PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 27 Disember 2012

Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Bab 9




Kereta limousin yang dinaiki Qiarra, Mimi dan Sara meluncur deras menuju pekarangan rumah duta Amerika Syarikat yang tersergam indah malam itu. Hiasan air terjun dan rimbunan daun yang digarap dengan pelbagai bentuk menambahkan lagi dramatik suasana bersama cahaya lampu yang menyinari kawasan itu.

Apabila Qiarra, Mimi dan Sara melangkah ke pekarangan rumah, mereka umpama tiga orang puteri yang dijemput menghadiri sebuah majlis Di Raja dengan busana merah-hitam, putih dan perak. Keanggunan mereka memakai gaun pilihan masing-masing cukup mempesonakan sesiapa yang memandang, terutamanya gaun merah Qiarra yang diserikan dengan warna hitam.

Qiarra begitu teruja dan berdebar untuk menghadiri majlis itu beberapa hari lepas, tetapi kini wajahnya jelas menunjukkan rasa tawar hati yang kian menguasai diri. Mujurlah ada topeng yang dapat menyembunyikan riak di wajahnya.

Dia masih belum boleh menerima tindakan kedua orang tuanya yang membuat rancangan pada malam itu tanpa mengambil kira perasaannya. Berjumpa dengan Farouk malam itu bukanlah kehendak hatinya, tetapi dia akan terus mencari peluang untuk menzahirkan perasaan sebenar kepada ibu dan bapanya.

Masa akan tiba satu hari nanti. Bisik hati kecil Qiarra.


Qiarra tidak dapat menafikan rasa teruja melihat suasana dewan majlis masquerade malam itu. Hiasan chandelier dan dekorasi ruang itu membangkitkan rasa mewah dan megah bersama alunan muzik klasik kontemporari yang memberi nuansa kepada majlis malam itu.

Telah ramai hadirin yang menghidupkan suasana majlis itu dengan riuh dan asyik perbualan mereka. Walaupun tiada pembahagian secara rasmi, ada dua kelompok tetamu yang hadir. Satu adalah golongan muda-mudi seperti mereka bertiga yang kelihatan lebih santai dan berborak di bahagian hujung dewan, berhampiran sebuah balkoni menghadap ke bahagian hadapan rumah. Satu lagi adalah golongan dewasa yang lebih tertib dan bertutur dengan sopan berhampiran gadis bertiga.

Sukar untuk Qiarra mengecam orang tuanya dalam keadaan manusia yang semua dalam keadaan bertopeng, dan sememangnya dia mahu menjauhkan diri daripada mereka pada malam majlis itu. Rasa tidak puas hati masih menular di dalam hatinya.

Tanpa membuang masa Qiarra terus mengajak Mimi dan Sara menuju ke kelompok para tamu yang sebaya dengan mereka.

Mata Qiarra hanya tertumpu ke arah kelompok itu untuk mencari jejaka yang dimaksudkan oleh orang tuanya. Lelaki yang memakai tuxedo hitam bersama vest, bow tie dan saputangan merah. Juga topeng berwarna putih. Langsung tiada niat di hati untuk mengenali lelaki itu. Ini semua sekadar memenuhi hasrat ibu dan bapanya.

Tetapi tiada kelibat lelaki itu. Di mana dia? Adakah dia juga tidak berminat dengan rancangan yang diatur oleh orang tua mereka? Hati Qiara musykil sambil matanya melingas meneliti setiap mereka yang ada di situ, di sebalik topeng masquerade merah hitam yang dipakai.

***

Sebaik sahaja ibu dan bapa Farouk meninggalkan pekarangan rumah dengan menaiki Mercedez hitam, Eddie masuk ke dalam rumah Farouk seperti yang dirancang sebelum itu.

Eddie mengenakan pakaian tuxedo hitam yang disediakan oleh Farouk bersama baju vest merah dan bow tie merah. Farouk membantu Eddie yang masih lagi terpinga-pinga melihat pakaian yang belum pernah dilihat sebelum ini, apatah lagi dipakai.

“Kenapa aku tengok muka kau pucat macam nampak hantu?” Usik Farouk semasa dia membetulkan ikatan bow tie di leher Eddie.

“Aku tengah gementar ni Farouk. Aku bimbang kalau ada perkara yang membuat tembelang kita pecah nanti.” Eddie menyuarakan kebimbangan. Farouk tergelak kecil mendengar jawapan Eddie.

“Kau jangan terlalu risau Eddie. Selagi kau tak tanggalkan topeng kau, tiada siapa tahu diri kau yang sebenar. Asalkan kau tak buat benda yang pelik-pelik. Buat biasa saja, semua akan berjalan lancar nanti. Kalau kau nak mengelak daripada apa-apa, contohnya kalau ada orang ajak kau menari, kau sembunyi di balkoni. Aku dah pernah pergi rumah Helena tahun lepas, tempat tu memang sesuai untuk kau mengelak kalau ada apa-apa yang berlaku.” Farouk cuba mententeramkan perasaan Eddie yang bergelodak bagai air menggelegak. Resah dan kebimbangan jelas terbayang pada wajahnya.

“Cantik pakaian ni. Pandai kau pilih.” Puji Eddie apabila rasa tenang sudah mula kembali.

“Hish, bukan aku yang pilih. Ini semua rancangan ibu dan ayah aku. Kata mereka ada surprise untuk aku malam nanti.” Jawab Farouk selamba sambil membetulkan lipatan sapu tangan yang disematkan di kocek luar jeket tuxedo hitam itu.

“Surprise?” Dahi Eddie berkerut.

“Biasalah Eddie. Itu semua usaha nak temukan aku dengan calon menantu pilihan mereka lah tu. Aku dah masak dengan taktik macam tu. Setakat ni belum ada satu pun yang kena dengan citarasa aku. Aku layan saja apa hajat mereka berdua.” Ujar Farouk sambil menguis debu yang terlekat pada jeket tuxedo yang dipakai Eddie.

“Kenapa kau tak beritahu aku awal-awal? Kalau awek tu sangkut dengan aku macam mana?” Resah Eddie kembali menggelodak perasaannya.

“Janga risaulah Eddie. Asalkan kau tak zahirkan perasaan cinta kau pada dia atau buat janji untuk bertemu lagi, sudah. Pandailah aku nak handle masalah ni nanti.” Kata-kata Farouk belum cukup untuk menghilangkan keresahan yang telah kembali pada diri Eddie. Dia hanya mampu meneguk air liur dengan rasa cemas sambil melihat Farouk membetulkan lipatan saputangan yang tersemat di kocek hadapan jeket, seperti tanjak yang tersorok ke dalam.

"Kau pastikan Eddie, kau kena balik tepat jam 12 tengah malam. Aku mesti ada di rumah sebelum mak dan ayah aku balik. Kalau tidak, rosak rancangan kita." Pesan Farouk.

"12 tengah malam. Wah, ini dah macam cerita Cinderella. Kalau aku balik lewat apa jadi? Aku pakai baju guni? Atau limo bertukar jadi mentimun?" Eddie berseloroh untuk menyembunyikan rasa gementar dan berdebar untuk mengalami detik-detik yang mengujakan malam itu.

"Kalau kau lambat balik, kau akan jadi mentimun benyek lepas aku belasah kau nanti." Farouk pula mengusik Eddie. Eddie hanya tersengih bagai kerang busuk.

"Okey Eddie, all the best!" Ucap Farouk sambil bersalaman dengan Eddie, seperti merestui pemergiannya untuk pergi berjuang. Kemudian dia menyerahkan topeng putih ala “Phantom of the Opera” yang menutup bahagian muka dari bahagian hidung ke atas.

Eddie menyambut topeng itu sebelum dia menuju ke arah limousin yang disediakan. Rasa resah dan bimbang masih mendominasi diri, tetapi dia cuba menyembunyikannya sambil melangkah tenang.

Sepanjang perjalanan ke rumah Helena malam itu, Eddie resah dengan degupan jantung yang lebih pantas daripada biasa. Dia juga dapat rasakan percikan peluhnya walaupun dalam dingin hawa kereta itu. Limousin ini disewa khas oleh Farouk agar identiti sebenar dirinya akan kekal rahsia, terutamanya daripada pengetahuan ibu dan bapa Farouk.

Ketika Eddie tiba, majlis sudah meriah dengan para tamu yang ramai. Rasa gementar sudah menguasai Eddie. Dengan tidak semena-mena dia rasa tidak yakin untuk melakonkan watak Farouk malam itu.

Dia cuba menguatkan semangat dengan menikmati suasana indah malam itu. Cita-cita untuk merasa kehidupan mewah telah tercapai. Bersama tuxedo yang dipakai dan menghadiri majlis seperti itu, membuatkan dia lupa bahawa namanya adalah Ruzaidi dan bukan Ahmad Farouk.

Dia berjaya menjayakan watak Farouk dengan baik semasa berbual dengan para hadirin, seperti mana yang diajar oleh Farouk. Sambil itu matanya melihat sekeliling kalau-kalau gadis yang dimaksudkan oleh Farouk ada di situ.

Baik aku jauhkan diri daripada dia. Risau juga kalau dia tersangkut dengan aku malam ni. Bisik hatinya.

Matanya juga asyik mencari kelibat gadis bertiga. Tetapi dalam keadaan bertopeng dan manusia dalam pelbagai kelompok berlainan, agak sukar Eddie mengecam gadis itu dan rakan-rakannya.

Pada ketika itu dia terlihat balkoni yang dimaksudkan oleh Farouk dan pesanan Farouk kembali bermain di mindanya.
  
***

Telah lama Qiarra berlegar dan berbual dengan para tamu di rumah Helena Dowry, namun lelaki yang dimaksudkan oleh kedua orang tuanya masih belum kelihatan. Mungkin lelaki itu sudah tiba semasa dia leka berbual dengan para hadirin bersama Mimi dan Sara tadi.

Dia membuat tinjauan sekali lagi. Kali ini dia cuba mengintai di bahagian balkoni yang diandaikan kosong selama ini. Di situ dia terlihat lelaki yang dimaksudkan. Entah berapa lama lelaki itu sudah berada di situ, Qiarra tidak pasti. Mungkin juga dia terlepas pandang kerana tidak menyangka ada orang yang akan bersendirian di balkoni dalam riuh majlis malam itu.

Qiarra melangkah untuk menegur lelaki yang memakai tuxedo hitam dan bertopeng putih di hadapannya..

***

Eddie sedang asyik memerhati keindahan laman rumah dari balkoni sambil mindanya memikirkan beza kehidupannya selama ini dan apa yang sedang dia alami. Umpama malam dan siang, bulan dan matahari. Dua elemen berlainan yang jauh berbeza antara satu sama lain.

Bagaimana kalau aku sebenarnya berasal dari keluarga yang kaya seperti ini? Mampukah aku untuk menyesuaikan diri? Bagaimana pula kalau hidup aku yang sebenar bukan seperti yang aku jangka? Tiada beza selepas aku tahu identiti aku yang sebenar? Eddie melayan soalan demi soalan yang bertubi-tubi di fikiran.

Dia terlalu leka sehingga terlupa siapa dirinya pada malam itu.

“Farouk?”

“Farouk?” Suara itu lagi tetapi makin jelas dan hampir.

Kali ini Eddie berpaling. Dia terpaku buat seketika dengan keadaan serba-salah dan gugup.

“Ya, saya... Farouk.” Jawabnya kelam-kabut.

“Saya Qiarra. Anak Datuk Hafizudin. Saya rasa awak pun tahu kenapa kita bertemu malam ini.”

Eddie terkedu lagi.

Qiarra? Inikah gadis yang aku tumpahkan sherbet di kafe? Jika dilihat dari susuk tubuhnya, memang dia. Tapi tak mungkin dia yang dimaksudkan oleh Farouk. Kenapa Farouk tak beritahu aku nama dia yang sebenar? Atau mungkin juga Farouk tidak tahu. Hati Eddie berhujah.

“Oh ya, saya tahu ... ayah saya Datuk ... Haris ... Merican dah terangkan.” Jawab Eddie. Apa yang berlaku membuatkan dia lupa nama bapa Farouk buat seketika.

Walaupun berselindung di sebalik topeng masquerade, Eddie tahu gadis bernama Qiarra itu tentu pelik melihat keadaan dirinya yang agak menggelabah.

Tetapi senyuman itu. Senyuman itu terlalu mahal bagi Eddie. Umpama bayu nyaman yang sedang menyapa wajahnya di balkoni itu. Senyuman yang belum pernah dia lihat secara berhadapan, walaupun tanpa melihat wajah yang berselindung di balik topeng merah bersama rona hitam.

“Apa perasaan awak bila tahu mereka atur pertemuan kita malam ni?” Suara gadis itu menyentak dia keluar dari kamar lamunan yang menyamankan.

“Oh... err... Saya dah biasa... Maksud saya dah banyak kali mereka rancang pertemuan macam ni... Tapi kali ni... err... lain.” Eddie sedang berperang dengan identiti dalam dirinya. Sebagai Eddie dia amat gembira bertemu dengan gadis ini. Tetapi sebagai Farouk, dia perlu mengambil kira nasihat pemuda itu sebelum dia ke sini.

“Lain? Maksud awak?” Pertanyaan gadis itu yang tiba bagai serangan kepada Eddie.

“Maksud saya lain sebab kita bertemu sambil memakai topeng. Tak macam sebelum ni.” Akal Eddie segera mendapat idea.

“Kalau macam tu kita tanggalkan topeng ni.” Ujar Qiarra sambil mencapai topeng yang sedang dia pakai.

“Eh! Jangan! Jangan!” Eddie bersuara di luar kawalan, dan agak nyaring.

“Kenapa?”

“Saya tak mahu awak nampak muka saya. Saya ada jerawat batu besar. Nanti awak lari.” Helah Eddie menjawab soalan Qiarra.

Qiarra tertawa mendengar jawapan Eddie. Tawa itu amat menyenangkan Eddie. Rasa terpaut kepada gadis bernama Qiarra sudah semakin mendalam.

“Suka hati awaklah. Jerawat batu? Mesti awak kuat berangan kan?” Usik Qiarra. Eddie hanya tersengih. Mereka kemudian melemparkan pandangan ke laman rumah.

“Bila tengok keadaan awak yang menggelabah dan kelam kabut macam ni, saya teringat seseorang yang saya kenal. Sekali tengok, rupa dia pun macam awak. Tapi tak mungkin orang macam tu akan dijemput ke tempat macam ni.” Eddie meneguk air liur mendengar kata-kata Qiarra. Hanya topeng ini sahaja yang akan menyimpan rahsia tentang perkara yang sebenar.

“Siapa tu?” Soalan yang terpacul dari mulut Eddie

Ada sorang mamat clumsy di kafe yang I selalu pergi. Sherbet strawberi kat sana sedap.”

“Handsome tak muka dia?” Eddie gatal bertanya.

“Boleh tahan. Tapi apa guna kalau setakat harapkan rupa. Gelabah semacam pulak tu!” Qiarra menjawab selamba tanpa menyaring kata-katanya.

Kata-kata itu sedikit sebanyak menyentuh hati Eddie. Tetapi dia perlu melakonkan terus watak Farouk malam itu. Dia teringat surat bersampul merah jambu dengan motif strawberi di dalam kocek seluar. Dia perlu menunggu masa yang sesuai untuk menyerahkannya kepada gadis bernama Qiarra ini.

“Saya rasa tentu awak suka dengan mamat clumsy tu. Sebab asyik teringatkan dia.” Usik Eddie.

“Suka? Tolonglah, Bila ingat muka dia, saya rasa meluat. Memang tak sesuai. Macam langit dengan bumi.” Eddie hanya tersenyum kali ini mendengar kata-kata hinaan Qiarra kepada dirinya. Tentu gadis itu tidak menyangka dia adalah lelaki yang dimaksudkan. Dia sendiri masih tidak percaya orang miskin seperti dirinya boleh hadir ke majlis seperti ini.

“Awak belum beritahu perasaan awak pula tentang pertemuan yang dirancang orang tua kita ni.” Eddie mengubah haluan perbualan mereka malam itu. Lebih lama bercerita tentang topik tadi, makin parah rasanya dihina bertubi-tubi oleh gadis berada itu.

Qiarra terdiam seketika dengan kata-kata Eddie, seperti melayan perasaan.

“Saya pun tak tahu. Kadang-kadang saya rasa hidup saya sama seperti masquerade party malam ni. Kita semua berselindung di sebalik topeng, menyembunyikan siapa diri kita sebenar.” Suara Qiarra sambil pandangan dilemparkan jauh memerhatikan pancutan air di laman rumah Helena.

“Maksud awak?” Soal Eddie.

“Selama ni saya ikut saja kehendak papa dan mama saya. Saya tak pernah buat apa yang saya benar-benar mahu. Seolah-olah diri saya yang sebenar bersembunyi di sebalik topeng kehidupan. Hanya menurut kemahuan orang lain.”

Eddie langsung tidak menyangka sama sekali dia dapat melihat diri sebenar gadis yang sudah mula mendapat tempat di dalam hatinya malam itu. Apatah lagi berkongsi perasaan dalam keadaan seperti sekarang ini.

Qiarra menyambung lagi. “Kawan-kawan semua kenal saya sebagai seorang yang celupar dan bermulut laser. Tapi sebenarnya semua itu kerana saya terlalu memendam perasaan saya. Hanya dengan cara itu saya dapat melepaskan perasaan marah dan tak puas hati.”

“Saya pun rasa macam awak juga.” Eddie memulakan luahan perasaannya pula. “Saya rasa diri saya bukan seperti kehidupan yang saya lalui. Saya rasa seperti ada topeng yang menyembunyikan siapa diri saya yang sebenar, bukan hidup dalam keadaan susah seperti ini.”

“Tapi awak bukan orang susah. Awak anak Datuk Haris Merican.” Kata-kata Qiarra mengingatkan Eddie tentang siapa dia pada malam itu. Hampir-hampir tembelangnya pecah kerana dia terlupa.

“Susah yang saya maksudkan adalah keadaan mengejar cita-cita yang berlainan daripada apa yang ayah saya mahu. Saya kena buktikan bahawa saya mampu berjaya tanpa pertolongannya.” Hati Eddie lega setelah dia dapat mengaitkan kata-katanya dengan kisah hidup Farouk yang sebenar. Juga memastikan tembelangnya tidak pecah berderai.

“Oh... kalau macam tu, secara tak langsung ada persamaan antara kita.” Jawab Qiarra ringkas.

Kata-kata itu amat bererti bagi Eddie. Dia sudah mula kenal gadis yang selama ini dilihat sebagai singa yang sukar didekati.

Sebagaimana Eddie, malam ini juga amat bermakna bagi Qiarra. Dia telah berjumpa dengan seseorang yang boleh dia berkongsi masalah kerana jalan kehidupan yang hampir sama-sama. Masing-masing tidak puas hati dengan kehidupan mereka.

Dalam diam Qiarra sudah mula tertarik dengan lelaki yang disangkakan Farouk anak Datuk Haris Merican, kenalan lama ayahnya. Mungkin dia harus mengenali jejaka ini dengan lebih mendalam. Hatinya bagai diusik-usik untuk melihat rupa sebenar Farouk.. Dia terfikir untuk membuat helah agar dapat melihat wajah sebenar Farouk. Dia perlu lihat wajah lelaki itu walaupun ada jerawat batu besar seperti yang didakwa.

Bersama Qiarra di balkoni rumah itu membuatkan Eddie tidak sedar masa telah pantas berlalu. Dia berkira-kira mahu menyerahkan surat yang ditulis untuk Qiarra, dengan alasan itu adalah pesanan dari seorang kenalan. Dia rasa masa itu amat sesuai.

Eddie sudah mengeluarkan sedikit surat itu dari kocek seluarnya apabila sesuatu yang tidak diduga berlaku pada Qiarra.

“Farouk... I rasa tak sedap badan.. Macam nak pitam.” Kata-kata Qiarra sambil dia merebahkan diri ke arah Eddie. Di saat itu wajah mereka bertentangan, hanya topeng yang mereka pakai menyembunyikan wajah mereka yang sebenar. Mata mereka yang saling bertentangan melafazkan seribu kata dalam diam di balik topeng masquerade mereka.

Dalam sekelip mata itu juga Qiarra mencapai topeng yang dipakai Eddie dan menanggalkannya.

Mereka kaku buat seketika. Rahsia telah terbongkar. Apa yang dilihat oleh Qiarra menyebabkan dia sukar bernafas. Perkara yang berlaku umpama drama yang sedang berlangsung dalam hidup mereka.

"You?!" Suara Qiarra hampir menjerit dengan perasaan yang sukar dikawal setelah dia kembali berdiri tegak dari pangkuan Eddie. Suasana tenang dan romantis tadi telah sirna apabila wajah Eddie muncul di matanya. Hatinya hampa dengan perasaan seperti tertipu dengan apa yang baru sahaja terjadi.

"Qiarra, Saya minta maaf ... Saya..." Eddie menggelabah untuk menangani situasi yang datang tanpa di sangka itu.

Pada ketika itu juga, penggera di tangan Eddie berbunyi menandakan masa telah pun tepat jam 12 tengah malam. Dia sengaja memasang alarm agar tidak lupa janji yang dibuat dengan Farouk.

Eddie serba-salah. Dia mahu menerangkan hal sebenar kepada Qiarra, tapi pada masa yang sama dia terpaksa beredar.

Akhirnya Eddie bergegas meninggalkan majlis masquerade malam itu itu tanpa menerangkan hal sebenar kepada Qiarra. Seperti lipas kudung dia meluru keluar menuju limousin yang disediakan oleh Farouk

Dalam tergesa-gesa dia tidak sedar sampul merah jambu bersama surat yang ditulis telah tercicir di ruang legar rumah yang tersergam indah bagaikan istana itu. Di atas lantai jubin berkilat itu terletak sampul merah jambu dengan motif strawberi bersama tulisan di atasnya "QIARRA".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?