PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Ahad, 16 November 2014

CERPEN : MANIFESTASI CINTA MINAH POM POM DAN MAT BERUS


MANIFESTASI CINTA MINAH POM POM DAN MAT BERUS



Irama "Only One" JYJ bergema di studio dengan logo di dinding TIARA ART & DANCE STUDIO. Kelihatan remaja lelaki dan perempuan begitu rancak menari mengikut rentak irama K-pop yang berkumandang. Lagu yang menjadi tema sempena Sukan Asia di Incheon.




Tianna Dewi meneliti rentak dan langkah setiap pelajar di dalam kelasnya. Biasanya dia lantang menegur sebarang kesilapan, seperti Linda Jasmin di dalam kelas tarian Akademi Fantasia.

"Five Six Seven Eight!" suaranya akan lantang bergema seperti drill sergeant semasa kawat di kem.

Namun hari ini dia kurang bermaya. Semuanya bermula semenjak awal pagi tadi. Suaranya hilang dalam keadaan kesihatan yang tidak dijangka.

Entah mengapa pagi itu dia mula mengimbau kenangan silam. Peristiwa yang berlaku beberapa tahun lepas singgah di benak hingga fokus kepada kelas tarian K-Pop ini melayang. Melayang bersama rentetan peristiwa yang berlaku dulu.

***

Lima Tahun Yang Lalu

Dataran Merdeka begitu meriah dengan irama hip hop dance yang rancak dan bertenaga. Dentuman bass di speaker yang menghala ke arah padang menghijau itu jelas dan tajam. Sebagaimana ligat dan tangkas gerakan pasukan sorak atau cheerleading yang sedang beraksi.

Buat julung kalinya pertandingan seperti ini diadakan di peringkat kolej. Sebelum ini fokus diberikan kepada pelajar sekolah melalui pertandingan CHEER. Beberapa kolej di ibu kota mencuba nasib.

Pasukan dari Kolej Metro turut mencuba nasib. Tianna Dewi ligat membuat formasi bersama rakan-rakan dengan pakaian seragam dan pom pom ungu. Irama megamix Bad Romance oleh Lady Gaga melatari gerakan lincah dan tepat mereka. Tiada ruang untuk sebarang kesilapan dan kelalaian. Terutamanya ketika formasi bertingkat sedang dilakukan. Silap langkah, anggota pasukan lain terpaksa menerima padah.



Tepukan sorak begitu gamat ketika Tianna mengakhiri persembahan Kolej Metro dengan berada di puncak piramid formasi mereka. Usai persembahan Tianna rasa lega. Beban setelah latihan intensif semenjak beberapa bulan lepas dirasakan terlerai dari bahu dan minda.

"Tianna, gerakan tadi terlalu longgar. Patutnya boleh buat lebih mantap lagi." Komen Marina, ibunya selaku jurulatih pasukan.

Tianna buat muka bosan. "Mama, please. Bagi ruang Ti bernafas sikit boleh tak? Persembahan dah selesai. Tunggu keputusan je sekarang."

"Memanglah. Tapi selagi kita belum jadi juara, semuanya belum selesai!" Bebel ibunya.

'Kenapa mama obses sangat dengan cheearleading? Sampai aku terpaksa ikut kehendak dia. Sejak zaman sekolah lagi.' Hati Tianna merungut.

"Ti nak pergi bazar." Tianna mengatur langkah meninggalkan ibunya. Dia menuju ke arah deretan khemah putih yang tersergam di tepi jalan yang lengang. Jalan itu telah ditutup sempena pertandingan itu dan karnival yang sedang berlangsung.

"Tianna! Tianna..." Suara ibunya kedengaran di belakang ketika dia sudah beredar. Suara itu tenggelam dengan irama yang mengiringi kumpulan seterusnya.

Tianna berjalan tanpa tujuan melepasi satu demi satu gerai di bazar karnival. Hinggalah dia terlihat seseorang di kawasan tidak berkhemah. Kelihatan potret wajah manusia dengan pelbagai rupa dan latar bergantungan di belakang seorang jejaka. Lelaki itu agak muda berbanding dengan pelukis jalanan yang biasa dilihat Tianna.

'Apa agaknya latar lelaki itu? Kenapa dia jadi pelukis pada usia yang begitu muda?' Tianna tertarik dengan lelaki yang begitu tekun mencalit warna di atas kertas. Seorang wanita berusia menjadi modelnya. Lukisan itu memberikan rasa yang sungguh sureal. Gambaran wanita itu dengan aura yang begitu memukau.

Tekanan dengan sikap ibunya hilang buat sementara waktu ketika dia menghayati lukisan itu. Seperti dia sedang menyelam ke dalam dunia yang digambarkan oleh pelukis.

Usai melukis, huruf AR dicoret di pojok bawah lukisan.

"Cik nak gambar saya lukis?" tegur lelaki itu. Buat pertama kali Tianna dapat melihat wajah jejaka itu. Kulitnya agak kusam dibakar mentari kerana berjemur, namun wajahnya memancarkan seri yang sukar digambarkan. Aura yang menarik perhatian Tianna. Sukar untuk dia zahirkan sebabnya.

Tianna hanya senyum. Setelah mengangguk, dia duduk di kerusi.

"Cik nak gambaran latar macam mana?" tanya lelaki itu.

"Boleh pilih sendiri ya?" tanya Tianna.

"Boleh. Kalau cik nak jadi apa-apapun saya boleh gambarkan dalam lukisan." Senyuman lelaki itu menggamit rasa Tianna.

"Kalau saya nak jadi hantu pun boleh?" Tianna berseloroh.

Lelaki itu ketawa. "Boleh, tapi nanti orang takut nak tengok gambar cik."

"Hmm... nak jadi apa ya? Awak pilihkanlah." Tianna buntu.

"Okey, kalau macam itu saya lukis cik sebagai seorang puteri kayangan."

Tiana tersengih. "Boleh juga."

Lelaki itu mula membancuh warna dan membuat lakaran di atas kertas yang suci bersih.

Duduk di situ tanpa membuat apa-apa memberi Tianna peluang untuk mengamati wajah lelaki itu. Sesekali mata mereka bertemu ketika lelaki itu ingin melihat wajah Tianna.

'Daripada wajah dia, aku dapat rasakan dia ada sejarah yang tersendiri. Sejarah yang aku begitu ingin tahu dan mengerti.' Tianna melayan perasaan.

Lelaki itu begitu khusyuk melukis dengan gerakan tangan yang pantas. Sebagaimana tangkas Tianna beraksi di padang tadi.

"Boleh saya tanya sedikit?" Tianna memecah kebisuan mereka.

"Tanya apa?" Jemari lelaki itu terus menari di atas kertas.

"Kenapa awak letak AR di atas lukisan tadi?"

Lelaki itu terhenti sebentar. "Oh. AR tu nama samaran saya. Amran Rafael. Nama saya Amran. Rafael tu saja saya bubuh. Sebab saya minat Awie Rafael."

Tianna terhibur dengan cerita lelaki itu. Lelaki yang bernama Amran.

"Sudah lama awak melukis?" tanya Tianna.

"Saya memang suka melukis sejak kecil lagi. Cuma cita-cita saya nak melanjutkan pelajaran dalam bidang seni tak tercapai. Ayah saya meninggal masa saya kecil lagi. Ibu saya selalu sakit. Saya terpaksa menyara adik-adik. Biar mereka dapat belajar sampai U. Saya akan cuba dengan segala kudrat yang ada untuk bantu mereka."

Amran menyambung lukisan yang dibuat. Tianna tersentuh dengan kata-kata Amran.

'Murni sungguh hati budinya. Sanggup berkorban untuk keluarga.' Rasa terharu menghurung jiwa Tianna.

"Awak memang minat jadi cheerleader?" tanya Amran.

Hati berbunga Tianna terus malap. Perkara yang dibangkitkan itu mengganggu jiwanya. Terus jadi kacau.

Amran perasan senyuman sudah pudar di wajah Tianna. "Maaf. Saya salah cakap?" Dia rasa bersalah.

"Tak mengapa. Bukan salah awak." Jawab Tianna. "Mama saya yang beria-ia suruh saya masuk. Entah kenapa saya pun tak tahu." Tianna menjawab bosan.

"Hidup selalunya tak seperti yang kita inginkan. Kita kena pandai cari alasan supaya hidup ini jadi indah. Bila kita jumpa jawapannya, segalanya akan jadi lebih indah."

"Maksud Amran?" Tianna belum faham.

"Saya suka melukis sebab saya dapat wujudkan dunia yang berlainan daripada realiti. Lukisan adalah alasan untuk saya lupakan keperitan hidup. Saya dapat lukis mawar yang indah ketika saya berada di tempat yang membosankan. Saya boleh lukis pelangi yang indah berwarna-warni ketika hujan lebat sedang mencurah turun dengan langit mendung dan kilat sabung-menyabung. Dan..."

Tianna memintas. "awak boleh lukis seorang manusia biasa seperti saya menjadi seorang puteri kayangan." Dia mula faham.

Amran tersenyum berseri kerana Tianna faham apa yang ingin disampaikan.

"Kalau saya bagaimana pula?" Tianna inginkan penjelasan.

"Awak boleh jadikan cheerleading sebagai sesuatu yang awak minat. Dengan itu ia tak rasa membebankan." Amran beri cadangan.

Tianna terdiam. Kata-kata itu masuk akal, walaupun sukar untuk dia membuang rasa terkongkong oleh sikap ibunya. Ketika itu lukisan sudah sembilan puluh peratus siap.

Tianna tidak dapat menyangkal perasaan ini. Dia terasa senang berdamping dengan lelaki bernama Amran, walaupun dia hanya sekadar pelukis jalanan. Namun kata-katanya bijak dan penuh hikmah. Perasaan itu menyebabkan dia ingin mengetahui lebih lanjut tentang Amran.

Namun segalanya sirna apabila dia dikejutkan oleh suara di belakang.

"Tianna! Kau di sini rupanya. Cepat! Keputusan akan diumumkan sekejap lagi!" Mimi begitu tergesa-gesa menarik tangannya.

"Sekejap. Lukisan aku belum siap lagi." Tianna ingin melihat hasil lukisan pelukis Amran Rafael.

"Tak sempat. Coach suruh kita berkumpul sekarang!" Mimi bertegas.

Tianna hanya mampu melihat wajah Amran dengan rasa bersalah ketika dia ditarik pergi oleh Mimi. Amran hilang kata-kata.

Tianna sukar menumpu perhatian semasa keputusan diumumkan. Dia asyik teringatkan Amran dan lukisannya.

'Kesian dia. Aku tak sempat bayar hasil titik peluh dia. Dia bukannya orang senang.' Keluh hati Tianna.

Fikirannya melayang ketika keputusan diumumkan. "Pasukan yang akan mara ke peringkat separuh akhir adalah... Kolej Metro!"

Tianna dikejutkan dengan sorakan pasukannya yang membingitkan.

"Kita menang Tianna! Kita menang! Aaaaaa!" Jeritan Mimi meluputkan apa yang dia fikirkan.

Mereka naik ke pentas untuk menerima hadiah peringkat suku akhir. Selepas itu mereka ditemu ramah wartawan Sinar Ibukota sebelum mereka menyambut kemenangan dengan keluar makan di Kenny Rogers.

Amran Rafael masih terpinga-pinga menunggu Tianna selepas majlis tamat.


***

"Gambar siapa ni?" tanya Zul, peniaga yang berjiran dengan tempat Amran melukis.

"Awek yang masuk pertandingan cheerleading tadi." Jawab Amran.

"Mana dia? Dia tak ambil lukisan ni?"

Amran terdiam.

"Aku rasa dia terlupa agaknya." Amran berdalih.

"Habis tu, kenapa kau asyik renung gambar ni? Apa yang special sangat?"

Amran terdiam lagi.

"Kau suka dengan dia? Pergilah cari." Cadang Zul.

"Kau tahu mana dia tinggal?" Soalan Amran naif.

Zul tertawa.

"Itulah kau sibuk dengan lukisan kau sampai tak sempat ambil tahu hal sekeliling." Sindir Zul. "Aku nampak pasukan dia naik atas pentas tadi. Kalau aku tak silap... dia dari Kolej Metro."

"Kolej Metro?" Amran masih terpinga-pinga.

"Pasukan dia menang. Bermakna masa separuh akhir nanti dia masih kena bertanding. Kau cari mana lokasi seterusnya pertandingan ni." Zul membuka jalan untuk Amran.

Amran yang kelihatan sugul tadi sudah mula nampak berseri-seri wajahnya.

***

Tianna mengeluh panjang. Mahu rasanya dia pergi jauh dari situ ke sebuah pulau untuk menenangkan fikiran. Dia terasa penat fizikal dan mental. Semuanya gara-gara ibunya yang terlalu obses dengan pertandingan yang mereka sertai.

'Aku harap kali ini pasukan Kolej Metro kalah. Biar tak payah bertanding lagi.' Jiwa Tianna kacau.

Dia membuat senaman regangan otot di ruang yang disediakan untuk pasukannya. Ini untuk memastikan tubuhnya tidak mengalami kejang otot kerana tidak 'dipanaskan' terlebih dahulu.

'Apa ikhtiar aku supaya mama tak paksa aku masuk pertandingan macam ini lagi. Kalau dia paksa juga, aku suruh dia yang masuk!' Gerutu Tianna dalam diam.

"Assalamualaikum," suara lelaki dari belakang.

Tianna menoleh. Lelaki pelukis jalanan itu memegang lukisan Tianna yang telah dibingkaikan. Hati Tianna berbunga. "Waalaikumsalam."

"Saya bawakan gambar yang awak tak sempat ambil dulu." Kata Amran.

"Terima kasih. Berapa harganya? Maaf saya tak sempat singgah hari tu." Kata Tianna. Dia tidak dapat melahirkan rasa teruja dapat melihat Amran lagi.

"Tianna!" Marina meluru ke tempat mereka berdua.

"Sekarang masa warm up untuk rutin nanti. Bukan untuk melayan orang asing!" Sergahnya.

"Puan. Saya Amran Rafael, pelukis di karnival masa pertandingan dulu. Saya bawakan gambar Tianna."

"Oh, begitu. Berapa harganya?"

"Dengan bingkai kira lima puluh sajalah." Amran tersenyum-senyum.

"Nah! Ambil dua ratus ni. Jangan tunjuk muka di sini lagi." Bengkeng wajah Marina.

"Puan, saya datang nak jumpa Tianna juga. Saya nak tonton persembahan dia sekali."

"Kau pekak atau tak siuman? Aku suruh kau tinggalkan tempat ini. Jangan ganggu Tianna lagi!" Marina menyinga. Beberapa orang yang ada di situ turut melihat drama mereka bertiga.

"Mama, tak baik kata macam tu. Dia kawan Tianna."

"Kawan? Apa yang boleh manusia macam dia bantu? Hidup mengemis dengan melukis tepi jalan." Lancang mulut Marina.

Belum sempat Tianna menjawab, Amran sudah membuka mulut.

"Puan boleh hina saya, tapi jangan hina kerjaya saya. Saya bukan mengemis. Saya cari rezeki halal dengan hasil titik peluh saya." Amran membela diri.

Marina buat muka bosan. "Huh! Kerja tak ada tempat tetap. Merapak di tempat manusia lalu lalang mengharap simpati orang lain. Bukan mengemis namanya?"

Amran tertawa sinis. "Saya bersimpati dengan puan. Apa yang puan ada menyebabkan puan lupa hakikat kehidupan. Hidup ini adalah roda. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Persoalannya... adakah kita beringat semasa kita di atas? Apa persiapan yang telah kita buat bila tiba masa di bawah nanti?"

Kata-kata Amran sedikitpun tidak berkesan di hati Marina. Dia hanya berpeluk tubuh.

"Tak payahlah puan susah-susah. Simpan sajalah duit tu. Sedekahkan lagi baik. Mungkin ia berguna ketika puan berada di bawah nanti." Amran cuba mengawal perasaan.

"Anggaplah gambar ini hadiah saya untuk anak puan. Saya pergi dulu."

"Hish! Dasar budak miskin yang sombong!" Rungut Marina.

***

Tianna sukar menumpukan perhatian semasa rutin pasukan dalam pertandingan. Perasaannya bercampur baur. Rasa berbuku dengan sikap ibunya terhadap Amran. Juga rasa simpati dan terkilan terhadap apa yang menimpa Amran.

'Tergamak mama buat macam tu pada dia. Sampai hina macam tu sekali. Aku risau memikirkan kata-kata Amran tadi. Bagaimana kalau benar kata-katanya, bahawa mama mungkin terpaksa menempuh detik-detik dia berada di bawah. Apa maksud dia? Kepayahan? Kesusahan? Kegagalan? Kemiskinan?' Minda Tianna pantas berfikir sambil dia melaksanakan rutin persembahan mereka dalam rancak muzik dengan bass yang berdentum.

'Kenapa mama begitu bersusah-payah memastikan bahawa pasukan kami akan jadi juara? Kenapa aku dididik untuk menjadi seorang cheerleader sejak kecil? Mama tak pernah berkongsi kisah hidupnya dengan aku. Kenapa?'

Rutin sudah hampir ke penghujung. Kemuncaknya adalah apabila Tianna dilambung ke puncak piramid dengan pos terakhir.

'Aku akan cari Amran lepas ini. Aku akan terangkan pada dia apa yang berlaku.'

Tianna dilambung supaya kakinya hinggap di bahu rakan pasukan yang sedia menunggu di atas. Fokus yang terganggu menyebabkan kaki Tianna terpelecuk ketika dia berpijak di bahu rakannya. Kesakitan itu menyebabkan dia hilang imbangan dan jatuh dari ketinggian lebih tiga meter.

Kepalanya terhentak ke permukaan tanah. Dia tidak sedarkan diri dengan serta-merta.

***


Cerpen ini telah dimuatkan ke dalam antologi cerpen
KEMBARA MENCARI CINTA


Sila kunjungi laman FB Kembara Mencari Cinta
untuk perkembangan terbaru tentang
antologi cerpen solo ini.
KLIK DI SINI






1 ulasan:


  1. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Giaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?