PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 13 Februari 2013

Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Bab 16


Bab 16


Eddie memandang sayu wajah Qiarra. Perkara yang baru didengar tadi memang telah lama dia jangka akan berlaku. Siapakah dirinya untuk menolak takdir? Takdir yang menentukan jodoh dan kehidupan yang dilalui sekarang ini.

“Apa awak nak buat sekarang?” Tanya Eddie.

Qiarra hanya berdiam diri. Eddie tahu kecamuk fikiran gadis itu dengan apa yang sedang dilalui.

“Kalau ikut hati saya, memang saya nak lari dari rumah. Tak sanggup lagi nak ikut cara papa saya yang suka mengongkong. Semua nak ikut kata dia.” Jawab Qiarra dengan nada tidak puas hati.

“Tak baik buat macam tu Qiarra. Walau macam mana sekalipun mereka tetap orang tua awak. Sekurang-kurangnya awak masih ada ibu bapa. Orang macam saya terpaksa harapkan belas ihsan orang lain.” Eddie cuba memujuk Qiarra dengan lembut.

“Saya kena usahakan supaya perkahwinan dengan Farouk ini dibatalkan. Sampai bila Eddie? Sampai bila saya kena ikut telunjuk mereka berdua? Saya rasa awak lebih beruntung daripada diri saya. Tak ada sesiapa yang tentukan hidup awak. Awak bebas buat keputusan.” Qiarra meluahkan perasaan.

“Kita selalu terlepas pandang sesuatu benda bernilai yang kita ada. Biasanya kita akan sedar setelah perkara itu bukan milik kita lagi.” Eddie bersuara.

“Apa maksud awak?” Qiarra tidak mengerti.

“Kita selalu lihat apa yang orang lain ada. Sedangkan sesuatu yang bernilai pada diri kita, kita tak perasan. Bila sudah terlambat baru kita sedar, tapi perkara yang lepas tak boleh diulang.” Jawab Eddie sambil memandang Qiarra.

Qiarra tunduk tidak bersuara.

“Buat masa ni awak jangan buat apa-apa. Biar saya dengar pendapat Farouk dulu. Saya rasa dia pun berfikir macam awak. Dia mungkin tak mahu teruskan rancangan perkahwinan ini.” Eddie cuba menenangkan Qiarra.

Qiarra hanya mengangguk sambil tersenyum. Melihat senyuman itu Eddie semakin gusar. Kemungkinan bahawa Qiarra akan menjadi milik orang lain menggamit kerisauan jauh di lubuk hatinya.


***

Seperti biasa Eddie dan Farouk melepak di warung mamak selepas kelas malam itu. Tetapi kali ini suasana agak suram, tidak meriah seperti selalu.

“Jadi kau setujulah?” Tanya Eddie. Farouk membalas dengan anggukan.

“Aku terpaksa Eddie. Kau pun tahu sudah berapa lama aku tunggu peluang ini. Aku pun sudah mula terasa lelah bertungkus-lumus mengejar cita-cita aku hingga terpaksa ke kelas malam macam ini. Inilah satu-satunya peluang yang aku ada untuk ubah keputusan bapa aku. Selepas ini aku bebas tentukan haluan kerjaya aku. Aku tak perlu buktikan apa-apa pada dia.” Eddie hanya tunduk mendengar jawapan Farouk sambil memegang gelas berisi teh tarik. Farouk tegar dengan keputusannya, sebagaimana tegar dia bertutur dengan bahasa yang jelas.

“Tapi kau yakin kau boleh bahagia dengan Qiarra? Sedangkan selama ini kau tak pernah setuju dengan pilihan orang tua kau?” Eddie cuba mengubah pendirian Farouk.

“Itu risiko yang aku terpaksa ambil. Buat masa ini aku terpaksa tumpukan pada hala tuju hidup aku. Aku tak sanggup lihat cita-cita aku musnah macam itu saja.”

“Kau tak rasa kau seperti mementingkan diri kau sendiri dalam hal ni?” Cubaan kali kedua Eddie.

Farouk tunduk seperti rasa bersalah. Agak lama baru dia bersuara. “Dari satu segi memang aku mementingkan diri sendiri. Tapi dari satu segi yang lain, aku rasa ini peluang baik untuk aku tunaikan hajat orang tua aku. Dan aku rasa Qiarra juga perlu buat perkara yang sama, sebelum terlambat.”

Eddie pula terdiam dengan jawapan Farouk. Sekiranya dia berada dalam situasi yang sama, mungkin juga dia akan buat sebegitu. Sekiranya kedua ibu dan bapanya masih ada lagi.

“Bapa aku terlalu ingin meluaskan perniagaan yang dia jalankan. Dan peluang melalui perjanjian dengan Datuk Hafizudin adalah impiannya yang menjadi kenyataan. Bagi aku, keputusan aku adalah serampang dua mata, untuk aku dan bapa aku juga.” Farouk menjelaskan pendiriannya.

Tiada apa lagi yang boleh dilakukan oleh Eddie untuk mengubah keputusan Farouk. Pemuda itu benar-benar tahu apa yang sedang dibuat.

***

Eddie tiba di tempat persembunyian Rostam selepas perbualan telefon mereka tadi. Rumah itu tersergam indah di luar ibu kota, menggambarkan kemewahan hidup penghuninya. Pemandu dan juga pembantu Rostam yang digelar Shah membuka pintu pagar dan kereta BMW berwarna biru itu meluncur masuk ke kawasan rumah yang kelihatan seperti telah lama ditinggalkan.

“Ini rumah Encik Rostam?” Tanya Eddie.

Lelaki itu ketawa kecil sebelum menjawab. “Bukan. Ini rumah kenalan saya yang sedang berada di luar negara. Dia setuju membenarkan saya tinggal di sini. Sehingga Guntor berjaya diberkas. Kereta ini pun kepunyaan dia.” Jawab Rostam.

Mereka masuk ke dalam rumah yang sengaja dibiarkan gelap. Rostam membawa Eddie ke satu ruang tamu di pojok rumah dan mereka duduk di sofa.

Eddie tahu dia perlu berhati-hati dengan lelaki ini. Pada masa yang sama dia juga tidak sabar mendengar kisah hidupnya di masa silam, semasa ibu dan bapanya masih ada.

“Bila Encik Rostam boleh ceritakan tentang orang tua saya?” Tanya Eddie tanpa membuang masa.

“Kamu tak perlu tergopoh-gopoh. Apa yang penting sekarang, kamu ikut rancangan saya untuk perangkap Guntor. Bila kita dah berjaya, saya akan ceritakan semuanya. Selagi Guntor masih bermaharajalela di luar sana, kita semua dalam bahaya.” Jawab Rostam dengan tenang.

Eddie hanya memerhatikan suasana di sekeliling rumah itu tanpa bersuara.

“Kenapa saya lihat kamu macam resah sepanjang perjalanan tadi? Ada perkara yang mengganggu?” Tanya Rostam dengan dahi yang bekerut.

Eddie serba-salah untuk menjawab. Tetapi dia terfikir bahawa masalah berkaitan dengan Qiarra ini mungkin perlu dikongsi dengan Rostam, sebagai usaha memerangkap Guntor.

“Qiarra akan dijodohkan dengan orang lain. Tak ada yang boleh saya buat untuk menghalang.” Jawab Eddie sambil bermain dengan jarinya, menampakkan keresahan yang ketara.

“Kenapa itu merungsingkan kamu?” Tanya Rostam tanpa berselindung.

Eddie hanya berdiam. Rostam hanya memerhatikan Eddie.

“Oh, maafkan saya. Saya tak faham tadi. Kamu ada menyimpan perasaan pada Qiarra.” Rostam akhirnya dapat membaca perasaan Eddie. Eddie tidak menjawab.

“Baik kamu jangan campur dengan urusan keluarga mereka. Saya nasihatkan kamu jauhkan diri. Saya khuatir Guntor akan mengambil kesempatan dengan  hubungan kamu berdua.”

“Kenapa pula macam tu?” Eddie keliru.

“Saya tahu apa yang Guntor mampu lakukan. Dia akan buat apa saja untuk mencapai matlamatnya. Dan dia akan libatkan sesiapa saja jika perlu.”

Eddie mengerti dengan kata-kata Rostam. Dia tidak mahu Qiarra menerima nasib yang sama seperti kedua orang tuanya. Mungkin ini adalah pengorbanan yang terpaksa dibuat oleh Eddie. Rasa sayu mula bertamu jauh di lubuk hati Eddie.

***

Qiarra berjalan pantas menuju ke tangga untuk terus masuk ke bilik.

“Qiarra! Tunggu dulu!” Suara garau dan tegas bapanya.

“Apa lagi papa? Qiarra dah penat ni. Nak berehatlah.” Suara Qiarra sambil berdiri tercegat dengan terpaksa di kaki tangga.

“Abang, cubalah cakap elok-elok dengan budak tu. Kita perlu berbincang dengan dia. Nanti dia tak mahu dengar macam mana?” Suara ibunya seperti berbisik tetapi dapat didengar oleh Qiarra.

“Mari sini sayang. Papa dan mama nak bincang.” Suara Datin Maznah lembut memanggil Qiarra. Dengan hati yang tidak rela Qiarra duduk juga di sofa.

“Papa dah buat keputusan. Kalau Qiarra tak mahu terima cadangan kami berdua, tak mengapa. Qiarra bebas memilih pasangan hidup Qiarra. Tapi...” Kata-kata Datuk Hafizudin membuatkan pandangan Qiarra tepat memandang wajah lelaki itu. Perkataan ‘tapi’ itu seperti meruntun bersama syarat-syarat yang berat.

“Qiarra kena serahkan kunci kereta Beetle kuning. Kalau nak ke mana-mana, Qiarra akan pergi dengan orang upahan papa. Qiarra akan dihantar dan dijemput pulang. Pekerja papa tu akan buat laporan dengan siapa Qiarra jumpa dan apa Qiarra buat.”

“Apa ni papa?! Lebih baik hantar Qiarra ke penjara. Atau ke sekolah pemulihan juvana. Lagi bagus!” Qiarra memberontak.

“Sebab itu papa kata, pilihan di tangan Qiarra.” Jawab Datuk Hafizudin dengan selamba.

“Lagipun Qiarra, ini baru rancangan. Perkahwinan mungkin lama lagi, bila Farouk dah sedia untuk dinikahkan dengan kamu nanti. Kita hanya merancang Qiarra.” Celah Datin Maznah.

Qiarra terdiam.

Hatinya berbisik. Mungkin masih ada masa untuk aku mengubah pendirian mereka berdua. Sekiranya aku bersetuju, aku masih boleh meneruskan perhubungan dengan Eddie tanpa gangguan. Mungkin juga Farouk akan menukar fikiran bila tiba masanya nanti.

Setelah beberapa lama dia bersuara. “Okeylah. Qiarra setuju. Tapi dengan syarat sebelum perkahwinan nanti Qiarra bebas berkawan dengan sesiapa yang Qiarra suka, sama ada lelaki atau perempuan.” Jawab Qiarra.

Datin Maznah dan Datuk Hafizudin saling berpandangan sambil tersenyum.

***

Qiarra menuju ke Kafe Strawberry Failyland dengan senang hati. Dia masih boleh berkawan dengan Eddie seperti biasa. Mungkin juga dia berpeluang membuktikan cintanya pada Eddie supaya perkahwinan dia dan Farouk akan dibatalkan bila tiba masanya nanti.

Matanya melingas mencari Eddie. Akhirnya dia dapat lihat jejaka idaman hatinya sedang menyapu.

Tetapi Qiarra lihat perubahan ketara pada Eddie. Jejaka itu seperti mahu menjauhkan diri dari dirinya. Walaupun selepas Ravi memberitahu Eddie tentang kehadiran Qiarra, Eddie terus menyambung kerja seperti sengaja menyibukkan dirinya.

Apa yang tak kena dengan Eddie ni? Hati Qiarra berbicara.

“Eddie.” Suara Qiarra setelah dia menghampiri Eddie.

“Apa awak buat kat sini? Tak nampak saya sibuk?” Jawapan Eddie kasar.

“Kenapa dengan awak ni Eddie? Saya ada buat salah ke dengan awak?” Qiarra kelihatan serba-salah.

“Aku tak faham kenapa perempuan macam kau ni terhegeh-hegeh dengan lelaki yang tak ada masa depan macam aku. Pergilah cari lelaki yang setaraf dengan kau. Orang macam aku ni tak ada gunanya. Hidup kau akan sengsara kalau kahwin dengan lelaki macam aku!” Suara Eddie kasar. Dada Qiarra sudah mula sebak dengan perubahan Eddie. Beberapa pelanggan di kafe memerhatikan mereka berdua. Ravi juga tergamam melihat perubahan mendadak pada diri Eddie.

“Apa salah saya Eddie? Kenapa awak buat saya macam ni?” Suara Qiarra dengan nada sayu. Ada tanda-tanda air matanya akan melimpah tidak lama lagi.

“Kau ni pekak ke apa hah?! Kau tak reti bahasa? Aku kata aku sibuklah! Pergilah belah!” Jawapan Eddie sebelum dia terus ke dapur.

Qiarra terpaku di situ. Air matanya sudah berjuraian dengan dada yang sebak dengan rasa terhimpit.

Kenapa Eddie berubah tiba-tiba? Apa salah aku? Hati Qiarra dilanda kemusykilan.

Ravi baru sahaja mahu menenangkan Qiarra, tetapi gadis itu sudah pun meluru keluar meninggalkan kafe dengan tangisan yang berterusan, walaupun dia telah jauh meninggalkan kafe dengan Beetle kuning yang dipandu.

“Sampai hati awak Eddie.” Suara lirih Qiarra.

***

Eddie tidak dapat melelapkan matanya malam itu. Dia masih dihurung rasa bersalah kerana melukakan hati Qiarra.

Satu hari nanti kau akan berterima kasih kerana aku berbuat begitu Qiarra. Aku tak mahu kau terlibat dengan nasib malang yang sedang menimpa hidup aku sekarang. Kau berhak mendapat kehidupan yang lebih baik bersama Farouk, bukan dengan lelaki seperti aku. Suara Eddie sambil memejamkan matanya dalam gelap.

Tanpa disedari, mengalir air yang telah lama bertakung di matanya yang hangat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?