PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Ahad, 9 September 2012

Ku Bisik Rindu Di Angin Lalu




"Tak apa! Kalau abang tak mahu belikan pun tak apa! Esok kalau Wan mati, Wan minta abang kebumikan Wan sebelah kubur arwah Muiz. Biar Wan mati! Lagi bagus!" Suara raungan dari tingkat atas bagai bergema di ruang banglo dua tingkat itu.

"Apa kau dah buat dengan adik kau tu Riz? Teruk sangat bunyinya tu!" Suara wanita yang sudah lebih separuh abad di meja makan di tingkat bawah.

"Tak ada apa-apa mak. Alah, mak ni macam tak kenal perangai anak bongsu mak yang manja tu. Kalau merajuk mesti lebih-lebih. Nak matilah. Nak lari rumahlah. Bukannya dia buat betul pun. Saja nak minta perhatian kita." Sahut seorang pemuda dengan kemeja putih kemas bertali leher biru berkilat setelah menghirup secawan kopi yang ada di tangannya.

"Kenapa dia jadi macam tu?" Tanya wanita yang biasa digelar Mak Lijah itu lagi.

"Dia sibuk minta saya belikan telefon Samsung Champ sebab kawan dia pakai telefon macam tu. Saya ingat saya nak beli telefon baru Samsung Galaxy 2. Jadi nanti saya bagilah telefon Samsung Corby2 saya ni kepada dia. Lagipun Champ tak ada wifi. Corby2 ada. Senang nak masuk internet, tak payah guna line."

"Laaa..., sebab telefon meraung macam orang mati bini. Memanglah adik kau ni." Ujar Mak Lijah.

"OK lah mak saya nak pergi kerja. Ada projek nak diselesaikan. Bos keluar negara, dia susah nak dihubungi. Dia minta update guna telefon je. Nanti kalau saya tak hantar berita bising pulak dia nanti."

"Hai... kesian mak tengok kau ni. Ada bini kena tinggal, entah bila dia nak sedar. Tak boleh tau kau biar bini kau buat macam tu. Dah dikira nusyuz." Tiba-tiba Mak Lijah mengubah topik.

Mukhriz terkedu apabila ibunya membangkitkan isu itu dengan tidak semena-mena. Tetapi dia masih mampu mengukirkan senyuman walaupun hatinya terhiris dengan luka yang pedih. "Tak apalah mak, dia perlukan masa untuk berfikir. Biarlah, nanti saya pujuk dia."

"Suka hati kamulah Riz. Rumahtangga kamu. Sementara dia tak ada biarlah mak dan adik kau duduk temankan kau di rumah ni. Hah, terlanjur mak ada ni boleh mak masakkan asam pedas kegemaran kau."

Mukhriz ketawa kecil. "Semenjak saya kahwin dengan Hana, saya dah ada makanan kegemaran baru mak. Masak lemak labu dengan ikan pari bakar cicah asam."


"Astaghfirullahalazim. Kau dah buang tabiat ke Riz? Dulu kau yang beriya-iya tak suka makanan macam tu? Apa yang Hana dah buat dengan kau ni?!" Suara Mak Lijah bagai terkejut.

Mukhriz serba-salah untuk menjawab. Dia tidak sampai hati untuk mendedahkan keburukan Hana. Semasa baru mendirikan mahligai bersama Hana, dia sudah memberitahu isterinya makanan yang dia tidak suka. Tetapi masakan itulah yang dimasaknya. Kerana mahu menjaga hati Hana, dia menjamah juga masakan itu. Setelah berbulan-bulan hidangan itu sudah sebati dengannya, malah sudah mula disukainya.

"Tak tahulah mak, bila Hana masak kena pulak dengan tekak saya." Helah Mukhriz akhirnya. Mak Lijah hanya menggeleng kepala dengan telatah anak sulungnya.

"Riz pergi dulu ya mak. Kalau ada apa-apa hal mak telefon saja Riz di pejabat." Suara Mukhriz sambil bersalam dengan ibunya.

Mukhriz tergesa-gesa sehingga telefon Samsung Corby 2 miliknya tertinggal di atas meja.


***

"Sampai bila kamu nak macam ni Hana?" suara seorang lelaki berumur dengan rambut putih berkaca mata. Dia sedang membaca akhbar di ruang tamu. Matanya sesekali melirik ke arah anak perempuannya yang sedang duduk termenung di tepi tingkap. Tiada jawapan yang kedengaran.

"Tak elok kamu dah ada suami tinggalkan dia macam tu saja. Derhaka nanti." Nasihat lelaki yang lebih dikenali sebagai Pak Bakar.

"Hana tak serasi dengan dia ayah. Apa yang dia buat semua tak kena pada pandangan mata Hana. Hana pening dah memikirkan hal ni. Sebab tu Hana datang ke rumah ayah. Hana dah buntu. Dah tak tahu apa nak buat." Keluhnya.

Pak Bakar hanya terdiam. Sudah berbuih mulut menasihatkan anak perempuannya yang memang semenjak dulu agak keras kepala. Jika terlalu ditegur atau ada sesuatu yang terlalu merungsingkan kepalanya, dia akan meninggalkan rumah untuk tidur di rumah kawan. Perangai itu terbawa-bawa sehinggalah dia berumah tangga.

"Ayah dah beritahu kamu dulu nasihat ni. Tapi ayah tidak akan serik untuk menasihatkan kamu. Dalam perkahwinan ada kemanisan yang datang secara halus bersama masa. Kamu kena beri ia peluang dan jaga ia dengan kesabaran dan kasih-sayang untuk mengisi hidup kamu. Lama kelamaan kamu akan rasa keindahannya, walaupun pada mulanya terasa payah."

Pak Bakar memang sudah masak dengan perangai anak perempuannya yang manja dan kurang sabar. Mungkin kerana dibesarkan dengan kemewahan dia sudah terbiasa dengan sikap mahukan sesuatu dengan segera dan sekelip mata. Alam perkahwinan telah mengubah kebiasaan itu dan dia terpaksa menyesuaikan diri dengannya.

Hana hanya berdiam diri. Kata-kata ayahnya bagai tenggelam timbul pada pendengarannya. Dia sedang memikirkan enam bulan dia bersama Mukhriz dan segala detik yang begitu payah untuk dia lalui.

Pertama-tamanya, Mukhriz adalah pilihan keluarga dan bukan pilihan hatinya. Atas pujukan dan nasihat ayahnya, dia setuju untuk mengambil Mukhriz sebagai suaminya. Tetapi nasihat ayahnya begitu sukar untuk dijadikan realiti. Hingga ke satu peringkat dia sengaja membuat perkara yang dibenci suaminya, dengan harapan lelaki itu akan memutuskan perhubungan ini dan dia akan kembali bebas seperti dahulu.

Hana masih ingat bagaimana kali pertama dia sengaja memasak masakan yang dibenci setelah dia tahu kelemahan lelaki itu. Dia bagai digeletek apabila melihat lelaki itu cuba menelan makanan yang amat dibenci dan dijauhi seumur hidupnya. Selepas beberapa suap dia sudah menyerah kalah.

Harapan Hana hancur berkecai apabila Mukhriz sudah mula menyesuaikan diri dengan hidangan tersebut malah memintanya memasak lagi hidangan sebegitu. Hatinya memberontak kerana rancangannya gagal, dan semakin hari kebencian melihat lelaki yang tidak kena dengan citarasanya itu semakin meluap-luap.

Aku mesti lakukan sesuatu! Bisik Hana ketika dia keseorangan di rumah.

Selepas itu dia telah meninggalkan suaminya keseorangan di rumah bersama sehelai nota sebelum pergi ke rumah ayahnya.

***

Mukhriz bersandar di kerusi empuk bersalut kulit hitam di pejabatnya. Dia masih kekalutan selepas kembali dari rumahnya tadi untuk mengambil telefon yang tertinggal. Waktu sudah hampir tengah hari apabila dia sedar dan menelefon ibunya di rumah.

Dalam keadaan itu dia terpandang nota yang berada di atas mejanya. Sudah berpuluh kali dia membaca nota itu dan setiap kali membacanya dia mula mempertikaikan mahligai yang dibina bersama wanita bernama Norhana Hamiza.

Dia menatap lagi bait-bait di atas nota itu.

Mukhriz,
Saya terpaksa buat keputusan drastik ini. Saya terpaksa akui hati ini masih belum sedia menerima awak sebagai suami saya. Kadang-kadang saya rasa perkahwinan ini adalah satu kesilapan besar dalam hidup saya.

Awak tahu bagaimana saya mahu awak bencikan saya, tetapi kesabaran awak begitu jauh bezanya dengan kesabaran yang saya ada. Kerana tidak sabar inilah saya terpaksa pergi buat seketika.

Perkahwinan kita ini berlaku kerana saya cuba ikut pesanan ayah saya, tetapi semakin hari kesabaran saya semakin teruji.

Saya harap awak fikirlah baik-baik Mukhriz, adakah layak saya menjadi isteri awak setelah apa yang telah saya lakukan?

Saya harap awak jangan hubungi saya, memang saya tak akan jawab. Saya mahu tenangkan fikiran. Awak cuma perlu sms saya saja jika awak telah buat keputusan yang awak fikir baik.

Isteri awak pada nama sahaja,
Hana

Hati Mukhriz bagai disentap dengan kata-kata Hana. Sememangnya dia akui Hana memang tidak pernah menunjukkan sifat hormat kepada dirinya sebagai suami.

Tetapi jauh di dalam hatinya tersimpan satu perasaan untuk memberi peluang kepada Hana. Dia masih berharap bara-bara api cinta masih ada di ruang hati Hana yang paling dalam. Dia berharap masa dan peluang yang diberikan kepada Hana akan menyemarakkan bara itu. Dia masih berharap agar api cinta bisa hidup dan menghangatkan mahligai cinta yang bagai kedinginan di gurun pasir yang gersang dilitupi salju.

Kata-kata di dalam nota ini seakan mencabar harapan yang ditaruhnya selama ini dan membuatnya berfikir.

Adakah perlu apa yang aku buat selama ini?
Adakah aku hanya berpaut di dahan rapuh yang akan patah menjunamkan aku ke dasar kekesalan yang paling hitam dan dalam?

Dalam kekeliruan itu, pandangannya silih berganti antara nota yang ditinggalkan Hana, dan telefon yang ada di atas mejanya.



Cerpen ini telah dimuatkan ke dalam antologi cerpen
KEMBARA MENCARI CINTA


Sila kunjungi laman FB Kembara Mencari Cinta
untuk perkembangan terbaru tentang
antologi cerpen solo ini.
KLIK DI SINI

4 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?