipun, dia perlu gunakan peluang ini sebaik-baiknya.

Di hadapan matanya kini terbentang beberapa helai lembaran kertas dengan motif buah strawberi bersama sampul surat berwarna merah jambu yang baru dibeli di kedai tadi. Tidak pernah terlintas di fikiran untuk dia memiliki alat tulis seperti itu. Ini semua adalah sebahagian daripada strategi yang dirancang.

Eddie mula menulis bait-bait di lembaran kertas pada malam yang sunyi dan dingin itu, sambil aroma wangian strawberi menusuk hidungnya dan menyemarakkan inspirasi yang sedang hangat berlegar di minda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?