BAB 1
Truut!
Truut! Truut!
Mona
di awang-awangan. Mimpinya diganggu.
'Ish!
Kacau betul!'
Truut!
Truut! Truut!
Seperti
disentap keluar dari alam realiti maya atau virtual
reality, dia kembali semula ke dalam ruang gelap.
Sebentar
tadi dia berada di taman bunga sakura. Warna merah jambu mendominasi ruang yang
dipenuhi pepohon bunga yang beberapa meter tingginya. Kelopak sakura yang gugur
menyentuh pipi dan, dahi dan hidung. Suasananya segar dan menyamankan Perasaan
yang sungguh sureal.
Dari
kejauhan seseorang sedang menunggu. Tampan dan segak bersama jeket berwarna
kelabu dan muffler merah membalut leher dan terjuntai di dada.
Senyuman
itu. Tajam menusuk kalbu dengan panah asmara. Terus ke jantung.
'Siapa
jejaka itu? Wajah dia persis Keith Foo. Oh!...' Senyum Mona terukir dari
telinga kanan hingga telinga kini. Bantal dipeluk erat, enggan dilepaskan.
Truut!
Truut! Truut!
"Hish!
Kacau betul lah!"
Mona
sudah terduduk di katil. Penutup mata kain satin berwarna pink dengan polka dot
putih ditarik ke dahi. Matanya terkejip-kejip dek silau lampu tidur di meja
sebelah kanan katil.
‘Satu
hari lagi.’
Perasaan
Mona bercampur-baur. Seolah-olah ada dua kuasa di dalam dirinya yang sedang
bertelagah. Satu sedang menarik Mona supaya bingkas bangun bersiap. Satu lagi
seolah-olah sedang menolak Mona supaya tidur semula. Mungkin mimpi bersama
jejaka iras Keith Foo itu akan datang lagi.
'Malas
betul nak bangun.' Gerutu hati Mona ketika wajah Dato' Harriz, Azli, Amirul dan
Kak Rose silih berganti muncul di matanya. Seperti video klip Black or White
Michael Jackson. Satu per satu muncul dan berubah dengan teknik morphing.
‘Satu
hari lagi.’
'Tapi
kalau tak kerana kerja di syarikat Dato' Harriz ni, taklah dapat aku merasa
tinggal di apartment macam ni, walaupun menyewa. Honda City yang aku
idam-idamkan selama ni pun dah dapat aku beli, walaupun belum habis bayar.'
Mona menguatkan semangat.
'Ini
kerjaya yang aku idam-idamkan sejak dulu, dan aku di atas landasan yang betul
sekarang ni. Aku kena teruskan walau apapun yang menghalang.' Mona mengumpul
kekuatan seperti seorang superhero sedang mengecaj bebola kuasa sebelum
dilepaskan ke arah musuh.
Kuasanya
telah dicaj sepenuhnya. Duvet gebu berwarna fuchsia ditebarkan dan dia duduk di
tepi katil.
"Satu
hari lagi." Mona bangun mencapai tuala dan menonong masuk ke bilik mandi.
Wajah
jejaka ala Keith Foo kembali singgah. Mona tersenyum lebar. Tersipu-sipu.
***
Usai
bersarapan dengan Bran Flakes yang bermandi dalam susu segar dan minuman jus
oren segar, Mona mencapai beg eksekutif yang menyimpan laptop dan beberapa
dokumen yang dibawa pulang. Ada kempen terbaru dengan sebuah syarikat produk
kecantikan bumiputera. Dia perlu menyiapkan proposal untuk iklan televisyen
dalam dua versi. Versi 15 saat dan 30 saat.
Mona
masih ingat bagaimana dia mula tertarik dengan kerjaya di bidang pengiklanan.
Menonton kompilasi video klip iklan televisyen dari serata dunia membuatkan dia
jatuh cinta. Kelakar. Romantis. Saspens. Satira. Semua dipaparkan oleh iklan
yang berlainan dari Amerika, Eropah dan Asia.
Mungkin
dia tidak mampu menghasilkan karya seni sehebat Van Gogh dan Picasso. Atau
menggarap novel sehebat Sidney Sheldon dan Jackie Collins. Tapi dengan
menghasilkan iklan, dia mampu berekspresi dengan caranya sendiri. Gabungan seni
kreatif dan persuasive, sebagai satu
kerjaya.
Malangnya
untuk merealisasi impian itu tidak semudah yang disangka. Tapi ini bukan masa
untuk menoleh ke belakang.
'Genggam
biar sampai jadi arang. Ramas sampai abu halus macam debu.' Api semangat Mona
tiup setiap kali dia terasa seperti hendak mengalah dan menukar haluan.
Tut
tut!
Honda
City di pekarangan Setia Condominium berbunyi bersama cahaya lampu berkelip.
***
"Mona,
Dato' nak jumpa." Suara Samantha semasa berselisih dengan Mona di ruang
legar Master Creative Media . Gadis India itu mengepit fail separa lutsinar
berwarna biru di dada.
"Ada
apa hal pagi-pagi nak jumpa aku?" Mona musykil.
Samantha
hanya menjungkit bahu.
Mona
terus ke bilik CEO dengan pintu kayu jati. Organizer dan pen dikeluarkan.
Mungkin ada amanat penting yang ingin disampaikan oleh Dato' Harriz.
"Assalamualaikum
Dato'," Mona menjengukkan kepala selepas mengetuk pintu.
"Waalaikumsalam.
Oh, Mona. Duduk."
Mona
duduk dengan otak yang masih cuba mengagak sebab dia dipanggil.
"Saya
dapat laporan dari klien kita, D'Ferns. Katanya dia masih belum tengok proposal
kempen iklan TV untuk produk terbaru dia. Ada masalah?"
Dato'
Harriz memandang Mona dengan pandangan yang tajam. Tapi Mona tidak perasan. Dia
asyik memerhatikan rambut lelaki berumur itu yang masih lebat dan hitam pekat.
'Dato'
ni guna pewarna rambut agaknya. Lain macam hitam warnanya.'
Apabila
dia perasaan lelaki itu sedang memerhatikan wajahnya, Mona menukar muka serius
dan bersungguh-sungguh memberikan perhatian.
"Saya
tengah siapkan. Ada sedikit yang kena adjust."
Mona beri alasan.
'Ini
semua Amirul punya pasal. Dah berapa kali aku suruh siapkan, tapi
terhegeh-hegeh. Macam kambing panjat bukit.' Getus hati panas Mona.
"Saya
tahu awak memang berpotensi dalam bidang ini. Saya harap awak jangan beri
peluang untuk orang nampak kelemahan awak. Jangan sampai reputasi yang
bertahun-tahun awak bina musnah dalam sekelip mata." Nasihat Dato' Harriz.
"Saya
faham Dato'. Nanti saya akan pastikan mereka dapat tengok proposal tu sebelum
hujung minggu ni." Mona bersuara lembut. Walhalnya hatinya tengah
menggelegak. Silap haribulan kerusi terbang hinggap ke muka Amirul. Atau
mungkin kepala mamat selenga itu akan terperesuk masuk ke celah kerusi. Macam
kes yang berlaku kepada budak yang baru masuk sekolah tahun satu dulu.
'Kalau
ikut hati aku, biar aku buat sendiri. Tapi aku sengaja tak nak bagi muka pada
kau Amirul. Makan gaji buta pulak nanti.' Hati Mona membebel walaupun senyuman
manis terukir di depan Dato' Harriz.
"Okey,
awak boleh pergi. Itu saja yang saya nak sampaikan."
***
"Amirul.
Mana storyboard yang I minta dulu?" Mona cuba mengawal emosi di depan
Amirul.
'Nama
saja graphic designer, tapi hampeh!
Tak boleh harap!' Mona melayan perasaan.
"Oh,
Cik Mona... kejap... rasanya saya dah hantar." Amirul buat gaya
menggelabah. Macam dibuat-buat.
"Kalau
dah hantar, takkan saya tak nampak lagi." Suhu Mona sudah melebihi suhu
bilik semasa tiada aircond.
"Kejap..."
Amirul bangun dan menuju ke tempat Mona. "Hah, ini dia!" Amirul buat
muka seposen.
"Bila
awak hantar?" Tajam mata Mona, boleh tembus dahi Amirul.
"Dua
hari lepas."
"Dua
hari lepas atau pagi tadi?" Kening kanan Mona menjengkit ala Ziana Zain.
"Tak...
betul... dua hari lepas. Sumpah!" Telapak tangan kanan Amirul terpacak
macam signboard tanda berhenti.
'Kau
nak main-mainkan aku ya? Kau ingat aku bodoh? Tray dua hari lepas dah lama aku clear. Tak apa.' Mona menggetap bibir.
"Mona!"
suara garau meninggi. Mona berpaling. Melihat lelaki berkulit hitam manis segak
bertali leher dengan kemeja lengan panjang itu amat menjengkelkan.
"Saya
pergi dulu Cik Mona," Amirul buat gaya bersopan. Padahal Mona tahu apa
yang tersirat.
"Ada
apa Encik Azli?"
"Masuk
pejabat saya sekarang."
Mona
melirik mata dan merengus. Bosan.
"Ada
apa hal awak jumpa Dato' tadi?"
Mona
tidak dijemput duduk. Sedangkan lelaki itu sudah bersandar di kerusi eksekutif berkulit
hitam.
"Dato'
tanya tentang projek D'Ferns. Itu saja."
"Betul?
Tak ada sebab lain?"
"Betul."
"Lain
kali kalau Dato' nak jumpa, beritahu saya dulu."
"Okey,"
Mona bersedia untuk meninggalkan pejabat pengurus.
"Satu
perkara lagi."
'Apa
lagi ni?' Bentak hati Mona.
"Kalau
Dato' ada soalan tentang projek, suruh dia rujuk dengan saya. Jangan pandai-pandai
jawab."
"Okey,"
jawab Mona sebelum beredar dengan muka yang menampakkan kebosanan tahap
maksima.
***
"So, how's your day?" Tanya
Samantha. Itu adalah rutin setiap kali dia dan Mona keluar lunch bersama dan
Mona hanya berdiam.
Biasanya
respon Mona bergantung pada masalah yang dihadapi. Kalau masalah kecil dia akan
menjawab dengan segera. Jika masalah besar, dia akan bermain-main dengan straw
atau memandang sekeliling dulu sebelum menjawab. Kalau masalah yang lebih rumit
dia akan terus termenung seolah-olah tidak mengendahkan Samantha.
Hari
ini Mona hanya termenung.
"Ceritakanlah
apa masalah kau?" Gaya Samantha seperti seorang confidante.
"Entahlah
Sam. Kadang-kadang aku rasa macam susah sangat nak capai impian aku ni. Rasanya
macam nak mendaki Gunung Matterhorn."
"Matterhorn?"
"Ya,
sebab curam sangat. Nak bernafas pun susah betul rasanya." Keluh Mona.
"Aku
yakin kau cukup kuat untuk capai apa yang kau inginkan tu. Aku tahu kau memang
pekerja yang gigih dan tak mementingkan diri sendiri. Macam yang aku perhatikan
di syarikat kita ni. Tengok muka saja aku dah tahu apa agenda dia orang yang
tersembunyi." Samantha bagaikan seorang tukang tilik.
"Kau
ada super power?" Mona hairan.
"Sungguhpun
aku ni kerja bahagian akaun yang nampak boring,
tapi aku ambil tahu hal ehwal semasa. Perbualan kat ofis ni aku pasang telinga
dalam diam tau? Cuma aku ni bukan jenis jaja sana. Jaja sini." Samantha
bersuara yakin.
"Dan
aku tahu kau bengang dengan Amirul dan Encik Azli kan?" Tambah Samantha.
Mona
mengangkat kening, "Hebatnya kau! Apa lagi yang kau tahu?"
"Mana
boleh beritahu semua. Yang lain tu aku simpan." Samantha ketawa kecil.
"Kalau
kau hebat sangat, apa lagi yang menyesakkan kepala aku ni?" Mona cuba
menduga.
"Entah,"
jawab Samantha selamba.
"Aku
ingatkan kau ni terer sangat."
"Apa
lagi masalah kau?" Samantha mencungkil.
"Kak
Rose."
"Ro-se-si-ta
tu? Kenapa dengan dia?"
"Sebutannya
bukan Rosesita, Rosita. Rose tu bunyinya ros." Mona memperbetulkan.
"Ah,
tak kisahlah. Siapa suruh dia eja macam tu. Apa hal dengan Ros...sita tu?"
"Dia
selalu ambil emergency leave. Aku suruh dia siapkan kerja copywriting aku. Sampai sekarang tak siap. Aku rasa kalau aku buat
sendiri, dah lama siap."
"Habis,
kenapa kau tak buat sendiri?"
"Amirul
punya pasal lah. Banyak kerja dia aku kena cover.
Buat kerja lambat macam siput sedut. Tapi kalau Si Azli bagi tugasan, laju aje
siap. Mentang-mentanglah aku ni bos perempuan. Dia ingat dia boleh pijak kepala
aku." Mona melepas geram.
"Masa
bila dia pijak? Kenapa tak ambil gambar? Post kat Instagram, Twitter, Facebook.
Paling kurang pun kau Whatsapp kat aku."
"Sam,"
Mona menggetap gigi.
"Aku
gurau ajelah. Habis apa kau nak buat?"
"Kalaulah
aku boleh tunjukkan pada Dato' Harriz perangai Si Amirul tu. Dan perangai
pengurus kita, anak kesayangan dia tu."
Samantha
melihat sekeliling sebelum berbisik, "Eh, sebenarnya aku ada terdengar
gosip baru kat ofis kita ni."
"Gosip
apa pulak ni?"
"Aku
terdengar dari Suzairi, drebar Dato'."
"Si
Arie tu? Apa yang kau dengar?"
"Katanya
ada hanky panky dalam syarikat
ni?"
"Apa
tu?"
"Alah,
lebih kurang macam skandal, gelap wang syarikat, seleweng duit. Shhh...." Samantha
berhati-hati.
"Eh,
sampai macam tu sekali? Siapa yang terlibat? Dato' tahu tak?" Mona mula
cemas.
"Itu
yang aku tak pasti. Yang aku dengar melibatkan Azli."
"Hmm...
mungkin juga. Sebab dia beria-ia tanya sebab Dato' nak jumpa aku. Lepas tu dia
suruh Dato' refer pada dia kalau ada
apa-apa hal tentang projek."
"Hah,
betul lah tu!" Samantha membuat deduksi melulu.
"Tapi
tak ada bukti. Mana boleh percaya macam tu aje." Mona ragu.
"Kalau
macam tu, kita kena dapatkan maklumat lanjut dari Arie. Aku boleh cuba korek
maklumat dari department aku."
"Hish,
kau ni berani sangatlah Sam. Kalau kantoi nanti macam mana? Kalau kau dengan
aku kena buang kerja nanti?" Mona nampak resah.
"Ini
Sam lah." gadia India itu bersuara yakin.
"Tapi
siapa nak tanya Arie? Aku tengok dia tu tak berapa masuk line dengan staff kat
sini. Maklumlah, dia banyak tahu pasal keluarga Dato'."
"Betul
jugak kan?"
"Aku
rasa tak payahlah kau nak berlagak jadi penyiasat macam Nancy Drew. Jaga kerja
kita elok-elok lagi baik." Mona menutup perbincangan mereka tentang hal
itu.
***
"Kak
Rose apa khabar?" tegur Mona pagi itu.
"Cik
Mona, saya minta maaf banyak-banyak sebab tak sempat siapkan kerja copywriting tu. Saya..." Wanita
dalam lingkungan pertengahan 40-an itu menggelabah. Bahagian tudung di sisi
wajahnya diperbetulkan.
"Tak
apa. Saya dah siapkan sendiri. Kak Rose okey?" Mona perasan riak wajah
Rosesita yang sugul.
Tanpa
diduga wanita itu menangis teresak-esak.
"Saya
tak tahulah Cik Mona, kenapa Tuhan uji saya sampai macam ni sekali. Anak saya
berhutang dengan Along lima ratus ringgit. Sekarang dah jadi dua ribu Cik Mona.
Mana saya nak cari duit banyak tu? Gaji bulan-bulan habis guna bayar bil dan
sekolah anak-anak. Entah apalah silap saya dalam membesarkan anak." Keluh
kesah Rosesita dengan mata yang merah.
"Sabarlah
Kak Rose. Bila dia orang nak jumpa Kak Rose lagi?"
"Katanya
minggu depan. Mana saya nak cekau duit banyak tu?" Tangis wanita itu makin
deras hingga basah tisu dengan air yang melimpah.
"Kak
Rose jangan risau. Nanti saya tolong Kak Rose bayarkan. Bila Kak Rose nak bayar
balik, saya tak kisah. Tak bayar langsung pun tak apa. Kira hadiah dari saya
untuk Kak Rose."
"Mana
boleh macam tu Cik Mona. Banyak tu!"
"Saya
ikhlas nak menolong. Kak Rose jangan fikirkan sangat. Yang penting masalah ni
selesai."
"Saya..."
Rosesita masih belum puas hati.
"Dah,
jangan fikirkan lagi. Nanti kendur muka Kak Rose yang awet muda tu."
Seloroh Mona. Dia berjaya mengukir senyuman semula di wajah Rosesita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan