PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:

A. PUISI
1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)
Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR

2. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)
Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.

B. CERPEN
1. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)
Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):
Stanza Cinta, Ros Merah dan Tofi Epal | Bingkisan Sakura Dari Tokyo (versi video) | Cincin Di Jari | Dalam Sup Ekor Ada Cinta | Selamat Hari Jadi Papa | Kerongsang Suasa Bertatah Zamrud (versi video) | Dulu Benci, Sekarang...? | Ku Bisik Rindu Di Angin Lalu | Saat Aku Lafazkan Akad Nikah | Si Tudung K-pop vs Mamat Kopiah | Listrik Cinta Andromeda | Sangkar Cinta: I Hate You, But I Love You! | Kelipop-kelipop Cinta | Manifestasi Cinta Minah Pom-pom dan Mat Berus | Kisah Norman dan Maisara| Sumpahan Cinta Kohinoor | Elle | Raja Shah Jehan, Bunga Dafodil | Kisah Shania dan Amirul | Apabila Kompang Dipalu | Biar Bulan Jadi Pengganti | Sehelai Sapu Tangan, Sebuah Puisi | Mimpi Cinderella Gebu | Black Widow: Awas Racun Cinta! | Bawang Merah, Cili Api | Menjejak Cinta Hakiki | Abang Bouncer vs Party Girl | Penjara Cinta Di Menara Berduri

2. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Antologi 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller
Ramlee Awang Murshid - RAUDHAH | Annur Shanana-PELESIT, MISTERI HISTERIA RAMALAN | Maria Kajiwa -NO! PAPA, NO! | Dhieya Adlynna - JAM 3.00 PAGI | Isha Idiaz - HATI DHIA | Zakri Rahman - MAHAKARYA |Indah Hairani - AKU BUKAN SERIGALA |Amer Mukhlis- ASAD | Naim Tamdjis - SAYAP-SAYAP KE SYURGA, CATATAN UNTUK SANG PUTERI | A. Darwisy -GAMELAN, BURAI | Ayim Rifqi - DALANG |Domi Nisa -DENDAM SEORANG LELAKI | Sauriani - BEBASKAN AKU SAYANG | Jia Ariza - GAUN BERDARAH, RINTIHAN AZRINAH | Syafeza Sauli - SOULMATE, KAU MILIKKU, KAKI | Syasya Bellyna - HUJAN RINTIK-RINTIK |Imanisa Riana - AKU TAK TAHU | Salleh Kausari -ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan) |Reeani Annur - LIANA | Nash Azly - TIGA BALA

3. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)

4. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)
Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.

5. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)
Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)

6. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)
Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


C. NOVEL

1. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)













2. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)


Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative. Alhamdulillah.




Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.
[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11-1] [11-2] [12] [13] [14-1] [14-2] [15-1] [15-2] [16] [17] [18] [19][20] [21-1] [21-2] [21-3] [22-1] [22-2] [22-3] [23] [24][25][26]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT
Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...
[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]



4. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI
Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.
[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]



5. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI
Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.
[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]

6. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.
Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


D. NOVELET

1. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]

2. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X
Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Ilham Karangkraf.
[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]



E. LAMAN FACEBOOK
1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR
Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

2. Lain-lain:
    Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.
    Selamat membaca ^_^
    Cheerio!
    ~ Salleh Kausari
    25 September 2015

    Tuesday, 28 May 2013

    Si Tudung K-Pop Vs Mamat Kopiah


    Kelas fesyen Kolej Urban Arts memang tidak pernah sunyi sebelum pensyarah tiba. Hanya seorang pelajar lelaki yang duduk di penjuru bilik itu yang berada dalam dunianya sendiri.

    "Pelik mamat tu kan?" Suara gadis bertudung yang duduk di ruang tengah. Namanya Zubaidah.

    "Aku tak pernah terfikir lelaki berkopiah macam dia berminat dengan fesyen." Jawab Sofea yang duduk di belakang Zubaidah.

    "Aku rasa dia ni mesti peminat Yuna atau Hana Tajima. Yalah, nak memperjuangkan fesyen Islamik. Mungkin juga nak buka butik busana muslimah." Usikan Mona yang berbau sindiran sinis.

    "Tak baik kau cakap macam tu. Kalau betul pun apa salahnya. Dulu orang pelik dengan lelaki yang pandai masak. Tapi kau tengoklah sekarang ni. Ramai chef lelaki tau. Semuanya hebat-hebat belaka. Tak mustahil kalau designer macam dia tu nanti bakal menggegarkan tanah air." Marissa seperti membela.

    "Siapa nama dia?" Tanya Zubaidah.

    "Kalau tak silap aku... Suhaimi." Jawab Sofea sambil Zubaidah memerhatikan pemuda berkopiah itu dengan rasa pelik.

    Ketika itu pintu dibuka. Bukan pensyarah subjek fesyen yang masuk, seballiknya seorang pelajar senior lelaki.


    "Hai dan assalamualaikum semua. Minta perhatian sekejap. Nama saya Aiman. Nak panggil Abang Aiman pun boleh. Abang nak beritahu tak lama lagi ada pertandingan Talentime. Maklumat lanjut ada di main notice board kolej."

    "Persembahan apa yang boleh masuk Talentime tu bang? Menyanyi saja ke?" Tanya Zubaidah.

    "Apa-apa pun boleh. Nak menari, melawak, stand up comedy pun boleh."

    "Nasyid boleh tak bang?" Sindir Mona sambil memandang ke arah Suhaimi.

    "Boleh. Nak deklamasi sajak atau puisi pun boleh. Juri-juri memang pensyarah seni dan sastera di kolej ni. Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti dan idea yang fresh dan tak klise atau ciplak."

    "Apa hadiahnya bang?" Tanya Sofea.

    Fikiran Zubaidah sudah menerawang jauh. Dia sudah tidak dengar lagi jawapan yang diberikan oleh pelajar senior itu. Seolah-olah ada mentol yang besar dan terang-benderang di atas kepalanya.

    Setelah senior bernama Aiman meninggalkan kelas, Zubaidah berpaling ke arah rakan-rakan di meja belakang.

    "Aku nak masuk talentime tu dengan korang semua." Suara Zubaidah penuh semangat.

    "Kau nak buat persembahan apa?" Tanya Sofea.

    "Kita buat tarian k-pop."

    "Hah? Kau nak kita semua menari macam minah-minah Korea tu?! Tolonglah..." Mona seperti tidak setuju.

    "Kau jangan risaulah. Aku dah hafal koreografi dia."

    "Kau nak guna lagu apa?"

    "Nobody."

    "Lagu Wondergirls tu. Iih! Aku tak sanggup!" Mona masih membantah.

    "Tapi Wondergirls ada lima orang kan? Kita ada empat orang aje." Marissa menambah.

    "Itu kau jangan risau." Suara Zubaidah sambil tersengih. Penuh makna.

    ***

    "Tolonglah Elly..." Rayu Zubaidah.

    Gadis bernama Suhaili tetapi lebih mesra dipanggil Elly itu tidak menjawab. Sebaliknya dia menarik muka 'ketat' sambil memandang dinding di bilik mereka. Poster artis pop Korea memenuhi ruang dinding berhampiran katil Zubaidah. Poster Girls Generation, Super Junior, Beast, 2NE1, T-ara dan Kara adalah antara yang ada di situ.

    "Sudahlah hari-hari aku terpaksa memandang semua poster-poster K-pop kau ni, Bedah. Sekarang kau nak aku menari macam diorang pulak. Siksalah aku macam ni bah!" Suara Elly, gadis kelahiran negeri di bawah bayu.

    "Alah... tolonglah Elly. Lagipun bukan susah sangat koreografi tu." Pujuk Zubaidah.

    "Aku pernah tengok tarian tu. Tapi... entahlah, aku tak confident lah. Lagipun kau tak rasa janggal ke awek bertudung macam kau ni menari tarian macam tu. Aku rasa macam tak sesuailah bah!" Kritik Elly.

    "Kalau tak nak dahlah... tak payahlah nak kutuk aku macam tu!" Zubaidah terasa.

    "Okeylah... aku minta maaf. Bukan aku sengaja nak sakitkan hati kau."

    "Maknanya kau setujulah ya?" Wajah Zubaidah yang ditarik panjang tadi sudah berseri semula.

    "Nantilah aku fikir dulu." Jawapan ringkas Elly.

    ***

    "Kau dah booking ke studio tu Zu?" Tanya Marissa.

    "Kena booking dulu ke?" Tanya Zubaidah. Naif.

    "Mestilah! Kalau ada orang guna macam mana kita nak praktis?"
    Sofea mengeluh. Mona hanya merengus kesal.

    "Aduh! Kalau ada orang guna studio macam mana bah?!" Elly pula mencelah.

    "Cuba kau orang semua tengok. Studio ni kosong. Maknanya bolehlah kita pakai." Zubaidah bersuara dengan penuh yakin setelah mereka tiba di ruang studio. Elly hanya menggeleng dengan tingkah laku teman sebiliknya.

    Zubaidah menyambung iPad ke dock speaker. Lagu Nobody bergema di ruang studio. Video koreografi Nobody terpapar di skrin.



    I want nobody nobody but you
    I want nobody nobody but you
    How can I be with another
    I don't want any other
    I want nobody nobody
    Nobody nobody

    "Tarian ni memang susah nak ingat masa mula-mula. Tapi kalau dah hafal step, senang saja." Zubaidah memulakan kelas tarian.

    "Nanti kita kena gilir-gilir ke depan bila sampai pada line nyanyian masing-masing. Ada apa-apa soalan?" Tanya Zubaidah kepada empat rakannya yang masih kekok dengan tarian Wonder Girls itu.

    "Kena menyanyi juga ke?" Elly risau.

    "Tak payah. Miming cukup. Yang penting hafalkan step. Mula-mula..."

    "Assalamualaikum," suara dari muka pintu mengganggu sesi latihan mereka berlima. Suhaimi tercegat bersama dua orang rakannya. "Studio ni kami dah booking sampai pukul sebelas pagi."

    "Kalau dah booking kenapa tak gunakan? Kami tengok orang tak ada, sebab tu kami guna." Zubaidah cuba berhujah.

    "Kami keluar minum sekejap. Tengok, tu beg kami." Suhaimi cuba mempertahankan haknya.

    "Tak apalah. Awak guna studio sebelah sana, kami guna sebelah sini." Arah Zubaidah. Selamba.

    "Mana boleh! Awak pasang lagu kuat. Kami pun nak praktis lagu persembahan nasyid kami." Suhaimi menunjukkan tanda-tanda kesabarannya mula hilang.

    "Sorry ya. Lain kali kalau nak guna studio, buat cara nak guna. Kalau booking tak gunakan kemudahan, lebih baik tak payah booking. Ramai lagi yang tahu hargai studio ni. Lagipun, kalau setakat lagu nasyid tu, praktis kat asrama pun boleh." Jawab Zubaidah dengan kasar.

    "Awak ni memang tak tahu adab ya? Perangai dahlah buruk. Lepas tu terlalu mengagungkan budaya K-pop dengan tarian yang gedik macam tu. Sia-sia pakai tudung!" Selar Suhaimi.

    Tanpa disedari oleh Zubaidah dan Suhaimi, Sofea sedang merakam perbalahan mereka.

    "Saya tahulah saya bukan warak macam awak. Tapi janganlah hina orang lain sesuka hati."

    "Sedar pun diri kau tu kan? Sudah-sudahlah mengagungkan budaya K-pop yang tak sesuai dengan budaya Melayu dan budaya Islam ni."

    "Saya tak sangka orang yang alim macam awak ni tergamak keluarkan kata-kata macam tu. Tak boleh nasihat orang elok-elok ke?" Marissa pula menyampuk.

    "Tak guna nasihatkan orang yang tak tahu adab macam dia ni. Buang masa! Jomlah. Lebih baik kita pergi daripada layan orang macam ni!" Suhaimi sudah hilang sabar.

    ***

    Pagi itu asrama lelaki gempar dengan video baru yang tersebar di laman sosial Kolej Urban Arts. Video rakaman kata-kata Suhaimi terpampang di Urbanface dan Urbantweet, laman facebook dan twitter kolej itu.

    Bersama video yang telah diedit itu, terpapar komen.
    Inikah imej yang sesuai untuk seorang lelaki yang berkopiah?
    Berkata-kata tanpa berhikmah, tak tahu menahan sabar.
    Amat menyedihkan... :p

    "Itulah Suhaimi... kau terlalu ikutkan perasaan kau semalam. Sekarang tengok apa dah jadi!" Kata Saufi yang ada bersamanya semasa kejadian semalam.

    "Aku tak sangka dia orang rakam semua ni!" Suhaimi bengang.

    "Zaman ni kau jangan ambil ringan. Kebanyakan telefon dah ada kamera hi-resolution. Benda-benda lebih teruk daripada ni pun orang boleh rakam." Fandi pula mencelah.

    "Ini tak boleh jadi. Awek tu belum kenal aku lagi. Memang salah langkah dia cuba memburukkan nama aku." Suhaimi menggetap bibir.

    "Kau nak buat apa Suhaimi? Jangan ikut sangat perasaan kau tu."

    "Kau tunggu sajalah..." Jawab Suhaimi dengan selamba.

    ***

    Tring!....

    Nada dering telefon Zubaidah memekakkan telinga. Kepalanya berdenyut kerana tidur lewat semalam untuk menyiapkan tugasan.

    "Siapa yang sibuk telefon pagi-pagi buta ni!" Bentak Zubaidah dengan mata yang masih kelat.

    "Helo!"

    "Zu! Kau dah tengok video mamat kopiah tu post pasal persembahan kita?" Suara Marissa kelam-kabut.

    Kelat mata Zubaidah dengan serta-merta hilang. Dia dapat rasa torpedo serangan balas mamat kopiah itu sudah dilepaskan.

    Dari skrin laptop Zubaidah melihat rakaman video curi semasa dia dan rakan-rakan sedang beraksi dengan lagu Nobody.

    Komen bersama video itu membuatkan darah Zubaidah menggelegak seperti cerek dengan air yang mendidih. Hatinya panas seperti udang panggang di atas grill.

    "Aaaah!... Tak guna punya Mat Surau!" Jeritan sekuat hati Zubaidah menyebabkan Elly terbangun sambil mengesat mata yang kelat. Cermin mata di atas meja segera dicapai dan dipakai. Dia turut menonton video dan membaca komen yang tertera di skrin.

    Pakai tudung, tapi seluar ketat. Joget terkinja-kinja mengalahkan perempuan Korea. Apalah nak jadi dengan perempuan-perempuan Islam sekarang ni?!
    Astaghfirullahal'azim...

    ***

    Suhaimi sedang berjalan di koridor selepas menunaikan solat di surau. Dia rasa pelik apabila pelajar-pelajar kolej memandangnya dengan pandangan sinis. Ada yang senyum mengejek. Tidak kurang juga yang berbisik-bisik sambil tergelak.

    "Bla bla bla bla bla... bla bla bla bla bla bla..." Usik seorang pelajar yang berselisih dengan Suhaimi.

    "Apa kena dengan diorang ni?!" Bisik Suhaimi dalam perjalanan pulang ke asrama.

    Setibanya di bilik, Saufi sedang menonton sesuatu di laptop. Irama lagu Bosan oleh Stacy kedengaran dari speaker.



    Suhaimi dapat lihat video yang sedang dimainkan di youtube. Gambarnya dijadikan animasi seperti seseorang yang sedang berleter dengan irama lagu Stacy.

    Bla bla bla bla bla
    Bla bla bla bla bla bla

    Kedengaran asrama riuh dengan gelak tawa penghuni di situ. Suhaimi tahu, video viral itu telah tersebar dan menjadi bahan ketawa pelajar-pelajar di kolej.

    Suhaimi sudah hilang sabar. Dari status Zubaidah, dia tahu gadis itu sedang berada di perpustakaan.

    Dia mengatur langkah pantas menuju ke perpustakaan. Dari pintu dia sudah nampak kelibat Zubaidah di sebuah meja.

    "Hei Zubaidah! Kau tak ada otak ke hah?! Post video yang bukan-bukan pasal aku." Suhaimi menyerang Zubaidah yang kelihatan tenang duduk di meja.

    Berpuluh-puluh biji mata sedang memerhatikan adegan mereka berdua. Begitu juga beberapa lensa kamera di telefon bimbit.

    "Aku tak ada otak? Bermakna kau pun sama. Sebab kau pun post video yang entah apa-apa kan?"

    "Shh...," kedengaran suara mereka yang ada di situ. Tetapi langsung tidak diendahkan oleh Zubaidah dan Suhaimi.

    "Kau ni memang kurang ajar kan? Dahlah guna studio tak ikut prosedur. Lepas tu tak tahu malu nak buruk-burukkan orang dalam internet. Sia-sia bertudung." Selar Suhaimi.

    "Sekurang-kurangnya aku bukan manusia yang pakai kopiah, tapi tak tunjukkan akhlak yang baik kepada orang lain. Baik tanggalkan aje kopiah tu. Taklah merosakkan nama baik orang Islam!" Kata-kata laser Zubaidah.

    "Kalau ikut hati aku memang aku dah tampar muka kau tahu tak?!" Suhaimi cuba menahan marah.

    Sedikit pun mereka tidak sedar bahawa Encik Farouk, pengetua kolej sedang memerhatikan perbalahan mereka berdua.

    "Apa masalah kamu berdua ni? Terjerit-jerit dalam library. Tak malu ke? Ikut saya ke pejabat. Sekarang!" Suara tegas Encik Farouk membuatkan mereka berdua tergamam.

    ***

    "Saya rasa teramat malu. Saya malu sebab pelajar kolej berkopiah dan bertudung seperti kamu berdua ni berkelakuan buruk sehingga sanggup memburukkan satu sama lain di internet. Ada orang luar pun dah tahu apa yang kamu berdua post dalam facebook dan twitter. Saya tak kira siapa yang bersalah dalam hal ini, tapi memburukkan pelajar lain dalam laman sosial bukan jawapannya. Kamu pelajar Islam yang bertudung dan berkopiah, tapi sanggup buat perkara yang tak senonoh macam ni."

    Zubaidah hanya tunduk dan diam. Suhaimi melemparkan pandangan ke luar tingkap.

    "Saya memang dah rancang untuk jumpa awak berdua. Tapi saya tak sangka saya akan lihat awak berdua bertengkar dalam library. Dengan mata kepala saya sendiri. Saya tahu ini semua berpunca daripada Malam Talentime kan? Saya boleh lepaskan awak berdua, tapi dengan satu syarat."

    Pandangan Zubaidah dan Suhaimi segera berkalih kepada wajah Encik Farouk.

    "Awak berdua kena berkolaborasi untuk persembahan pada malam itu."

    "Mana boleh Encik Farouk! Saya buat persembahan nasyid. Dia buat tarian K-pop. Mana boleh digabungkan." Suhaimi cuba berhujah.

    "Itu saya tak kira. Saya nak awak berdua berbaik semula dan bekerjasama. Apa yang awak nak buat pada malam itu, itu bukan urusan saya. Sekarang awak berdua boleh pergi."

    "Tapi Encik Farouk..."

    "Tak ada tapi tapi lagi! Lebih baik awak berdua keluar sebelum saya ubah fikiran saya." Sergah pengetua.

    Zubaidah dan Suhaimi beredar dengan hati yang berat dan langkah yang lesu.

    ***

    "Ini semua salah kau! Kalau tak, tak ada jadi macam ni tau tak?!" Bentak Suhaimi sambil berpeluk tubuh di studio. Saufi dan Fandi juga ada di situ.

    "Aku pulak?! Kalau tak kerana mulut kau yang tak tau bertapis tu, semua ni takkan berlaku!" Balas Zubaidah yang ditemani oleh anggota Wonder Girls versi Kolej Urban Arts yang lain.

    "Sudah! Sudah! Kalau korang berdua bertengkar, sampai bila pun tak habis!" Tegur Saufi dengan suara yang nyaring.

    "Habis sekarang macam mana ni? Kita terpaksa cari idea baru untuk persembahan." Keluh Mona.

    "Tak logik kalau kita nak combine lagu K-pop dengan lagu nasyid. Nak mash up pun tak sesuai." Tambah Sofea.

    "Kita kena cari sesuatu yang boleh mengaitkan kedua-duanya." Marissa membuahkan fikirannya.

    Suasana hening seketika. Masing-masing tenggelam dalam fikiran sendiri, cuba mencari idea dalam masa yang sudah semakin suntuk.

    Ketika itu wajah Elly berubah seolah-olah ada cahaya inspirasi yang memancar dari wajahnya berseri-seri.

    "Betul kata Marissa. Kita kena cari sesuatu yang boleh menghubungkan kedua-dua persembahan kita. Dan aku rasa satu-satunya cara yang ada adalah dengan kata-kata. Aku ada idea..." Elly berteka-teki. Rakan-rakan yang lain saling berpandangan.

    ***

    Zuraidah rasa begitu berdebar-debar malam itu. Sebentar lagi tiba giliran mereka pula membuat persembahan. Jubah dan tudung yang dipakai dirapikan. Kostum yang dipakai adalah rekaan Suhaimi denga tema berwarna putih dan diserikan dengan kain chiffon berwarna perak. Begitu juga kostum tiga ahli lelaki kumpulan itu. Semuanya hasil rekaan Suhaimi.

    Jauh di sudut hati Zubaidah ada rasa bangga kerana memperagakan busana muslimah yang kreatif sebegitu. Tiada siapa yang dapat menduga ia direka oleh seorang mamat yang berkopiah dan low profile seperti Suhaimi.

    Suara emcee yang membuat pengumuman membuatkan Zubaidah rasa kecut perut.

    "Persembahan seterusnya adalah hasil garapan luarbiasa lapan pelajar kolej yang menggelarkan diri mereka sebagai Urban Arts Serenades. Dipersilakan!..."

    Lampu dipadamkan dan pentas gelap buat seketika. Kemudian cahaya lampu difokuskan kepada lima pelajar perempuan di bahagian belakang.

    Mereka mengalunkan melodi lagu Nobody secara acapella tanpa muzik dengan suara yang begitu harmoni.



    Engkaulah Allah Tuhan Yang Satu
    Tiada lagi selain dari-Mu
    Hanyalah kepada-Mu
    Ku pohon doa restu
    Engkaulah Tuhan Yang Satu
    Tiada beribu

    Kemudian melodi lagu Nobody diteruskan dengan gema humming mereka berlima, tanpa lirik.

    Cahaya lampu menerangi bahagian hadapan ke arah pelajar lelaki bertiga.

    Dengan irama humming yang melatari, Saufi mendeklamasi bait-bait pertama sajak.

    Tuhan
    Aku tenggelam dalam kegelapan
    Mencari sinar hidayah dan petunjuk-Mu
    Dari lorong yang hanyir dan kotor
    Aku datang
    Mengharapkan setitis sinar pengharapan dari-Mu

    Fandi menyambung bait-bait yang seterusnya.

    Tuhan
    Aku hanyut dalam arus kedurjanaan
    Mengejar jelaan mimpi yang tak pasti
    Menggapai sinar yang hanya ilusi
    Lalai dengan belaian hawa nafsu
    Tewas dalam hembusan bayu kepalsuan
    Terkulai oleh bujukan iblis yang penuh pedaya

    Suhaimi mengakhiri bait-bait puisi itu dengan penuh emosi dan suara yang lantang.

    Tuhan
    Di sini aku berdiri
    Aku takkan berganjak lagi
    Biarpun Kau berpaling
    Lantaran dosa dan noda keji
    Yang aku lakukan dalam sepi
    Setelah segala perintah-Mu aku ingkari.
    Aku akan tetap menagih simpati
    Biar aku melutut dalam lirih rintih
    Aku akan tetap di sini
    Sehingga Kau kutip aku
    Dari lembah yang jijik dan berlumpur ini
    Biarpun hanya setitis nur hakiki
    Buat menghilangkan dahaga kasih yang abadi

    Lampu kini hanya difokuskan kepada pelajar yang berada di belakang.

    Engkaulah Allah Tuhan Yang Satu
    Tiada lagi selain dari-Mu
    Hanyalah kepada-Mu
    Ku pohon doa restu
    Engkaulah Tuhan Yang Satu
    Tiada beribu

    Setelah lampu pentas dipadamkan, suasana hening dan syahdu seketika sebelum dewan riuh rendah dengan suara para hadirin yang begitu teruja.

    Seperti yang dijangka oleh ramai, persembahan Urban Arts Serenades mendapat hadiah utama pada Malam Talentime itu.

    ***

    "Tahniah," ucapan Suhaimi kepada Zubaidah.

    "Tahniah juga untuk awak." Jawab Zubaidah sambil tunduk. Kali ini begitu sukar untuk dia menatap mata Suhaimi. Walaupun sebelum ini dia rasakan seperti mahu mencungkil kedua-duanya sekali.

    Rakan-rakan lain hanya memerhatikan dari jauh. Seperti ada percikan api halimunan yang melonjak-lonjak antara mereka berdua.

    "Itulah.. dulu bergaduh macam nak rak. Sekarang?..." Sindir Mona.

    Adegan drama Love Story mereka berdua terbantut dengan kemunculan Encik Farouk.

    "Syabas saya ucapkan kepada awak berdua. Memang sebuah persembahan yang mantap. Siapa yang ubah lirik lagu dan tulis puisi tu?"

    "Zubaidah." Jawab Elly setelah mereka semua mengerumuni Encik Farouk.

    "Hebat! Saya tak sangka awak ada bakat terpendam. Terpaku saya mendengarnya. Terkesan di hati sampai tegak bulu roma saya." Puji pengetua.

    "Ini semua kerana idea gila Encik Farouk juga." Zubaidah tersipu-sipu.

    "Idea gila?" Dahi Encik Farouk berkerut.

    "Tak...err...maksud saya idea awesome, superb, bergeliga, quattro, mamma mia Encik Farouk!" Zubaidah seperti melatah membuatkan semua yang ada di situ tergelak.

    "Saya bangga ada pelajar-pelajar yang kreatif macam awak semua di kolej. Saya akan terus menanti kejutan demi kejutan. Semoga awak semua terus sukses." Kata-kata perangsang pengetua sebelum dia beredar.

    ***

    Lima tahun kemudian

    Suhaimi kelihatan gugup. Air di dalam gelas di depannya segera diteguk. Sekali. Dua kali. Dia memejamkan mata buat seketika sambil menarik nafas sedalam-dalamnya. Sambil nafas dilepaskan, dia memerhatikan wajah-wajah yang ada di depannya.


    NOTA PENULIS:
    Cerpen ini dihasilkan dengan tema 'berdasarkan kisah dalam novel, drama atau filem'
    Ada sesiapa tahu kisah apa yang saya gunakan untuk cerpen ini?
    Cubalah teka... ^_^


    Cerpen ini telah dimuatkan ke dalam antologi cerpen
    KEMBARA MENCARI CINTA


    Sila kunjungi laman FB Kembara Mencari Cinta
    untuk perkembangan terbaru tentang
    antologi cerpen solo ini.
    KLIK DI SINI








    12 comments:

    1. wah .. nice cerpen .. cerpen nie dari telemovie arahan Liyana Jasmay kan .. :) ,, gd luck erk ,. jemput singgah ke blog sy ..
      http://fynazshamz.blogspot.com

      ReplyDelete
      Replies
      1. Ya, tepat sekali... ^_-
        Baru lepas singgah ke sana...

        Delete
    2. tersenyum2 saya membaca...teringat kisah zubaidah dan suhaimi dlm telemovie si tudung tweet....hehehe~~~

      ReplyDelete
      Replies
      1. Hihi.. terima kasih Hannah sudi singgah.. ^_-

        Delete
    3. Hahaha. Masa nampak nama Zubaidah tu pun dah agak2. Bila nampak nama Suhaimi terus boleh tangkap. Kekekekeh. Liyana Jasmay n Izzue.

      Nice story :)

      ReplyDelete
      Replies
      1. Yeah.. tepat sekali Pena Tumpoi. Terima kasih sudi singgah ^_^

        Delete
    4. Bagus nye cite nie Taniah (y)

      ReplyDelete
      Replies
      1. Terima kasih miss/mr anonymous.. ^_^

        Delete
    5. xpernah tgk cite 2.. tpi blh agak mesti kecohnya sama hehehehe.. tq cerita yang best.. terselit juga supaya tak burukkan orang lain..

      ReplyDelete
      Replies
      1. Oh, cerita tu jauh lebih best drpd cerpen ni..
        Saya memang suka 'menyelit'.. haha
        TQ sudi singgah mengomen.. ^_-

        Delete
    6. Jjang! Cerita ni memang best...hebat sbb pena VR buleh mndapat idea sebegini. Sye pula bru je memulakan prjalanan sbagai penulis. Tahniah kak. Jmput2 juga singgah ke blog sye gurlzisme.blogspot.com

      ReplyDelete
      Replies
      1. T.kasih Shin, alhamdulillah... saya sudah singgah ke blog anda yang comel tu ^_~

        Delete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

    Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?