PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 16 Januari 2013

Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Bab 12


BAB 12



Qiarra cuba mengumpul sisa keberanian dan tenaga yang ada. Dengan pantas dia bertindak menuju ke pintu dan meninggalkan bangunan 7 Eleven. Dia tidak menoleh ke belakang, hanya berjalan dengan laju menuju Volkswagon Beetle kuning. Tumpuannya hanya untuk masuk ke kereta, mengunci pintu dan memandu pulang dengan segera. Pelbagai peristiwa yang mengerikan singgah di benak, tetapi lekas-lekas ditepis. Dia perlu fokus jika mahu keluar dengan selamat dalam situasi yang amat berbahaya ini.

Dia berjaya masuk ke dalam kereta. Setelah mengunci pintu dia menarik nafas lega, sekurang-kurangnya rancangannya berjaya setakat ini. Sekarang dia perlu memandu agar dapat pulang secepat mungkin. Dia menghidupkan enjin kereta.

Qiarra hairan kerana lelaki itu sudah tidak kelihatan. Dia tidak mengekori Qiarra atau datang mengganggu. Sebaliknya dia hilang begitu sahaja.

Ke mana dia pergi? Pelik! Hati Qiarra berdetik.

Rasa cemas mula reda walaupun tangannya masih menggigil dan seram sejuk selepas pertemuan yang mengejutkan tadi. Fikirannya masih tertanya-tanya ke mana menghilangnya lelaki itu.

Qiarra mencari papan tanda yang menunjukkan haluan menuju jalan yang biasa dilalui untuk pulang ke rumah. Malam ini dia rasa bebas kerana dapat keluar malam tanpa dieskot oleh sesiapa, walaupun Mimi dan Sara.

Kalau macam ni boleh aku buat selalu. Tapi kalau papa dan mama tahu nanti macam mana? Kalau aku dihukum tak boleh ke mana-mana dengan Beetle ni? Silap haribulan ke kolej pun kena dihantar dan dijemput. Parah kalau macam tu! Qiarra melayan perasaan.

Untuk menuju ke jalan yang biasa dia lalu, dia terpaksa melalui satu jalan yang lurus dan panjang dengan beberapa selekoh. Tidak banyak kenderaan lalu di situ. Lampu di kawasan itu juga banyak yang tidak berfungsi,  terutamanya di kawasan selekoh yang agak gelap. Hanya papan tanda kuning menandakan selekoh di hadapan yang akan bercahaya apabila disuluh dengan lampu hadapan.

Jantung Qiarra dilanda debaran yang kencang secara tiba-tiba. Hatinya jadi tidak keruan apabila lalu di situ, seperti ada sesuatu yang buruk menantinya.


Sejurus itu kedengaran deruman motosikal yang kuat, seperti throttle minyak pada handle motosikal sengaja dipulas dengan kuat. Bunyi deruman itu bersahut-sahutan di kiri kanan Beetle kuning Qiarra. Mereka sengaja menghimpit kereta Qiarra supaya dia menghimpit ke tepi jalan.

Qiarra cuba menekan minyak tetapi mereka telah pun mengepung bahagian hadapan Qiarra menyebabkan dia tidak nampak arah yang perlu dituju. Salah satu motosikal menghimpit Qiarra dengan berani menyebabkan dia terbabas ke tepi jalan dan hampir-hampir melanggar tiang di tepi jalan.

Qiarra sudah terperangkap. Dia tidak dapat bergerak ke hadapan lagi kerana dihalang tiang. Dia mahu berundur, tetapi motosikal sports pelbagai jenis telah menghalang bahagian hadapan dan belakang kereta.

Qiarra sudah tidak tahu apa yang harus dibuat. Sekilas itu dia terfikir untuk menghubungi Sara.

“Helo.” Suara Sara di talian.

“Sara, kau kena tolong aku Sara. Aku dah tak tahu nak buat apa ni...” Suara Qiarra cemas, seperti menahan tangis dalam ketakutan.

“Bertenang Qiarra. Ada apa hal ni?” Suara Sara.

“Aku kena kepung Sara... Tadi aku keluar rumah sorang-sorang. Aku terjumpa mamat motor yang aku kutuk dulu. Tolong Sara. Macam mana ni?” Qiarra menggigil memegang telefon bimbit di tangan.

“Kau kat mana sekarang?” Tanya Sara.

“Aku tak tahu... aku dah tak boleh fikir.”

Cuba kau ingat apa ada kat tepi jalan masa kau dalam perjalanan tadi.”

“Aku tak perasan... sekejap... kat simpang tadi ada tapak binaan, ada tulis projek pembinaan shopping center baru. Nama aku tak ingat.”

“Kau dari mana tadi?” Qiarra serba salah untuk menjawab soalan Sara.

“Aku nak ke rumah Eddie. Aku ke kafe tanya alamat Eddie pada Ravi, kawan dia. ”

What?! Kenapa kau buat kerja gila macam ni Qiarra?... Sekejap aku fikir... Okey macam ni. Kau tunggu dalam kereta. Jangan keluar! Walau apapun terjadi jangan keluar. Aku minta tolong parents kau...” Dengan segera Qiarra memotong kata-kata Sara.

“Jangan! Tolonglah jangan libatkan papa dan mama aku. Mati aku nanti Sara!”

“Dah macam ni pun masih kau nak sembunyikan rahsia dari mereka?”

“Kau tak tahu Sara. Hukuman mati lebih baik daripada kena hukum kalau mereka tahu nanti. Aku takut aku dah tak boleh keluar rumah lagi lepas ni.”

“Hmm... Qiarra, Qiarra. Kalau macam tu aku pergi jumpa Ravi. Aku minta tolong dia. Kau ingat, jangan buka pintu!” Pesan Qiarra mengakhiri perbualan mereka.

***

Eddie singgah ke stesen minyak. Dia perlu mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan pulang ke kampung. Tambahan pula dia rasa ingin buang air kecil.

Telefon sudah diubah ke mod senyap kerana malas melayan panggilan dari kafe.

Eddie bimbang memikirkan reaksi ibunya. Tentu dia akan dileterkan lagi kerana berhenti kerja sekali lagi. Kali ini bukan diberhentikan, tetapi dia berhenti dengan rela hati.

Masaklah telinga aku kena leter lagi nanti, keluh Eddie sambil mengunci motosikal dan menuju ke tandas awam di stesen minyak itu.

***
Sara dan Mimi meluru menuju pintu Kafe Strawberry Fairyland sehingga beberapa pelanggan menoleh apabila mendengar pintu dibuka dengan gopoh. Sara meminjam kereta ayahnya malam itu untuk tujuan kecemasan.

Mata Sara melilau mencari Ravi.

Ravi. Ada masalah. Kami nak minta tolong.” Kata Sara.

Mereka mencari sudut di kafe yang jauh dari pelanggan.

“Apa masalahnya?” Tanya Ravi.

“Qiarra kena kacau. Dia on the way balik dari rumah Eddie, tapi ada mamat motor kepung dia. Kat mana kami tak tahu, tapi kata Qiarra ada tapak binaan... shopping center... tapi nama apa dia tak tahu.” Jawab Sara.

“Saya rasa saya tahu kat mana.. Saya naik motor, nanti awak follow saya.” Jawab Ravi.

“Tak payah, lambat macam tu. Awak naik kereta dengan kami.” Pelawa Sara.

***

Qiarra memerosokkan diri di bahagian tengah antara kerusi pemandu dan penumpang di bahagian hadapan. Dia cuba mengelak daripada memandang kumpulan motosikal sports dengan anggota hampir sepuluh orang itu. Enjin kereta tidak dimatikan kerana dia masih menunggu peluang untuk lari sekiranya berkesempatan. Mahu rasanya dia mengundur dan melanggar motosikal di belakang, tetapi dia khuatir keadaan akan jadi  lebih teruk lagi.

“Mana Sara ni? Cepatlah sikit!” Qiarra merungut.

Ada anggota kumpulan itu yang mengintai melalui tingkap untuk mengusik Qiarra. Ada juga yang mengetuk tingkap.

“Keluarlah cik adik. Kami dah tak sabar nak berkenalan ni.” Antara jeritan mengusik yang di dengar Qiarra melalui tingkap yang tertutup.

“Jomlah kita jalan-jalan, ringan-ringan, berat-berat pun boleh.” Usikan yang lain diikuti tawa berdekah-dekah membuatkan Qiarra rasa kecut perut.

Dalam gigil, air mata Qiarra sudah tidak boleh dikawal lagi dengan ketakutan yang teramat sangat.

***
Tok! Tok! Tok!

“Eddie!” Suara Ravi sambil mengetuk pintu kayu rumah sewa yang didiami Eddie.

“Eddie!”

Sejurus kemudian kedengaran engsel pintu dibuka dan seorang lelaki melayu membuka pintu.

“Eddie tak ada. Dia dah balik kampung. Saya Mail, teman serumah Eddie. Ada apa halnya?”

Ravi serba salah.

“Sebenarnya kami nak minta tolong. Kawan dia orang berdua ni kena kacau mat motor. Itu yang kami nak minta tolong Eddie. Telefon pun dia tak jawab.”

“Kalau macam tu saya ikut sekalilah. Tunggu kejap.” Mail menawarkan diri.

***

Eddie selesai mengisi minyak selepas keluar dari tandas tadi. Dia baru saja mahu memakai topi keledar apabila hatinya bagai diusik-usik supaya mengeluarkan telefon bimbit.

Ada satu mesej. Daripada Ravi. Mata dia hampir terbeliak membaca mesej Ravi. Dengan segera dia menelefon Ravi

***

Buat pertama kali Sara memandu dengan laju malam itu. Hampir-hampir dia meredah lampu merah kerana memecut mengejarkan lampu kuning. Mujurlah tiada polis trafik yang bertugas malam itu. Lebih teruk lagi kalau mereka terlibat dalam kemalangan.

Mereka tiba di kawasan tapak binaan pusat membeli-belah yang dimaksudkan oleh Qiarra. Sara membelok menuju ke jalan yang suram dan panjang itu.

“Matikan lampu depan. Bawa kereta pelan-pelan arah Ravi. Kita tak mahu dia orang perasan.” Arah Ravi. Sara akur.

Sara memandu perlahan-lahan sambil menghimpit ke tepi. Akhirnya mereka lihat kumpulan motosikal yang mengepung sekeliling Beetle kuning Qiarra.

“Apa kita nak buat sekarang?” Tanya Sara..

“Kita tunggu Eddie. Selagi Qiarra tak keluar, kita jangan buat apa-apa. Dia orang ramai tu.’ Jawab Ravi.

***

Azad begitu gembira hari itu. Puas dia merancang pelbagai cara untuk memerangkap gadis berada yang bermulut celupar. Tetapi akhirnya gadis itu sendiri yang menyerah diri tanpa disangka-sangka.

“Hehe. Makan besar kita malam ini geng!” Seloroh Azad semasa mereka mula mengepung gadis itu.

Puas dia dan ahli gengnya mencuba pelbagai cara, tetapi gadis itu masih enggan keluar dari kereta.

Azad sudah hilang sabar. Dia mencari ikhtiar lain. Akhirnya dia dapat idea. Dia terpaksa membuat tindakan drastik yang efektif.

“Geng! Pecahkan tingkap kereta dia!” Arah Azad.

Seorang ahli geng itu menanggalkan helmet dan bersedia untuk menghayun sekuat-kuat hati bagi menghentam cermin kereta di bahagian pemandu. Belum sempat dia menghayun ke hadapan, kedengaran satu laungan dari belakang.

“Hoi bedebah! Dah tak ada kerja lain ke hah? Asyik nak kacau anak dara orang.” Suara lelaki melayu yang sedang memegang sebatang paip di tangan. Di belakangnya dua orang rakannya, seorang melayu dan seorang india yang juga bersenjatakan batang kayu dan besi.

“Kalau kau betul-betul anak jantan. Mari lawan sama aku Eddie dengan kawan-kawan aku Ravi dan Mail.” Suara Eddie lantang. Selepas dia tiba tadi mereka mengatur rancangan dan menunggu masa yang sesuai untuk bertindak.

“Amboi, amboi. Buah keranji di atas peti. Wah, tunjuk berani korang semua ya?” Jawab Azad.

“Kalau ya pun nak berpantun, biarlah betul pembayang dan maksudnya. Jangan buat malu orang melayu.” Kutuk Eddie dengan selamba.

“Peh, pendekar melayu rupa-rupa pejuang bahasa Melayu juga. Geng, apa lagi. Belasah dia orang semua!” Arah Azad.

Walaupun bersenjatakan batang besi dan kayu, geng motor itu terlalu ramai bagi Eddie, Ravi dan Mail. Akhirnya tangan mereka dipegang kuat oleh anggota kumpulan itu.

“Ish, ish, kesian. Hero-hero malaya tertewas juga akhirnya.” Sindir Azad.

Dia kemudiannya menumbuk perut Eddie sekuat-kuat hati sehingga muka Eddie berkerut sambil dia mengerang kesakitan. Selepas itu mereka bergilir-gilir menumbuk ketiga-tiga lelaki itu tanpa belas kasihan.

Qiarra masih teragak-agak untuk keluar. Dia hanya duduk di dalam kereta melihat adegan yang menyayat hati itu. Dia kasihan melihat Eddie dipukul semata-mata untuk menyelamatkan dirinya.

Tidak lama kemudian kedengaran bunyi siren bergema kuat memecah kesunyian malam. Di kegelapan malam kelihatan kilauan lampu biru siren kereta polis yang menyilaukan mata.

Azad dan gengnya segera meninggalkan Eddie dan rakan-rakan yang lain. Dengan segera mereka menghidupkan motosikal masing-masing dan beredar. Kereta polis terus mengejar kumpulan motosikal yang memecut laju meninggalkan kawasan tu.

Eddie, Ravi dan Mail masih terkapar di jalan menahan keperitan ditumbuk bertalu-talu. Qiarra segera keluar dari kereta menuju ke arah mereka bertiga. Begitu juga Mimi dan Sara.

Apabila Qiarra menghampirinya, Eddie segera menyembunyikan kesakitan yang tergambar pada wajahnya.

“Awak okey?” Tanya Qiarra sambil menguak rambut Eddie yang menutupi bahagian yang berlumuran darah. Rasa sakit Eddie hilang seketika apabila dahinya disentuh oleh Qiarra. Tetapi dia sengaja mengelak daripada kepalanya terus disentuh oleh Qiarra.

“Saya... saya... minta maaf sebab saya layan awak dengan kasar. Saya dah sedar sekarang. Hari ni betul-betul hukuman kepada segala perbuatan saya.” Qiarra bersuara sambil tunduk, penuh dengan rasa bersalah.

Eddie masih berdiam diri seolah-olah dia masih marah dengan Qiarra.

“Saya tahu perasaan awak. Kalau saya jadi awak pun mungkin saya tak akan maafkan perempuan bermulut celupar macam saya.” Suara Qiarra dengan nada sayu. Rakan-rakan yang lain hanya melihat adegan drama mereka berdua.

“Apa yang berlaku malam ni adalah sebab saya nak pergi ke rumah awak untuk minta maaf. Saya sanggup langgar arahan papa dan mama saya untuk jumpa awak. Tapi mungkin ini semua adalah balasan kepada saya kerana kata-kata dan perbuatan saya dulu. Saya reda. Dan kalau awak tak maafkan saya pun saya boleh terima. Saya anggap itu sebagai hukuman seumur hidup saya. Cuma saya nak ucapkan terima kasih kerana awak selamatkan saya malam ini. Selamat tinggal Eddie.” Suara Qiarra sambil dia bangun untuk menuju ke kereta.

Belum sempat dia beredar, Eddie telah menyambar dan memegang erat tangan Qiarra. Qiarra berpaling melihat Eddie dengan wajah terkejut.

“Saya tak apa-apa. Sikit saja sakitnya. Saya dah maafkan awak.” Suara Eddie sambil tersenyum melihat wajah Qiarra. Qiarra kembali duduk di sebelah Eddie. Buat pertama kali dia melihat wajah Qiarra begitu rapat dan tersenyum padanya. Tiada lagi topeng yang memisahkan wajah mereka berdua.

“Mengelatlah macam ni. Kau sorang saja yang ada orang tengokkan. Kami berdua macam mana?” Suara Mail yang masih terduduk di atas jalan. Mukanya tidak berdarah, cuma lebam di sebelah mata kanan. Ravi pula luka di bahagian bibir sebelah kanan. Mimi dan Sara hanya saling berpandangan dan menggeleng.

Eddie dan Qiarra tidak mengendahkan kata-kata Mail. Mereka seperti berada di alam kayangan mereka sendiri sambil berpandangan.

Melihat keadaan mereka berdua, Sara berbisik.

“Jom, saya dan Mimi bawa awak berdua pergi klinik. Lepas tu kami belanja Mc D. kita biarkan dua orang love bird tu. Kalau dia orang nak join, terpulang. Kalau tak, biarkanlah. Nak buat macam mana.” Suara Sara sambil memapah Mail untuk bangun. Mimi pula memapah Ravi.

Eddie dan Qiarra tidak mengendahkan rakan-rakan yang sudah berlalu.


“Baguslah awak dah berubah.” Kata Eddie. Sesekali rasa berdenyut di kepala dan perut datang semula.

Tiba-tiba Qiarra menghulur tangan.
“Kita belum pernah berkenalan sebagai diri kita sendiri. Selama ini kita masing-masing berlindung dengan topeng masquerade kita. Saya Qiarra Raihanna binti Hafizudin. Awak boleh panggil saya Qiarra.”

Eddie melihat seketika tangan Qiarra sebelum menyambutnya dan menjawab.
“Saya Ruzaidi bin Minhad. Awak boleh panggil saya Eddie.”

“Panggil Eddie saja? Eddie Butterscotch tak boleh?” Usik Qiarra.

“Boleh, tapi dengan syarat saya kena panggil awak Qiarra Sherbet Strawberi.” Jawab Eddie.

“Kalau saya panggil awak Clumsy?” Qiarra bertanya lagi.

“Saya panggil awak Grumpy.”

“Kalau saya panggil awak Snow White?” Giliran Eddie pula bertanya.

“Saya panggil awak Huntsman.”

“Huntsman? Kenapa tak panggil saya Prince Charming?” Eddie mengusik. Nama-nama itu dia hafal semasa sesi bercerita bersama Dayana semasa kecil dahulu.

“Kalau diberi pilihan antara Huntsman dan Prince Charming, saya akan pilih Huntsman. Walaupun Huntsman tak kaya dan hidup mewah seperti Prince Charming, tapi dia ada tarikan yang tersendiri. Keistimewaan seperti manisan butterscotch yang tak boleh dipetik dari mana-mana ladang.” Qiarra berkias.

“Tapi sanggupkah sherbet strawberi yang anggun di dalamgelas kristal berkaki tinggi duduk semeja dengan roti butterscotch murahan yang bersepah di kedai?” Eddie pula berkias.

“Sherbet strawberi yang angkuh itu akhirnya sedar, walaupun roti butterscotch boleh didapati di mana-mana, tetapi manisan butterscotch memang tak akan dijumpa di mana-mana ladang. Sedangkan strawberi yang disangkakan mewah itulah sebenarnya yang sudah bersepah di Cameron Highland.” Jawab Qiarra.

Mereka berdua tersenyum melayan perasaan masing-masing. Sepoi-sepoi angin nyaman malam itu seperti memahami jiwa mereka, yang juga nyaman dihembus angin cinta yang mula berkembang.

Agak lama juga sebelum Qiarra bersuara.

“Eh, mana yang lain?” Qiarra segera mencapai telefon untuk menghubungi Sara.

  

<<<Akhir Bahagian 3>>>

6 ulasan:

  1. kah kah kah sibuk sangat bercinta sampai tak perasan kena tinggal. hahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. nasib baik ada kereta. Kalau tak menapak le..
      Terima kasih sudi singgah & komen..

      Padam
  2. satu perbandingan yg bt diri ini tergelak sendiri....roti butterscotch & sherbet strawberi...nyummy!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe..sedap kan? Buat perut lapar.. Terima kasih sudi singgah & komen..

      Padam
  3. kata org yg kita tk suka, yg kita benci tu, lama2 nnti blh jd org yg kita suka dan kita sayang...
    amboii..Qiarra..dh jth sayang ngn Eddie dh yee.. 15 n3 lagi tinggal tuk marathon baca...
    >> Leen<<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Leen. TQ sudi singgah menghayati kisah ini.. ^_^

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?