PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 9 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 13)

BAB 13




"Mana Sam ni?" Mona resah gelisah di pekarangan Setia Condominum.

Barang-barang telah hampir siap diangkut ke dalam lori. Amanda berjaya mendapatkan sebuah rumah teres untuk Mona sewa. Walaupun tidak sehebat apartment mewah yang dia diami di sini, namun keadaannya cukup selesa. Lokasinya pun tidak berapa jauh dari tempat kerja.

Mona menekan butang handphone berkali-kali, namun tidak berjawab. "Masaklah kalau abang lori ni terpaksa menunggu." Mona makin risau.


Rasa cemas sirna apabila dia ternampak Sam dengan dress bunga-bunga menuju ke arahnya.

'Amboi! Bukan main bergaya lagi meenaci ni pagi Sabtu.' Tersenyum Mona dengan apa yang singgah di fikirannya.

"Kenapa lambat?" Sergah Mona dari sebelah Honda City.

"Sorry Mona. Aku terpaksa cari petrol station tadi. Aku tak perasan minyak dah nak habis. Kalau tidak, tersadailah aku. Hai..," Keluh Samantha sambil membetulkan Rayban yang tersangkut di dahi.

"Nasib baik sempat tau. Kalau tak, masa kau sampai aku dah tak ada."

"Hmm.... Nah! Hadiah untuk kau." Samantha mengeluarkan kotak kecil dari dalam handbag.

"Thanks. Ingat juga kau kat aku kan?"

"Mestilah. Kita kan best friend selama kau bekerja di MCM. Aku sedihlah sebab lepas ni kau dah tak ada lagi."

"Kalau kau rindu kau call aku ya?"

"Habis kau tak payah call. Aku aje yang kena call. Nak jimat bil lah tu." Samantha tersentap.

"Okey, kalau aku ada masa aku call. Kau ni, itu pun nak ambil hati."

"Aku gurau ajelah. Eh Mona, kau nak tahu tak? Syarikat dah banyak berubah sejak kau tak ada."

"Ya? Ceritakanlah pada aku." Mona menjeling pemandu dan kelindan lori yang sudah hampir siap memasukkan barang-barang miliknya ke dalam lori.

"Azli dah bukan macam dulu lagi, spoiled brat. Sekarang ni dia kerja serius dan komited. Macam dapat suntikan motivasi baru. Aku pun hairan apa kaitan semua ni dengan ketiadaan kau."

Mona hanya mampu senyum. 'Biarlah itu rahsia antara aku dan Azli.'

"Baguslah. Senang hati Dato' kan?"

"Aku bayangkan kalau kau masih ada di MCM. Tentu seronok kalau dapat tengok kau dah tak bergaduh lagi dengan Azli."

"Kau ni Sam, suka berangan lebih. Setiap yang berlaku tu ada sebabnya. Kalau aku masih di MCM, tak merasalah aku kerja di Johor dengan jawatan baru ni."

"Betul juga kan?"

"Sam, aku terpaksa pergi sekarang. Lori pun dah siap tu."

"I wish you all the best for your new job and life. Kalau dah dapat Mister Right kau, jangan lupa jemput aku makan nasi minyak kau tau?"

"Thanks. You too. Jangan risau, aku mesti jemput best friend aku."

"Best friend? Bukan ex-best friend?"

"Sam!" Mona menapar bahu Samantha.

Mereka berpelukan buat seketika.

"Bye Sam. I'm gonna miss you."

"Bye. Me too." Riak wajah Samantha menampakkan kesedihan.

Setelah lori meninggalkan pekarangan Setia Condominium, Mona mengekorinya dari belakang. Dia melambai Samantha buat kali terakhir.

***

Mona buat keputusan untuk ke pejabat pada hari Isnin.

Berpindah ke rumah baru memang memenatkan bagi Mona. Masih banyak lagi yang perlu disiapkan selepas mengemas selama dua hari. Buat permulaan, hanya perkara yang berkaitan dengan kerja Mona selesaikan.

'Mengemas rumah boleh buat masa free. Yang penting nak update kerja di tempat baru.'

Celoteh Munira dan Monique semakin menjadi-jadi di rumah baru. Ada saja yang tak kena. Susunan perabot. Posisi cermin di dinding. Rumah sewa yang dipilih oleh Amanda.

'Boleh pengsan aku melayan kerenah minah berdua tu. Entah sampai bilalah aku terpaksa melayan kewujudan mereka dalam cermin. Kalu sampai aku dah tua bangka nanti macam mana?' Bebel Mona dalam diam.

Memandu ke pekarangan Ad-Vantage dengan Honda City membuatkan debaran jantung Mona semakin kencang. Rasa teruja, saspens, gembira, khuatir dan yang sewaktu dengannya muncul silih berganti.

Selepas menarik nafas panjang dan melepaskannya, Mona melangkah masuk ke pintu depan syarikat.

"Selamat pagi Cik Mona," Suara receptionist yang duduk di balik meja penyambut tetamu.

"Selamat pagi. Saya tak sempat tanya nama awak hari tu." Mona membetulkan beg dokumen yang disandang.

"Zarina. Mari saya tunjukkan bilik pejabat Cik Mona."

'Oh, akhirnya. Ada bilik sendiri juga aku sekarang.' Lebar senyum Mona.

Biliknya terletak sederet dengan bilik Norman dan beberapa orang penting syarikat.

"Cik Mona nak minum? Teh atau kopi?" Pelawa Zarina.

"Tak apa. Saya boleh buat sendiri. Pantry kat mana?"

"Bilik sebelah bilik fotokopi kat hujung sana."

"Okey, terima kasih."

Sejurus itu Amanda masuk ke bilik Mona.

"Selamat pagi Cik Mona."

"Selamat pagi."

"Macam mana rumah sewa? Okey?"

"Saya suka. Tak ada masalah. Terima kasih. Mmm.. ada apa-apa program pagi ni?"

"Oh ya. Encik Norman nak jumpa Cik Mona. Tapi dia belum sampai lagi." Amanda mengintai untuk melihat bilik Norman yang masih gelap.

Peluang itu Mona gunakan untuk mendapatkan maklumat daripada Amanda.

"Dah lama kerja sini?"

"Adalah dalam lima tahun. Sebelum ni saya kerja di syarikat lain."

Setelah agak lama berbual dan berkongsi pengalaman dengan Amanda, Mona mendapati umur mereka hampir sebaya.

"Saya ingat awak tak payah panggil saya Cik Mona. Panggil Mona aje."

"Tapi, ... you kan superior I." Amanda rasa kekok.

"Tak payah formal sangat. Yang penting dalam tugas kita kena profesional."

"Okeylah, kalau Cik... I mean... Mona cakap macam tu."

"Apa pendapat Amanda tentang syarikat ni?"

"Eh, belum apa-apa dah ada soalan panas." Amanda berseloroh.

Kemudian dia menjawab. "Okey. Work environment bagus. Cuma...," Amanda menjengah keluar lagi. "Bos kita tu control freak."

"Apa maksud awak?"

Amanda merapati Mona seperti sedang bergosip. "Encik Norman tu obses sangat dengan menjaga masa. Sampai masa pekerja pun dia nak jaga. Ada ke patut di track handphone staff untuk tahu kedudukan mereka."

Mona terkedu mendengar apa yang Amanda sampaikan.

"Alasan dia, dia tak nak staff buang masa dalam waktu bekerja. Patut ke macam tu?"

'Takkanlah Norman teruk sampai macam tu sekali?'

"Sebab tu pengurus syarikat ni asyik berhenti. Ini dah masuk kali keempat. Semua tak tahan dengan cara Encik Norman tu. Yang teruk nak menjawab memanglah pengurus. Hish." Rungut Amanda.

"Takkan tak ada yang berani tegur dia?"

"Tak ada. Semuanya malas nak ambil risikonya. Masing-masing asingkan handphone urusan kerja dengan urusan peribadi. Lepas kerja guna nombor lain. Kalau tak, habis semua hal peribadi dia tahu. Pergi ke mana, pukul berapa."

Mona menggeleng. 'Aku tak buat silap ke kali ni? Macam kata Munira hari tu. Kesilapan yang ketiga.'

"Okey, Mona. I nak sambung kerja. Kalau ada apa-apa, I duduk kat situ."

"Alright. Oh... Amanda, tolong panggilkan Azhar."

"Azhar? Mana ada Azhar kat sini." Amanda berkerut dahi.

"Sorry tersasul, I mean ... Aizad. Betul kan?"

"Yang itu ada. Nanti I panggil."

Tidak lama kemudian pemuda yang Mona jumpa semasa trip ke sini tempoh hari masuk.

"Hai Cik Mona.  Good morning. Welcome to Ad-Vantage." Suara lembut dan mesra Aizad.

Mona masih cuba menyesuaikan diri dengan perawakan lembut Aizad.

'Dia ni rupa ada. Cuma gaya aje yang agak terlebih bersopan.' Refleksi Mona dalam diam.

"Boleh ceritakan tentang diri awak serba sedikit?"

"Amboi, soalan Cik Mona. Macam biro cari jodoh. Kelas gitu. Nak tanya tentang apa? Warna kegemaran saya? Hobi? Pasangan pilihan saya?"

Mona tergelak dengan sense of humor  jejaka lemah gemalai itu. 'Boleh tahan juga loyar buruk dia ni.'

"Tak payahlah sampai macam tu. Maksud saya, dah berapa lama kerja sini? Kerja okey atau tak?"

"Oh, macam tu. Saya grad dua tahun lepas. Lepas tu terus kerja kat sini. Kerja sini okey, cuma semuanya nak kena siap cepat. Kadang-kadang kena balik lewat. Tapi biasalahkan, kerja bahagian pengiklanan mecam macam tu." Tangan Aizad melempai semasa dia menerangkan.

"Boleh saya tanya sikit?"

"Amboi. Macam nak bergosip. Kelas Cik Mona ni. Tanyalah. Apa dia?"

"Siapa lelaki yang pakai t-shirt kuning hari tu?"

Aizad mula bercekak pinggang dengan kaki dibengkokkan sedikit. "Hamboi hamboi Cik Mona. Belum apa-apa dah nak tackle jantan kat sini ya? Dia tu tak available."

Mona tersenyum. Dia rasa gaya Aizad sememangnya menghiburkan. "Kenapa?"

"Tak ada-apa. Saja melawak. Iskandar tu mat despatch syarikat ni."

"Mat despatch? Tapi tengok badan dia macam bouncer." Mona sekadar menduga.

"Kan? Saya pun fikir macam tu juga. Agaknya taste kita ni sama kan Cik Mona?" Aizad nampak teruja. "Anyway, dia tu suka main ragbi. Ngancam kan badan dia?"

'Ish... makin aku layan makin mengarut budak ni.'

Amanda tercongok di pintu untuk menyelamatkan keadaan.

"Bos dah sampai. Bolehlah pergi jumpa dia."

Mona segera menuju ke pejabat Norman.

"Assalamualaikum, Encik Norman."

"Waalaikumsalam. Duduk Mona."

Mona duduk di kerusi berhadapan dengan Norman.

"Awak dah baca dokumen yang saya bagi tentang syarikat hari tu?" Tanya Norman.

"Dah. Banyak yang saya dapat belajar tentang syarikat. Cuma ada satu perkara yang saya tak faham."

"Apa dia?" Norman duduk dengan kedua lengan diletak atas meja.

"Ini tak ada kaitan dengan dokumen tu. Saya cuma nak tanya... err... kenapa perlu pantau pekerja sampai  track lokasi mereka dengan handphone?" Mona serba-salah, tapi digagahkan juga.

Norman nampak terganggu dengan soalan Mona. Namun dia cuba menjawab dengan tenang. "Itu cara saya untuk pastikan disiplin kakitangan di sini. Saya tak mahu ada yang cuba membazirkan masa pada waktu pejabat. Masa itu emas."

"Itu saya tahu. Tapi tak keterlaluan ke buat macam tu?"

Norman merenung Mona tajam.

"Saya rasa daripada awak mempertikaikan tindakan saya, baik awak tanya tentang perkara yang boleh memajukan syarikat. Tentang apa yang dapat membantu tugas awak selama awak kerja di sini. Itupun kalau awak nak kerja lama. Tak apa. Awak fikir dulu. Kalau dah ada soalan bernas dan bijak yang awak nak tanya nanti, boleh datang jumpa saya. Sekarang saya ada perkara nak bincang dengan klien."

Mona terkedu. Tanpa sebarang bicara dia bingkas bangun dan beredar.

'Kasarnya jawapan! Aku tanya elok-elok, dia jawab macam apa. Memang dasar bos control freak. Padanlah ramai pengurus yang berhenti. Tak tahan dengan perangai dia. Tak apa. Aku nak tengok sejauh mana ego dia tu.'

Mona menuju ke biliknya dengan rasa tidak puas hati yang bersarang.

***

Mona membancuh green tea dalam mug di pantry. Kemudian dia lalu di sebelah Rozana yang kelihatan sibuk dengan tugas menaip kerja-kerja copywriting. Mona teragak-agak untuk berbual dengannya dalam keadaan begitu.

'Memang aku nak ajak dia berbual, tapi rasanya sekarang bukan masa yang sesuai.'

Amanda tiba sebelum sempat Mona melangkah masuk ke bilik pejabatnya.

"Bos nak jumpa team kita. Ada briefing."

'Tak sempat aku nak menikmati air ni.' Mona menutup mug yang diletak di sudut meja.

Amanda membawa Mona ke sebuah ruang khas yang diliputi cermin. Dinding di dalam dilitupi white board untuk tujuan brainstorming. Masih ada catatan dengan pen marker
hitam, merah dan biru di satu sudut.

Mona sudah siap sedia menunggu di bilik perbincangan bersama Amanda, Aizad dan Rozana ketika Norman tiba.

Norman membuka bicara. "Selamat pagi semua. Ini mesyuarat kita yang pertama bersama pengurus syarikat yang baru, Cik Mona Rissa Effendi. Selamat datang saya ucapkan dan semoga beliau akan terus berkhidmat di sini, di samping menyumbang idea-idea kreatif untuk kejayaan syarikat Ad-Vantage."

"Terima kasih. Saya akan cuba yang terbaik." Jawab Mona dengan senyuman.

'Itupun kalau aku boleh tahan dengan perangai control freak kau tu!' Gerutu Mona dalam diam.

"Berbalik kepada tujuan utama saya adakan perjumpaan ini. Ada beberapa perkara yang saya ingin sampaikan. Yang pertama saya dah ceritakan tadi, tentang kehadiran pengurus baru kita. Dan saya harap semua staff boleh beri kerjasama yang baik kepada Cik Mona. Yang kedua adalah tentang seminar di Singapura minggu depan. Saya akan ke sana bersama Mona. Amanda, awak tolong liase dengan HR tentang urusan penginapan dan pendaftaran. Nanti e-mel saya semua details."

"Baik, Encik Norman." Amanda menulis laju di dalam buku catatan yang ada bersamanya.

"Yang ketiga, tentang projek Ultra Vue. Dah siap paperwork untuk discussion minggu ni?"

"Tinggal sikit lagi. Aizad dan Rozana tengah siapkan. Esok atau lusa boleh siap kan?"

"Boleh, no problem." Jawab Aizad. Rozana hanya mengangguk.

"Good." Norman tersenyum dengan pipi berlekuk sambil memerhatikan helaian organizer di depannya.

"Yang seterusnya, kita ada beberapa projek baru untuk bulan ni dan bulan depan. Saya akan berikan details kemudian. Saya rasa dengan adanya Mona, kita tak ada masalah lagi untuk handle semua projek ni. Dia pernah siapkan projek iklan TV klien yang bermasalah dalam masa tiga hari. So, I believe she's really an asset to the company."

Merah pipi Mona dipuji sebegitu. "Saya masih baru di sini. Saya harap semua dapat bantu saya supaya kita dapat maju bersama dalam syarikat ni."

"Okey, yang terakhir adalah tentang pelatih baru yang akan masuk tak lama lagi."

"Lelaki atau perempuan?" Aizad teruja.

"Awak ni gelojoh betul, Aizad." Gurau Norman diikuti derai tawa mereka.

"Perempuan. Puas hati?" Norman memandang Aizad yang mencebik mendengar jawapan itu.

"Ada apa-apa yang nak disuarakan tentang kerja?" Tanya Norman sambil memandang satu demi satu wajah yang ada di situ.

"Tak ada? Okey, boleh sambung kerja semula."

Sekembalinya di tempat duduk, Mona menyisip green tea yang tidak sempat dijamah tadi. "Aaah!.. Nikmat sungguh."

Mona melayan perasaan tentang apa yang telah berlaku pagi itu. Tentang sikap Norman. Tentang Amanda yang berpotensi untuk menjadi pengganti Samantha di syarikat ini. Tentang jejaka lembut bernama Aizad. Tentang Rozana yang masih belum sempat dia ketahui latar gadis itu. Dan tentang...

Tiba-tiba sesuatu terlintas di fikiran Mona, 'Alamak! Aku kena pergi seminar dengan Norman minggu depan. Pergi Singapura.'

Rasa teruja dan risau datang menerjah dengan tidak semena-mena.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?