PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Jumaat, 6 September 2013

CERPEN PSIKO-THRILLER: BUAYA DI DANAU KESUMAT




AMARAN:


Kisah ini memaparkan adegan yang agak eksplisit dan mengerikan.

Dilarang baca sekiranya anda tidak suka paparan sebegitu.
Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kesan negatif selepas membaca cerpen ini.

Kepada adik-adik, jangan lakukan aksi seperti ini di rumah.


 I nspektor Zaki melangkah keluar dari kereta polis yang membawanya ke kawasan perumahan dengan tragedi pembunuhan yang menggemparkan. Seluruh penghuni di sebuah rumah teres dua tingkat ditemui bergelimpangan dalam keadaan yang mengerikan.

Inspektor Zaki melintas di bawah tali plastik kuning yang merentangi kawasan di pekarangan rumah bernombor 13 itu. Kelihatan darah terpercik di lantai bersimen menuju ke ruang tamu.  

Matanya menangkap seorang lelaki yang memegang bahagian lengannya yang berbalut kain. Darah merah sudah membasahi kain itu. Bahagian baju, seluar dan lantai juga sudah dibasahi cairan yang likat dan melekit itu. Berdasarkan darah yang tumpah, luka itu tentunya agak parah. Pasukan paramedik yang dipanggil masih lagi belum sampai kerana kesesakan lalulintas.

Lelaki itu berada dalam trauma yang begitu teruk sekali. Dia menggigil dengan ekspresi wajah yang menggambarkan perasaan takut yang luar biasa.

'Apa yang terjadi pada lelaki itu?' Inspektor Zaki menyimpan perihal lelaki itu untuk diketahui kemudian. Dia perlu melihat tubuh-tubuh yang dikatakan bergelimpangan di ruang tamu.

Apabila Inspektor Zaki memandang ke ruang tamu, nafasnya bagaikan terhenti buat seketika.


Darah.
Umpama pusat penyembelihan, darah memenuhi hampir keseluruhan lantai. Cuma kali ini bukan darah ayam, kambing, lembu mahupun khinzir. Darah ini adalah darah manusia.

Lamunannya tersentak dek suara yang didengar.

"Selamat pagi tuan." Suara lelaki bertubuh pendek tetapi sasa berisi dengan uniform polis di sebelahnya. Misainya tebal dengan uban yang mencelah.

"Pagi." Jawab Inspektor Zaki. Ringkas.

"Kejadian berlaku lebih kurang jam lima pagi. Dipercayai semasa mangsa sedang bersiap-siap untuk keluar rumah. Semua mangsa berjumlah enam orang. Lima terbunuh dan satu terselamat." Polis itu memberikan maklumat.

'Tentunya lelaki yang aku lihat tadi adalah yang terselamat.' Refleksi Inspektor Zaki sambil kedua tangan dipautkan ke belakang.

"Mangsa yang terbunuh adalah satu keluarga, pasangan dan tiga orang anak mereka."

Inspektor Zaki memerhatikan lima tubuh yang bergelimpangan dalam keadaan yang mengerikan dan menyayat hati pada masa yang sama.

"Si Ayah, Dasuki bin Derus dipenggal kepala dan ... tuan boleh lihat sendiri."

Polis itu tidak sanggup menghabiskan ayatnya, sambil memerhatikan keadaan lelaki dalam lingkungan empat puluhan itu terkapar bersama dua bahagian tubuhnya diceraikan dan diletakkan di sebelah mayatnya.

"Isteri Dasuki, Mazidah binti Sidek dipercayai telah dicabul setelah dibunuh dalam keadaan tanpa seurat benang."

Ayat yang digunakan oleh polis itu menggeletek hati Inspektor Zaki.

'Mamat ni salah pilih kerjaya agaknya. Sepatutnya dia ni jadi penulis.' Inspektor Zaki melayan apa yang terlintas di fikiran. Dia segera mengalihkan pandangan daripada tubuh kaum hawa yang terlentang di depan matanya, walaupun naluri jantannya ingin menatap dengan lebih lama.

"Anak sulung pasangan, Ammar dilapah hingga isi perut terburai. Anak kedua, Dali dikelar-kelar dengan luka yang amat dalam. Anak bongsu, Nur Nilam dikerat-kerat sehingga tercerai menjadi lapan bahagian."

Entah mengapa, polis yang ditugaskan memberi update tentang kes ini agak menjengkelkan Inspektor Zaki, tetapi dia hanya mendengar.

"Apa motif pembunuhan?" Tanya Inspektor Zaki sambil memerhatikan corak tompokan darah dilantai. Dia cuba melihat bukti-bukti tersembunyi yang mungkin kelihatan.

"Buat masa ini belum dapat dipastikan. Mungkin bukan rompakan atau sekadar rompakan. Sebab cara mangsa dibunuh menunjukkan ada motif dendam kesumat."

"Siapa lelaki yang cedera di luar?"

"Saksi, juga jiran kepada mangsa. Namanya Nordin bin Sariman. Dia mengalami kecederaan teruk di lengan akibat ditoreh pembunuh."

"Bagaimana rupa pembunuh? Dapat dia cam?"

"Tak dapat tuan. Dia memakai serkup kepala hitam yang menampakkan mata saja. Tak ada kesan cap jari, sebab pembunuh memakai sarung tangan. Pada mangsa pun tak ada kesan ketara yang ditinggalkan. Kata Nordin, pembunuh sempat melarikan diri tanpa membawa apa-apa. Kalau adapun mungkin disimpan dalam poket bajunya, tuan."

Inspektor Zaki keluar untuk bertemu dengan Nordin. Lelaki itu duduk bersandar di lantai . Lengannya sedang dibalut oleh pasukan paramedik yang baru tiba. Tubuhnya menggeletar dengan keadaan teruk sekali. Nafasnya tercungap-cungap menunjukkan trauma yang melanda, walaupun lukanya tidak seteruk seperti yang digambarkan oleh reaksi lelaki itu.

"Bagaimana awak boleh berada di sini?" Tanya Inspektor Zaki.

Lelaki itu tergagap-gagap untuk mula bercakap. Setelah Inspektor Zaki tersiksa menunggu perkataan yang ingin dilafazkan, akhirnya lelaki itu bersuara.

"Saya ... tengah tidur. Saya terdengar bunyi bising di sebelah. Saya ingatkan mereka bergaduh. Tapi ... takkan pagi-pagi buta macam ni. Saya tengok jam, pukul 5.13 pagi. Saya cuba tidur balik. Tapi lepas tutup kepala dengan bantal, masih terdengar ... jeritan suara perempuan dan budak-budak. Tak lama lepas tu senyap. Saya ingatkan dah settle. Saya intai dari tingkap, saya nampak pagar terbukak dan kereta masih ada. Saya cuak. Saya keluar ... tengok pintu rumah terbukak dengan lampu menyala. Bila ternampak darah, saya ... syak."

Nordin terhenti seperti tidak mampu untuk meneruskan cerita.

Tidak lama kemudian dia menyambung, "Saya rasa bodoh sebab saya datang sini nak tolong. Saya ... bawak parang dalam tangan. Bila saya masuk, saya tengok lelaki tu tengah..."

Lelaki itu terhenti lagi. Inspektor Zaki agak mungkin dia terlihat adegan yang menjijikkan di depan matanya antara mayat mangsa bernama Mazidah dan pembunuh.

Saya cuba lari, tapi ... kaki saya jadi lemah. Saya nak menyerang pun tak bermaya lepas tengok semua mayat-mayat yang bergelimpangan. Saya cuba lari, tapi bila ... saya sampai kat pagar, dia tangkap saya."

Nordin menggigil teruk. Dia bertarung antara emosi yang menguasai dan rasa tanggungjawab untuk memberitahu apa yang berlaku.

"Dia tolak saya sampai saya terperesuk kat penjuru sana tu. Saya ingat dia nak bunuh saya. Rupa-rupanya...."

Air muka Nordin menunjukkkan tanda-tanda dia sudah mula hendak menangis, tetapi cuba ditahan.

"Dia ambil parang dan toreh tangan saya. Lepas tu dia lari macam tu aje."

Nordin sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dia memeluk lutut dalam keadaan menggigil seolah-olah sedang berada di Artik atau Antartika.

Mahu tak mahu Inspektor Zaki terpaksa menamatkan sesi bersama Nordin. Lelaki itu dibaringkan ke atas pengusung dan dibawa ke dalam van ambulan.

Inspektor Zaki berdiri di pekarangan rumah sambil melempar jauh pandangannya. Kosong. Sekosong petanda tentang motif dan jejak pembunuh.

***

Inspektor Zaki duduk bersendirian di ruang itu. Dia memerhatikan gambar-gambar mangsa dan segala maklumat tentang pembunuhan yang dipaparkan di dinding.

Buntu.
Segala-gala maklumat yang dikumpul seolah-olah mengeja perkataan dengan lima huruf itu.

'Motif pembunuhan masih belum jelas. Pembunuh terlalu bijak menyembunyikan kesan DNA pada mangsa. Dua buah rumah yang terletak di kawasan terceruk itu menyebabkan sukar mengumpul maklumat dari penduduk setempat.'

Ketika itu Inspektor Zaki teringat perbualan bersama mereka yang tinggal berdekatan.

"Kawasan rumah teres tu sebenarnya... err... saya nak cakap pun serba salah encik. Saya dengar kawasan rumah tu... berhantu. Dulu dua biji rumah di sebelah rumah keluarga yang kena bunuh tu ada orang. Tapi semenjak ada orang tua mati, dua-dua keluarga tu dah pindah. Dia orang kata dulu ada perempuan Cina tua. Dah beberapa hari baru orang jumpa mayat dia. Sampai dah busuk. Berulat. Ada pakar feng shui kata deretan rumah teres tu tak elok. Ada sia... Inspektor faham apa yang saya maksudkan."

'Apakah benar apa yang dimaksud oleh pakar feng shui itu? Bahawa keluarga itu terpaksa menerima badi akibat kematian perempuan Cina tua itu. Atau mungkin kerana tipisnya semangat kejiranan masa kini?'

Inspektor Zaki sedar dia sudah jauh tersasar daripada penyiasatan dalam mencari bukti yang jelas dan konkrit.

'Petunjuk yang adalah hanyalah Nordin. Lelaki yang tidak bercampur dengan masyarakat. Tetapi begitu berani berkonfrontasi dengan pembunuh hingga dicederakan. Lelaki seperti itu berada di tempat dan pada masa yang salah. Sepertimana keluarga yang menjadi mangsa itu. Nampaknya kes ini mungkin terpaksa ditangguhkan sehingga ada maklumat lanjut.'

Inspektor Zaki bersandar di kerusi sambil matanya terus memerhatikan dinding dengan pelbagai foto dan nota tentang kes ini.

***

Nordin memandang ke rumahnya dan rumah jiran yang menjadi mangsa pembunuhan kejam itu. Sedikitpun dia tidak sangka dia masih mampu berdiri di sini setelah apa yang berlaku.

Apa yang berlaku kembali terlintas di minda. Peristiwa ngeri. Entah mengapa senyumannya terukir. Dia rasa lega kerana berjaya lepas dari cengkaman maut. Langkah diatur menuju ke rumah. Matanya dikerling ke rumah sebelah. Seolah-olah dia sedang memerhatikan Dasuki sedang berlengging dengan bermuda sambil menyedut asap rokok yang menyesakkan nafas dengan risiko second hand smoke. Mazidah sedang berleter dengan suara yang lantang dan membingitkan. Ammar dan Dali sedang bermain bola dengan bunyi lantunan bola ke dinding yang amat menyakitkan hati. Nilam sedang menyanyi dengan suara sumbang yang bisa memecahkan gelas kaca nipis dengan pitch yang menjengkelkan.

Entah mengapa rasa takut tadi telah berubah menjadi kelegaan yang amat sangat.


Cerpen ini tidak disiarkan sepenuhnya. Sekadar preview di blog.
Harap maklum... 






8 ulasan:

  1. dah agak dah mesti kerja nordin....ngeri nyer...org senyap ,sekali dia meletup bahaya tuuu..tak terjangka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Hehe... jangan main-main.
      Terima kasih Nur, sudi singgah dan menitip komen ^_^

      Padam
  2. cik kat mne link cte ni sy xjmpe cr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita ni dibekukan buat seketika atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.
      Sebabnya ada di sini : https://www.facebook.com/groups/penavr/

      Padam
  3. Dear Penulis, sambung pleaseeee =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okey, nanti saya post di grup facebook.com/groups/penavr/ ^_-

      Padam
    2. tq...x sabar tunggu =)
      saya sangat berminat dengan cerpen thriller awk.

      Padam
    3. Okey, sudah update di grup FB. Link ada di atas.
      Selamat membaca ^__^

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?