PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Isnin, 21 April 2014

MISI MONA : MENCARI MISTER RIGHT (BAB 18)

BAB 18

 



Sebuah kereta limousine menjalar di pekarangan deretan bangunan kedai. Balikan cahaya lampu jalan berwarna jingga jelas kelihatan pada permukaan kereta yang berkilat itu.

Lelaki berkaca mata hitam tadi membuka pintu limousine dan berdiri menunggu Mona masuk. Mona menjengah ke dalam. Seorang perempuan sedang duduk di hujung seat belakang.

"Masuk," suara lelaki yang berdiri menunggu Mona. Intonasinya antara arahan dan pelawaan yang sukar Mona pastikan.

"Cik Mona Rissa?" Suara wanita yang duduk di depan Mona. Mereka duduk bersetentang seperti seat dalam gerabak kereta api.

Mona angguk. Dia asyik mengamati pakaian wanita itu. Bukan calang-calang wanita yang mampu memperagakan busana seperti itu. Jeket lengan pendek kulit dihiasi dengan kolar dan hujung lengan bulu binatang warna putih salju. Mungkin mink atau chincila mengikut imaginasi Mona yang dia sendiri tidak pasti.

Mona dapat mengecam wajah itu, walaupun dia masih belum pasti dari mana.

"Saya Rafina. Masih ingat?" Suara lunak wanita itu sambil menyalakan rokok dengan alat pemegang yang panjang dan halus.

'Rafina?' Mona menggeledah kotak simpanan memori benaknya. Nama itu terasa biasa dia dengar.


"Gemala Kalbu. Rintik Listrik Cintamu. Jejaka Lara." Bersahaja kata-kata wanita itu bersama asap halus yang dihembus.

"Rafina Asfar." Mona bersuara spontan.

'Baru aku ingat. Dia penyanyi jazz termuda yang terkenal di negara dan nusantara. Tapi dah lama tak dengar cerita pasal dia. Rupa pun dah lain sekarang.'

"Dah lama tak dengar pasal Cik Rafina." Mona cuba berbahasa dengan wanita itu.

"Bukan cik. Puan. Tapi semua tu tak ada makna." Rafina tega menghembuskan asap tanpa menghiraukan tetamu yang ada bersamanya.

"Saya tak faham." Mona berterus-terang.

"Dah lama kenal Zamarul?" Rafina tidak memandang Mona. Dia melemparkan pandangan keluar melihat cahaya yang silih berganti di tepi jalan.

"Baru lagi. Saya baru pindah ke Johor. Zamarul klien syarikat."

"Klien? Klien saja?" Rafina berpaling melihat Mona.

"Ya. Klien. Kenapa?"

"Hmm... tentu besar deal dengan Ultra Vue kan?. Sampai dapat private and exclusive meeting dengan dia. Atas yacht."

"Saya tak tipu. Dia memang klien. Tak lebih dari itu. Kami berbincang pasal kempen Chameleon. Mungkin itu cara dia bekerja."

Rafina ketawa sinis. "Huh.... kempen.... bekerja...."

Asap dihembus lagi. Kemudian dia mengeluarkan sesuatu dari dalam beg tangan kulit Gucci putih yang kelihatan begitu eksklusif. Beberapa keping gambar dicampakkan ke sebelah Mona.

Hampir terbeliak Mona melihat gambar-gambar dia dan Zamarul. Gambar itu kelihatan begitu intim dengan zoom jarak dekat. Mona sedar Zamarul begitu merapatinya di yacht, tetapi gambar-gambar itu jelas menunjukkan aksi Zamarul. Dia seperti sedang menikmati lambaian rambut Mona yang singgah di wajahnya dengan mata yang tertutup. Seperti sedang khayal dengan impian gelapnya.

"Tak ada apa-apa antara kami. Saya tak anggap dia sebagai...," Mona serba-salah.

"Aku tahu." Selamba jawapan Rafina.

'Apa kena dengan dia ni? Dia tuduh aku, lepas tu dia kata dia tahu apa yang berlaku. Pelik.' Mona semakin keliru.

"Bukan foto saja yang ada. Video pun aku dah tengok." Rokok dipadamkan dan diletakkan ke dalam ashtray.

"Sebab tu aku panggil kau ke sini. Kau bukan macam perempuan lain yang aku tengok bersama Zamarul."

"Apa hubungan… Rafina dengan dia?"

"Aku isteri dia. Entah isteri keberapa. Tapi dilayan seperti mistress. Gundik halal yang sah dari segi agama." Ada wajah sendu terukir.

Mona keliru tetapi dia buat keputusan untuk mendengar saja.

"Semasa populariti aku tengah melonjak, dia menyunting aku. Aku terpaksa korbankan career untuk hidup mewah seperti ini. Tapi aku jadi macam burung kenari yang terkurung dalam sangkar emas." Pengakuan jujur wanita itu.

"Dia bertukar teman wanita seperti menukar baju. Wanita yang bertaraf isteri dia ambil dan lepaskan sesuka hati. Dari segi itu aku beruntung kerana masih kekal bersama dia. Tapi hanya pada status dan kemewahan yang aku ada. Malam hari aku hanya seperti pungguk yang menunggu bulan muncul dalam keadaan cuaca yang tak menentu. Hilang bila ditunggu. Muncul bila tak dijangka." Rafina merenung kosong lampu suram yang berada di bumbung limousine. Matanya berkaca seperti cuba menahan tangis.

"Apa kaitan semua ini dengan saya?" Mona bertanya naif.

"Kau masih belum faham atau buat tak faham? Kau masih belum sedar? Kau benar-benar fikir dia rasa prestasi syarikat kau bagus sangat hingga dia perlukan khidmat. Kau benar-benar fikir dia ingin berbincang tentang bisnes di atas yacht?"

Kata-kata Rafina umpama tamparan ke muka Mona, menyedarkan dia tentang realiti yang tidak dia nampak sebelum ini.

"Setelah lihat kau bersama dia, aku simpati. Kau bukan perempuan murahan yang mengejar kemewahan dan rupa yang dia ada. Aku tak mahu kau terperangkap dalam jalan mati yang tiada patah balik lagi." Rafina memandang tepat ke wajah Mona. Entah mengapa, Mona dapat rasakan keluhuran dalam kata-kata wanita itu.

Mona serba-salah. Ingin rasanya dia berterima kasih kepada Rafina. Tetapi masih ada rasa curiga. 'Mungkin dia ada maksud yang tersirat di sebalik pertemuan ini.'

"Kau tak perlu percaya kata-kata aku bulat-bulat." Kata-kata Rafina seperti dapat membaca apa yang bersarang di fikiran Mona. "Kau pulang dan fikir baik-baik apa yang aku katakan. Keputusan di tangan kau. Ini hidup kau. Maruah kau. Hanya kau yang dapat menentukan pilihan yang kau rasa baik."

Suasana sunyi di dalam limousine selepas itu. Hanya kedengaran deruman perlahan enjin kereta. Mereka berdua memerhatikan pemandangan di luar yang silih berganti sebelum kereta itu berhenti di tempat ia diparkir.

"Fikir masak-masak apa yang aku cakap." Pesan terakhir Rafina sebelum Mona ditinggalkan.

Mona masih berdiri kaku semasa limousine itu meluncur laju dan hilang dalam suram cahaya jalan malam itu.

***

"Aku memang dah agak. Dari cara dia tu, memang aku tahu ada yang tak kena." Munira begitu yakin malam itu.

"Hei! Bukan semudah itu Mona nak percaya dengan perempuan tu. Kau pasti dia tu isteri Zamarul? Entah-entah ini helah dia supaya jauhkan diri dari kekasih dia tu." Bidas Monique.

"Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang." Munira pantas menjawab.

"Kau tak perasan macam mana perempuan tu intip Zamarul? Sampai pasang spy lagi. Dia memang ada agenda tersendiri. Dia rasa Mona adalah saingan dia."

"Saingan apa? Zamarul tak pernah anggap perempuan sebagai sesuatu yang berharga. Dia hanya gunakan mereka untuk sementara waktu. Yang dia suka dia simpan. Yang membosankan dia lepaskan." Jawapan Munira menambahkan kusut kepala Mona.

Tanpa berkata apa-apa, dia mencapai earplug. Kedua-dua telinga disumbat sebelum mata dikatup rapat malam itu.

***

Apa yang Mona buat serba tak kena di pejabat. Sukar untuk dia fokus dengan kerja. Dia memandang skrin laptop dengan pandangan kosong. Perbualan yang dia dengar di pejabat seperti bunyi langau yang membingitkan.

Amanda adalah orang yang pertama perasan perubahan Mona. Karakter Mona yang bersemangat dan ceria seperti selalu sudah lenyap.

"What's wrong?" Amanda bersandar di bingkai pintu pejabat Mona.

"Nothing." Mona cuba menepis.

"Kau ingat aku tak perasan? Walaupun belum lama kau kat sini, aku dah boleh baca air muka kau."

"Really, nothing."

"Okey, aku assume perkara tu terlalu besar untuk kau kongsi, atau mungkin juga kau tak percaya dengan aku. Never mind." Amanda buat muka sentap dan berpaling untuk beredar.

"Amanda, wait!"

Amanda memandang Mona.

"Tutup pintu. Duduk."

Amanda akur.

"So, what's the big secret?" Amanda sudah bersedia.

"I don't know where to start." Mona cuba mengatur ayat.

Dia diam seketika.

"Kau percaya tak kalau aku kata Zamarul tu pilih syarikat kita kerana ada kepentingan? Ada sesuatu yang dia nak dari kita?" Mona membuka cerita.

Amanda berfikir sejenak.

"Tapi apa yang dia nak? Apa yang special sangat dengan kita?"

"Cuba kau fikir balik. Macam mana Norman boleh dapat projek Ultra Vue?" Tanya Mona.

"Masa aku pergi function dengan Norman. Aku rasa pelik dengan cara dia tengok gaun strapless aku. Aku rasa macam dia tengah ratah bahu aku."

Mona diam seketika.

Kemudian dia bertanya lagi. "Kemudian cuba kau fikir sebab apa dia cerewet sangat dengan proposal kita."

"Entah, mungkin idea yang dia nak sampaikan tak tercapai dengan kempen yang kita buat?" Amanda masih belum dapat mengagak arah tuju soalan Mona.

"Ada tak dia ajak kau keluar? Atau bagi hint tentang niat dia?"

"Hmm.. ada sekali dia ajak. Tapi aku banyak kerja masa tu. So, dia keluar dengan Norman ajelah."

"Bingo!" Mona seperti detektif yang berjaya menyelesaikan kes.

"Aku rasa firasat aku terhadap Zamarul benar belaka." Kata-kata Mona dengan gaya skema.

"Mona, please... tolonglah terangkan pada aku. Apa yang kau nak sampaikan sebenarnya?" Amanda teruk dilanda ribut tanda tanya.

"Zamarul gunakan khidmat Ad-Vantage kerana perempuan seperti kita. Dia bukan pilih kita sebab reputasi kita. Dia sebenarnya beri kita projek untuk dapatkan balasan. Kau masih tak faham lagi?"

Amanda terlopong. Mungkin dia sedang mencernakan maklumat yang Mona sampaikan mengikut kefahamannya sendiri.

"Oh my god!" Hanya itu yang mampu dizahirkan oleh Amanda.

***

Lama juga Norman merenung borang cuti yang diserahkan oleh Mona.

"Seminggu?" Norman seperti teragak-agak untuk melepaskan Mona.

"Nak release tension." Selamba jawapan Mona.

"Sebab Zamarul?" Norman cuba menduga.

Mona angguk. Dia puas hati kerana telah meluahkan isi hati kepada Norman. Apa yang dia beritahu Amanda telah disampaikan kepada Norman juga.

"Kalau dia tarik balik projek ini macam mana?" Norman nampak risau.

"Soalannya bukan sama ada dia akan tarik balik atau tidak. Tapi you. You sanggup tengok staf syarikat digunakan sebagai objek oleh lelaki seperti dia? You tergamak buat macam tu?"

Norman terdiam. Kata-kata Mona nampaknya cuba dia perhalusi.

"Okay, we'll just wait and see. Kita tunggu apa percaturan dia selepas ini." Suara Norman dengan nada serius.

"Hmm.. percaturan. Suddenly you sound like the prime minister." Usik Mona.

Wajah Norman berubah menjadi relaks. "Orang tengah serius, dia main-main pulak."

Mona tergelak. "Bukan apa. You kalau serius nampak seksi. I rasa macam rimau yang nak terkam you. Aum!" Mona tiba-tiba dalam mood bergurau. Mungkin dia cuba menghilangkan stres memikirkan masalah Zamarul.

"Amboi! Dengan bos pun berani nak terkam. Nanti kena terkam balik, terus hilang suara nanti." Balas Norman.

"Okeylah, I nak sambung kerja. Nak siapkan apa yang patut." Mona bangkit.

"Sekejap!" Norman membuka laci. Dia menghulurkan beberapa brochure kepada Mona. "Nah! Ni ada pamphlet pasal lokasi percutian. Johor ada. Singapore ada. Itupun kalau you belum ada idea nak pergi mana lagi."

Mona memerhatikan beberapa kertas glossy yang dilipat dua dan tiga. "Hmm... macam menarik. Nanti I tengok. Thanks."

Sebelum meninggalkan pejabat Norman, dia sempat berseloroh lagi. "You sure you tak nak ikut? Nanti kalau I sangkut dengan orang lain macam mana?" Mona seperti ingin membalas gurauan Norman. Tentang bilik hotel sebelum seminar di Singapura.

"Hajat hati memang nak ikut. Tapi kalau I pergi, siapa nak handle kerja kat ofis ni? Lagipun kalau I ikut, takut sampai sebulan dua-dua tak masuk ofis nanti." Norman ketawa nakal.

"Amboi. Boleh tahan nakal juga Mister Control Freak ni ya?"

Norman tidak menjawab. Sebaliknya dia terus ketawa dan menyambung kerja.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?