PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Memaparkan catatan dengan label misteri mimpi yana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label misteri mimpi yana. Papar semua catatan

Ahad, 20 Mac 2016

NOVEL KEDUA SAYA AKAN MENYUSUL!!!


Alhamdulillah, akhirnya enovel Misteri Mimpi Yana telah berevolusi menjadi karya bercetak terbitan Terfaktab di bawah label Terfaktab Line dalam bulan Mac 2016.

Kisah yang pernah bersiaran sebanyak tiga bahagian di blog PENA VR ini secara keseluruhannya ada lima bahagian dengan kisah yang mengejutkan tentang Yana, rakan-rakan dan mereka yang terlibat dalam kes baru itu. Apakah kisahnya? Apakah kesudahannya?

Jangan ketinggalan untuk menjadikan naskhah Misteri Mimpi Yana sebagai koleksi bacaan anda kerana konsep interaktif yang jarang sekali dihasilkan di Malaysia.

Apa itu konsep interaktif? Boleh layan baca cerpen di blog ini dengan judul NOT FOR SALE: THE UNTOLD STORY yang menggunakan konsep tersebut.

Untuk maklumat lanjut tentang novel ini, boleh berkunjung ke Laman Facebook MISTERI MIMPI YANA. <<< Klik link

Maklumat untuk pembelian novel ini ada di bawah.









Isnin, 14 April 2014

MISTERI MIMPI YANA (BAB 24)



Marathon bab-bab bonus di LAMAN INSPIRASI PENA VR sudah bermula dengan e-novel pertama di blog PENA VR , MISTERI MIMPI YANA.

Kisah MISTERI MIMPI YANA di blog ini berakhir dengan mimpi Yana dikejar seseorang di kota ala Inggeris. Dia tiba di jalan mati dengan kata-kata berdarah  IMAGINE tertulis di dinding batu dengan pancaran cahaya biru.

Yana dan rakan-rakan telah tamat pengajian di kolej dan kini membawa haluan dengan kerjaya masing-masing. Petunjuk baru membawa kepada sebuah kes berkaitan dengan Interpol, dan Yana akan bergabung semula dengan Inspektor Zulfadhli dan rakan-rakan.

Kepada yang belum baca atau ingin ‘refresh’ kisah ini, berikut adalah bab-bab preview di blog. Sedikit pesanan, ikut turutan ROUTE MAP dalam gambar di atas dan bukan ikut kronologi biasa. Setiap bahagian ada tiga pilihan yang boleh dibuat dan buatlah pilihan dengan bijak. Boleh juga kalau ingin baca semua – mula-mula pilihan pertama, kemudian kedua dan akhir sekali yang ketiga.


Selamat mengembara ke alam penuh enigma… MISTERI MIMPI YANA

Kepada yang sudah join Grup FB LAMAN INSPIRASI PENA VR, KLIK DI SINI.

Sabtu, 21 Julai 2012

Akan muncul tidak lama lagi... Misteri Mimpi Yana Bahagian 3


Misteri Mimpi Yana Bahagian Ketiga (MMY3) akan menyusul tidak lama lagi (insya'Allah jika tiada aral yang melintang). Seperti kisah-kisah sebelum ini, ada mesej yang tersirat di dalam setiap 'kes' yang ditangani oleh Yana dengan bantuan rakan-rakan yang lain. Kes yang selama ini menjadi X-File di dalam rekod-rekod jenayah polis, atau mungkin sesuatu yang tidak menjadi pengetahuan masyarakat umum.

Cerita kali ini melibatkan geng berlima bersama rakan-rakan di kolej semasa satu trip mereka ke salah sebuah negeri di Malaysia.

Mungkin anda pernah mendengar pantang larang sama ada dari segi perbuatan atau percakapan semasa kita dalam perjalanan, kerana bersama kita ada makhluk ghaib yang menumpang bumi Tuhan ini. Mahu tidak mahu kita terpaksa terima kehadiran mereka di bumi ini, cuma kita tidak boleh melihat mereka dengan mata kasar.

Walaupun Tuhan jadikan mereka ghaib daripada pandangan mata kita, tetapi mereka tetap berstatus hamba seperti kita dan menjalani kehidupan seperti kita di dunia ini dan di akhirat kelak. Dan seperti kita juga, ada di antara mereka hamba Tuhan yang soleh, dan ada juga yang suka membuat kerosakan di muka bumi ini.

Begitu juga persoalan tentang roh yang telah meninggalkan dunia ini. Adakah benar semua roh tidak akan kembali ke alam zahir ini selepas pemergian mereka ke alam barzakh? Atau mungkin juga ada yang masih berada di sini kerana perhitungan yang belum selesai? Persoalan itu mungkin akan kekal misteri, kerana semuanya di dalam pentadbiran Yang Maha Kuasa. 

MMY3 akan membawa kita mengungkai tiga kes lagi yang melibatkan warga Kolej Putri, meskipun ada penuntut putera dan puteri di kolej itu. Ada beberapa watak baru termasuk "The Mean Girls", "The Heartrob", "The Geek" dan "The Troublemaker'. Juga seorang lelaki berumur yang menyimpan sebuah rahsia di masa silam dan akhirnya ia mengejar dirinya untuk satu perhitungan.

Harap-harap cerita ini dapat menemui anda semua di dalam bulan puasa ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Ahad, 15 April 2012

Akan Datang : Misteri Mimpi Yana Bahagian Kedua



Kisah ini akan dimulakan tidak lama lagi, tetapi tidak dapat dikeluarkan sekaligus. Sebaliknya akan dibuat secara berperingkat (episod).

Sabtu, 28 Januari 2012

Misteri Mimpi Yana : Sinopsis


Misteri Mimpi Yana adalah sebuah kisah misteri yang dibahagikan kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian bermula dari permulaan yang sama, tetapi berakhir dengan tiga kisah berbeza, berdasarkan keputusan yang dibuat oleh watak-watak dalam cerita (lebih tepat lagi, pilihan yang anda buat sebagai pembaca). 

Di awal kisah ini, Yana diganggu oleh mimpi misteri, berupa bayangan seorang wanita berjubah putih. Takdir membawanya untuk membongkar rahsia mimpinya bersama empat rakan yang lain - Zalifah, Ivonne, Shanti dan Qila - masing-masing dengan latar belakang dan perwatakan yang berbeza. 

Pengembaraan yang bermula di Pahang berlanjutan ke Melaka dan Terengganu. Penglibatan dalam sebuah kes Interpol membawa Yana ke Thailand, Hong Kong dan Singapura (bergantung kepada pilihan pembaca). Kemuncak kes itu membawa Yana ke sebuah lokasi di England.


Misteri Mimpi Yana bukanlah cerita seram yang ingin membuatkan malam anda penuh dengan ketakutan, tetapi sebuah kisah gadis bernama Yana dengan mimpinya yang menimbulkan tanda tanya dan pengembaraannya bersama rakan-rakan yang membongkar misteri mimpi tersebut.  Ia adalah sebuah kisah misteri yang disulam dengan unsur thriller, mistik dan paranormal. 

Kisah in bukan bergerak seperti ini : Bab 1 > 2 > 3 > 4 > 5 > 6 (konsep linear)


Tetapi begini: Bab 1 > 2 > 4 atau Bab 1 > 2 > 3 > 5 atau Bab 1 > 2 > 3 > 6



Konsep ini dipanggil Konsep novel Interaktif.

Untuk memudahkan pembaca membuat rujukan agar tidak tersesat dan keliru, peta laluan (route map) disediakan. Contohnya seperti ini:




Beberapa komen pembaca tentang karya dengan konsep interaktif ini:

"wow!!!citer jnis thriller best ni like2x " 

"perh.............. suspen"

 "gulp... seram..."
"oo...bru paham..ade pilihan rupernya.."
"aduiii...cerita nih mmg bnyak suspn la.. huhu.."

 "alhamdulilah,akhirnya dapat baca n3 baru..mmg ternanti2 kisah yana ..terasa macam join penggembaraan yana n the geng lak... tahniah yer writer..citer awk mmg beri kesan mcm tgk drama lak :)"
"tahniah S.K , x sabar nak baca kisah yana n geng dlm versi cetak...semoga berjaya yer :)"
- Nur Fakhariah
  
"tahniah bro Salleh, tak pernah berkesempatan nak jot down sesuatu apabila membaca setiap episod MMY ni (k.yus mmg tak pernah ketinggalan).. hari ni baru ada masa sikit.. kak yus sgt2 suka cerita genre begini... teruskan usaha n semoga MMY ni dpt diterbitkan dlm bentuk cetak ..teringin nak simpan utk koleksi n bahan bacaan anak2."
  
"nak lagi novel yang mcm ni .. :)"



Klik di sini untuk membaca prolog novel MISTERI MIMPI YANA

Misteri Mimpi Yana (MMY) : Prolog

PROLOG


Yana tersentak. Tubuhnya menggigil dengan rasa seram sejuk yang menembusi hingga ke tulang. Peluh dingin mengalir walaupun tubuhnya mengokol kesejukan pada malam yang agak hangat itu. Sudah beberapa minggu hari tidak hujan. Dedaun kaca tingkap di bilik asrama itu hampir semuanya terbuka luas bersama kipas yang dipasang pada paras kelajuan maksima.

Mimpi itu datang lagi. Bayangan yang sama, seorang wanita. Cahaya terang di belakang wanita yang berbaju nipis putih itu menyukarkan Yana untuk melihat wajah wanita itu. Dia hanya dapat melihat susuk tubuh yang berbayang di sebalik jubah putih itu.

Ini bukan kali pertama dia bermimpi seperti itu. Setiap kali wanita itu muncul dalam mimpinya, ia seperti satu siri yang bersambung. Mimpi itu bermula apabila Yana melihat susuk tubuh wanita berjubah putih nipis di atas bukit. Selang beberapa hari kemudian, dia melihat wanita itu menuju ke arah dirinya. Kali ini wanita itu semakin hampir. Dalam silau cahaya yang membelakanginya, Yana dapat melihat sedikit wajah wanita itu walaupun masih kurang jelas.

'Siapa wanita itu? Adakah aku kenal dia? Kenapa aku rasa seperti aku biasa melihat wajah itu? Mungkinkah dia seseorang yang aku kenal, atau dia pernah berkunjung dalam mimpi tanpa aku sedari? Kenapa aku diganggu mimpi yang hampir sama keadaannya? Apa yang dia mahu? Apakah maksud semua ini?'


Soalan demi soalan menujah benak Yana. Peluh dingin memercik di dahinya, seperti embun dinihari yang menitip di atas dedaunan. Setelah kantuknya hilang, dia hanya mampu duduk sambil memeluk lututnya di atas katil double decker dalam samar cahaya bulan diiringi alunan orkestra cengkerik di luar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?