PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Selasa, 29 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 21)

BAB 21

 


Mona tiba lebih awal ke Suntec City Convention Centre pagi itu. Dia sengaja bermalam di hotel malam tadi bagi mengelakkan traffic jam. Ini pertama kali dia ke Singapura seorang diri, hanya berpandukan GPS yang terpasang dalam Honda City.

Setelah pendaftaran dan mendapat fail untuk setiap peserta, Mona menuju ke ruang dewan yang luas dengan skrin TV LED yang besar terpampang di depan. Cahaya lampu menerangi ruang yang luas itu hingga terang benderang. Hampir satu perempat ruang di situ telah dipenuhi.

Mona mengambil tempat di sebelah kerusi yang sudah berisi. Seorang lelaki Inggeris yang kelihatan segak memakai suit. Sememangnya ruang di dewan itu agak dingin. Tanpa jeket atau lapisan tambahan, tentu seseorang tidak mampu bertahan lama di situ.

Lelaki itu nampaknya begitu asyik membelek helaian yang terkandung di dalam fail. Hingga dia tidak perasan fail sudah melorot menuruni pehanya dan terjatuh ke lantai berhampiran Mona. Mona membongkok untuk mengambil fail itu. Sepantas kilat juga lelaki itu cuba mengambil fail itu. Tindakan refleks menyebabkan wajah mereka berdua hampir bertembung. Mona jadi tersipu-sipu. Lelaki itu juga nampak gelabah dengan insiden yang tidak dijangka.


Mona dapat melihat wajah lelaki itu dari jarak yang amat dekat. 'Wow! Aku belum pernah tengok lelaki mat saleh dengan rupa seperti dia. Ada rupa lelaki Asia walaupun terlalu halus. Cuma matanya agak perang, berlainan dengan raut wajah lelaki nusantara.' Refleksi Mona dalam dia.

"Sorry. I'm so clumsy." Lelaki tu menyalahkan diri.

"No problem. It's my fault too." Jawab Mona.

"Saya Steven Hughes." Lelaki itu menghulur tangan dan disambut Mona.

"Mona Rissa. Pandai cakap Melayu?" Mona kehairanan.

"Sikit-sikit. Saya sudah lama tinggal di Singapore. Tapi masih belum berapa fasih lagi. My British dad married a Singaporean. My mum." Lelaki itu bercakap dengan pelat Inggeris yang masih ketara.

"Oh, I see. Saya dari Malaysia." Mona membetulkan rambut yang terurai ke depan semasa cuba membongkok tadi.

"First time in Singapore? Err... Maksud saya, pernah datang ke sini?" Lelaki itu berusaha menggunakan bahasa Melayu walaupun dia sedar Mona faham apa yang cuba disampaikan.

"Pernah. Dua kali. Kali pertama seminar. Kali kedua jalan-jalan ke Sentosa." Mona cuba menggunakan bahasa seringkas mungkin.

"Oh. Saya selalu juga datang ke Malaysia. Ada relatives di sana. Saudara... ma..." Steven cuba mencari perkataan yang sesuai.

"Saudara mara." Mona menyampuk.

"Yeah, saudara mara."

Ketika itu dewan sudah semakin dipenuhi peserta, walaupun masih ada banyak masa lagi.

"You're Muslim?" Tiba-tiba terpacul soalan dari mulut Steven.

"Yes, I am. Why?" Mona rasa pelik dengan soalan itu.

"Nama Mona Rissa macam nama Inggeris. Macam Mona Lisa." Steven tersenyum hingga menapakkan barisan giginya yang putih berseri.

"Sebenarnya nama tu diberikan oleh auntie saya. Abah dan mak saya pun setuju."

"Oh. I like that name." Tanpa Steven sedari dia merenung lama wajah Mona, membuatkan Mona tak senang duduk.

Akhirnya dia tersedar perbuatannya. "Awak datang seorang diri?"

Mona angguk. Dia masih rasa kekok selepas diperhatikan oleh Steven tadi.

"Dari syarikat mana?"

"Ad-Vantage. Sebuah agensi di Johor." Mona menyerahkan kad nama kepada Steven.

Lelaki itu turut mencapai sesuatu dari dalam kocek suit yang dipakai. "Ini kad saya."

Mona meneliti kad yang diserahkan kepadanya.

Steven Raymond Hughes
Consultant
Johnson & Hewitt

"Saya speaker dari sebuah motivational and training firm."

"Saya harap kita dapat jumpa lagi lepas ini. Ada banyak yang saya nak tanya Mona."

Kata-kata Steven membuat Mona curiga.

'Lelaki memang macam tu. Itu sekadar alasan untuk jumpa aku lagilah tu.' Bebel Mona dalam diam.

"Okay." Jawab Mona selamba.

'Dia mungkin berguna sebagai klien akan datang. Mungkin juga untuk adakan kursus di Ad-Vantage.' Mona mencari alasan untuk memberi ruang kepada lelaki itu.

***

Tengah hari itu Mona makan bersama Steven.

"Bagus isu yang disentuh tadi. Memang berguna untuk kempen agensi saya." Mona membuka perbualan mereka tengah hari itu.

"Hmm.. saya suka speaker yang kedua. Saya tak pernah terfikir dari perspektif yang dia berikan. Memang bijak." Tambah Steven.

"Oh, profesor dari Nanyang University tu. Memang. Saya pun suka." Tambah Mona.

Mereka makan di ruang yang terasing dari peserta yang lain. Steven yang memilih tempat itu. Mona juga rasa pelik, kerana Steven bukan jenis lelaki yang anti-sosial.

"Tadi awak kata nak tanya sesuatu. Tanyalah." Mona membuka jalan.

"Oh ya. Tapi soalan ini agak pelik. Saya cuba tanya ramai orang, tapi jawapan mereka belum cukup untuk buat saya puas hati." Steven berteka-teki.

"Okey," Mona mula rasa cuak.

"Awak jangan salah faham. Saya bukan nak kelirukan awak. Atau cuba se...le..weng... betul tak perkataan tu?"

"Hmm... seleweng, betul."

"Okey, saya bukan cuba untuk selewengkan awak. Soalan ini jujur. Saya benar-benar mencari jawapan. Saya terfikir tentang ini lepas saya bangun pagi pada satu hari. Tapi sampai sekarang masih belum dapat jawapannya lagi."

Mona dapat rasakan ketulusan dalam kata-kata Steven. Cuma dia masih tertanya-tanya. 'Kenapa dia beria-ia nak tanya aku? Aku ni pakar sangat ke dalam hal ni? Apa yang dia nak tanya?'

Setelah keadaan sepi buat seketika, Steven mula bertanya. "Kenapa Tuhan, God, jadikan awak dan saya. Kemudian dia hantar kita ke dunia ini, this world, dengan keadaan yang tak sama. Ada yang susah, ada yang senang. Ada yang kaya, ada yang miskin. Ada yang sakit, ada yang sihat. Ada Islam, Kristian, Hindu, Buddha. Kenapa dia tak jadikan kita semua sama. Kenapa dia buat macam itu? Bukankah nampak macam Tuhan tak adil? "

"So far, apa jawapan yang awak dah terima?" Mona sekadar menduga.

"That God is Almighty. Dia berkuasa buat apa saja. That we're merely mortals. Some even refused to answer. Mereka fikir saya main-main."

"Kenapa tak cuba tanya scholars in Islam?"

"The problem is... I don't where to turn to. I don't know where to ask. I just need a plain layman answer. I tak perlukan hujan yang panjang lebar. I just need something that can click to my mind. That's all."

Ketika itu Mona mula membuat analisa tentang Steven. Lelaki yang fasih berkata-kata tetapi dia sendiri masih dihantui soalan yang sukar dijawab.

"You want a straight answer? Now?" Tanya Mona.

"That's okay. Awak boleh fikir dulu. Esok pun boleh." Kata-kata Steven memberi Mona peluang untuk mencari jawapan yang sesuai. Juga mengingatkan Mona tentang program dua hari yang mereka hadiri itu.

***

Malam itu Mona resah memikirkan jawapan kepada soalan yang ditanya Steven. Munira dan Monique turut berkongsi keresahan Mona dari cermin di bilik hotel.

"Pelik betul soalan dia." Monique menyuarakan isi hati.

"Bagi aku bukan setakat soalan pelik. Cara dia bertanya pun pelik." Tambah Munira.

"Kenapa kau fikir macam tu?" Mona tidak faham.

"Pertama, sebab dia baru saja jumpa kau. Berbual belum pun panjang mana. Latar kau sendiri pun dia tak kenal sangat lagi. Kedua, dia tanya masa tengah hadiri conference pasal kerja. Kau tak rasa aneh?" Terang Munira.

"Jadi, kau fikir dia ada agenda tersembunyi? Taktik yang terselindung? Begitu?" Tanya Mona.

"Mungkin ya. Mungkin tidak." Munira berteka-teki.

Mona semakin keliru. "Cuba kau terangkan. Aku tak faham."

"Ini berkaitan dengan naluri manusia. Bila dia terdesak ingin tahu sesuatu, dia akan buat apa saja untuk dapatkan jawapan. Semata-mata untuk memenuhi rasa kosong yang dia alami." Terang Munira.

"Macam apa yang Steven rasa sekarang ni?"

Munira angguk dengan soalan Mona.

"Dalam hal ni, kau kena bersikap terbuka. Fikirkan semua kemungkinan. Cari penyelesaian dengan hasil win win." Monique pula bersuara.

"Maksud kau?"

"Kalau dia sekadar ingin menguji kau, berikan jawaan yang tak boleh dia sangkal. Tentang kebenaran. Kalau dia memang mencari jawapan, berikan apa yang dapat membantu dia." Tambah Monique.

"Habis apa yang aku nak katakan pada dia nanti?" Mona buntu.

"Kau masih ingat soalan dia?" Tanya Monique.

"Hmm... dia tanya, kenapa Tuhan nampak macam tak adil sebab jadikan manusia dengan berbagai keadaan. Sama ada dari segi kekayaan, kesihatan, kehidupan, dan lain-lain."

"Kau dah rancang nak  jawab apa?" Tanya Monique lagi.

Mona geleng.

"Cuba kau bayangkan kau tanya soalan ini pada abah atau atuk kau. Kau rasa apa jawapan mereka?" Munira memberi cadangan.

"Hmm... let's see..." Mona memejam mata.

Dia membayang semasa dia masih kecil dan bertanya soalan sebegitu selepas habis mengaji mukaddam. Seolah-olah dia sedang merangka dialog sebuah babak dalam novel yang mungkin tidak akan diterbitkan.

"Abah, kenapa Tuhan jadikan setiap manusia dengan berbagai keadaan? Mesti ada yang kata Dia tak adil sebab buat macam tu. Ada yang lebih baik dan ada yang lebih teruk keadaannya di dunia ni."

Dia menunggu jawapan yang akan dilafazkan oleh ayahnya, tetapi tiada jawapan yang diberikan. Ini membuatkan Mona semakin buntu.

Kerana terlalu lama dia menunggu, akhirnya Mona terlelap.

***

Mona menuju ke dewan konvensyen Suntec City untuk sambungan hari kedua persidangan yang dihadiri. Steven duduk di tempat sama seperti semalam. Melihat wajah lelaki itu membuatkan Mona tersenyum sendirian.

Mona sudah merancang jawapan yang akan diberikan, walaupun dia masih tertanya-tanya bagaimana dia boleh dapat ilham sebegitu. Semasa bangun pagi tadi, dia teringatkan soalan Steven dan dengan spontan dia sudah ada rangka jawapannya.

Mona menunggu dengan tenang sehingga waktu rehat tengah hari. Mereka mencari tempat duduk seperti semalam yang jauh dari orang lain.

"Saya dah fikirkan jawapan soalan semalam." Mona membuka bicara.

"So, what's your answer?" Tanya Steven.

"Sebelum saya jawab, saya nak dengar pendapat awak tentang kehidupan ini. About life."

"Apa maksud Mona?"

"Apa kepercayaan Steven tentang hidup ini? Tentang tujuan kita hidup, pengisian hidup. You know, those kind of things."

Steven terdiam buat seketika. Kemudian dia menjawab.

"Saya dah buat kajian tentang beberapa agama. Secara umumnya semua agama percaya tentang balasan selepas kematian, cuma bentuk yang berbeza. Contohnya dalam agama Hindu ada hukum karma dan reincarnation atau kelahiran semula. Dalam agama Kristian pun ada cerita tentang kehidupan selepas mati. Heaven and hell. Tentang syurga dan neraka, as in the Islamic version."

"Jadi itulah jawapannya. Kita diberi perjalanan hidup yang berbeza supaya kita akan dibalas dengan setimpal. We will be rewarded or punished accordingly." Jawab Mona.

"Tapi bukankah itu tak adil? Manusia kaya akan lebih mudah masuk syurga. Sedangkan orang miskin tidak ada apa-apa untuk diberi." Steven berhujah.

"That's totally wrong."

"Why do you think so?"

"Aspek kehidupan luas. Kita bukan diukur dari segi itu saja." Terang Mona.

"Maksud Mona?"

"Orang kaya diuji dengan sifat pemurah untuk mengorbankan apa yang dia ada. Untuk orang lain. Orang miskin diuji dengan ketabahan dan kesabaran menghadapi kepayahan yang dia lalui."

"Interesting perspective." Celah Steven.

"Lagipun, bukankah orang yang kaya dan hidup senang boleh lupa dengan apa yang dia ada. Kelebihan itu mungkin akan disalahguna untuk kepentingan sendiri. Akhirnya kelebihan itu menjadi satu kekurangan bagi mereka."

"Hmm... I never thought that way." Pengakuan jujur Steven.

"Bermakna setiap apa yang kita hadapi ini adalah dengan sendirinya satu ujian. Untuk menentukan nasib kita di sana." Mona mengakhiri penerangannya.

Steven tidak banyak bercakap selepas itu. Seolah-olah dia tenggelam dalam lautan pemikirannya sendiri. Itu merisaukan Mona.

'Apa yang aku dah buat ni? Betul ke jawapan yang aku beri? Kalau aku tersalah tadi cakap macam mana?' Mona juga tenggelam dalam apa yang dia fikirkan.

***

Persidangan selama dua hari akhirnya tamat petang itu. Mona dan Steven meninggalkan Suntec City Convention Centre untuk membawa haluan masing-masing.

"Mona, can I take you out for dinner tonight?"

Mona terkedu. Dia risaukan tentang lelaki bernama Steven ini.

"I kena balik hari ni Steven." Mona serba-salah. Dia perlu mengejar masa. Pada masa yang sama dia tidak sampai hati meninggalkan lelaki kacukan Inggeris itu. Mungkin ada soalan yang ingin ditanya lagi. Mungkin penerangan Mona belum cukup meyakinkannya tengah hari tadi.

"I promise. It won't take long." Steven cuba memujuk.

Mona sedar perubahan Steven petang itu. Dia kelihatan resah sepanjang masa mereka makan. Makan malam yang dipercepatkan kepada waktu petang kerana Mona mengejar masa.

'Apa kena dengan dia ni? Macam ada sesuatu yang dia nak cakapkan tapi teragak-agak. Tak apalah. Aku tunggu saja.' Mona memujuk diri.

"Mona, I have something to confess." Steven mula bersuara selepas selesai mereka menghadap hidangan.

Mona hanya menunggu kata-kata Steven yang seterusnya.

"Mona, I like you very much. Really a lot." Steven merenung wajah Mona.

'Mula dah... sesi ayat mengayat. Lelaki semua sama kan?' Mona cuba mendinginkan jiwanya supaya tidak termakan bicara manis lelaki itu.

"Saya tahu semuanya bergerak terlalu pantas. Kita jumpa di sini sebab hadiri conference. Tentang kerja. Kemudian saya tanya soalan yang mesti Mona rasa pelik. A question from somebody like me."

Mona masih belum mengerti arah yang ingin dituju Steven.

"Saya pun hairan macam mana saya boleh dapat jawapan yang saya cari dari awak. Bukan dari scholars, professors atau intellects. You answer is so simple, yet so fulfilling. Macam hujan selepas kemarau panjang. Kemarau is drought right?" Steven begitu bersungguh-sungguh ingin menggunakan bahasa yang dia masih belum kuasai sepenuhnya.

Mona hanya angguk dengan senyuman.

'Aku bersyukur ya Allah. Walaupun aku belum mampu mengamalkan agama dengan sempurna, kau beri aku peluang untuk menyentuh jiwa manusia seperti Steven.' Kembang dada Mona dengan rasa hening yang menyinggah.

"What I 'm trying to say is... What I mean... actually..." Steven cuba mencari perkataan yang sesuai walaupun itu dalam bahasa yang sudah dia kuasai.

Tersiksa Mona lihat keadaan kelam-kabut Steven.

"Mona, sebenarnya macam ni. Saya suka awak. Bukan setakat sebagai kawan. I know, we just met. Your look has got nothing to do with it. But I have to admit that you are a beautiful, composed and intelligent lady."

Mona semakin keliru dengan lelaki bernama Steven.

"Saya sedar. Bila saya bersama awak saya dapat mendalami tentang hidup yang selama ini saya rasa terlalu kompleks dan mengelirukan. Awak ada jawapan kepada apa yang saya cari."

Mona hanya berdiam.

"That's why I need you in my life. You are so important in my life right now…. If you have somebody else, it's okay with me. I can take it." Steven nampak begitu terdesak.

"Steven, saya belum ada sesiapa lagi yang istimewa dalam hidup saya. Tapi itu tak bermakna saya boleh terima awak macam tu saja. Saya tak boleh buat keputusan sekarang. Semuanya berlaku terlalu cepat."

"I know we are moving too fast. That's why.... Sebab itu saya buat keputusan untuk masuk Islam. Saya ingin mendalami Islam. Kemudian saya akan mela... melamar awak. Lamar is propose right?"

Mona terkedu. Dia seperti tidak percaya apa yang sedang berlaku. Pertama, seorang lelaki berdarak kacukan Inggeris ingin masuk Islam setelah mendengar penerangan yang dia beri. Kedua, lelaki itu juga ingin menjadikan dirinya calon isteri.

'This is so unbelievable!'' Mona memegang dahi.

"Tak perlu beri jawapan sekarang." Suara Steven setelah melihat keadaan Mona yang diam seribu bahasa.

'This is really, really, so unbelievable!'' 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?