PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Friday, 21 November 2014

CERPEN BERSIRI : YASSER PENJEJAK ENTITI

YASSER PENJEJAK ENTITI




Hutan Semambu Kuning
3.15 pagi

Yasser melihat skrin pintar menerusi goggle yang dipakai. Bacaan meter PKE atau tenaga psikokinetik memberikan bacaan turun naik yang tidak sekata. Tiada petanda lain yang dikesan. Pengesan gerakan atau haba memberikan bacaan negatif.

Suasana sunyi dan suram dengan cahaya purnama menghujani bahagian atas pepohon yang tidak berdaun. Umpama jemari gergasi menceracak ke langit. Yasser mengatur langkah pendek dan perlahan meredah kawasan hutan dengan pokok yang jarang.

Hutan Semambu Kuning merupakan kawasan larangan kepada manusia seperti dirinya. Namun kehadiran di sini adalah kerana satu misi. Misi peribadi yang terpaksa dia lakukan untuk menguji kemampuan ciptaan terkini miliknya.

Gajet yang terpasang di matanya disambung ke backpack di belakang. Persis prop dari filem Ghostbusters berpuluh tahun yang lepas. Seragam yang dipakai juga inspirasi dari filem itu. Obsesi yang menjadikannya satu realiti, dengan teknologi terkini yang memungkinkan semua ini.

Masih tiada bacaan pada pengesan pergerakan atau haba. Hanya bacaan tenaga psikokinetik dengan gelombang elektromagnetik yang begitu jelas tetapi nampak ada kekeliruan.

Yasser menguatkan semangat dengan memikirkan segala peristiwa yang memungkinkan teknologi yang sedang dipakai ini. Teknologi canggih untuk penjejak entiti seperti dirinya. Namun segalanya bukanlah satu penemuan yang mudah.

Peristiwa suatu masa dulu bertamu di benak.

***

Tiga Puluh Tahun Yang Lalu



If there's something strange in the neighborhood
Who you gonna call?
Ghostbusters!
If there's something weird and it won't look good
Who you gonna call
Ghostbusters!

Muzik video lagu tema filem Ghostbusters berkumandang di kaca televisyen.

"Ghostbusters!" jerit Yasser penuh semangat sambil terloncat-loncat.

"Yasser, cukuplah melayan cerita Ghostbusters tu. Sudah sembahyang belum?" tanya ibunya.

"Belum," kata Yasser sambil terus menghampiri ibunya.

"Mak, bila Yasser dah besar nanti, Yasser nak jadi macam ghostbuster." Naif kata-kata Yasser.

"Yasser tahu apa kerja ghotbuster?" uji Seri, ibu Yasser.

"Tangkap hantu." Selamba jawapan Yasser.

"Mana ada hantu." Jawab Seri.

"Adalah mak." Yasser tidak setuju.

"Tak ada. Yang ada hanyalah jin dan roh yang tersangkut di dunia ni. Sebab bumi tak terima rohnya. Itu yang orang biasa maksudkan sebagai hantu." Terang Seri.

"Ya ke? Habis yang macam dalam filem tu."

"Itu cerita. Rekaan. Tahyul. Gambaran orang putih."

"Kita boleh tangkap hantu tak mak? Maksud Yasser jin atau roh tu?"

"Kenapa nak ditangkap? Semua tu dalam urusan Allah Taala. Tak payah kita masuk campur. Lagipun kamu budak-budak lagi, tak payah fikir semua tu."

"Mak, kenapa hantu suka kacau orang?" Yasser begitu bersemangat.

Seri tidak dapat menyangkal. Yasser memang menunjukkan kecenderungan luarbiasa dalam hal itu. Namun dia enggan menyesakkan fikiran budak itu dalam usia yang terlalu awal.

"Sebab manusia jauh dari Allah. Tak sembahyang. Malas baca Quran. Sembahyang pun lewat, macam Yasser sekarang ni."

"Ya ke? Okeylah. Yasser nak pergi sembahyang sekarang." Yasser bingkas bangun dan beredar.

"Ghostbusters!" suara Yasser dari belakang melagukan irama filem kegemarannya.

Seri hanya menggeleng dengan gelagat anak lelakinya.

***

Langkah Yasser terhenti. Kedengaran bunyi nyaring yang sukar dipastikan. Kedengaran seperti suara binatang sedang meraung dengan nada yang tinggi. Jika diamati, kedengaran juga seperti perempuan sedang mengilai atau menangis dengan ratapan yang membingitkan. Bulu roma Yasser meremang. Namun sudah terlalu lambat untuk berpatah balik. Reputasinya dalam taruhan sekarang.

Bacaan di skrin goggle menunjukkan kehadiran sesuatu di hadapannya dalam gelap gelita. Benda tanpa bentuk itu menunjukkan suhu yang rendah dengan bayangan cahaya biru di skrin goggle.

Yasser dapat rasakan sesuatu melintas di belakangnya. Terzahir dengan rasa seperti angin dan dingin, walaupun dedaun dari pokok renek di sekelilingnya tidak bergerak dalam samar cahaya purnama.

Yasser menelan liur. Degup jantungnya terasa lebih pantas daripada biasa, tapi dia masih belum sedia untuk berpatah balik.

"Indah nian istana bunian."

Suara merdu kedengaran. Jauh dan sayup dari tempat itu. Entah mengapa Yasser pasti itu bukan entiti yang sedang dihadapi ketika ini.

Harapan Yasser hanyalah pada gajet yang sedang dipakai ketika ini. Teknologi yang diharapkan dapat menjadi jambatan untuk dia mencapai cita-cita. Suatu masa dulu alat ciptaannya hanya menjadi bahan gurauan dan gelak tawa mereka yang memandang rendah kepadanya.

Peristiwa silam menyinggah lagi, ketika semangatnya tercabar di dalam Hutan Semambu Kuning yang penuh dengan kisah-kisah yang menggerunkan ini.

***


Sepuluh Tahun Yang Lalu


Bersambung di grup LAMAN INSPIRASI PENA VR…





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?