PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:

A. PUISI
1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)
Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR

2. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)
Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.

B. CERPEN
1. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)
Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):
Stanza Cinta, Ros Merah dan Tofi Epal | Bingkisan Sakura Dari Tokyo (versi video) | Cincin Di Jari | Dalam Sup Ekor Ada Cinta | Selamat Hari Jadi Papa | Kerongsang Suasa Bertatah Zamrud (versi video) | Dulu Benci, Sekarang...? | Ku Bisik Rindu Di Angin Lalu | Saat Aku Lafazkan Akad Nikah | Si Tudung K-pop vs Mamat Kopiah | Listrik Cinta Andromeda | Sangkar Cinta: I Hate You, But I Love You! | Kelipop-kelipop Cinta | Manifestasi Cinta Minah Pom-pom dan Mat Berus | Kisah Norman dan Maisara| Sumpahan Cinta Kohinoor | Elle | Raja Shah Jehan, Bunga Dafodil | Kisah Shania dan Amirul | Apabila Kompang Dipalu | Biar Bulan Jadi Pengganti | Sehelai Sapu Tangan, Sebuah Puisi | Mimpi Cinderella Gebu | Black Widow: Awas Racun Cinta! | Bawang Merah, Cili Api | Menjejak Cinta Hakiki | Abang Bouncer vs Party Girl | Penjara Cinta Di Menara Berduri

2. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Antologi 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller
Ramlee Awang Murshid - RAUDHAH | Annur Shanana-PELESIT, MISTERI HISTERIA RAMALAN | Maria Kajiwa -NO! PAPA, NO! | Dhieya Adlynna - JAM 3.00 PAGI | Isha Idiaz - HATI DHIA | Zakri Rahman - MAHAKARYA |Indah Hairani - AKU BUKAN SERIGALA |Amer Mukhlis- ASAD | Naim Tamdjis - SAYAP-SAYAP KE SYURGA, CATATAN UNTUK SANG PUTERI | A. Darwisy -GAMELAN, BURAI | Ayim Rifqi - DALANG |Domi Nisa -DENDAM SEORANG LELAKI | Sauriani - BEBASKAN AKU SAYANG | Jia Ariza - GAUN BERDARAH, RINTIHAN AZRINAH | Syafeza Sauli - SOULMATE, KAU MILIKKU, KAKI | Syasya Bellyna - HUJAN RINTIK-RINTIK |Imanisa Riana - AKU TAK TAHU | Salleh Kausari -ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan) |Reeani Annur - LIANA | Nash Azly - TIGA BALA

3. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)

4. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)
Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.

5. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)
Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)

6. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)
Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


C. NOVEL

1. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)













2. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)


Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative. Alhamdulillah.




Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.
[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11-1] [11-2] [12] [13] [14-1] [14-2] [15-1] [15-2] [16] [17] [18] [19][20] [21-1] [21-2] [21-3] [22-1] [22-2] [22-3] [23] [24][25][26]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT
Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...
[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]



4. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI
Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.
[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]



5. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI
Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.
[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]

6. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.
Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


D. NOVELET

1. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]

2. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X
Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Ilham Karangkraf.
[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]



E. LAMAN FACEBOOK
1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR
Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

2. Lain-lain:
    Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.
    Selamat membaca ^_^
    Cheerio!
    ~ Salleh Kausari
    25 September 2015

    Tuesday, 12 March 2013

    Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Bab 20


    Bab 20


    Qiarra membuka mata. Pandangannya masih samar dengan kepala yang berdenyut-denyut. Bau pada kain yang ditekupkan pada hidungnya masih berkesan pada dirinya.

    Dia memandang sekeliling. Kelihatan suasana di dalam bangunan tinggal itu suram tanpa cahaya elektrik, hanya cahaya yang mengintai dari tingkap yang tidak berdaun di sekitar kawasan itu. Berdasarkan keluasan ruang itu, ini mungkin sebuah gudang atau kilang yang ditinggalkan.

    Tangan dan kaki Qiarra diikat dengan ketat. Mulutnya juga ditutup dengan kain yang diikat ketat.

    Perasaan kesal mula menguasai dirinya. Tetapi tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Dia terpaksa menerima akibat kedegilannya walaupun setelah dia ditegur oleh Sara dan Mimi.

    ***

    Sejurus selepas kejadian Qiarra diculik, Sara menelefon Datuk Hafizudin memberitahu Qiarra diculik. Tanpa membuang masa ibu bapa Qiarra terus menuju ke lokasi mereka berdua berada bersama Beetle kuning Qiarra. Sara masih menggigil dengan kejadian yang menimpa mereka. Mimi sedang menghubungi keluarganya dengan suara seperti menahan tangisan.

    Hampir sejam kemudian lelaki itu tiba di lokasi bersama Datin Maznah.

    “Macam mana boleh jadi macam ni Sara?” Suara Datuk Hafizudin. Dia cuba menyembunyikan rasa cemas dan kekalutan perasaannya.

    “Saya dan Mimi dah tegur dia uncle. Tapi dia degil. Saya dah kata jangan keluar tolong orang yang tercedera tepi jalan, tapi dia keluar jugak.” Sara menerangkan. Mimi sudah keluar untuk bersama mereka.

    “Lepas tu?” Datin Maznah tidak sabar mendengar sambungan cerita Sara.

    “Rupa-rupanya ini semua taktik. Mulut kami kena tekup dengan kain berbau alkohol, terus pengsan. Bila saya sedar, Qiarra dah tak ada. Motor dengan van Unser yang ada kat sini pun dah hilang.” Terang Sara dengan ketakutan yang masih bersisa sambil menunjuk ke arah tompokan darah palsu yang terpalit di tepi jalan.

    “Jom ikut uncle buat laporan polis. Kereta Beetle kita kunci dan biarkan sini.” Arah Datuk Hafizudin.


    ***

    Eddie tiba di tempat pertemuan dengan Rostam seperti yang dirancangkan. Setelah Eddie menaiki kereta BMW biru itu, ia meluncur meninggalkan tempat itu dengan segera.

    “Apa dah jadi dengan Qiarra, Encik Rostam?” Eddie sudah tidak sabar.

    “Guntor pandai mengambil kesempatan. Nampaknya sekarang dia dah ada konco-konco. Geng motor.” Rostam memulakan penerangan.

    ‘Geng motor? Jangan-jangan Si Azad dengan geng dia.’ Hati Eddie cuba membuat telahan sendiri.

    “Shah dah lama pantau aktiviti mereka, tapi belum ada yang jelas untuk dijadikan bahan bukti. Tapi kali ni memang dah ada sebab yang kuat. Kita akan cuba perangkap Guntor di tempat dia sembunyikan Qiarra. Kita kena tumpaskan rancangan jahat dia, for good.” Terang Rostam.

    “Jadi apa rancangan Encik Rostam?” Tanya Eddie.

    “Kita akan ke lokasi Qiarra diculik seperti yang Shah beritahu. Dengan bantuan polis kita akan cuba tangkap Guntor dan semua yang terlibat. Kita kena hati-hati sebab Guntor licik orangnya. Sudah banyak kali dia lolos. Harap-harap kali ini dia akan diberkas.” Terang Rostam.

    “Tapi bagaimana dengan keluarga Qiarra? Tentu orang tua dia akan diugut. Kalau rancangan kita diketahui Guntor macam mana? Saya takut apa-apa jadi pada Qiarra.” Eddie melahirkan kerisauannya.

    “Kamu jangan libatkan diri dengan keluarga dia. Shah akan pantau pergerakan mereka. Kalau Guntor nampak kamu ada bersama-sama tentu dia syak. Kita kena jalankan operasi secara senyap-senyap.” Terang Rostam.

    Eddie terpaksa akur dengan Rostam kerana kali ini melibatkan keselamatan Qiarra. Rasa risau mula menguasai diri apabila mengenangkan peristiwa yang menimpa Qiarra tempoh hari. Kali ini Qiarra sudah menjadi tahanan geng Azad dan mereka bebas berbuat apa sahaja. Lekas-lekas Eddie menepis bayangan yang mula singgah di matanya.

    “Kita akan mulakan operasi malam nanti.” Arah Rostam seperti komander misi.

    ***

    Qiarra melihat satu tubuh berjalan dari pintu masuk ke kawasan itu. Bayangan itu agak samar dalam kesuraman cahaya di situ. Apabila tubuh itu semakin hampir, Qiarra dapat melihat lelaki itu sedang menjinjing beg plastik merah berisi air mineral, roti dan buah epal.

    “Burung tempua bersarang rendah. Apa khabar Cik Qiarra sayang?” Kata Azad selepas meleraikan ikatan mulut Qiarra.

    Qiarra tidak menjawab. Sebaliknya dia meludah ke lantai. Azad hanya tertawa sinis.

    “Kau jangan ingat kau akan terlepas dengan senang kali ini. Aku akan pastikan kau terima balasan perbuatan kau!” Qiarra akhirnya bersuara dengan api kemarahan yang membuak-buak.

    “Hehe. Apa yang cik adik nak buat? Panggil Ultraman? Batman? Superman?” Sindir Azad. Sambil itu matanya melirik ke segenap inci tubuh Qiarra yang dibaluti skirt dan blaus. Seperti seorang pakar kulinari sedang mengamati hidangan lazat yang sedang terhidang di meja.

    “Kalau jadi apa-apa pada aku, aku akan cari kau sampai lubang cacing!” Suara Qiarra sambil menggetap gigi. Namun dia tidak dapat menafikan perasaan ngeri yang mula hadir apabila memikirkan apa yang mungkin dilakukan oleh Azad ke atas dirinya.

    “Jangan risau. Masa masih banyak. Malam masih panjang.” Usik Azad sambil mengelus lembut jarinya pada betis Qiarra. Degup jantung lelakinya semakin kencang dengan gejolak nafsu yang makin bersemarak.

    Qiarra dapat rasakan kedinginan menguasai tubuhnya. Dia semakin seriau memikirkan apa yang bakal dilakukan oleh Azad pada dirinya. Peluh dinginnya mula mengalir bersama tubuh yang mula menggigil.

    “Azad!”

    Alunan jemari jantan Azad terhenti dengan suara lelaki yang bergema di ruang kosong seperti gudang itu. Azad bingkas bangun menuju lelaki misteri yang berdiri tidak jauh dari mereka. Lelaki itu memakai jeket labuh bersama kepala yang berkelubung hood untuk menyembunyikan wajahnya.

    ‘Pelik sungguh pakaian lelaki ni. Macam ahli sihir dalam cerita orang putih.’ Komen Qiarra dalam diam.

    Qiarra menarik nafas lega setelah Azad beredar keluar sebelum sempat dirinya diapa-apakan.

    ‘Ini baru permulaan.’ Rasa cemas mula menghantui Qiarra semula. Air mineral dan makanan yang terletak di tepinya tidak dihiraukan, walaupun dia boleh mencapainya dengan tangan yang diikat ke bahagian hadapan. Kelaparan dan kehausan tidak dapat mengatasi kerisauan akan perkara yang bakal menimpa dirinya. Dia sudah berada hampir dengan mulut harimau, hanya menunggu masa yang sesuai untuk dibaham.

    ***

    Guntor menunggu Azad di luar bangunan selepas dia melihat pemuda itu bersama Qiarra sebentar tadi.

    Ada apa Guntor?” Azad tidak puas hati kerana ‘adegan’ tadi terbantut dengan ketibaan lelaki berkelubung itu.

    “Kau dengar baik-baik. Kau jangan cuba sentuh budak perempuan tu. Faham?!” Suara Guntor. Tegas.

    “Kenapa tak boleh pulak?” Azad bertambah tidak puas hati.

    “Itu kau tak payah tanya. Aku kata jangan sentuh dia. Kalau berlaku apa-apa pada dia, deal kita off. Aku tak akan bayar sesen pun. Faham?!”

    Azad merungut dalam diam. Sudah bermacam perkara dirancang untuk dilakukan ke atas Qiarra. Tiba-tiba lelaki ini membantutkan semua rancangan itu dengan sewenang-wenangnya.

    ‘Kita tengok sajalah nanti.’ Bisik hati Azad seperti memprotes keputusan Guntor.

    ***

    Datin Maznah tidak dapat duduk dengan aman. Keresahan menyebabkan dia berjalan mundar-mandir di ruang tamu. Datuk Hafizudin duduk sambil menompang tangan yang bertaut ke dagu. Suasana tegang yang menguasai ruang itu jelas tergambar pada ekspresi wajah mereka berdua. Makanan yang dihidang oleh Bibik Rusila masih belum disentuh sehingga semuanya telah dingin di atas meja.

    “Apa yang kita dah buat ni bang?” Keluh Datin Maznah sambil jari-jemarinya diusap-usap antara satu sama lain. Perasaan ini menyebabkan dia tidak dapat duduk diam.

    “Apa salah kita?” Datuk Hafizudin tidak mengerti kata-kata isterinya.

    “Abang tak sedar atau saja buat tak perasan? Kalau bukan kerana kita kongkong Qiara selama ni, dia tak jadi macam ni.” Jawab Datin Maznah.

    “Itu tanggung jawab kita sebagai ibu bapa dia. Kalau kita biarkan entah lagi teruk agaknya perkara yang terjadi pada Qiarra.” Lelaki itu masih tegar dengan pendiriannya.

    “Memang itu tanggung jawab kita, bang. Tapi takkan abang tak perasaan. Selama ni Qiarra dah banyak kali bangkang pendapat kita. Kita tak pernah beri dia peluang untuk buat pilihan sendiri.” Terang Datin Maznah.

    “Apa yang awak nak sampaikan sebenarnya ni?” Datuk Hafizudin sudah mula resah dengan kata-kata isterinya.

    “Cuba abang fikir. Bila kali terakhir kita serahkan pada Qiarra untuk buat keputusan? Bila kita beri dia peluang untuk buat kesilapan supaya dia sedar akibat pilihan yang dia buat? Bila kita beri dia peluang untuk dia pilih mengikut kehendak dia sendiri, tanpa melibatkan cita rasa kita sendiri?” Soalan bertubi-tubi Datin Maznah membuatkan lelaki itu terdiam.

    Pada saat itu Datuk Hafizudin mula sedar tindakan yang telah mereka suami isteri lakukan kepada anak tunggal mereka. Semuanya semata-mata kerana ingin mengelak sesuatu yang buruk menimpa diri gadis itu dan mereka sekeluarga. Tetapi akhirnya kejadian yang lebih buruk telah berlaku apabila gadis itu mula memberontak.

    “Saya rasa bersalah bang. Selama ni semuanya saya buat ikut kehendak saya, konon-kononnya kerana saya lebih tahu cita rasa dia. Tapi dia bukan budak kecil lagi. Sekarang dia dah remaja, dah mula tahu apa kehendaknya sendiri. Kita sepatutnya memandu dia untuk buat keputusan yang baik, bukan menutup semua pilihan yang ada.” Keluhan penuh sesal Datin Maznah.

    Datuk Hafizudin duduk sambil terus menompang dagu pada genggaman tangan yang bertaut antara satu sama lain. Dia tidak dapat menafikan kebenaran pada kata-kata isterinya.

    ‘Maafkan papa, Qiarra.’ Bisik hati Datuk Hafizudin dengan rasa kesal yang mula bersarang.

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

    Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?