PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Sabtu, 22 Mac 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 5)

BAB 5





"Kau rasa Rahimi sesuai untuk kau?" Munirah memecah kebisuan semasa Mona sedang asyik memalit gincu di bibir pagi itu.

Sukar untuk Mona pastikan sama ada soalan itu diajukan kerana Munira inginkan jawapan atau dia sekadar ingin melahirkan pendapatnya sendiri. Atau mungkin juga itu semua sekadar projeksi dari mindanya yang masih ragu-ragu.

"Kau rasa?" Mona memulangkan semula lontaran soalan yang enggan dijawab.

"Tarikan kau hanya berpandukan rupa luaran. Fizikal. Kau belum tahu hati budi dan latar lelaki bernama Rahimi tu." Jawapan jujur Munira.

"Munira, kau ni terlalu berhati-hati. Terlalu pesimistik. Hidup ini lebih mencabar kalau kita mencuba sesuatu yang kita tak tahu. Ada unsur misteri. Apa salahnya kalau Mona menerima lelaki seperti Rahimi. Soal latar belakang dan hati budi itu kira belakang." Monique begitu lantang melahirkan buah fikirannya.

"Mona ingin mencari pasangan hidup. Bukan untuk berpoya-poya dengan lelaki sebarangan. Ini soal hati, bukan soal bersuka-ria."

"Apa salahnya kalau Mona bersuka-ria sambil mencari lelaki yang sesuai untuk dijadikan teman hidup. Sambil menyelam minum air." Monique bersuara dengan gaya begitu bersahaja.

Munira hanya menggeleng.


"Dah tak payah nak risaukan tentang aku. Kalau aku head over heels dengan Rahimi, tapi dia tak available, atau dah berpunya, ataupun memang tak interested dengan aku, buat apa! Tak ada guna kalau aku berharap pada benda yang belum pasti. Macam menunggu buah yang tak gugur-gugur."

Mona berpaling meninggalkan cermin. Dengan sendiri perbualan hangat Munira dan Monique sirna dari pendengarannya.

***

Mona melangkah dengan penuh rasa yakin. Senyuman nipis diukir bersama hati yang teruja tahap 500 juta. Dokumen di tangan dipegang erat. Langkah pantas diatur dengan hayunan stiletto menuju pintu bertulis PENGURUS.

Pintu diketuk. Selepas mendengar perkataan "masuk", dia menapak ke dalam.

Tanpa bersuara dia menghulurkan dokumen kepada lelaki yang segak bertali leher.

"Apa ni?" Suara Azli.

"Proposal Mawar Cosmetics." Moa buat muka selamba.

"Bukan saya minta awak hantar hari Isnin pagi?" Soalan polos Azli.

"Saya dapat siapkan awal. Jadi, saya fikir lebih baik submit awal. Boleh juga Encik Azli buat persiapan awal sebelum meeting nanti." Ada maksud halus yang tersirat.

Hati Mona melonjak gembira, 'Puas hati aku dapat tengok muka kau terkejut macam cicak jatuh atas meja makan.' Kening kanannya terangkat sedikit macam kening Ziana Zain tanpa disedari.

Azli terkedu. Entah apa yang bermain di fikirannya, Mona gagal meneka.

"Good. Good. Keep it up." Itu saja yang mampu lelaki itu lafazkan.

"Untuk pengetahuan Encik Azli, saya siapkan dokumen ni tanpa pertolongan sesiapa. Tanpa Amirul atau Rosesita." Sisi nakal Mona mula menguasai, tempias dari Monique.

Azli merenung wajah Mona. Mona cuba mengagak maksudnya, namun dia masih gagal.

"Terima kasih. Awak boleh keluar sekarang." Azli meletak dokumen ke dalam tray tanpa memandang wajah Mona.

Mona melangkah tenang keluar. Namun di dalam kepalanya dia membayangkan diri sedang keluar dari pejabat Azli sambil menjerit, "Yes! Yes! Yes!"

'Dasar manusia egoistik. Bila aku buat silap bukan main berceramah. Pemalaslah. Menyalahkan orang lainlah. Bila aku siapkan cepat tanpa bantuan orang, tak ada langsung nampak macam hargai. Puji pun macam tak ikhlas. Minta maaf jauh sekali. Memang dasar hipokrit!' Mona mencebik bibir.

***

Mona memeriksa checklist  tugasan projek D'Ferns. Kempen itu melibatkan paparan iklan di dalam akhbar utama dan beberapa majalah yang disasarkan untuk wanita. Mona perlu mendapatkan khidmat jurugambar untuk mendapatkan grafik yang sesuai sebelum kerja-kerja copywriting untuk menambah paparan teks yang sesuai.

Pada peringkat ini, penyusunan jadual amat penting. Perancangan melibatkan meletakkan deadline lebih awal daripada tarikh dijangka siap. Ini bertujuan memberi ruang untuk sebarang contingency, jika berlaku sesuatu yang menyebabkan rancangan tersasar daripada tarikh yang dirancang. Jika tidak, projek akan terlewat dan klien akan bising. Mona terpaksa menerima semua tempias kalau itu berlaku.

Sedang Mona asyik merangka jadual, sejambak bunga ros merah diletak ke atas meja. Kertas pink dan putih lutcahaya merangkul tangkai-tangkai bunga bersama ikatan reben merah.

Mona mendongak. Wajah comel Melissa, receptionist dipandang kosong.

"Siapa bagi?"

"Entah, tengoklah kad tu." Jari mulus menuding ke arah sampul kecil pink yang terselit celah kuntuman ros. Melissa pergi tanpa rasa ingin tahu apa yang ada di dalam sampul itu.

Mona menarik keluar sekeping kad berbentuk love. Ada aroma macam bau candy. Lembut dan menceriakan suasana.

Titipan ringkas bertulis tangan memenuhi ruang sebelah kanan kad yang berlipat dua bersama nombor telefon.

Buat Cik Mona Rissa,
Kalau setuju lunch date dengan saya tengah hari ini, call saya.

Remy


"Remy? Siapa Remy?" Mona tercengang.

'Kalau aku call untuk tanya siapa, nanti dia ingat aku setuju nak keluar lunch. Tapi ini bukan setakat lunch, in dah kira date sekali. Dua dalam satu!' Ada rasa gelisah menyelinap dalam diri Mona.

Mona berkira-kira untuk ke bilik air, berjumpa Munira dan Monique. Namun hasrat itu dibatalkan.

Mona berteleku. "Kalau Munira, apa yang agaknya yang akan dia katakan. Jangan pergi, sebab lelaki tu ada niat tertentu. Atau mungkin dia akan kata, pergilah supaya aku dapat kenal lelaki ini dengan lebih dekat. Atau mungkin dia akan suruh aku fokus, dan aku akan temui jawapannya." Mona tersenyum sinis.

"Kalau Monique? Dia suruh aku keluar dan bergembira. Hidup lebih menarik kalau ada misteri. Ada adventure. Dengan gaya seksi dia tu." Mona ketawa kecil.

"Kalau aku? ..." Handphone  berdering tiba-tiba.

Suara lelaki yang husky memenuhi rongga telinga Mona, "Dah dapat bunga?"

'Siapa ni? Dengan tak perkenalkan diri. Suka hati dia aje.' Gerutu Mona dalam diam.

"Awak siapa?"

"Takkan tak kenal lagi. Kita baru jumpa semalam." Suara lelaki itu lagi.

"Encik Rahimi? Tapi dalam kad ni namanya Remy." Mona masih blur.

"Takkan tak perasan nombor telefon atas kad dengan nombor saya dalam telefon tu sama." Rahimi ketawa kecil.

"Oh, ya ke? Tak perasan tadi. Saya minta maaf."

"Remy nama saya untuk orang tertentu saja. Orang yang istimewa."

"Maknanya saya ni istimewalah ya?" Mona rasa 'kembang'.

"Masa kali pertama jumpa awak saya dah dapat rasa berapa istimewanya awak. Cuma awak yang masih belum sedar lagi." Mona membayangkan wajah Rahimi semasa mendengar suaranya. Lekuk di dagu dengan cheekbone yang menyerlahkan wajah tampan lelaki berkulit sawo matang itu.

"Tentang lunch tu... boleh. Tapi bukan date. Lunch saja. Boleh Encik Rahimi?" Mona cuba bertegas.

"Tak payah berencik-encik dengan saya. Panggil Remy saja. Hehe... saya saja gunakan perkataan lunch date untuk menunjukkan betapa seriusnya saya untuk mengenali awak lebih rapat. Tapi kalau awak rasa saya terlalu rush, saya minta maaf. Sekurang-kurangnya awak tahu kesungguhan saya." Mona membayangkan senyuman Rahimi setelah kata-kata itu dilafazkan.

"Kalau lunch, saya setuju. Kita nak jumpa di mana?"

"Saya akan datang jemput awak."

"Okey. Saya tunggu."

Hati Mona berbunga. Hidup begitu indah ketika ini. Dia ada dua orang confidante sulit yang hanya boleh dilihat oleh dirinya saja. Dia juga telah berjaya menangani masalah di pejabat dengan lebih profesional dan cekap. Dan kini calon pertama Mister Right akan datang menjemputnya untuk makan tengah hari. Seperti Prince Charming yang akan tiba bersama chariot diraja.

Mona bersandar. Namun dalam fikirannya dia sedang menari berpusing-pusing sambil mendongak. Kelopak sakura sedang menghujani dirinya dan mula meliputi lantai dengan warna pink.

Hidup ini terasa begitu indah buat seketika.

***

"Mona, jom keluar makan." Samantha datang ke tempat Mona seperti biasa.

"Hari ni tak boleh."

"Kenapa? Kau ada kerja urgent?" Agak Samantha.

"Tak."

"Kau tak sihat?"

"Tak."

"Habis kenapa?"

"Ada orang ajak aku keluar lunch."

"Siapa? Dato'?"

"Bukan."

"Habis tu siapa?"

"Klien."

"Cakaplah awal-awal. Kenapa macam kau nak berahsia dengan aku. Lainlah kalau... oh my God! He's someone special!"

"Engkau ni suka serkap jarang kan? Masa bila aku beritahu klien tu lelaki."

"Habis tu, klien tu perempuan ke?"

"Tak."

"I sense something in the air. Hmm... let's see. I think it's the smell of ... love." Samantha mengelip-ngelip kelopak mata.

"It's just lunch, okay. Nothing more than that."

"Biasalah tu. Mula-mula lunch kan? Lepas tu... hmm..." Samantha giat mengusik Mona.

"Tak ada maknanya," Mona cuba menyembunyikan perasaan malu diusik Samantha sebegitu.

"Okeylah. Aku pergi dulu. Aku nak lunch sorang-sorang sebab tak ada klien nak ajak aku keluar. Bye."

Samantha berlalu pergi, tetapi dia masih tega mengusik Mona.

"Love is in the air. Ooooh love is in the air." Samantha bernyanyi dengan melodi lagu nyanyian John Paul Young.

Dia sempat menjeling nakal. Mona hanya menggeleng.

***

Rahimi menunggu Mona di pekarangan Master Creative Media dengan kereta BMW 328i M Sport berwarna merah berkilat. Melihat kereta itu saja sudah cukup mengujakan Mona. Sebagaimana ketika dia mengamati kontor wajah Rahimi.

'Wah, nampaknya Remy bukan saja kacak, tapi ada citarasa luarbiasa. Growl!' Sisi nakal Mona terserlah dengan apa yang dia fikirkan.

"Hai!" Mona tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan.

"Hai Cik Mona." Rahimi menjawab ringkas.

Fokus Mona hanya kepada kontor wajah lelaki itu.

'Kalau ikutkan rasa hati, aku nak terus menatap wajah kau Remy. Tapi nanti kau kata aku ni dah angau pulak.'

Debaran ketika pertama kali melihat Rahimi datang semula. Sekarang mereka duduk berdua tanpa ada sesiapa lagi. Itu menambahkan kocakan perasaan Mona. Kalau diikutkan rasa hati, mahu dia berpatah balik. Perasaan yang ada sekarang amat menyesakkan.

Dengan tiba-tiba dia teringat peristiwa semasa mula-mula bertemu Rahimi.

'Alamak! Aku harap-harap kami tak pergi makan steak. Aku takut daging terpelanting kena muka dia. Aduh... macam mana ni?' Mona mula menggelabah.

"Kita nak ke mana?" Mona cuba mengalih perhatian dirinya.

"Cik Mona ada cadangan?" Remy berpaling melihat Mona sebentar sebelum meneruskan tumpuan memandu.

"Tak kesah. Mana-mana pun boleh." Mona cuba berlagak tenang.

'Janganlah pergi makan steak. Janganlah pergi makan steak.' Doa Mona.

"Cik Mona suka yang macam mana? Western food? Chinese? Mamak?"

'Aku suka western food, tapi bukan hari ini. Especially not steak!'

"Mana-mana pun boleh," jawapannya seperti bercanggah dengan apa yang difikirkan. Semuanya gara-gara gabra yang cuba dikawal.

'Macam mana boleh salah cakap ni? Aduh...'

"Kenny Rogers boleh?"

Mona angguk.

'But definitely no steak!'

***

"Lunch makan salad aje?" Usik Rahimi sebelum menjamah spagheti yang dipesan.

"Diet."

'Diet lah sangat. Salad pun saladlah. Asalkan tak ada daging terpelanting kat muka kau Remy.'

"Dah lama Cik Mona terlibat dalam bidang pengiklanan ni?"

"Semenjak kolej lagi. Saya memang minat sejak kecil lagi. Saya suka tengok iklan-iklan TV yang kreatif. Walaupun kadang-kadang tak ada kaitan dengan produk yang dipasarkan."

"Oh, bermakna passion Cik Mona memang dalam bidang ni. It shows."

'Sebenarnya bukan itu saja. Passion aku pun untuk lelaki yang sawo matang, ada lekuk di dagu dan high cheekbone macam kau Remy. Nasib baiklah kau tak dengar apa dalam kepala aku ni kan?' Sedikan nakal hati Mona.

 "Encik Rahimi... er, maksud saya... Remy dah lama ceburkan diri dalam bidang perniagaan produk kesihatan D'Ferns?"

"Ada banyak bidang yang saya ceburi. Pelaburan hartanah, FOREX, IT. D'Ferns ni yang terbaru."

"Kenapa dengan yang lain tu? Tak menjadi ke?" Mona syak.

"Eh tak. Saya masih terlibat dalam semuanya."

"Kenapa tak tumpukan perhatian dalam satu bidang? Pengkhususan."

Rahimi tersenyum dengan soalan Mona.

"Bidang perniagaan bukan macam bekerja di syarikat. Perniagaan ni berkaitan dengan sustainability. Long term survival. Kemampuan bertahan untuk jangka masa yang lama. Adakala satu-satu segmen tu memberikan pulangan lumayan. Adakala sesuatu berlaku dan hasil merosot. Bencana atau malapetaka misalnya. Sebab itu kita perlu diversify. Putting eggs in different baskets."

Mona mengangguk. Dia mengerti tentang keperluan melabur dalam pelbagai bidang yang berlainan, kerana kesan pasaran semasa tidak serupa. Pada masa satu-satu pelaburan itu membuahkan hasil, yang lain mungkin mengalami pasaran lembab atau kerugian.

"D'Ferns adalah hasil buah fikiran saya dengan seorang Dato'. Dia memang passionate dengan produk ini. Dia mengalami sendiri keberkesanan produk ni masa dia kena penyakit kencing manis dulu. Selepas guna produk ni dia, kesihatan dia makin baik. Diabetes dia seolah-olah hilang. Testimoni yang paling besar bermula dengan peniaga produk itu sendiri."

Mona membuat refleksi tentang Rahimi dalam diam.

'Dia memang lelaki yang berjaya dan ada matlamat hidup. Memang beberapa tick dalam senarai calon Mister Right. Now to the next stage.'

"Pasangan Remy tak kisah ke keluar dengan saya?"

'Apa punya soalan tu? Dah tentu dia bagi bunga kat kau. Pasangan apa pulak ni? Spoil betul kau ni Mona!'

Rahimi seperti tersedak semasa dia menyedut straw minuman.

"Saya masih single lagi Cik Mona. Tengok, mana ada cincin lagi. Kosong."

'Tak apalah kalau tanya soalan silap pun, janji aku dapat jawapan yang aku inginkan.'

"Cik Mona pula, bagaimana? Tak ada orang istimewa dalam hidup?"

Mona menguak rambut. Tersipu-sipu. "Belum."

Rahimi tidak bertanya lagi. Hanya senyuman yang terukir.

***

Mona berjalan seperti tidak jejak ke tanah tengah hari itu. Bukan sebab dia digigit vampire dan bertukar menjadi pontianak. Tidak!

Lunch bersama Rahimi boleh diibaratkan seperti peluang bersiar-siar di taman diraja bersama seorang putera. Semuanya terasa indah. Kicauan burung. Desiran air terjun. Haruman kelopak kembang yang mekar. Yang penting sekali, berada di sisi seorang lelaki yang kacak dan menawan seperti Rahimi.

Mona masih terasa di awang-awangan semasa melangkah ke tempat duduk.

Suara Samantha mengalunkan lagu tadi terngiang-ngiang di telinga ketika dia melabuhkan punggung.

"Love is in the air..."

Namun semuanya sirna ketika dia melihat Azli melangkah keluar dari pejabat bersama Amirul dan seorang lelaki.

"Saya memang teruja nak tengok hasil iklan minyak wangi Mawar. Proposal yang saya tengok tadi memang kena dengan apa yang kami inginkan." Suara lelaki yang belum pernah Mona lihat sebelum ini.

'Inilah agaknya wakil Mawar Cosmetics. Tapi dulu Azli kata perjumpaan hari Isnin depan. Kenapa buat hari ni?' Mona hanya memerhatikan lelaki itu.

"Saya dan Amirul memang faham sasaran ketiga-tiga range minyak mangi Mawar. Sebab tu kami sasarkan kepada personaliti wanita yang berbeza."

'Dia dan Amirul. Sejak bila mereka berdua yang jayakan kempen ni? Dia bercakap pasal proposal aku? Dia tak perasan aku duduk di sini? Atau ini memang percaturan seterusnya?' Mona menggetap bibir.

Nampaknya Azli ada strategi baru. Dan Mona tiada dalam rancangan itu.

'Tak mengapa. Just wait and see.' Mona cuba menyedapkan hati.




2 ulasan:

  1. erkkk manis bergula remy tu yek...baru sikit..kena tahu lg ni...hehehe..adoiii bencinya azli dgn amirul ni buat pakatan....nk hempuk jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ Lavender Purple sudi singgah dan komen.
      Masih banyak lagi plot yang akan didedahkan sepanjang perjalanan kisah ni.
      Enjoy! ^_-

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?