PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:

A. PUISI
1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)
Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR

2. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)
Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.

B. CERPEN
1. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)
Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):
Stanza Cinta, Ros Merah dan Tofi Epal | Bingkisan Sakura Dari Tokyo (versi video) | Cincin Di Jari | Dalam Sup Ekor Ada Cinta | Selamat Hari Jadi Papa | Kerongsang Suasa Bertatah Zamrud (versi video) | Dulu Benci, Sekarang...? | Ku Bisik Rindu Di Angin Lalu | Saat Aku Lafazkan Akad Nikah | Si Tudung K-pop vs Mamat Kopiah | Listrik Cinta Andromeda | Sangkar Cinta: I Hate You, But I Love You! | Kelipop-kelipop Cinta | Manifestasi Cinta Minah Pom-pom dan Mat Berus | Kisah Norman dan Maisara| Sumpahan Cinta Kohinoor | Elle | Raja Shah Jehan, Bunga Dafodil | Kisah Shania dan Amirul | Apabila Kompang Dipalu | Biar Bulan Jadi Pengganti | Sehelai Sapu Tangan, Sebuah Puisi | Mimpi Cinderella Gebu | Black Widow: Awas Racun Cinta! | Bawang Merah, Cili Api | Menjejak Cinta Hakiki | Abang Bouncer vs Party Girl | Penjara Cinta Di Menara Berduri

2. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Antologi 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller
Ramlee Awang Murshid - RAUDHAH | Annur Shanana-PELESIT, MISTERI HISTERIA RAMALAN | Maria Kajiwa -NO! PAPA, NO! | Dhieya Adlynna - JAM 3.00 PAGI | Isha Idiaz - HATI DHIA | Zakri Rahman - MAHAKARYA |Indah Hairani - AKU BUKAN SERIGALA |Amer Mukhlis- ASAD | Naim Tamdjis - SAYAP-SAYAP KE SYURGA, CATATAN UNTUK SANG PUTERI | A. Darwisy -GAMELAN, BURAI | Ayim Rifqi - DALANG |Domi Nisa -DENDAM SEORANG LELAKI | Sauriani - BEBASKAN AKU SAYANG | Jia Ariza - GAUN BERDARAH, RINTIHAN AZRINAH | Syafeza Sauli - SOULMATE, KAU MILIKKU, KAKI | Syasya Bellyna - HUJAN RINTIK-RINTIK |Imanisa Riana - AKU TAK TAHU | Salleh Kausari -ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan) |Reeani Annur - LIANA | Nash Azly - TIGA BALA

3. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)

4. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)
Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.

5. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)
Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)

6. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)
Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


C. NOVEL

1. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)













2. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)


Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative. Alhamdulillah.




Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.
[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11-1] [11-2] [12] [13] [14-1] [14-2] [15-1] [15-2] [16] [17] [18] [19][20] [21-1] [21-2] [21-3] [22-1] [22-2] [22-3] [23] [24][25][26]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT
Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...
[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]



4. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI
Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.
[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]



5. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI
Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.
[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]

6. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.
Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


D. NOVELET

1. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]

2. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X
Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Ilham Karangkraf.
[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]



E. LAMAN FACEBOOK
1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR
Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

2. Lain-lain:
    Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.
    Selamat membaca ^_^
    Cheerio!
    ~ Salleh Kausari
    25 September 2015

    Wednesday, 23 April 2014

    MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 19)

    BAB 19



    "Hai Sam!" Mona menelefon rakan lamanya pagi itu.

    "Mona! How are you! I miss you so much!" Teruja sungguh suara Samantha.

    "Me too. Selalu aku teringat kat kau dan semua di Master Creative Media."

    "Ya ke ni?"

    "Kenapa? Kau tak percaya?" Mona hairan.

    "Teringat, aku percaya. Tapi semua, aku tak percaya." Samantha berteka-teki.

    "Apa kau merepek ni?" Mona semakin terasa pelik.

    "Aku rasa kau teringat pada Azli kan?"

    "Apa maksud kau? Cuba terangkan sikit." Mona semakin tidak faham dengan telatah Samantha.

    "Yalah, dulu kau asyik bergaduh dengan dia. Tiba-tiba sebelum kau pindah, kau dah baik dengan dia. Mungkin kau teringin nak catch up balik masa yang tersia-sia dulu."

    Mona tidak pernah terfikir seperti itu. Kata-kata Samantha memberi dia satu perspektif baru.


    'Betul juga kata-kata Sam. Selama ni aku benci sangat dengan dia, sampai tak nampak sisi budiman lelaki itu. Tapi masa hari terakhir tu memang dia nampak lain sangat. Sekarang baru aku sedar. Perwatakan dia pada hari terakhir tu memang special.' Mona dilanda angau.

    "Mona? Are you still there?" Suara Samantha menyedarkan Mona betapa lamanya dia tenggelam dalam lamunan.

    "Sam, apa cerita terbaru kat sana?"

    "Hmm... let’s see… Dato' Harriz dah jumpa pengganti kau. Perempuan, tapi strict gila! Tak ada peluanglah nak mengular."

    "Oh... maksud kau, aku ni terlampau berlembut dengan staf? Macam tu?"

    "Bukan. Kau berjiwa rakyat. Selalu ambil tahu pasal staf. Tapi dia ni lain, macam diktator. Kesian aku tengok semua orang bawah dia. Arie pun macam tak ngam dengan dia. Selalu bergaduh. Kalau kau balik ke sini semula, aku rasa mesti ramai yang suka. Terutamanya Dato' dan Azli."

    "Kau ni asyik nak kaitkan aku dengan Azli kenapa? Entah-entah kau yang angau dengan dia.  Kalau kau syok sangat dengan dia, kau tackle lah sendiri!"

    "No way!... Eh, dahlah! Asyik cerita pasal aku dan MCM aje. Kau kat sana macam mana?"

    "Aku okey. Tapi... entahlah, memang nasib aku agaknya." Keluh Mona.

    "Ini mesti ada kaitan dengan misi mencari calon Mister Right kau tu kan?"

    "Hmm... setakat ni aku cuma dapat jumpa Mister Maybe, Mister Wrong dan Mister Impossible."

    "Jangan putus asa Mona. Aku percaya dia ada. Cuma mungkin kau cari di tempat yang salah. Atau mungkin juga dia ada kat situ, tapi kau terlepas pandang."

    "Betu juga kata kau kan? Tapi... ah! Malaslah aku nak fikir sekarang. Yang penting aku nak pergi holiday seminggu."

    "Hai... baru kerja dah ambil cuti? Mesti kes besar ni. Atau mungkin kau ada skandal dengan bos kau."

    "Hoi! Tak ada makna skandal mandal ni. Aku dah beritahu sebab sebenar aku nak cuti. Dan dia pun dah benarkan. Bukan ada hanky panky okay!"

    "Hmm... whatever. Apa-apapun aku ucapkan selamat bercuti pada kau. Kalau balik KL nanti bawalah souvernir untuk aku. Boleh juga kau singgah sini jumpa dengan ehem ehem kan?" Samantha tega mengusik Mona.

    "Sam!"

    "I know, I know. Take care girl. Bye."

    "Bye Sam."

    Rindu Mona terubat setelah menelefon Samantha. Sekarang dia perlu buat keputusan lokasi percutian yang dia inginkan.

    ***

    Mona mengeluh panjang. 'Tiga hari dah habis. Tiga hari yang amat bosan. Bukan sebab lokasi yang aku pergi di Johor ni yang membosankan. Pantai Tanjung Leman memang cantik. Air terjun Kota Tinggi memang mendamaikan. Tapi semuanya tak ada makna sebab aku pergi seorang diri. Kalaulah ada yang menemankan aku best juga. Mungkin Samantha atau Amanda....'

    Kemudian dia tersenyum sendirian tika angau menjengah, "Mungkin juga Azli atau Norman."

    Senyuman bertukar menjadi tawa. "Ah! Tak ada makna semua tu. Nak cari Mister Right konon. Kau ingat macam cari barang di shopping complex. Atau macam tukar fesyen rambut di salon. Boleh customize ikut cita rasa?" Mona mengomel sendirian.

    Akhirnya dia tiba di pekarangan Legoland Nusajaya. Pintu gerbang dengan replika gergasi bongkah Lego berwarna-warni tersergam indah.

    'Kalau ikut hati, malas aku nak ke sini sorang-sorang. Lainlah kalau ada anak buah. Seronok juga.' Mona melayan perasaan ketika dia melangkah menerusi pintu gerbang masuk.

    'Aku datang ke sini semata-mata sebab nak tahu macam mana keadaan Legoland. Kebanyakan lokasi dikhaskan untuk budak-budak. Bukan orang dewasa macam aku. Bagus juga kalau dari awal cuti dulu aku pergi Pulau Tinggi. Boleh snorkeling atau perhati matahari terbenam. Mesti indah kan? Atau pun pergi ke Langkawi. Berjalan di pasiran putih....' Mona melayan perasaan.

    Lamunan Mona melayang dan terus hilang ketika dia terdengar suara tangisan yang halus. Puas dia lihat sekeliling tapi tiada kelibat manusia yang dia nampak.

    Akhirnya dia terpandang seorang budak perempuan dengan baju lengan panjang berbelang merah dan putih. Budak bertocang satu itu teresak-esak di satu pojok yang tersorok.

    "Kenapa dik?" Mona menyentuh lembut bahu budak itu.

    "Daddy dah hilang... Tadi... dia ada kat sini." Tersekat-sekat suaranya.

    "Nama adik apa?"

    "Shahila."

    "Nama daddy?"

    "Azhan."

    "Jom. Jom. Auntie tolong carikan daddy."

    Setelah membuat laporan di kaunter, Mona menunggu bersama budak itu. Kedengaran pengumuman dibuat untuk mencari ayahnya.

    "Biasa panggil nama apa?" Mona cuba mengambil hati budak yang kelihatan murung itu. Tangisannya sudah reda.

    "Ila." Ringkas jawapannya.

    "Datang dengan daddy saja?"

    Budak itu mengangguk.

    "Mommy?"

    Budak itu hanya berdiam. Dalam keadaan serba salah, Mona mengusap bahu budak itu. Ingin ditanya lagi, tapi dia tidak sampai hati.

    Hampir setengah jam mereka menunggu. Akhirnya seorang petugas tiba bersama seorang lelaki bertubuh kurus dan tinggi lampai. Lelaki berkulit sawo matang itu nampak cemas. Tetapi apabila terlihat Ila, dia mengeluh panjang sebelum memeluk budak itu.

    "Syukur Ila selamat." Suara lelaki yang masih erat memeluk Shahila.

    "Mana daddy pergi. Puas Ila cari tak jumpa."

    "Maafkan daddy sayang."

    Lelaki itu memandang Mona. Kemudian dia berdiri dan merapati Mona. "Cik yang jumpa anak saya?"

    Mona angguk.

    "Saya Azhan." Lelaki itu menghulur salam dan disambut oleh Mona.

    "Mona."

    "Cik Mona datang dengan siapa?" Azhan melihat sekeliling, mencari kalau-kalau ada sesiapa sedang menunggu Mona di situ.

    "Saya datang sorang."

    "Oh, kalau macam tu boleh join kami berdua." Pelawa Azhan.

    Mona terdiam seketika. 'Aku pun tak ada kawan. Sekurang-kurangnya boleh juga aku tahu latar Shahila ni.'

    "Boleh juga."

    Mereka berkunjung ke pelbagai lokasi yang dikhaskan untuk kanak-kanak. Semasa Shahila sedang asyik bermain, Mona dan Azhan mengambil kesempatan berbual.

    "Kenapa datang sorang aje? Biasanya yang datang ke sini dengan keluarga."

    "Saya baru pindah ke Johor, dapat kerja kat sini. Ingatkan nak ambil cuti untuk kemas rumah. Sambil-sambil tu pergi melawat ke tempat menarik di sini."

    "Lama cuti?" Azhan memerhati Shahila bermain.

    "Seminggu. Berbaki empat hari lagi, termasuk hari ni."

    "Rancang nak ke mana lepas ni?"

    "Tak pasti lagi."

    "Oh...," jawapan Azhan itu sukar diduga oleh Mona. Seperti ada sesuatu yang bermain di fikirannya.

    "Encik Azhan tinggal berdua dengan Ila?" Mona memerhati lelaki itu. Dia sedang asyik mengelamun.

    Azhan terus tersentak dari lamunan. Dia terus mengangguk. "Mak Ila dah lama pergi."

    'Pergi? Maksudnya dia pergi meninggalkan mereka berdua atau meninggal?' Minda Mona diserang tanda tanya.

    "Dia... dah meninggal?" Mona memberanikan diri.

    "Tak. Dia pergi tinggalkan kami berdua. Pergi macam tu aje. Tak ada pesan. Tak ada surat." Azhan melempar pandangan jauh.

    "Oh, maafkan saya bertanya."

    "Tak mengapa." Azhan seperti sedang melayan memori yang singgah di benak.

    "Dah lebih lima tahun dia pergi. Mula-mula saya tertanya sebab apa kami ditinggalkan. Apa salah saya? Kenapa dia tega meninggalkan Ila?"

    Mona hanya mendengar luahan hati lelaki itu.

    "Akhirnya saya pasrah. Mungkin ini takdir yang tersurat untuk kami. Apa yang tersirat di sebalik kehilangannya saya redha. Walaupun itu akan kekal jadi tanda tanya sampai akhir hayat saya nanti."

    Kata-kata Azhan meninggalkan kesan di hati Mona.

    "Ila macam mana?" Mona memecah kesunyian mereka berdua.

    "Mula-mula dia tercari-cari mana ibu dia. Lama juga saya terpaksa bersabar dengan kerenah dia. Hari-hari dia tanya sampai saya stres. Tapi akhirnya dia dapat terima kenyataan, lepas saya pujuk dia berkali-kali, tak jemu-jemu."

    Mona mengeluh panjang. Kisah Azhan dan Shahila begitu merenggut perasaan.

    "Daddy, Ila lapar." Shahila meluru ke arah Azhan, meninggalkan permainan yang membuat dia leka tadi.

    "Jom kita pergi makan." Azhan memimpin tangan Shahila. "Jom Cik Mona."

    "Jom auntie." Shahila menggenggam erat tangan Mona.

    Mona tersipu-sipu melihat mereka bertiga jalan bergandingan sambil berpimpin tangan. Tiba-tiba dia terasa pipinya memerah dengan rasa hangat.

    Azhan membawa Mona dan Shahila ke restoran Pizza Mania yang terletak di dunia penuh imaginasi bernama Imagination. Dua ekor patung zirafah gergasi yang direka dengan bongkah Lego tersergam di depan restoran itu. Seekor zirafah memakai topi dan kasut, seperti sedang bermain bola.

    Azhan ke bilik air, meninggalkan Mona dan Shahila.

    "Auntie Mona lawalah. Macam mommy." Bersinar-sinar mata Shahila dengan cahaya ketulusan.

    "Ila rindu kat mommy?" Mona sekadar menduga.

    "Dulu rindu. Tapi sekarang Ila dah tak kisah." Selamba jawapannya.

    "Kenapa?"

    "Sebab Ila ikut kata daddy. Kita kena teruskan hidup dan jangan pandang ke belakang. Kita tak boleh terus bersedih." Kata-kata Shahila jauh lebih matang daripada usianya.

    'Azhan didik Shahila dengan baik. Budak ini nampaknya begitu tabah menghadapi masa silam yang kelam.' Rasa terharu memenuhi dada Mona.

    "Auntie Mona janganlah tinggalkan Ila. Ila suka dengan auntie." Pujuk budak itu sambil memegang tangan Mona.

    Belum sempat Mona menjawab, suara lelaki kedengaran dari belakang. "Tak boleh sayang. Auntie Mona ada kerja. Dia tak boleh ikut kita."

    Azhan mengambil tempat duduk.

    "Encik Azhan dan Ila nak ke mana lepas ni?" Tanya Mona.

    "Kami rancang nak ke Sentosa."

    "Sentosa? Kat mana tu?" Tanya Mona.

    "Singapura. Pernah ke Singapura?"

    "Baru lepas hadiri seminar kat sana. Tapi tak sempat jalan-jalan. Dapat pergi ke Merlion Park aje."

    "Eloklah tu. Kalau Cik Mona tak kisah, boleh ikut kami. Itupun kalau belum ada rancangan apa-apa lagi. Dan kalau sudi temankan Ila." Azhan berkias.

    "Bolehlah auntie. Please... please...," Pujuk Shahila sambil menggoncang-goncang tangan Mona.

    "Ila, jangan paksa auntie macam tu." Tegur Azhan.

    Mona diam. Fikirannya cuba mencari keputusan terbaik.

    Akhirnya dia bersuara, "Okey, auntie temankan Ila."

    "Yey!" Pekik Shahila tanpa menghirau orang sekeliling yang memerhatikan mereka bertiga.

    "Terima kasih sebab sudi temankan kami." Azhan nampak berseri-seri.

    "Saya pun teringin nak berjalan-jalan, tapi tak ada geng. Nasib baik ada Encik Azhan dan Ila."

    "Tak payah berencik-encik dengan saya. Panggil Azhan saja. Mmm... kalau saya panggil… Mona boleh?"

    Mona angguk.

    Entah mengapa Mona terasa sesuatu yang luar biasa ketika bersama lelaki bernama Azhan dan anaknya. Seolah-olah dia dapat mengecapi gambaran hidup berkeluarga yang dia impikan selama ini.

    Mona terus melayan perasaan sambil memerhatikan kemesraan Azhan dan Shahila. Mereka berdua saling suap-menyuap pizza yang terhidang. Tersipu-sipu Mona ketika Shahila turut menyuap pizza ke mulutnya.

    Bertambah tersipu-sipu Mona ketika Azhan merenung wajahnya. Pasti ia sedang kemerahan kerana Mona dapat rasakan pipinya begitu hangat ketika itu.



    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

    Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?