PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Sabtu, 19 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 17)

BAB 17




Mona mengenakan blaus kasual bunga-bunga putih dan fuchsia. Skirt labuh putih menambahkan seri busana yang dipakai. Cermin mata Rayban dengan bingkai merah dicuba juga. Mona tersenyum puas. Kemudian topi berwarna putih dicuba pula. Semakin lebar senyum Mona.

Pulang dari majlis Ultra Vue malam tadi, Mona menerima panggilan dari Zamarul.

"Hai Mona."

"Err.. hai." Mona masih tertanya-tanya nombor yang masih asing baginya.

"Tak kenal? Ini Zamarul."

"Oh, Encik Zamarul." Mona masih keresahan walaupun dia kini tahu siapa di talian.

"Saya nak ajak awak keluar esok boleh? Awak cuti atau ada tugas di ofis?"

"Saya cuti esok.... err....," Mona serba-salah.

"Okay, good. Esok driver  saya akan jemput awak. Bila dia call, awak beritahu alamat rumah."

'Alamak! Apa aku nak jawab ni?' Mona masih teragak-agak.

"Okey, bye."

"Encik Zamarul..."

Tuuuuut......



"Ish, kenapa lambat sangat aku beritahu dia?" Mona menyelar dirinya sendiri.

"Kau dah fikir masak-masak Mona?" Soalan panas Munira memadam lamunan silam Mona.

Mona menanggalkan topi yang dipakai. Buat seketika dia merasakan dirinya seperti seorang selebriti.

"Apa yang kau nak takutkan Munira? Mona pergi atas urusan bisnes. Zamarul tu klien syarikat." Pintas Monique.

"Urusan bisnes pada hari cuti? Naik yacht?" Bidas Munira, setelah mereka tahu dari pemandu Zamarul destinasi Mona hari ini.

"Why not? Bisnes bukan semestinya dilakukan di pejabat. Segala yang berkaitan dengan menjaga hati klien, itu dikira bisnes. Entertainment." Monique cuba berhujah.

"Tapi ini kes bahaya. Macam-macam boleh terjadi pada Mona. Macam mana kalau Zamarul ada kepentingan peribadi? Mungkin ini semua adalah sekadar helah dia." Lantang Munira mengemukan hujah.

"That's the risk Mona has to take. For business sake." Jawapan penuh yakin Monique.

"Tidak semudah itu Monique. Ini soal maruah. Soal menjaga tatasusila seorang wanita Islam." Munira masih belum sedia untuk mengalah.

Mona hanya mampu menggeleng. Mendengar perdebatan Munira dan Monique adalah umpama bermonolog dengan dirinya sendiri bersama suara yang lantang.

Handphone Mona berbunyi. Tanpa menghiraukan mereka berdua, Mona menjawab panggilan yang baru dia terima.

"Cik Mona .Saya dah ada di depan rumah sekarang ni." Suara pemandu Zamarul di talian.

Mona menaiki kereta Volvo hitam berkilat yang menjalar di depan rumah. 'Ini entah kereta keberapa milik Zamaruli, aku pun tak tahu.'

Mona duduk di seat belakang. Pemandu kereta itu membawa mereka jauh meninggalkan rumah sewa Mona.

Mona tidak berbual dengan lelaki itu sepanjang perjalanan. Dia sibuk melayan gelodak perasaan yang tidak kunjung surut. Keresahannya memikirkan tentang apa yang bakal berlaku, bersama bait-bait bisa kata-kata Munira dan Monique bermain semula di fikiran seperti playback audio MP3.

Lama juga Mona dihiburkan dengan irama yang berkumandang di radio bersama celoteh deejay radio sebelum mereka tiba di kawasan pantai. Destinasi mereka berakhir dengan papan tanda gergasi bertulis DANGA BAY.

"Cik Mona ikut saya." Suara lelaki yang memakai baju seperti uniform baju putih dan seluar hitam.

Buat pertama kali Mona melihat suasana di tepi pantai Johor.

"Oh, inilah Dangar Bay ya?" Mona cuba beramah dengan pemandu Zamarul.

"Ya." Ringkas jawapan lelaki itu.

"Pantai Lido kat mana?" Tanya Mona lagi.

"Pantai Lido depan lagi Cik Mona. Dekat hujung sana." Lelaki itu menjawab dengan tangan yang diluruskan ke satu arah.

Mereka meniti titian kayu yang melingkar di atas air laut. Hembusan bayu laut membangkitkan rasa damai bersama desiran ombak dan bau air masin.

Debaran Mona semakin kencang dan tidak sekata. Sebentar lagi dia akan mengalami sesuatu yang belum pernah dia alami. Menaiki sebuah bot mewah milik Zamarul.

'Untung siapa yang dapat lelaki macam Zamarul. Dapat rasa kehidupan mewah seperti ini.' Getus hatinya.

'Tapi adakah ini jaminan kebahagiaan?' Silh berganti apa yang terlintas di fikiran Mona.

Mereka tiba di sebuah bot putih yang tersergam. Bunyi ombak yang menampar sisi bot itu begitu gemersik.

"Hi Mona! Welcome aboard." Suara lantang lelaki yang amat dia kenal dari dek atas.

Mona hanya senyum melihat lelaki yang memakai baju Hawaii bersama dua butang atas dibiarkan tidak berkancing. Penampilan lelaki itu begitu seksi pada pandangan mata Mona.

Di dek kelihatan beberapa orang lelaki bersama Zamarul. 'Ini tentu pekerja dia. Fuh! Nasib baik aku tak ditinggalkan berdua saja dengan dia. Bimbang juga bila aku teringat kata-kata Munira.' Refleksi Mona dalam diam.

"So, do you like my boat? Or yacht, whichever you want to call it." Lebar senyum Zamarul, menampakkan barisan giginya yang putih berseri.

"It's really beautiful." Puji Mona. Hembusan angin ketika mereka mula belayar membuatkan rambut Mona melambai-lambai seperti ombak sedang berkejaran.

Zamarul merapati Mona. Dia membiarkan rambut Mona membelai pipinya, seolah-olah dia telah lama menunggu peluang itu.

Keadaan Zamarul terlalu rapat hingga wajahnya cuma beberapa inici dari wajah Mona. Dalam keadaan itu Mona sempat menatap wajah Zamarul dengan jarak dekat. Lebih dekat daripada di Hotel Jewel Crown dulu. Sekilas pandang dia menjeling ke dada Zamarul yang tidak berbutang di bahagian atas.

Sekilas itu juga Mona menjarakkan dirinya dari Zamarul. Rasa bersalah mula menyinggah semula di hati. Segalanya berlaku terlalu pantas. Dia rasakan seperti baru semalam bertemu dengan Zamarul semasa mesyuarat di Ad-Vantage tempoh hari. Kini dia sudah berada dalam suasana romantik di atas bot mewah milik lelaki ini.

"Itu pantai Lido." Zamarul tiba-tiba menunjuk ke arah pantai dengan bangunan yang kelihatan. Tiada orang mandi atau bermain-main di tepi pantai.

Zamarul tidak banyak bercakap semasa mereka meneroka perairan Johor. Tetapi Mona dapat rasakan lelaki itu cuba menduga Mona dengan sesekali merapatinya.

'Aku tak akan tunjukkan sisi terhegeh-hegeh aku. Biar dia tahu, aku ke sini semata-mata untuk kepentingan bisnes. Tapi... kalau Zamarul ni betul-betul eligible  dan ingin serius dengan aku macam mana? Jangan terlalu naif Mona.' Dia berperang dengan perasaannya sendiri.

Pekerja Zamarul kemudiannya menyediakan hidangan istimewa untuk mereka berdua. Hidangan udang kara memenuhi pinggan sebesar dulang. Bersama salad dingin dan buah-buahan. Air jus jambu batu dalam gelas berkaki tinggi sedia terhidang untuk mereka berdua.

'Aku tak pernah terfikir akan merasa hidup mewah sebegini. Naik bot mewah meredah sisir pantai. Makan enak-enak macam ni. Terasa macam golongan berada. Oh!...' Mona terlupa asal-usulnya buat seketika. Apa yang berlaku menyebabkan dia terasa seperti di awang-awangan.

"PA I akan hantar brochure Chameleon untuk kempen yang akan datang. Minggu depan you cuba call dia. Kadang-kadang dia sibuk sikit. Sebab banyak tugas yang dia kena handle." Akhirnya Zamarul bercerita tentang kerja.

"Selepas launching semalam, I harap you dah dapat general idea tentang kempen yang I inginkan. What you want to propose, it’s up to you. I hope you can surprise me." Suara Zamarul semasa mereka menjamah hidangan.

"I'll do my best." Jawab Mona ringkas.

'Nasib baik aku tak tanya pasal latar belakang dia. Rupa-rupanya ini cara dia nak bincang pasal bisnes. Kalau aku tanya tadi, entah apa pulak tanggapan dia.' Mona rasa lega.

"I hope you don't mind if I bring you for another trip next time. Maybe for a longer time." Pelawa Zamarul.

"Sure, no problem." Mona rasa yakin selepas perbincangan hari ini. Zamarul bukan seperti yang sangkaan sisi pesimis dirinya.

Dalam perjalanan pulang dengan Volvo Zamarul, Mona bersandar di seat belakang. Bermacam-macam perkara bermain di fikirannya. Tentang Zamarul. Tentang bot mewah milik lelaki itu. Tentang pantai di Danga Bay dan Pantai Lido. Tentang hidangan udang kara yang enak tadi.

‘Dalam bidang advertising aku kena bersedia dengan macam-macam jenis klien. Ada yang suka berbincang tentang kerja semasa bersantai macam ni.’ Mona cuba membuat konklusi.

Tanpa dia sedar, lena datang menjemput hinggalah dia tiba di pekarangan rumah.


***

"Thanks Yatie." Suara Yana menamatkan panggilan. Dia baru saja menghubungi PA Zamarul untuk mendapatkan brochure berkaitan produk Chameleon Ultra Vue. Perancangan awal perlu dibuat menjelang proposal kempen yang diminta Zamarul.

'Zamarul.' Tiba-tiba nama itu terlintas di fikiran Mona.

Perasaan ketika mengenang detik-detik bersama lelaki itu di Jewel Crown dan Danga Bay umpama menyelak mukasurat novel Mills & Boon. Tubuhnya terasa hangat dalam dingin aircond. Kolar blaus dan jeket terasa merimaskan di bahagian leher.

Segala feature tentang Zamrul diperinci. Raut wajah, tona kulit, gaya bertutur, dan posture  lelaki itu Mona amati satu demi satu. Jambang dan misai nipis yang dibiarkan tidak bercukur memberikan imej scruffy yang nakal. Bahagian dadanya yang terselak dari baju Hawaii yang dibiarkan tidak berkancing di bahagian atasnya. Lekuk di pipi, renungan tajam dan suara yang dalam membuatkan Mona semakin resah dihantui ingatan tentang lelaki itu.

Pelawaan Zamarul membuatkan dua sisi Mona bertelagah. 'Aku takut kalau perangai Zamarul sama seperti Remy, suka bertukar perempuan. Tapi dia penting dalam memastikan projek kempen Ultra Vue berjalan lancar.'

Mona cuba membuat analisa dalam diam. 'Apa caranya supaya aku dapat senangkan hati Zamarul tanpa membiarkan perasaan aku jadi taruhan? Aku dah serik dengan lelaki macam Remy.'

Tiba-tiba dia terasa seperti sedang terperangkap dalam perasaan yang dia sendiri tidak pasti. Sama ada ia hanya angan-angan atau realiti yang mungkin akan jadi kenyataan. 'Norman pula bagaimana? Semasa di Merlion Park dulu aku dapat rasakan sesuatu. Seolah-olah ada perasaan yang tersirat. Tapi semasa bekerja dia begitu profesional. Sukar untuk aku baca perasaan dia. Adakah harapan untuk aku bersama dia? Adakah risiko itu terlalu besar untuk aku ambil?'

Mona bertambah keliru. Dia terasa seperti terperangkap dalam dunia yang dia impikan dan realiti yang penuh tanda tanya.

'Ah! Buat green tea lagi bagus. Biar tenang fikiran aku ni.'

Mona bingkas bangun menuju ke pantry.  Mona sempat menjengah ke bilik Norman. Lelaki itu sedang khusyuk berbincang dengan Aizad tentang perkara teknikal. Mungkin idea untuk kempen klien. Rozana sedang asyik menaip dengan kerja-kerja copywriting yang nampaknya sudah bertimbun.

Di pantry kedengaran riuh suara berbual. Amanda dan Iskandar sedang rancak bersembang. Buat pertama kalinya Mona melihat mat despatch itu memakai kemeja dengan lengan dilipat hingga ke siku. Susuk tubuh yang sasa dan pejal tidal lagi kelihatan seperti sarung nangka yang sudah masak. Sebaliknya dia nampak lebih segak dengan kemeja putih bersama belang biru muda di dada.

'Hmm... he looks really hot!' Nakal lintasan di fikiran Mona.

Amanda yang sedang rancak berbual dengan Iskandar terus menegur Mona setelah terlihat kelibatnya masuk ke pantry.

"Eh, Mona. Ada cerita sensasi. Marilah sini!" Amanda nampak teruja.

"Ada apa?" Mona nampak kurang berminat.

"Is dah pindah rumah Aizad."

Fokus Mona terus meningkat dengan kata-kata Amanda.

"Biar betul! Bila pindah?" Mona membeliakkan mata.

"Semalam. Lepas saya call Aizad terus dia offer nak tolong saya pindah."

"Macam tak percaya kan? Ingatkan Is ni masih penakut lagi." Usik Amanda.

"Sebenarnya saya ikut nasihat Cik Mona. Tak patut saya pandang rendah orang lain kan?" Pengakuan jujur Iskandar.

"Baguslah. So, macam mana pengalaman tinggal dengan Aizad?" Mona ingin tahu.

"Banyak yang saya salah faham tentang dia. Dia okey sebenarnya. Saya saja yang risau sangat."

"Ceritalah sikit." Mona tambah teruja.

"Aizad ni rajin masak. Rajin mengemas. Saya dah tak payah ke warung lagi. Sarapan dia sediakan. Semalam pun dia sempat masak lepas saya pindah. Sedap juga masakan dia."

"Wah! Untuknglah you. Boleh jimat. Tak payah makan luar lagi." Puji Amanda.

"Tapi saya ingat saya kena beli juga barang dapur. Kena ada share saya juga kan? Takkan semua dia tanggung."

Mona mengangguk.

"Cik Mona nampak baju ni?" Iskandar memegang lengan baju berlipat yang dipakai.

"Itulah. Saya nak tegur tadi. Lain betul rupa awak sekarang." Puji Mona.

"Baju ni Aizad yang bagi. Dulu dia beli dengan mail order. Tapi tersalah saiz. Dia malas nak pulangkan. Rupa-rupa rezeki saya sebenarnya."

"Memang smart  you pakai baju ni. I pun rasa macam dah jatuh cinta sekarang ni." Pujian Amanda membuatkan Iskandar nampak gelabah.

'Dia buat dah! Pantang kena puji.' Mona menahan gelak.

"Janganlah Cik Amanda cakap macam tu. Saya memang tak boleh kena puji."

'He's really cute.' Hanya senyuman terzahir di bibir semasa Mona melihat keadaan kelam-kabut Iskandar.

Mona segera menambah penyiksaan ke atas Iskandar. "I rasa you tak ada peluanglah Amanda. I rasa Aizad akan potong jalan you." Kata-kata Mona diikuti derai tawanya bersama Amanda.

Iskandar buat muka sentap sambil menunding jari ke arah Mona. "Cik Mona jangan macam-macam. Nanti saya cari rumah lain."

Mona dan Amanda tidak mengendahkan Iskandar. Lelaki itu terus menjadi bahan ketawa mereka berdua.

***

Mona pulang lewat hari itu. Dia bercadang mengkaji brochure  Chameleon yang Iskandar bawa pulang dari Ultra Vue tadi. Semangatnya meluap-luap selepas casual meeting bersama Zamarul di atas yacht miliknya.

Mona baru saja ingin memekan punat alarm Honda City apabila suara lelaki menyapanya dari belakang.

"Cik Mona?"

Walaupun agak terkejut, Mona berpaling. Seorang lelaki memakai jeket hitam dan kaca mata gelap yang belum pernah dia lihat sebelum ini.

'Siapa mamat ni? Gaya macam bodyguard. Pakai spek hitam malam-malam. Macam ada yang tak kena.' Mona resah.

"Ya saya. Ada apa?" Mona cuba menyembunyikan rasa cemas yang melanda.

"Ikut saya." Suara lelaki itu tanpa ekspresi seperti robot.

"Tak apalah. Saya dah lewat ni."

"Perkara ni penting Cik Mona. Berkaitan dengan Encik Zamarul. Ada seseorang yang ingin jumpa Cik Mona."

Mona semakin risau. 'Siapa nak jumpa aku? Apa yang berkaitan dengan Zamarul? Apa yang penting sangat?'

Mona akhirnya mengalah. Segala soalan ini menyesakkan kepalanya.


Akhirnya dia buat keputusan drastik. "Baiklah."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?