PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Isnin, 29 Oktober 2012

Pabila Hud berjumpa Hantu




Kantin Kolej Sains MAJU sudah sesak pada waktu tengah hari apabila semua pelajar dan pensyarah berpusu-pusu bagi mengisi perut masing-masing. Kebanyakan meja telah pun penuh. Antara meja yang masih belum digunakan sepenuhnya adalah meja di penjuru kantin. Meja itu menghadap ke bahagian belakang kolej yang masih bertanah merah. Kawasan yang masih belum dibangunkan sepenuhnya di kolej yang baru beberapa bulan beroperasi.

"Betul ke kau tak mahu pindah bilik lain?" Suara Ikmal dengan nada risau. Dia dan dua rakan lagi sedang duduk di meja hujung itu.

"Apasal aku nak pindah pulak?!" Hud menjawab soalan Ikmal dengan soalan juga.

"Yalah, kau kan mangsa seterusnya." Ikmal menjawab kembali.

"Aku pun setuju dengan Ikmal. Baik kau pindah bilik lain. Kalau tak kekal pun, sampai semua dah selesai." Danny menyampuk.

Hud yang sedang berselera menyuap nasi berlauk ayam kurma terus berhenti makan sambil matanya tertancap kepada dua rakan di seberang meja. Peha ayam yang sedang dijamah telah diletakkan semula ke dalam dulang makan biru muda dengan petak-petak berasingan yang terisi dengan nasi, lauk kurma, sambal belacan dan buah limau.

"Masalahnya aku tak tahu sama ada benda tu nak cari penghuni bilik itu atau pun nak cari aku. Kalau dia nak cari aku, tak kira aku sembunyi kat mana sekalipun, dia mesti jumpa aku punya!" Hud meluahkan pendapat setelah Ikmal dan Danny begitu beriya-iya mahu dia merubah fikiran.

Ikmal dan Danny terdiam. Mungkin mereka sedar Hud sudah nekad dengan keputusannya.


Mungkin kerana itu juga Ikmal mengubah topik perbualan. "Macam mana semua ni boleh bermula?"

Danny memulakan penerangan. "Semenjak kolej ni mula dibuka dulu, memang dah ada macam macam cerita. Dah beberapa kali budak lelaki yang tinggal di asrama sebelah pokok besar kat belakang tu nampak. Kata mereka ada askar jepun tergantung di kipas koridor masa balik prep. Sebab tu wing kiri tu tak ramai yang tinggal. Yang berani tinggal situ pun memang jenis hati keras. Kalau ternampak apa-apa, dia orang buat tak tahu. Kalau akulah..."

Kemudia dia menyambung lagi. "Tapi yang aku dengar, kes sampuk ni bermula bila kontraktor yang gali lubang terjumpa botol pelik ditanam sebelah blok bangunan akademik tiga bulan lepas. Yang aku dengar juga, botol tu dah pecah atau terbuka. Selepas tu pelajar kolej mula kena gangguan."

"Yang tu aku tahu. Masa budak perempuan mula kena histeria bersahut-sahutan. Aku kesian dengan Roslina masa dia kena di perpustakaan. Nasib baik ada ustaz Sabri. Depan mata aku ustaz baca ayat Kursi. Bila dia ulang-ulang ayat akhir, benda dalam badan Roslina macam kepanasan. Lepas tu baru dia pulih. Seram!" Ikmal bercerita dan mengangkat bahu setelah selesai.

"Si Fauzi lagi kesian. Budak tu badan kecil saja dengan suara halus. Tapi masa dia kena, tiga empat budak lelaki berbadan besar habis terpelanting masa mereka cuba pegang tangan dia. Suara dia bertukar jadi suara garau dan kasar." Danny pula menyambung cerita sambil mengupas limau di dalam dulang makan.

Ini semua nak 'psiko' dengan akulah ni. Nak suruh aku tukar fikiran. Hati Hud mengomel sambil dia menghabiskan sisa-sisa daging pada tulang peha ayam kurma masakan kawah kantin. Dia hanya berdiam diri sambil memasang telinga.

"Tapi yang aku pelik tu, benda tu boleh bagi maklumat pada mangsa dia, siapa mangsa dia yang seterusnya!" Ikmal menyambung lagi.

"Kau ingat tak masa Cikgu Mahazan panggil bomoh. Masa tu Syafinaz kena." Danny pula menyampuk.

"Hish... memang kesian aku tengok budak perempuan tu! Dahlah kena tengah-tengah koridor, terpekik terlolong macam orang gila. Berkeliling orang tengok dia masa tu." Ikmal menambah.

Danny membuka cerita versinya pula. "Aku ada kat depan dia. Bomoh tu tutup muka dia dengan kain putih dan renjis air kat muka dia. Meraung macam kena air panas, padahal tu air jampi je."

Danny menyambung semula selepas menyuap seulas limau ke dalam mulutnya. "Masa tu aku dengar bomoh tu tanya siapa tuan kau. Benda tu jawab Junoh Junoh. Bomoh tu akhirnya tahu siapa tuan dia. Tapi bukan Junoh, nama dia dekat-dekat macam tu jugalah. Bila siasat, mereka dapat tahu tuan dia mati masa belum sempat turunkan kepada waris. Ada bomoh dapat tangkap dan tanam dia dalam tanah dengan botol. Tapi masa jengkaut korek tanah, dia terlepas. "

"Habis kenapa  bomoh tu tak tangkap semula benda tu?" Tanya Hud yang akhirnya bersuara.

"Entah. Aku dengar dia tengah buat rancangan. Agaknya susah nak tangkap benda macam ni. Lagipun benda dah kena sekali, mungkin dia dah beringat." Danny memberikan pendapatnya.

"Macam mana orang boleh tahu Hud mangsa seterusnya?" Ikmal bertanya kepada Danny.

"Lepas Raja Iznor kena hari tu. Bila dah sedar dia beritahu orang benda tu nak cari budak yang tinggal di blok paling belakang, tingkat paling atas, sebelah kanan, masa bulan mengambang malam Jumaat. Malam ni di bilik Hud lah tu! " Danny menjawab.

"Setakat ni belum ada yang selamat lagi dari kena kacau. Semua yang menjadi sasaran memang kena kacau." Ikmal menunjukkan wajah risau.

Selesai bercerita mereka lihat Hud hanya tunduk sambil tekun menghabiskan nasi dengan penuh berselera.

"Kau pasti ke Hud, kau tak mahu pindah bilik lain?" Danny membuat cubaan terakhir.

Hud hanya mengangguk sambil terus menyuap nasi yang telah digaul dengan kuah kurma. Walaupun lauk kawah, tapi ia tetap menyelerakan baginya.

Danny dan Ikmal hanya saling berpandangan sambil Danny menggelengkan kepala.



Cerpen ini tidak disiarkan sepenuhnya. Sekadar preview di blog.
Harap maklum... 

6 ulasan:

  1. Kenapa mereka gelak? Apa yang lawak sangat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agaknya hanya mereka yang faham 'joke' tu... :)

      Padam
  2. knp gelak? tu bukan hantu yer? rancangan nak kenakan hud ke?

    BalasPadam
  3. 'Benda' tu memang betul, bukan rancangan sesiapa. Tapi mungkin taktik Hud yang berjaya 'membosankan' hantu tu yang membuatkan mereka gelak. Kes halau hantu guna sifir, lagu negaraku dan silat. Hanya mereka yang satu kepala dengan member2 Hud yg dapat faham lawak seperti ni agaknya... :)

    BalasPadam
  4. Hantu lari sbb tak tahan nak tergelak la tu,..kalau tergelak depan hud nanti orang dah tak takut hantu lg,..hihi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?