MINGGUAN WANITA
18 - 24 APR 2014
(BIL: 1587)
Alhamdulillah, cerpen saya dengan judul asal JANGAN PANGGIL AKU AYAH! (dengan tanda seruan) disiarkan lagi dalam majalah Mingguan Wanita. Cerpen ini disiarkan agak lewat daripada biasa hingga saya rasa ia sudahpun ditolak.
Terima kasih kepada team Majalah Mingguan Wanita yang sudi siarkan cerpen in dan yang lain. Terima kasih juga kepada pelukis Kartekana kerana lukisan yang 'super awesome'. Terasa seperti melihat cover Ombak Rindu II. ^_^
Mari menghayati perasaan Emilia, seorang anak yang baru lepas kehilangan ibu dan kini terpaksa menyesuaikan diri dengan ayah yang belum pernah dia lihat semenjak lahir ke dunia.
Kepada yang telah dapatkan naskhah anda, terima kasih.