PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Selasa, 18 Mac 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 3)

BAB 3



Mona tergelak besar awal pagi itu. Mengekeh-ngekeh dia ketawa dalam keadaan belum mandi atau gosok gigi. Semuanya disebabkan mimpi malam tadi.

Mona bermimpi dia menjadi model kempen Mawar Cosmetics. Iklan minyak wangi Mawar sedang bersiaran di kaca televisyen.

Mona sedang bersolek untuk ke pejabat dengan pakaian seorang eksekutif yang elegan. Tiga botol minyak wangi keluaran Mawar Cosmetics berderet di atas meja dengan warna putih, ungu dan pink. Kemudian Mona menyembur sedikit minyak wangi Mawar Lestari berbotol ungu di tubuh.

Selepas itu dia menyembur minyak wangi Mawar Berduri dalam botol pink, dan bayangannya di cermin berubah menjadi dirinya dengan penampilan mekap dan blaus yang lebih berani dan seksi. Kedengaran satu suara berbisik dengan gaya menggoda, "Mawar Berduri."

Akhir sekali dia menyemburkan minyak wangi Mawar Suci dalam botol putih di tubuh dan penampilan dirinya di dalam cermin berubah menjadi seorang yang bertudung dengan busana serba putih. Manik-manik labuci bergemerlapan di hujung tudung yang dipakai. Suara yang sopan dan malu-malu berbisik, "Mawar Suci."

Iklan dalam mimpi Mona ditamatkan ketika Mona menghadap cermin bersama tiga bayangan personaliti berbeza mengikut jenis minyak wangi yang dipakai tadi. Ketiga-tiga watak itu bersuara serentak, "Minyak wangi Mawar, serlahkan personaliti anda."

Rasa geli hati Mona masih bersisa dengan tawa yang belum surut.

"Hadoi! Memang kelakar betul. Sampai terbawa dalam mimpi proposal  kempen minyak wangi Mawar ni."

Mona bingkas bangun dengan rasa mengantuk yang sudah sirna. Semuanya lenyap akibat mimpi yang tidak masuk akal.

"Ada ke patut boleh muncul tiga wajah aku yang berbeza dalam cermin. Nonsense!" Tawa Mona sudah lenyap. Namun senyum lebar masih ada.

Mona mencapai tuala dan menuju ke bilik air sambil mengajuk tagline yang tercipta semasa mimpi tadi, "Minyak wangi Mawar, serlahkan personaliti anda."

Mona mencapai berus gigi dan menonyoh ubat gigi di atasnya. Dia menggosok gigi tanpa memandang ke dalam cermin. Hanya selepas berkumur baru dia melihat wajah di cermin. Manalah tahu kalau-kalau sudah ada jerawat batu yang muncul. Terpaksa di-touch up dengan foundation lebih sedikit.

Mona hilang suara ketika melihat ke dalam cermin. Tubuhnya kaku membeku. Suaranya tersumbat di kerongkong.

Mona terkejut tahap 1.5 bilion. Dia bukan melihat wajahnya sahaja, sebaliknya ada tiga wajah dirinya dengan personaliti berbeza mengikut kempen minyak wangi Mawar. Hanya selepas beberapa saat baru dia dapat memujuk suara yang bersembunyi di tekak supaya dapat keluar.

"Aaaaaaaaah!"


Mona tersentak. Jam loceng sudah beberapa minit berbunyi, tetapi dia masih belum sedar lagi. Hanya kini dia membuka mata dengan rasa seram sejuk.

Mimpi dalam mimpi tadi cukup menakutkan. Seperti suara dia dan rakan-rakan semasa sedang berkaraoke lagu "Umpama Mimpi Dalam Mimpi" dengan suara sumbang dan pitching ke laut.

"Astaghfirullahal azim," Mona cuba mengembalikan semangat. Mimpi itu betul-betul mencabar kesiumannya. Hanya selepas beberapa minit baru dia kembali tenang.

"Teruknya mimpi tu. Tiga wajah aku dalam cermin. Hiiii seram!"

Mona cuba mengingat semula cebis demi cebis mimpi yang dialaminya. Rententan emosi yang dia alami - kelakar, terkejut dan seram - silih berganti hinggalah dia tersedar dari lamunan.

Akhirnya senyuman terukir di bibir Mona. "Hai... nasib baiklah semuanya cuma mimpi. Kalau betul, tak tahulah apa yang aku nak buat."

Walaupun apa yang Mona alami cuma mimpi, dia masih tidak dapat menepis perasaan cuak yang bersarang. "Baik aku cuba jenguk ke dalam cermin. Manalah tahu kalau betul-betul ada tiga wajah aku dalam cermin."

Mona mencapai tuala dan menuju ke bilik air. Dia melihat ke dalam cermin persis seorang pengintip. Penuh rasa saspens seperti sedang menonton babak cemas  filem thriller.

"Fuh, selamat... memang tak ada macam dalam mimpi aku tadi." Lapang dada Mona.

Rasa geli hati pula menyinggah. "Apalah aku ni. Itu semua mimpi. Memanglah tak akan berlaku dalam dunia realiti!" Mona menyelar dirinya sendiri.

Seperti biasa dia menggosok gigi sebelum memeriksa kontor wajah. Kemunculan gunung berapi yang mungkin hadir semalam memang tidak dapat diduga dan perlu ditangani segera.

Mona masih bermimpi? Atau ini adalah mimpi dalam mimpi?  Atau dia sememangnya sudah kembali ke alam realiti?

Kalau dia sudah terjaga, kenapa dia terlihat tiga wajahnya di dalam cermin? Di samping balikan wajahnya yang ada sekarang, dua wajah lagi tercongok di dalam cermin, seolah-olah sedang berdiri di kiri dan kanan balikan wajahnya yang asal. Satu berpakaian blaus seksi berwarna merah dengan mekap terang dan berani. Persis watak penggoda dalam filem. Satu lagi berpakaian jubah putih dan tudung bermanik labuci putih dengan penampilan gadis bersopan.

"...."

Mona terkedu. Dia berharap agar dia akan tersedar selepas ini. Pipinya dicubit kemudian ditampar, tetapi dia masih berada di dalam bilik air. Wajah-wajah di dalam cermin merenungnya tanpa suara.

Tubuh Mona menggigil. Dia lari keluar ke ruang tamu. Dia tidak mampu menghadap cermin lagi. Dia tidak sanggup melihat tiga balikan dirinya dalam cermin.

"Apa yang dah terjadi ni? Aku dah gila? Atau ada jin dalan rumah ni? Mungkin juga ada orang yang cuba nak sihirkan aku?" Soalan demi soalan menujah benak Mona bersama bulu roma yang sudah terpacak.

Mona memilih pojok yang tersembunyi di rumah. Dia mencangkung sambil mengokol seperti sedang menggigil kesejukan.

"Apa maksud semua ni?" Mona sudah tidak mampu berfikir lagi. Mindanya yang biasanya lancar dengan idea-idea kreatif kini seperti sinki yang tersumbat. Tersekat. Buntu.

Agak lama juga dia cuba mengembalikan ketenangan dalam diri. Gigil tubuhnya enggan berhenti. Debar jantungnya jauh lebih kencang daripada normal.  Dia terasa seperti ingin menangis. "Bagaimana kalau muncul lagi dua wajah tambahan tu dalam cermin? Aku tak nak dituduh gila? Atau memang aku dah gila? Macam mana ni?"

Mona terfikir untuk menghubungi Samantha. "Kalau macam ni aku terpaksa ambil emergency leave. Aku tak boleh pergi kerja dalam keadaan macam ni. Macam mana kalau dalam cermin pandang belakang kereta aku ternampak mereka berdua? Atau masa di cermin sinki bilik air? Kalau aku beremosi depan orang ramai macam mana?"

Bergegas Mona mencari telefon bimbit dalam keadaan kelam-kabut. Cermin yang ada di ruang tamu tidak sanggup dilihat walaupun dengan hujung mata.

"Hello," suara Samantha.

"Sam, aku tak dapat datang hari ni." Suara Mona menggelabah.

"Kenapa ni Mona? Kau tak sihat? Kenapa kau tak call Dato' terus?"

Mona terkedu. Mulutnya kumat-kamit, tetapi tiada kata yang keluar.

"Mona, kau okey?" Ada nada cemas dalam suara Samantha.

"Sam, aku tak boleh cerita panjang sekarang. Aku minta tolong kau sampaikan pada Dato'. Beritahu dia, aku ambil emergency leave."

Samantha terdiam sebentar. Ada banyak perkara yang gadis itu ingin tanyakan, tetapi dia terpaksa akur dengan kehendak Mona.

"Okey," jawab Samantha.

Mona mencari ikhtiar. Dengan tiba-tiba dia teringatkan Kay. Dia mencapai telefon semula.

"Hello," suara di talian.

"Kay?"

"Mona, ada apa hal?"

"Kay, aku perlukan pertolongan kau." Suara Mona dengan nada yang lain daripada biasa.

"Mona, kenapa ni? Kau okey?"

"Kay, boleh tak kau datang ke apartment aku sekarang? Aku ada hal penting nak cakap dengan kau. Aku nak jumpa kau face to face." Suara Mona bertegas.

"Aku... okey, aku datang sekarang." Suara Kay turut menggambarkan rasa kelam-kabut setelah mendengar suara Mona.

***

Hampir 45 minit kemudian, Kay sampai ke apartment Mona.

"Sorry Mona, traffic jam tadi, ramai orang pergi kerja..." Kay masuk ke rumah dan terus ternampak ruang dinding yang begitu pelik rupanya dan melihat wajah Mona yang pucat. "Astaghfirullah Mona, apa dah jadi ni? Kenapa kau tutup semua cermin dengan kain? Apa kena dengan kau ni?"

"Aku pun tak tahu Kay. Tolong aku." Suara Mona dengan nada seperti hendak menangis. Dengan segera Kay memeluk Mona dan membiarkan rakannya melampias tangisan.

Mereka kemudiannya duduk di sofa.

"Cuba kau cerita apa yang dah berlaku ni." Kay bersuara selepas melihat Mona sudah nampak tenang.

"Cermin. Dalam cermin ada dua muka macam rupa aku." Ketar tangan Mona masih boleh dilihat oleh Kay.

"Ya Allah. Macam mana boleh jadi macam tu?"

"Aku tak tahu. Semalam aku mimpi. Bila aku sedar aku nampak dua muka tu dah ada dalam cermin."

"Habis, kau nak buat apa sekarang?" Kay merenung wajah rakannya yang nampak tidak terurus. Berbeza dengan penampilan biasanya yang ceria dan penuh keyakinan.

"Aku nak jumpa doktor. Aku nak pastikan aku tak gila. Tapi kalau memang aku dah gila  macam mana?" Kata-kata Mona jelas menampakkan kecelaruan fikirannya.

Kay mengusap bahu Mona, cuba menenangkan rakan semenjak kolej dulu.

"Kita pergi jumpa doktor. Biar dia cek keadaan kau dulu. Mungkin juga kau overstressed. Lepas makan ubat nanti, semua akan okey. Insya-Allah."

"Kau boleh temankan aku?"

"Boleh. Kau pergi bersiap. Kita pergi sama-sama." Pujuk Kay. Riak wajahnya jelas menunjukkan kerisauan melihat keadaan Mona.

***

Selesai konsultasi Mona bersama doktor, Kay dipanggil masuk.

"Cik Kamariah?" Suara doktor sambil memerhatikan laporan yang ada di atas meja.

"Ya, saya." Kay melabuhkan punggung.

"Saya nak jumpa cik sebab Cik Mona beritahu dia datang dengan cik tadi. Sebenarnya saya rasa macam ada yang tak kena dengan Cik Mona. Dia nampak terganggu dan saya tak dapat pastikan apa masalah dia. Saya rasa dia macam rahsiakan sesuatu dari saya."

"Dia sakit ke doktor?" Kay tidak sabar.

"Itu masalahnya. Saya tak dapat kesan apa-apa yang luarbiasa. Cuma tekanan darahnya agak tinggi. Dia ada beritahu saya dia ada tekanan di pejabat. Cik Kamariah tahu apa-apa tentang dia?"

Kay serba-salah hendak menjawab, namun digagahkan juga. "Saya tak pasti doktor. Dia tak ada kongsi apa-apa dengan saya."

"Kalau macam itu, tak apalah. Itu saja yang saya nak tahu. Terima kasih."

"Oh ya! Terlanjur saya jumpa doktor ni, saya ada soalan. Tapi ini tiada kaitan dengan Cik Mona."

"Apa yang Cik Kamariah nak tahu?"

"Saya ada kenalan yang hadapi masalah tekanan, macam Cik Mona. Dia ternampak beberapa watak dirinya dalam cermin."

Doktor itu merenung wajah Kay. Mungkin dia terasa pelik dengan soalan yang seperti berkaitan dengan pesakitnya, Mona.

"Hmm... ada banyak kemungkinan. Mungkin pesakit mengalami skizofrenia. Delusi dan halusinasi adalah simtom penyakit yang dikaitkan dengan masalah mental ini. Tapi kalau setakat masalah tekanan saja, mungkin tidak sampai ke tahap skizofrenia. Skizofrenia biasanya dikaitkan dengan masalah sejak kecil atau pengambilan beberapa jenis dadah tertentu."

Kay hanya mendengar penerangan doktor itu dengan tumpuan penuh.

"Ada juga kemungkinan lain. Mungkin ada gangguan makhluk halus yang boleh menyerupai manusia."

"Makhluk halus?"

"Ya. Tak mustahil itu juga satu kemungkinan yang ada." Suara doktor itu begitu tenang.

"Oh, macam tu. Terima kasih doktor." Kay mengukir senyum sebelum meninggalkan bilik konsultasi.

***

"Kita nak ke mana Kay?" Mona terasa pelik melihat jalan yang diambil Kay. Bukan jalan yang biasa mereka lalu untuk pulang ke Setia Condominium.

"Aku nak bawa kau jumpa seorang pakar rawatan Islam."

"Kenapa? Ada apa-apa yang doktor beritahu kau tadi?"

"Tak. Tapi aku rasa mungkin ini dapat membantu."

Kay berhenti di sebuah lot kedai. "Pusat Rawatan Islam Al-Hijrah" tertera di bahagian hadapan.

"Ini ke tempatnya? Apa yang dia nak buat pada aku?" Mona musykil.

"Kau ikut sajalah. Nanti kau akan tahu juga."

Setelah beberapa minit menunggu, Mona dan Kay berjumpa dengan seorang lelaki berkopiah.

"Assalamualaikum. Apa yang saya boleh bantu?" Suara lelaki yang berjambang kemas. Penampilannya seperti seorang doktor dan juga seorang ustaz.

Kay memulakan bicara, "Waalaikumsalam. Ustaz Ridwan, Mona kawan saya ni ada tanda-tanda kena gangguan. Dia nampak... ada tiga wajah serupa dengan dia dalam cermin. Ada kemungkinan tak dia kena gangguan jin?"

Ustaz Ridwan memulakan sesi rawatan. Selepas memuji Tuhan dan berselawat atas Nabi, dia mula membaca sesuatu. Mungkin ayat al-Quran atau doa-doa tertentu. Kemudian tangannya digerakkan persis sedang mengimbas tubuh Mona tanpa menyentuhnya.

"Berdasarkan firasat saya, Cik Mona ni tak ada kena apa-apa gangguan. Tapi kadang-kadang susah nak agak sebab benda ni boleh pergi dan datang sesuka hati. Ikhtiar yang boleh saya cadangkan adalah amalan bacaan ayat-ayat Quran. Nanti saya beri senarai ayat-ayat yang perlu diamalkan pada waktu siang dan malam selama beberapa minggu."

"Kalau tak sembuh juga macam mana ustaz?" Mona risau.

"Setiap yang berlaku adalah dengan kehendak Allah. Siapalah kita untuk mengubah keputusan yang Dia buat. Kita hanya mampu memohon simpati daripada-Nya dan merayu dengan bersungguh-sungguh." Ustaz Ridwan memulakan penerangan.

"Setiap apa yang berlaku sebenarnya ada hikmah yang tersembunyi, tak kira sama ada ia mendatangkan kebaikan atau nampak seperti mendatangkan keburukan kepada kita. Sebagai hamba, kita kena ada sifat bersyukur. Bersyukur bukan hanya semasa kita dapat sesuatu yang menyenangkan. Masa ditimpa musibah dan keburukan pun kita kena bersyukur. Sebab ada orang yang ditimpa sesuatu yang lebih buruk daripada kita. Bersyukur ni sifat yang penting." Kata-kata lelaki itu penuh maksud tersirat.

"Sesuatu yang berlaku ada sebabnya. Kita kena buka mata hati dan fikiran untuk lihat rahsia di sebalik apa yang kita terima. Hari ni kita banyak bergantung pada penerangan saintifik dengan berpandukan macam-macam kemudahan sains dan teknologi. Sehinggakan kita lupa bahawa Tuhan tak perlukan semua itu. Bagi-Nya semuanya semudah kata-kata Kun fayakun. Jadi, maka jadilah." Kata-kata itu dilafazkan dengan sinar terpancar dari wajah tenang Ustaz Ridwan.

Usai sesi rawatan di Al-Hijrah, Kay menghantar Mona pulang.

"Kau nak aku temankan?" Kay memegang bahu Mona.

"Tak payah. Aku ucapkan terima kasih sebab kau bawa aku jumpa ustaz tadi. Banyak juga membantu aku dalam masalah ini."

"Sama-sama. Baguslah kalau kau dah berani hadapi masalah ini. Kalau ada apa-apa, kau call aku."

Mona mengangguk. "Insya-Allah."

***

Mona berjalan mundar-mandir di ruang tamu. Dia keresahan hingga sukar untuk duduk diam. Tangan yang berpeluh-peluh digosok-gosok.

'Mahu tak mahu, aku terpaksa berdepan dengan masalah ini. Kalau betul aku berhadapan dengan jin atau makhluk halus, dia pun kejadian Tuhan macam aku jugak. Di dunia ni dia nampak aku tapi aku tak nampak dia. Di akhirat nanti giliran aku pulak nampak dia.' Mona cuba menguatkan semangat dengan ilmu yang dipelajari dari orang tuanya semasa kecil.

'Tapi kalau aku berhadapan dengan halusinasi aku sendiri, aku perlu berhati-hati. Jangan sampai aku dikuasai dan buat benda-benda yang pelik dan gila. Mungkin sampai masa semua ni akan hilang.' Mona terus meniup bara semangat yang masih pudar.

Setelah perasaan berani mula menguasai, Mona berdiri di depan cermin yang diselimuti kain. Sambil menutup mata dia menarik kain.

Wajahnya kelihatan di cermin bersama dua lagi lembaga yang menyerupai dirinya.

"Kau berdua ni siapa?"

"Kau tanya kami? Kau yang jadikan kami muncul di sini. Dengan kempen Mawar Cosmetics kau." Suara dirinya yang memakai blaus merah seksi. Maskara tebal dan gincu bibir menyerlahkan gaya yang menggoda.

"Kami adalah cebisan imaginasi kau yang terlalu kreatif. Masalah yang kau hadapi menyebabkan kami muncul. Mungkin ini cara Dia memperkenankan permintaan kau." Suara watak yang bersopan dengan bertudung putih.

Mona keliru. Seolah-olah dia memerhatikan sesuatu yang merupakan projeksi mindanya sendiri dalam bentuk yang boleh didengar dan lihat. Seolah-olah dia sedang berdialog dengan mindanya sendiri. Cuma kali ini ia dalam bentuk perbualan dengan manusia biasa.

'Betul ke mereka berdua ni bukan jin atau makhluk halus?' Bisikan hati Mona yang masih curiga.

Kedua-dua lembaga di dalam cermin saling berpandangan dan tersenyum sinis.

"Kau boleh dengar?" Mona melihat kedua-duanya silih berganti.

Mereka mengangguk.

"Siapa nama kau?" Mona sudah dapat mengawal perasaan.

Mereka berdua berdiam.

"Tak ada nama?" Mona hairan.

Dengan serentak kedua-duanya menggeleng. Mona masih terasa janggal berbual dengan bayangannya sendiri di dalam cermin. Tetapi dia lakukan semua ini untuk melawan perasaan takut. Dengan harapan semuanya akan hilang setelah dia berjaya menguasai keadaan.

"Baiklah. Aku bagi nama kau... Munira." Mona memandang ke arah watak dirinya yang bertudung.

"Dan kau... Monique."

"Monique? Aku suka. Nama tu menyerlahkan misteri dan sensasi dalam diri aku. Persis seorang ejen pengintip rahsia dan penyanyi kabaret yang menggoda." Watak berblaus merah dan mekap berani itu menjawab dengan jelingan mata dan senyuman melirik.

"Kau pergilah berehat. Hari ni pasti mengujakan. Jangan lupa kau kena siapakan proposal dalam masa yang singkat ni." Pesan Munira.

Mona mula mempertikaikan kesiuman dirinya kerana berbual dengan watak yang tidak wujud. Tetapi setiap bait pesanan Ustaz Ridwan disematkan dalam hati sebagai panduan.

Entah mengapa Mona sudah mula serasi dengan kedua-dua watak yang dia rasakan seperti direka oleh imaginasinya sendiri. Namun masih ada sekelumit rasa curiga. Mungkin juga mereka adalah makhluk halus yang menyamar. Kerana itu memang kebolehan golongan ini, dengan agenda yang tersembunyi. Untuk menipu anak cucu Adam.

'Dalam keadaan ini aku perlu pasrah. Aku perlu jalani hidup seperti biasa. Mungkin bila tiba masanya, minah berdua ni akan hilang.'


Mona ke dapur untuk menyiapkan brunch, gabungan breakfast dan lunch. Sarapan dan makan tengah hari sekaligus. 'Selepas ini aku perlu teruskan proposal yang tertangguh dari pejabat semalam. Baki cuti mengejut ini perlu aku gunakan sebaiknya.' Mona mengatur rancangan.

1 ulasan:

  1. adehhh..mcm seram jer..apekah makhluk tu yek?..ok..kena baca next n3..ngeee

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?