PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Isnin, 24 Mac 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 6)

BAB 6





Sebulan telah berlalu semenjak lunch atau lunch date Mona dan Rahimi. Hubungan mereka? Hmm... memang intim. Intim macam mana? Sabarlah, ini memang akan diceritakan.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Mona dengan rutin hariannya sebelum pergi kerja. Bersiap di depan cermin sambil ‘mesyuarat tergempar’ dengan dua confidante yang masih tercongok di dalam cermin. Sampai bila? Mona pun sukar mengagak. Sebab dia sendiri masih tercari-cari sebab kedua-duanya muncul.

Kehadiran Rahimi menyebabkan fokusnya lari buat seketika. Lena diulit mimpi indah alam percintaan. Khayal menunggang kepulan awan menuju destinasi bintang kejora cinta. Bercanda dalam bahtera romantika dalam mengenal erti bahagia.

Fuh! Dahsyat betul bunyinya kan? Tapi itu semua dalam kepala Mona saja. Hakikatnya mereka seperti dulu, setakat keluar makan tengah hari dan adakala pergi makan malam bersama. Tidak lebih daripada itu.

"Sampai bila kau akan teruskan hubungan dengan Remy macam ni?" Soalan 'power' terpacul dari bibir Munira.

"Ada yang tak kena dengan hubungan aku dan Remy?" Mona menjeling Munira seketika sebelum meneruskan memperelokkan mekap di wajah.

"Kau bukan tak kenal dengan Munira ni. Semua tindakan kau dia nak persoalkan. Berhati-hati sangat." Selar Monique.

"Aku risaukan Mona. Aku takut Remy sekadar ingin mengambil kesempatan." Munira menyuarakan pendapat.

"Kalau dia nak ambil kesempatan, dah lama dia boleh buat. Dah sebulan Mona keluar dengan Remy. Ajak balik rumah pun tak ada." Kening Monique terjengkit-jengkit.

"Itu tak bermakna dia tak ada niat jahat pada Mona. Lelaki ni...," Ceramah pagi Munira dipintas Mona.

"Guys, cukup-cukuplah. Setiap pagi aku mengadap cermin, korang nak bertekak." Mona sudah mula bosan dengan deja vu setiap pagi. senarionya hampir sama, cuma topik perbualan berubah-ubah.

Adakala dia mempertikaikan kesiumannya. Melihat dua watak dalam cermin seiras dirinya bertekak hampir setiap pagi bukan perkara normal bagi wanita berkerjaya seperti dirinya. Namun dia menepis perasaan itu dengan memberi fokus kepada matlamat yang dia ingin capai.

Azli tidak pernah melibatkan Mona dalam perbincangan berkenaan kempen Mawar Cosmetics, walaupun sekadar bertanya pendapat. Seolah-olah proposal yang dihantar tempoh hari adalah blueprint projek itu, yang sudah lengkap untuk dijadikan bahan rujukan penuh.

Mona tidak terfikir untuk membuka mulut kepada Azli. Apatah lagi mempersoalkan keputusan yang dibuat lelaki itu. Kerana dia sendiri ada agenda tersembunyi bersama Samantha.

Perbualan dengan Sam beberapa hari lepas menggambarkan projek sulit mereka.


"Kenapa? Kau dah mula curiga dengan Remy?" Soalan selamba Samantha sambil menyisip air sirap dari straw.

"Bukan." Mona serba-salah. Samantha masih belum tahu lagi tentang kewujudan pelik Munira dan Monique. Dia bimbang Samantha tidak akan percaya apa yang dia alami, walaupun hakikatnya mereka rakan sekerja yang akrab.

"Kalau bukan, apa sebabnya?"

'Kalau aku beritahu Munira asyik membebel pasal ni setiap kali aku tengok dalam cermin, aku takut Sam dah tak nak berkawan dengan aku lagi. Siapa nak kawan dengan orang gila?' Mona berlagak tenang.

"Well...," Sam mula hilang sabar dengan kebisuan Monna.

"Sebenarnya aku nak pastikan saja. Aku tak nak dapat berita yang bukan-bukan bila aku dah betul-betul steady dengan dia. Perkahwinan bukan untuk sehari dua tau. Aku tak nak macam yang selalu terjadi, masa bercinta macam nak rak. Bila dah kahwin baru macam-macam rahsia terbongkar." Mona meluahkan perasaan.

"Apa yang kau dah buat setakat ni?"

Mona terkedu.

"Kau belum buat apa-apa lagi?" Samantha menggeleng.

"Aku takut Sam. Aku takut kehilangan dia. Aku rasa... aku dah jatuh cinta dengan dia."

"Itulah masalah dengan perempuan macam kita ni. Kerana cinta, kita selalu terperangkap dengan lelaki yang suka ambil kesempatan."

"Ewah ewah, kau bercakap macam kau pakar sangat dalam hal percintaan ni. Boyfriend pun tak ada lagi." Mona mencebik.

"Jangan pandang aku sebelah mata okey. Aku memang tak ada boyfriend lagi. Sebab aku cari yang ada kualiti dalaman. Bukan rupa handsome macam taste kau."

"Celuparnya mulut kau...," Mona mengecilkan pandangan. Dia nampak Samantha seperti ulat kecil yang sedang dipicit hingga terkeluar isi perutnya.

Samantha mengangkat tangan seperti askar yang menyerah kalah di medan pertempuran. "Okey, aku minta maaf. Tapi cuba kau fikir betul-betul apa yang aku cakap ni. Jangan mudah terpedaya dengan rupa, Mona."

Mona berdiam diri. Kebuntuan membuatkan bicaranya hilang buat seketika.

"Okey, macam ni." Samantha membetulkan posisi duduk. Kedua lengan direhatkan ke atas meja. "Aku boleh tolong kau cari maklumat tentang Remy. Tapi, cuma satu permintaan aku. Aku nak kau buat keputusan berpandukan kewarasan dengan segala maklumat yang ada nanti. Bukan kerana cinta buta sampai kau terpengaruh dengan rupa dan luaran. Boleh?"

Mona tunduk. Kemudian dia memandang Samantha, "Okey."

Perbualan mereka bertukar topik.

"Kau dengan Azli macam mana?" Tiba-tiba Samantha mengubah haluan kemudi perbincangan mereka di meja makan.

"Masih macam tu juga. Dia buat tak layan dengan aku. Meeting dengan klien pun dia tak libatkan aku."

"Dato' tak tahu?"

"Malas aku nak libatkan orang tua tu. Silap haribulan makin teruk aku kena. Oh ya, macam mana dengan maklumat tentang projek Astaka Aksara tu?"

Samantha memerhatikan sekeliling sebelum menjawab. Mungkin untuk memastikan 'line clear'. "Aku dah tanya bahagian akaun. Mula-mula dia orang tak nak beritahu. Tapi bila aku pujuk, lama-lama terkeluar juga."

Mona mendengar penuh tumpuan.

"Masing-masing malas nak campur tangan. Sebab Azli tu anak Dato'. Buruk-buruk pun dia tu anak. Silap haribulan mereka pulak yang kena buang." Samantha membuka cerita.

"Daripada apa yang aku dengar, Astaka Aksara pun ada masalah dalaman juga. Ada kes melobi duit syarikat."

"Hah? Ini dah kes berat. Jangan-jangan Azli terlibat."

"Daripada perbualan aku dengan dia orang tu, aku cuba buat andaian sendiri. Ini cuma hipotesis aku yang masih belum dapat dibuktikan."

"Hai, dah macam saintis pulak kau ni. Hipotesislah. Andaianlah." Mona tergelak kecil.

"Kau nak dengar ke tak?" Samantha membeliakkan biji mata.

"Nak."

"Kalau nak, tutup mulut kau." Gaya Samantha bercekak pinggang seperti Mak Nam sedang berleter.

Mona terkekek ketawa sambil membuat gaya seperti mengunci mulut dan membuang kuncinya ke tepi.

"Ada kemungkinan mereka gunakan Azli untuk dapatkan pulangan daripada duit tu. Mungkin dalam akaun atas nama syarikat yang dapat pulangan lumayan. Sebenarnya tiada apa-apa transaksi antara Astaka Aksara dan Master Creative Media. Semuanya sekadar mengaburkan mata. Azli simpan semua rekod supaya dia dapat siapkan dokumentasi palsu yang nampak realistik."

Mona bertepuk tangan sambil menggeleng dengan gaya teruja.

"Apa hal kau ni?" Dahi Samantha berkerut.

"Bravo! Sam! Kau memang ada bakat jadi PI."

"Mona." Suara Samantha dengan bibir digetap. Matanya dijegil.

"Okay, aku diam." Mona masih cuba menahan ketawa.

"Berdasarkan apa yang aku teka ni, apa yang kita boleh buat sekarang?" Samantha buat muka serius.

"Hmm...," Mona cuba mencari ilham.

Suasana sepi seketika. Hanya kedengaran bunyi straw semasa Samantha menyedut air yang berbaki di celah-celah air batu yang masih berketul dalam gelas.

"Apa kata...," Mona cuba mengumpul idea yang masih berselerak menjadi satu rancangan yang konkrit. "Kita hantar SMS hantu kepada Dato'. Bila dia syak, dia akan siasat. Kalau betul apa yang kau teka tu, mesti dia akan tahu."

"Mona! Kau memang bergeliga!" Samantha cuba mengawal suara dalam keadaan yang amat teruja. "Tapi dia boleh trace nombor yang hantar tu kan?"

"Jangan jadi bodoh Sam. Kita guna nombor baru. Bukan senang orang nak trace." Mona bersuara yakin.

"Kau sure ke Mona? Macam risky aje rancangan kau ni." Samantha menampakkan kerisauan di wajah.

"Jangan risau. Kau dah jalankan tugas kau. Sekarang giliran aku pulak." Mona tersenyum sumbing.

***

Tengah hari itu Mona keluar makan bersama Dato' Harriz dan Rahimi.

"Tahniah saya ucapkan kepada Dato' dan Cik Mona. Kempen Master Creative Media nampaknya berjaya. Jualan kami sedang mengalami lonjakan mendadak." Berseri-seri wajah Rahimi ketika bersuara.

"Alhamdulillah. Kalau Encik Rahimi tak berikan kepercayaan kepada kami, kempen ni belum tentu berjaya. Ketelusan Encik Rahimi tentang keperluan D'Ferns banyak meletakkan kami dalam track yang betul." Dato' Harriz memulangkan penghargaan kepada Rahimi.

"Sebenarnya bukan itu sebab utama kejayaan ini. Master Creative Media beruntung kerana memiliki seorang eksekutif yang berwibawa seperti Cik Mona ni. Bukan setakat itu, orangnya pun lawa." Pujian Rahimi datang bersama pekej renungan tajam tahap 250 juta.

Akibatnya Mona jadi tak senang duduk. Mukanya terasa hangat, seperti baru lepas tergigit cili api. Dato' Harriz hanya ketawa kecil melihat reaksi Mona.

"Itu memang saya dah lama tahu. Sebab tu saya takut kalau ada orang yang nak sambar dia. Maklumlah orang macam dia memang aset besar syarikat."

Muka Mona jadi semakin merah. Sekarang Dato' Harriz juga sudah 'bersekongkol' dengan Rahimi.

"Semuanya atas tunjuk ajar Dato' selama saya berkhidmat di syarikat ini. Terima kasih Dato'."

Merah muka Mona semakin menghilang. Namun Rahimi tidak melepaskan peluang memandang curi ke wajah Mona. Dia bimbang renungannya akan mengembalikan 'bera' di wajah ayu itu.

***

Mona keresahan melihat perubahan mendadak pada perwatakan Dato' Harriz pagi itu. Dia tidak banyak bercakap. Sepatah soalan staf, sepatah juga yang dijawab. Adakala dia kelihatan seperti watak Grumpy dalam kisah dongeng Snow White.

Semuanya bermula selepas Mona menghantar SMS hantu malam tadi. Bukan setakat itu saja. Dia nampaknya sibuk menyuruh staf menghantar pelbagai jenis fail syarikat dan dokumen ke dalam biliknya.

Azli masih belum kelihatan. Begitu juga Amirul. Kedua-duanya seperti askar yang hilang semasa operasi. MIA. Missing in action. AWOL. Absent without leave.

Sebenarnya dada Mona turut teruk berdebar dengan rancangan yang hanya diketahui dirinya dan Samantha. Apa yang berlaku sukar dijangka. Mungkin hasilnya dapat memperbaiki keadaan, atau mungkin juga akan menambahkan kesulitan.

Azli masuk ke pejabat ketika hampir waktu tengah hari. Amirul masih belum kelihatan.

Tanpa berlengah, Dato' Harriz memanggil Azli ke pejabatnya. Pintu ditutup tetapi keadaan lengang menyebabkan kedengaran suara tinggi Dato' Harriz dibawa angin. Selepas hampir setengah jam mereka di dalam bilik, Azli meluru keluar dengan wajah yang 'ketat'. Dia terus meninggalkan syarikat tanpa berkata dengan sesiapa.

"Mona, Dato' nak jumpa." Suara Sharon menyebabkan jantung Mona rasa terhimpit seketika. Seperti sedang disumbat ke dalam balang kaca yang sendat. Sukar rasanya untuk ia berdegup normal.

Dengan langkah berat Mona menuju ke pejabat majikannya.

"Dato' panggil saya?"

"Duduk Mona." Arahan Dato' Harriz agak kasar dengan marah yang masih bersisa.

"Awak tahu apa-apa tentang projek Astaka Aksara?" Dato' Harriz merenung wajah Mona. Tajam.

"Tak Dato'. Semuanya Encik Azli yang uruskan."

"Betullah seperti apa yang saya sangka."

"Kenapa? Ada yang tak kena?" Mona berlagak naif.

"Astaka Aksara ada buat deal dengan Azli. Kalau tak kerana saya mengenangkan dia anak saya sendiri, darah daging, dah lama saya pecat dia."

"Minta maaf Dato'. Saya tak faham." Mona mohon penjelasan.

"Azli terlibat dengan money laundering. Dia gunakan nama syarikat untuk dapatkan keuntungan." Marah masih bersisa pada riak wajah Dato' Harriz.

"Saya minta maaf atas apa yang berlaku." Mona cuba menzahirkan rasa kesal

"Saya rasa kecewa dengan Azli. Saya sebenarnya berharap awak dan dia akan membawa syarikat ini kepada tahap yang seterusnya. Langsung saya tak sangka akan jadi macam ni." Keluh lelaki itu.

"Mungkin ini dugaan untuk saya. Saya tak ada pilihan lain selain dari menaruhkan harapan pada dia. Tapi kalau dia tak nak berubah juga, apa yang saya boleh buat. Saya minta maaf kalau saya libatkan awak dalam hal ini. Awaklah pekerja yang paling saya percaya di pejabat ni." Luahan luhur Dato' Harriz.

Mona hilang kata-kata. Dia seakan dapat merasa beban yang ditanggung majikannya. Cabaran untuk membawa syarikat ke mercu kejayaan dengan sikap Azli yang hanya akan merosakkan reputasi yang telah dia bina selama ini.

Mona sukar untuk memastikan perasaan yang sedang bertelagah dalam dirinya. Dia merasa gembira kerana Azli telah menerima penangan akibat perbuatannya. Pada masa yang sama dia bersimpati dengan Dato' Harriz.

Namun dia hanya mampu berdiam diri.

***

Mona terasa pelik. Apa yang berlaku ini betul-betul menguji kesabarannya.

Semuanya bermula selepas dia keluar lunch dengan Sam tengah hari tadi. Mereka makan lewat kerana Samantha menunjukkan sesuatu di dalam kereta yang membuatkan matanya hampir terjojol keluar.

"Kau pasti ini Remy?" Mona mengamati Samsung Galaxy di tangan.

"Cuba kau tengok dagu dia. Cheekbone dia. Kau rasa ada tak lelaki lain yang rupa sebiji macam dia?”

Mona terdiam. Mindanya masih cuba menyangkal.

Lelaki dalam gambar foto itu memang saling tak tumpah seperti Rahimi berdasarkan paras rupanya. Tetapi perlakuannya berlawanan dengan Rahimi yang Mona kenal. Gelas berkaki tinggi dipenuhi cairan kekuningan yang serupa warnanya dengan botol Bacardi yang ada di sebelahnya. Pakaian gadis-gadis mongel dalam gambar itu hanya berpaut pada tali nipis yang tersangkut di bahu. Lebih daripada separuh bahagian dada mereka terdedah. Wajah-wajah berkulit putih mulus itu memiliki raut wajah Cina dan Pan-Asia.

'Mustahil. Ini bukan Remy. Takkan Remy buat semua ini. Ini mungkin seorang yang rupanya seperti Remy. Mungkin Remy ada saudara kembar. Mungkin terpisah semasa kecil.' Naluri Mona cuba menjelaskan perkara yang tidak masuk dek akalnya.

Mungkin juga kerana dikaburi rasa cinta kepada Rahimi yang sudah mula menebal.

"Mana kau dapat gambar ni?"

"Aku buat research berdasarkan nama penuh dia. Syarikat dia pernah bekerja, staf di syarikat yang sama. Ini aku ambil dari laman FB kawan aku. Masa search nama syarikat, aku dapat tahu dia ada kaitan dengan syarikat tu sebab pernah datang satu function. Disebabkan mereka kawan rapat di Facebook, aku dapat akses gambar ini."

Penerangan Samantha cukup logik, tetapi minda Mona masih tega menafikan. Bahawa lelaki dalam gambar itu bukan Rahimi.

"Kau pasti?" Mona memancing kepastian.

"Sebenarnya kau bukan hendakkan kebenaran kan? Kau sebenarnya inginkan jawapan bahawa lelaki itu bukan Remy. Betul tak?"

Mona memalingkan wajah dari gambar itu. "Entahlah Sam. Hati aku ni macam tak boleh terima kalau Remy tu seperti apa yang kau cakap. Aku... aku..."

"Tak cukup kuat untuk hadapi semua ni? Hei Mona. Kan aku dah beritahu kau dulu. Jangan biarkan emosi mempengaruhi naluri kau. Ini soal cinta, bukan mencari lelaki untuk bersuka-suka."

Mona masih memberontak dalam diam.

"Ah, sudah! Sekarang kau ikut rancangan aku. Malam ni kita pergi Zeux."

"Zeux? Tempat disko tu? Itu tempat maksiatlah Sam!"

Sam mengunjuk Samsung Galaxy kepada Mona. "Kau nampak logo neon kat belakang dia orang tu? Itulah logo Zeux."

"Tapi kau pasti dia ada kat situ."

"Susah betul bercakap dengan orang angau macam kau ni." Samantha mengeluh. "Kau ikut aku aje. Aku akan keluar dan tanya pekerja di situ. Mungkin ada maklumat yang berguna. Duh!"

Seolah-olah segalanya telah dirancang, apabila Samantha berjaya mendapatkan scoop tentang Rahimi. Malam itu Mona menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri  Rahimi atau panggilan Remy untuk orang yang konon-kononya istimewa bagi dirinya di pintu masuk Zeux. Dia berkepit dengan dua orang gadis gebu menuju masuk ke dalam BMW merah miliknya.

Samantha tidak berkata septahpun selepas itu. Walaupun Mona dapat mengagak dalam kepala rakannya itu keinginan mengatakan, "I told you so!"

***

Fikiran Mona berkecamuk sebaik saja dia tiba di rumah lewat malam itu. Segala apa yang berkaitan dengan Rahimi semuanya dicampak ke dalam tong sampah. Bunga, kad, coklat dan candy. Semuanya dibuang. Kalau termampu dia ingin memadamkan ingatan tentang kenangan manis di dalam kepalanya. Biar jadi seperti sesorang yang dilanda amnesia. Kalau ada alat seperti dalam filem Men In Black, tentu telah digunakan ke atas dia sendiri. Biar tiada lagi kenangan tentang Rahimi dalam kepalanya.

Cabaran yang paling besar adalah berhadapan dengan klien Master Creative Media itu sekiranya dia ke pejabat. Mona tiada pilihan lain. Dia terpaksa berhadapan dengan semua masalah itu. Tetapi dia perlukan masa. Masa untuk membina kekuatan dalaman untuk menghadapi semua ini.

"Aku nak balik kampung. Aku tak nak fikir tentang semua benda ni, sehinggalah hati aku dah betul-betul tenang. Aku perlu kuat untuk berhadapan dengan Remy. Aku tak boleh mengalah dengan lelaki playboy macam dia tu." Mona menggerutu seorang diri.

Dia ingin bersendirian ketika itu. Dia tidak ingin mendengar pendapat sesiapa ketika itu, walaupun Munira dan Monique.


Sedikipun Mona tidak sedar apa yang bakal dihadapi akan mengubah haluan dalam hidup dan kerjayanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?