PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 9 Januari 2013

Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Bab 11



BAB 11


Tidak semua perkara yang kita rancang akan menjadi kenyataan seperti yang kita inginkan. Itu lumrah kehidupan, kerana kita masih berstatus hamba walau bagaimana hebat sekalipun.

Eddie duduk bersandar di katil. Peristiwa di kafe kembali menjengah fikiran. Rasa marah masih bersisa, sebagaimana rasa kesal kerana meluahkan kata-kata kepada gadis itu. Segala peluang sudah tertutup selepas apa yang berlaku.

Sebenarnya ada perkara lain juga yang menghantui minda Eddie.

Mimpi malam tadi Eddie anggap sebagai satu petanda, walaupun ia banyak berkisah tentang fantasi dongengan. Dia bermimpi sang puteri di menara kristal diculik oleh ahli sihir.

Apa sebenarnya maksud mimpi malam tadi? Adakah ia ada kaitan dengan apa yang telah berlaku? Tapi macam ada sesuatu yang tak kena. Hati Eddie bermonolog.

Ini semua kerana terlalu banyak mendengar kisah dongengan Inggeris yang dibacakan oleh Dayana semasa dia kecil dahulu. Hati Eddie berdetik bersama senyum di bibir.

Wajah Dayana muncul kembali. Eddie jadi keliru.


Aku cuba melupakan Dayana kerana aku rasa aku sudah tidak setaraf dengannya. Tapi sekarang aku jatuh cinta dengan seorang gadis berada yang kedudukannya jauh lebih tinggi daripada aku. Seperti langit dan bumi. Apa yang aku mahu sebenarnya? Kenapa aku asyik dipermainkan oleh cinta? Kenapa aku tak jatuh cinta dengan orang yang setaraf dengan aku? Yang sama darjat?! Bentak hatinya.

Eddie sudah tidak mampu berfikir lagi. Dia hanya mahu pulang ke kampung menenangkan fikiran.

Mungkin ini masa yang terbaik untuk melupakan apa yang telah berlaku. Mungkin juga ini semua adalah petunjuk untuk aku mula menjejak kembali masa silam yang gelap-gelita. Lagipun sudah lama aku tinggalkan ibu di kampung bersendirian. Mimpi itu? Ah! Biarkanlah ia. Fikiran Eddie cuba mencari jalan keluar selepas apa yang telah dia lalui.

Eddie bingkas bangun membuat persiapan untuk pulang ke kampung. Mungkin untuk jangka masa yang lama.
***

Prince Charming dan Cinderella terus berpusing-pusing dengan tarian kaku mereka. Irama kotak muzik terus menitir gegendang telinga Qiarra. Tetapi dia sedang menerawang ke alam lain, tenggelam dalam dunia fikirannya sendiri.

Bagaimana harus aku betulkan keadaan? Keluh Qiarra dalam diam.

Apa yang aku telah lakukan pada Eddie memang tak boleh dimaafkan. Kalau aku jadi Eddie mungkin aku juga tak akan maafkan diri aku sendiri. Tapi adakah itu bermaksud aku perlu mendiamkan diri dan membiarkan kesalahan itu terus menghantui diri aku sendiri? Tanpa berbuat apa-apa? Tanpa usaha? Fikir Qiarra sambil terus melihat tarian kaku patung-patung karakter Disney di atas kotak muzik.

Cinta... Kenapa aku kenal cinta selepas perasaan ini kelam-kabut? Bukankah lebih baik sekiranya aku tahu bagaimana mengendali perasaan ini apabila ia tiba? Bukankah lebih baik begitu? Cinta, kau memang amat menyusahkan! Bentak hati Qiarra.

Kata-kata Helena pula singgah di benak. Perlambangan cinta dengan lukisan Mona Lisa itu cukup menarik. Cinta boleh hadir di dalam hidup lebih daripada sekali, tetapi hanya satu yang akan memiliknya melalui ikatan perkahwinan. Melalui jodoh.

Aku hampir-hampir jatuh cinta dengan Farouk kerana menyangka dialah lelaki di sebalik topeng. Rupa-rupanya lelaki yang paling aku benci adalah lelaki yang sudah memancarkan sinar pada putik cinta di hati hingga mula menampakkan kelopak. Sayangnya ia tak sempat berkembang mekar. Hati Qiarra berlagu puitis, seperti menerima tempias dari kata-kata dan tulisan Eddie.

Kehadiran Eddie telah meninggalkan kesan dalam hidup aku, walaupun aku cuba menyangkalnya. Dia telah menyedarkan kesilapan aku, kesilapan yang orang lain tidak ada kekuatan untuk menzahirkannya di depan mataku. Mungkin Eddie bukan jodoh aku, tetapi perasaan ini... Kalau aku biarkan Eddie berlalu dalam hidup aku, aku takut aku akan menyesalinya satu masa nanti. Peluang cinta ini mungkin tidak akan datang lagi. Mungkin aku tidak dapat lagi menikmati keindahan lukisan Mona Lisa sekiranya aku sia-siakan satu-satunya peluang berkunjung ke muzium. Hati Qiarra cuba memujuk dirinya secara rasional.

Qiarra sudah tahu apa yang ingin dilakukan. Sebagaimana cinta boleh menjadikan seorang yang waras menjadi kurang siuman, begitu juga kesan cinta pada Qiarra.

Aku perlu lakukan sesuatu sebelum terlambat. Satu keberanian baru tiba-tiba muncul dalam hatinya.

***

Telefon Eddie sudah beberapa kali berdering. Di masa lain bunyi isyarat SMS masuk. Tetapi semua tidak dilayan.

Dah tak payah susah-susah pujuk aku balik ke kafe. Buat bernanah mata saja tengok muka awek tu! Gerutu hatinya.

“Kenapa tak angkat telefon?” Suara Mail yang berada di muka pintu bilik. Hari ini dia ambil cuti setelah tiga hari kerja overtime berturut-turut.

“Buang masa aku saja. Bukan ada apa yang nak dicakapkan lagi. Keputusan aku dah muktamad.” Rungut Eddie. Mail tidak terkata apa-apa. Dia terus beredar membiarkan Eddie dengan halnya sendiri.

***

Qiarra menyelinap keluar dari rumah dan menghidupkan enjin Volkswagen Beetle kuning, seperti banduan penjara yang sedang meloloskan diri. Selepas menutup pintu pagar dengan menekan butang remote control, dia beredar meninggalkan pekarangan rumah dengan memecut keretanya.. Sekiranya telefon bimbit berbunyi, bermakna rahsianya cuba menyusup keluar sudah terbongkar dan diketahui kedua orang tua. Jika tidak, peluang masih cerah untuk dia laksanakan rancangan malam itu.

Dia terpaksa rahsiakan daripada Sara dan Mimi. Dia khuatir sekiranya mereka ‘pecah lubang’. Dia juga ada alasan untuk pergi seorang diri.

Aku perlu lakukan ini sendirian. Aku perlu tunjukkan pada papa dan mama aku boleh jaga diri aku sendiri. Aku bukan budak kecil yang perlu dieskot ke sana sini. Bisik hatinya.

Malam masih awal dan Kafe Strawberry Fairyland masih beroperasi. Qiarra lihat pelayan india kawan Eddie masih ada di situ.

“Tumpang tanya. Boleh saya ambil masa awak sekejap.” Qiarra cuba mengambil perhatian Ravi supaya mereka boleh berbual jauh dari pelanggan.

“Boleh. Jom kita ke sana.” Sahut Ravi.

“Saya nak tanya alamat rumah pelayan yang berhenti kerja tadi. Kalau tak silap saya namanya Eddie. Encik tahu di mana dia tinggal?” Qiarra cuba mendapatkan maklumat. Buat pertama kali dia bertanya dengan penuh hemah.

“Ravi. Panggil saya Ravi. Tapi kenapa cik nak jumpa dia di rumah? Ada masalah ke?” Soalan Ravi membuatkan Qiarra serba-salah.

“Err... sebenarnya saya nak minta maaf. Saya kasar sangat dengan dia tadi. Boleh tak beri saya alamat rumah dia?” Pujuk Qiarra.

“Saya tahu alamat rumah dia. Tapi saya tak pasti sama ada dia masih ada di situ atau tak. Dah banyak kali saya call, SMS, tapi tak ada jawapan. Kalau nak cuba sendiri bolehlah cik...”

“Qiarra. Panggil saja Qiarra. Tak apa. Ravi beri saja alamat dia, nanti saya pergi cari sendiri.”

Ravi terus mencoret pada pad kecil pesanan pelanggan dan menyerahkan kertas yang dicarik kepada Qiarra.

***

“Mana jalan ni?” Rengus Qiarra yang keliru dengan alamat yang diberi. Mencari jalan yang asing dalam keadaan malam sebegini bukanlah keputusan yang bijak. Ditambah pula dengan nama jalan atau lorong yang sudah samar-samar. Tambah buruk lagi apabila poster tampalan iklan along menutup terus nama jalan.

Akhirnya Qiarra keluar semula ke jalan besar. Dia terlihat deretan kedai yang masih terang dengan papan tanda. Antara yang dia nampak adalah Mc Donald dan 7 Eleven.

“Baik aku tanya kalau dia orang tahu tempat ni.” Qiarra bersuara seorang diri sambil menukar gear untuk menuju ke kedai serbaneka 7 Eleven di seberang jalan.

Qiarra masuk ke kedai, tetapi tiada pekerja di kaunter. Dia lihat pekerja beruniform itu sedang berada di hujung kedai. Kebetulan ada seorang lelaki berjeket hitam sedang membelek peti sejuk yang dipenuhi minuman botol dan tin. Qiarra hanya nampak belakang tubuhnya.

Baik aku tanya lelaki ni. Mungkin dia tahu jalan. Fikir Qiarra.

“Encik, tumpang tanya boleh? Saya tak jumpa jalan ni. Puas saya cari tapi tak jumpa. Alamatnya ada atas kertas ni.” Suara Qiarra sambul mengunjukkan cebisan kertas kepada lelaki itu.

Lelaki itu berpaling ke arah tempat Qiarra berdiri.

Muka Qiarra pucat lesi apabila melihat lelaki itu. Dia cukup cam wajah lelaki itu, dan dia terasa amat menyesal melemparkan kata-kata tempoh hari.

“Pisang emas dibawa belayar. Tak sangka kita boleh berjumpa lagi. Ish,ish. Kecil betul dunia ni kan? Tak sangka kita boleh jumpa di dalam kedai 7 Eleven di malam yang indah ini. Apa khabar cik mulut laser? Sihat?" Suara lemah-lembut lelaki berkulit hitam manis dengan senyuman menyeringai menampakkan barisan giginya yang putih.

Kaki Qiarra terasa lemah. Lututnya terasa longgar seperti dia mahu terjelepuk di situ juga.

Senyuman lelaki itu menyebabkan kaki Qiarra bertambah lemah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?