PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 14 November 2012

Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Bab 3





Deruman motor kapcai Suzuki Best RR110 berwarna hitam itu jelas kedengaran di hadapan rumah kayu beratap zink di Kampung Seludang. Rumah kayu yang sudah berpuluh tahun mengharung hujan ribut dan panas terik, tetapi masih teguh berdiri walaupun sudah kelihatan agak lusuh dan terbiar. Pokok-pokok bunga raya, kemboja kuning dan pokok renek termasuk puding kubur juga tegak memagar laluan tanah merah menuju ke pekarangan rumah itu.

Eddie menanggalkan helmet putih yang sudah dimakan usia, tetapi masih terus setia melindungi kepalanya semasa meredah jalan raya.

"Assalamuaalaikum. Mak. Eddie dah balik." Suara Eddie di hadapan pintu rumah kayu itu.

Sejurus itu kedengaran engsel pintu dibuka dan seorang wanita yang sudah berumur bersama kulit berkedut dan rambut sudah memutih dengan uban.

"Wa'alaikumsalam." Ujar wanita itu. "Eh Ruzaidi, awal kamu balik. Kamu cuti ke?"

Eddie serba-salah untuk menjawab. Sekurang-kurangnya dia mahu menunggu masa yang lebih elok untuk menerangkan dahulu apa yang telah berlaku.


"Huh, sejuklah mak. Tadi Eddie kena hujan masa tengah jalan. Nasib baik tak lebat." Eddie cuba mengalihkan perhatian ibunya.

"Kamu masuklah dulu. Nanti mak buatkan kopi. Nasi pun ada lagi, nanti mak hidangkan sekali." Ujar Aishah sambil menutup pintu setelah Eddie masuk.

Usai makan lewat petang itu sambil menghirup kopi panas, Eddie duduk di meja makan sambil diperhatikan Aishah.

"Apa sebenarnya yang sudah berlaku Ruzaidi?" Aishah seperti boleh membaca kelainan pada anak angkat yang telah dua puluh tahun dijaga itu.

Eddie sudah tidak dapat menangguhkan lagi perkara yang mahu diceritakan.

"Eddie... dah berhenti kerja mak." Dia serba-salah untuk menceritakan hal sebenar, bahawa dia telah dibuang kerja. Walaupun dia sudah mula sesuai dengan kerja di kafe yang tidak jauh dari kolej swasta tempat dia belajar. Gaji di situ juga agak mencukupi untuk menampung perbelanjaan dan yuran kursus di samping dapat menghulur sedikit wang belanja untuk ibunya di kampung.

Aishah hanya menggeleng melihat anak tunggal yang dibela itu. "Ruzaidi, Ruzaidi. Kenapalah kamu ni tak pernah tetap dengan kerja kamu..." Dia seperti kesal dengan nasib yang diterima oleh anaknya itu.

"Entahlah mak. Agaknya dah nasib saya macam ni, mak." Eddie hanya tunduk sambil menghirup kopi yang masih berasap dengan wap panas itu. Kopi Kapal Api itu cukup untuk memanaskan badan yang masih terasa hingga ke tulang dek kesejukan semasa hujan kilat tadi.

"Sebenarnya mak lagi suka kamu tinggal di kampung. Sekurang-kurangnya boleh juga temankan mak. Tapi kamu yang beria-ia nak ke Kuala Lumpur." Kata-kata Aishah seakan mengungkit kisah lama.

Eddie terdiam dengan kata-kata ibunya. Sebenarnya dia ada sebab yang besar untuk meninggalkan kampung itu walaupun dia lebih suka menemankan ibunya di kampung. Sebab yang sukar untuk diterangkan kepada sesiapa.

"Di bandar tu macam-macam kerja ada, itupun kalau kamu tak memilih. Lagipun duit mak ambil upah jual bebotok di warung Wak Leman lepas arwah ayah kamu meninggal cukup untuk tampung belanja hidup kita di kampung ni." Aishah menyambung lagi.

Eddie masih lagi mendiamkan diri dengan kata-kata ibunya. Apabila ibunya menyebut tentang arwah bapanya, dengan serta-merta kenangan silam singgah di benaknya tanpa dijemput.

Selama hidupnya bersama lelaki bergelar bapa angkatnya itu, dia sukar untuk mengingat peristiwa indah dan menggembirakan bersama lelaki itu. Setiap hari ada saja perbuatannya yang membangkitkan kemarahan lelaki itu. Sekiranya nasibnya baik, dia berjaya menjalani kehidupan seharian tanpa ditampar atau didebik, atau dicerca dengan kata-kata seperti anak pungut atau anak penyangak.

Parut-parut di tubuhnya masih setia menyerikan tubuhnya dengan kenangan pahit dan ngeri bersama lelaki itu. Menatap parut-parut itu akan mengembalikan memori yang ada kalanya membangkitkan perasaan seram-sejuk dan menakutkan semasa menerima hukuman. Itulah sebabnya dia mahu pergi jauh dari rumah kampung yang mengembalikan kenangan silam yang amat menyayat hati apabila dikenang.

Eddie masih ingat usahanya untuk mengambil hati orang tua itu dengan menyiapkan sebuah kad hari bapa untuknya, bersama sebuah puisi pendek.


Bapa,

Terima kasih atas segala pengorbanan
Untuk membesarkan daku menjadi manusia berguna

Terima kasih atas segala didikan
Agar daku tidak menghabiskan masa dengan sia-sia

Terima kasih atas segala teguran
Agar daku tidak tersesat jalan entah ke mana

Terima kasih kerana sudi memberi daku naungan
Agar daku tidak hidup merata

Selamat Hari Bapa


Kata-kata itu ditulis bersama Dayana, guru puisi cilik semasa mereka menghabiskan waktu rehat tengah hari bersama.

Kata-kata itu telah diabadikan di atas kad yang ditulis dengan krayon pada waktu malam sebelum tidur. Kad itu kemudiannya diletakkan di atas meja ruang tamu dengan harapan dapat menjemput rasa terharu di hati bapa angkatnya itu.

Malangnya pagi itu ia hanya menjemput sayu di hatinya sendiri.

Dia menunggu untuk melihat bapa angkatnya membaca kad itu. Sebaik sahaja selesai membaca, kad itu direnyukkan dan dicampak di lantai tanpa ada rasa terkesan di hati.

"Aku bukan bapak kau. Aku pun tak pernah anggap kau anak aku." Kata-kata itu walaupun pendek tetapi cukup untuk menghiris hatinya sepanjang hari itu sehinggalah dia sukar melelapkan mata pada malam itu.

Segalanya berubah menjelang akhir hayat lelaki itu. Semuanya bermula apabila lelaki itu ditimpa kemalangan apabila lori sawit yang dipandu terbabas menyebabkan kecederaan pada tulang belakangnya.

Semenjak itu bapa angkatnya tidak boleh bergerak dan terpaksa duduk seharian di katil. Ketika itu Eddie membuang jauh-jauh kenangan pahit bersama lelaki itu dan menawarkan khidmat seikhlas hati. Ketika dia menyuap nasi atau membersihkan najis lelaki itu, perasaan takut kepada lelaki bengis dan panas baran itu telah hilang, dan diganti dengan perasaan belas dan simpati tanpa berbelah bagi.

Adakala dia melihat air mata mengalir dari tubir lelaki yang tidak lagi bengis atau mengeluarkan kata-kata kesat seperti sebelumnya itu.

Kata-kata yang lahir ketika sisa-sisa hidup semakin meninggalkan lelaki itu yang amat menyayatkan hati Eddie.

"Kamu memang anak yang baik Ruzaidi. Ayah bangga ada anak seperti kamu." Kata-kata itu umpama hujan yang turun mencurah-curah di dalam hidup Eddie, setelah segalanya gersang dan kontang dalam hidup bersama lelaki itu.

Ketika lelaki itu menutup mata bersama nafas terakhir yang dihembus, Eddie menitiskan airmata terharu.

"Habis apa rancangan kamu sekarang ni?" Suara Aishah menamatkan memori silam yang bermain di benak Eddie, bagaikan tayangan drama di kaca televisyen di benaknya.

Setelah sedar dari lamunan itu, Eddie terus menghirup kopi di dalam cawan di hadapan matanya.

"Mungkin saya nak tenangkan fikiran dua tiga hari dulu. Lepas tu balik KL cari kerja lain." Eddie menjawab selamba.

Aishah bangun meninggalkan Eddie yang masih berusaha menghabiskan kopi yang masih panas di dalam cawan. Ada sesuatu yang bermain di fikiran Aishah petang itu setelah peristiwa yang menimpa anak angkatnya itu.

Sepanjang pemergian Aishah meninggalkan meja makan di dapur, kenangan bersama Dayana pula hadir tanpa diundang.

Kehadiran Dayana di kampung itu mewarnakan pelangi dalam hidupnya yang suram bersama cemuhan sebagai anak pungut oleh bapa angkat dan budak-budak di sekolah terutamanya Arsyad dan gengnya. Dayana memberinya harapan bersama keindahan puisi yang menjadi wadah luahan perasaannya yang muram dirundung malang.

"Dayana dapat tawaran ke UIA." Kata-kata yang membunuh semangat Eddie semasa mereka bertemu buat kali terakhir di tali air. "Bila cuti nanti Dayana akan balik kampung. Boleh kita jumpa lagi nanti." Dayana cuba menyedapkan hati Eddie. Eddie sudah tidak mampu berkata apa-apa dengan berita yang amat mengganggu fikirannya.

Eddie sedar, kehidupan mereka berdua tidak akan sama lagi selepas Dayana tamat pengajian di universiti kelak. Ketika itu nanti, dia dan Dayana umpama langit dan bumi, sudah tidak setaraf lagi. Dayana seorang yang bijak dan matang semenjak kecil lagi. Sedangkan dia hanyalah seorang anak pungut yang tidak tahu asal-usul hidupnya, entah dari keturunan penyangak atau penjenayah mana, seperti yang selalu diperkatakan oleh mereka yang menghina dirinya.

Sememangnya dia tidak menaruh harapan untuk bersama Dayana seperti masa-masa yang lampau. Itu adalah satu lagi sebab untuk dia meninggalkan kampung ini. Kenangan indah bersama Dayana hanya menambah lagi kepedihan di dalam hatinya.

Sejurus itu Aishah kembali ke meja makan bersama sesuatu di tangannya. Sebuah sampul yang telah agak usang dan berlapuk setelah sekian lama disimpan.

"Apa ni mak?" Tanya Eddie setelah dia menyambut sampul usang yang dihulurkan oleh ibunya.

"Inilah satu-satunya benda yang boleh membantu kamu mencari maklumat tentang asal-usul kamu. Jawapan untuk kamu tahu siapa ibu bapa kamu. Mak rasa inilah masa yang sesuai untuk mak serahkan kepada kau, Ruzaidi."

Eddie baru berkira-kira untuk melihat isi sampul itu dengan perasaan ingin tahu yang teramat sangat. Rancangannya terbantut apabila telefon bimbitnya berlagu dengan irama lagu "Move like Jagger" dendangan Maroon 5.

"Hello Ravi." Suara Eddie setelah melihat nama yang dia kenal terpampang di skrin telefon bimbit. Aishah hanya memerhatikan Eddie berbual di telefon sebelum sempat mereka menghabiskan perbincangan tentang sampul yang baru diserahkan itu.

"Eddie, pagi tadi lepas puan Ainon pecat kau, aku terangkan pada dia hal sebenar. Aku beritahu yang kau tak sihat tapi kau teruskan kerja sebab kau tak nak ambil cuti. Aku pun sudah beritahu kau selalu stay up malam sebab kau study part-time. Cecilia pun tolong back up. Esok pagi puan Ainon suruh kau datang jumpa dia. Itupun kalau kau masih berminat kerja di kafe ni." Suara Ravi di telefon bimbit Eddie.

Semangat Eddie yang pudar itu bagaikan bersinar kembali. Aishah boleh lihat wajah Eddie berseri dengan serta-merta setelah menerima panggilan itu.

"Ya ke? Okey, petang ni juga aku balik KL semula." Suara Eddie yang membuatkan Aishah terpinga-pinga dengan gelagat anak angkat tunggalnya itu.

"Mak, saya kena balik KL petang ni juga. Esok bos nak jumpa. Dia kata saya boleh kerja semula esok." Suara Eddie setelah tamat perbualannya bersama Ravi di talian.

"Alhamdulillah. Lepas ni kamu kerja elok-elok Ruzaidi. Jangan buat hal lagi. Dokumen dalam sampul tu kamu jaga elok-elok. Jangan sampai hilang!" Sempat Aishah berpesan kepada Eddie.

"Baiklah mak." Eddie bersalam dengan ibunya. Rasa penatnya telah hilang kerana tidak sangka dia masih berpeluang bekerja di kafe itu semula. Begitu juga rasa ingin tahu tentang isi sampul itu. Dia hanya memikirkan tentang perjumpaannya dengan Puan Ainon esok.

Aishah hanya melihat Eddie meninggalkan pekarangan rumah bersama derum motor kapcai yang semakin sirna bunyinya, sambil menggeleng. Dia dapat merasakan hidup dia dan Eddie akan berubah selepas dia menyerahkan dokumen itu kepada Eddie. Tetapi dia juga merasa cuak dengan perubahan yang bakal mendatang itu, seperti ada sesuatu yang lebih besar menunggu perjalanan kehidupan pemuda itu. Hatinya tidak dapat menepis kerisauan yang mula melanda secara tiba-tiba.

5 ulasan:

  1. adakah eddie anak orang kaya? huhuhuk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bersedialah untuk lebih bertanda tanya lagi dalam bab 4, tentang Qiarra.. ^_^

      Padam
  2. saya tak mampu menulis macam ni sebab saya kurang kreativiti. Tapi saya suka baca karya anda. :)

    BalasPadam
  3. Terima kasih sudi baca dan komen karya penulis baru spt saya, syah shah.. ^_^

    BalasPadam
  4. saya sendiri pun masih baru.. Takde masalah... :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?