PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Sabtu, 29 Jun 2013

Cerpen : Listrik Cinta Andromeda




11.00 AM, 29 Jun 3013
Kemuncak Persidangan Para Saintis dan Pejuang Kemanusiaan
Menara Metropolis (Podium AZ-104)
Bandar Angkasaraya Kuala Lumpur

Sidang yang berlangsung selama hampir sebulan itu kini telah tiba ke kemuncak dengan keputusan yang akan menentukan kewujudan makhluk bergelar Andromeda di atas muka bumi, selepas hampir sepuluh tahun kewujudannya di tengah-tengah tamadun manusia. Ucapan akhir pengerusi menggemparkan seluruh dunia yang menyaksikan siaran persidangan itu secara langsung.

"Kewujudan kaum Andromeda adalah ancaman kepada tamadun manusia. Mereka memiliki tubuh badan dan fizikal yang sama seperti manusia, tetapi mereka tidak memiliki roh dan hati seperti manusia biasa. Kebijaksanaan mereka yang jauh lebih baik berbanding dengan manusia adalah merbahaya tanpa naluri dan nilai-nilai kemanusiaan, walaupun ia boleh disimulasi dengan parameter yang ditetapkan oleh manusia.

"Mereka memiliki ciri-ciri DNA seperti manusia biasa, tetapi mereka sukar dijangka kerana memiliki akal yang jauh lebih bijak berbanding klon. Filem-filem fiksyen sains mungkin adalah rekaan kreatif manusia tertentu, tetapi mesej yang ingin diterapkan adalah berdasarkan realiti dan hakikat sebenar kehidupan kita.

"Kewujudan humanoid dengan artificial intelligence, kecerdasan tiruan atau AI boleh menjadi ancaman kepada manusia sejagat sekiranya mereka bebas menggunakan kuasa yang direka oleh manusia untuk memastikan kewujudan spesis mereka dan mendominasi bumi ini. Penciptaan mereka adalah untuk memudahkan kehidupan dan tamadun manusia. Tetapi tidak mustahil mereka mungkin akan menjadi sebab kemusnahan kita semua, seperti yang dipaparkan dalam filem Terminator lebih seribu tahun lepas, ketika teknologi ini masih lagi mentah dalam pemikiran manusia.

"Kita semua bersetuju untuk memberi laluan kepada projek ini pada asalnya kerana naluri ingin tahu dan keterujaan kita semua. Tetapi semakin lama kita membiarkan kaum Andromeda terus menjadi sebahagian daripada hidup kita, risiko kehancuran tamadun manusia semakin besar dan menakutkan.

"Kejadian yang melanda kita sekarang ini adalah testimoni kepada bahaya dan ancaman kehadiran mereka. Kebijaksanaan yang luar biasa dan kesedaran bahawa mereka adalah spesis yang berlainan daripada manusia menyebabkan timbul keinginan menguasai bumi ini. Mereka boleh berfikir dengan baik, tetapi tanpa hati dan naluri kemanusiaan, hasilnya adalah sia-sia tanpa bimbingan manusia. Lebih bahaya lagi apabila manusia menerima mereka dan bergaul seperti manusia biasa yang lain.

"Dengan ini sidang sebulat suara bersetuju dengan pemansuhan spesis kaum Andromeda berdasarkan penelitian kepada pelbagai aspek kewujudan mereka di kalangan kita. Mereka adalah semata-mata mesin dan komputer yang berselindung di sebalik fizikal tubuh manusia yang sempurna, malah mungkin lebih sempurna berbanding dengan manusia biasa."

***

6.00 AM, 1 Julai 3013
Genelab Corporation
Proses penyahaktifan spesis Andromeda bermula.

Awal-awal pagi lagi Doktor Farisha telah ke makmal di podium yang menjulang tinggi seperti buah catur yang dikelilingi oleh air laut. Podium itu juga menempatkan beberapa bangunan lagi milik Genelab Corporation, yang bertanggung jawab membawa spesis humanoid bergelar Andromeda ke dalam tamadun manusia.

Kenderaan angkasa Mercedez CZX500i berwarna biru metalik itu meluncur ke puncak podium Genelab Corporation dan mendarat di kawasan parkir yang dikhaskan.

Langkah Doktor Farisha lebih pantas daripada biasa. Dia tidak seceria selalu dengan senyuman yang dilemparkan kepada mereka yang ada di situ.

Dia terus menuju ke Cryolab di mana humanoid Andromeda akan menjalani proses penyahaktifan, yang akan dilupuskan satu persatu.

Hatinya terasa lapang dan tenang apabila berada di sisi sekujur tubuh lelaki yang terbaring di balik silinder kaca. Wajah itu kelihatan tenang dan begitu sempurna. Jumpsuit lycra berwarna perak membaluti tubuh itu dan mengekalkan kontor susuk tubuh yang begitu ketara.


Fikiran dan hati Doktor Farisha berkecamuk. Akalnya menyedari kewujudan makhluk humanoid Andromeda yang bernama Aidan di hadapan matanya, tetapi hatinya tidak mampu menerima hakikat bahawa ia bukan manusia. Nalurinya telah melahirkan rasa cinta terhadap sisi manusia kejadian yang tidak memiliki hati atau roh seperti manusia biasa ini.

Dalam lamunannya, kedengaran derap langkah bergema di Cryolab yang hening dan dingin itu.

"Awal Isha sampai," suara garau lelaki yang mengenakan kot makmal berwarna putih seperti Doktor Farisha. Lelaki bermisai dan berkulit hitam manis itu berdiri di sebelah Farisha.

"Herman pun sama." Suara Farisha, masih tiada senyuman yang dilemparkan seperti yang biasa dia berikan.

"Penghapusan teknologi humanoid seperti Andromeda adalah bukti kebodohan manusia yang berfikiran singkat. Yang pada mulanya begitu berbangga dengan ciptaan mereka sendiri, tetapi akhirnya dikuasai oleh rasa cemburu dan serba kekurangan. Kerana kerakusan dan keangkuhan, golongan Andromeda menjadi mangsa." Kata Herman sambil berdiri di sebelah Farisha. Dia sempat menatap raut wajah yang ayu dengan rambut ikal bagai ombak yang menjunam dan memecah di bahu wanita itu. Pandangan yang dibuat dengan ekor matanya.

"Manusia boleh berbangga dengan tamadun yang mereka nobatkan sebagai gah dan hebat, tetapi hakikatnya jiwa mereka masih lagi mentah dan naif dengan sifat-sifat kemanusiaan." Tambah Farisha. Kesal.

Doktor Farisha terus menatap wajah Aidan yang terbaring kaku. Sehingga hampir dua jam dia berada di Cryolab bersama Aidan, lama setelah Doktor Herman pergi meninggalkannya.

Wajah Aidan ditatap sepuas-puasnya buat kali terakhir.

***

9.55 AM, 14 Februari 3013
Sesi interaksi Doktor Farisha bersama humanoid bernama Aidan di awal kewujudannya.

"Doktor Isha, apa itu cinta?" Suara polos Aidan. Raut wajah dan susuk tubuhnya seperti manusia biasa, tiada cacat cela atau kecanggungan ciri-ciri mesin atau komputer.

"Cinta? Kenapa Aidan tanya?" Suara Doktor Farisha ceria dengan senyuman yang telah berjaya memikat ramai kaum Adam di Genelab.

"Saya boleh lihat bagaimana keadaan orang yang sedang kemaruk bercinta. Saya juga boleh nampak apa yang sanggup dilakukan oleh orang yang sedang bercinta. Saya juga tahu rupa kegembiraan orang yang sedang bercinta. Tapi saya tak tahu bagaimana rasanya cinta." Aidan menunggu jawapan, penuh pengharapan.

"Cinta bukan sesuatu yang boleh dilihat dengan mata, dirasa dengan lidah, didengar dengan alunan di telinga. Begitu juga cinta tak boleh disentuh dengan jari atau urat saraf." Doktor Farisha memerhatikan wajah tulus Aidan yang asyik mendengar penjelasan yang diberikan.

"Cinta adalah sesuatu yang dirasa dalam hati. Dari situ baru ia akan mengesankan deria-deria yang lain." Doktor Farisha dapat melihat perubahan pada wajah Aidan dengan kata-kata yang baru dilafazkan itu.

"Bermakna sebab itulah saya tak dapat rasakan cinta. Sebab saya bukan manusia. Saya tak ada hati." Kata-kata Aidan menyebabkan Farisha tergamam.

Suasana sepi seketika. Aidan bertanya lagi. "Apakah perbandingan perasaan cinta untuk humanoid seperti saya?"

"Hmm.. mungkin seperti kejutan akibat terkena arus letrik yang kecil. Diri akan jadi bukan seperti yang biasa. Fikiran juga tidak dapat berfungsi seperti dalam keadaan normal. Kerana asyik teringat kepada orang yang dicintai. Itulah penangan listrik cinta."

"Listrik?" Soalan naif Aidan. Dia gagal mengakses istilah itu dari sistem pemprosesan data.

"Listrik atau elektrik." Senyuman ayu Farisha terukir.

"Sayang sekali kerana saya tak dapat tahu bagaimana rasanya cinta yang sebenar." Wajah Aidan suram dengan rasa kecewa yang menguasai. Emosi yang disimulasi melalui signal yang dihantar oleh sistem pemprosesan utama AI-nya berdasarkan data yang disimpan. Signal itu diinterpretasi menjadi mimik wajah seperti seseorang yang kecewa dan dirundung duka.

Tangan Aidan disentuh dengan lembut oleh Farisha. "Cinta bukan semestinya berakhir dengan kebahagiaan dan kegembiraan. Adakala ia memerlukan pengorbanan dan penderitaan. Cinta menyebabkan tubuh seseorang sanggup menanggung kepayahan dan keperitan semata-mata untuk insan yang disayangi. Mungkin ada baiknya jika seseorang itu tidak pernah mengalami cinta. Bak kata pepatah Inggeris, ignorance is bliss. Kejahilan tentang sesuatu adakala baik untuk kita."

Aidan hanya memerhatikan tangannya yang digenggam oleh Farisha. Kemudian dia memerhatikan wajah wanita itu. Sambil tersenyum dia mengangguk setuju dengan penerangan yang didengar.

***

"Isha, aku tengok kau dengan Aidan tu... Kau..." Suara Jenni semasa mereka berdua makan tengah hari di kafe Genelab.

"Kau ingat aku bercinta dengan dia?" Sergah Farisha.

"Hmm... Aku nampak muka kau lebih ceria daripada biasa bila ada bersama dia. Come on lah Isha. Ramai lagi lelaki yang kacak, bergaya dan  available dalam dunia ni. Kenapa kau nak cari benda yang nampak macam manusia tapi sebenarnya mesin macam dia tu?"

"Susah aku nak terangkan Jenni. Aku tahu dia bukan manusia, tapi aku dapat rasa sesuatu bila berdamping dengan dia. Kau pun tahu dia punya ciri-ciri lelaki yang lengkap dan sempurna walaupun dia tak punya hati atau roh. Aku dapat rasakan dia mampu menghayati sifat-sifat kemanusiaan dengan AI yang dia ada."

"Tapi dia tetap humanoid Isha. Robot yang dicipta oleh manusia dengan komponen mesin dengan ciri-ciri fizikal seorang manusia. Dia memiliki tisu dan DNA manusia, tapi dia bukan manusia. Bercinta dengan benda seperti dia tu adalah salah dan melanggar hukum alam. Tak kita apa juga agama, semua orang tahu kejadian seperti Aidan itu tidak akan menempuh kehidupan selepas kematian. Dia sekadar objek, Isha. Lebih baik kau bercinta dengan lelaki yang serba kekurangan daripada kau pilih dia!" Jenni cuba berhujah.

"Salahkah kalau aku ingin rapat dengan dia? Bagi aku 'benda' atau objek macam tu lebih baik daripada manusia yang berhati busuk dan jahat. Walaupun dia tak ada hati, tapi bagi aku itu lebih baik. Hati boleh menyebabkan manusia dikuasai sifat suka berdendam, suka menipu, curang, tikam belakang, memandang serong orang lain. Hati ni kalau tidak dikawal boleh menyebabkan kehancuran. Kemusnahan. Kau faham? Sudahlah! Aku tahu apa yang aku buat dan aku berterima kasih kerana kau begitu prihatin. Tapi ini hidup aku dan aku berhak menentukan jalan yang akan aku pilih. Tolong jangan masuk campur lagi." Tempelak Farisha.

Jenni tergamam. Dia hanya mampu menggeleng dengan pendirian rakan sekerjanya yang begitu luarbiasa.

***

11.00 PM, 30 Jun 3013
Malam terakhir Doktor Farisha bersama Aidan sebelum kuarantin humanoid Andromeda bermula.

“Doktor Isha, adakah kejadian saya ini sia-sia?” Soalan polos Aidan.

“Malam ini awak tak payah panggil saya doktor. Panggil Isha saja. Apa maksud Aidan? Saya tak faham.”

“Humanoid seperti saya dijadikan untuk memudahkan kehidupan manusia seperti Isha. Adakah kami dimusnahkan kerana kami membawa kemudaratan kepada manusia sejagat?”

Soalan Aidan membuat Farisha terdiam seketika.

“Manusia dijadikan bersama akal dan hati. Tetapi itu tidak menjamin keputusan yang betul, kerana manusia juga dipengaruhi oleh hawa nafsu. Hawa nafsu apabila sudah mempengaruhi manusia boleh menjadikan dia lebih teruk daripada syaitan. Tetapi sekiranya berjaya dikawal, manusia boleh menghampiri sifat-sifat malaikat.”

Aidan mengangguk. Segala istilah yang digunakan Farisha diakses melalui bank data AI-nya.

“Bermakna kemusnahan humanoid Andromeda adalah satu kesilapan?” Aidan bertanya lagi dan dibalas dengan gelengan Farisha.

“Kesilapan sebenar adalah keputusan manusia menghasilkan humanoid tanpa memikirkan implikasi di masa hadapan. Kini mereka terpaksa menanggung akibatnya, walaupun sebenarnya Andromeda yang menjadi mangsa.”

“Saya sudah mula faham erti cinta bila bersama Isha.” Kata-kata Aidan membuatkan Farisha terpaku.

“Saya selalu teringatkan Isha semasa kita tidak bersama dan saya dapat rasakan sistem saya tidak berfungsi dengan normal apabila kita berjauhan. Semasa kita bersama, segala-galanya berjalan dengan lancar dan rancak. Tapi benarkah ini cinta? Sebab saya tidak memiliki hati.”

“Mungkin juga.” Jawab Farisha. Kebijaksanaan Aidan membuatkan hatinya bagai digeletek. Segala maklumat yang diterima cuba diinterpretasi dan disimulasi oleh tubuhnya yang mirip manusia biasa.

Tetapi perasaan itu lenyap apabila memikirkan itu adalah malam terakhir bersama humanoid bernama Aidan.

Cerpen ini telah dimuatkan ke dalam antologi cerpen
KEMBARA MENCARI CINTA


Sila kunjungi laman FB Kembara Mencari Cinta
untuk perkembangan terbaru tentang
antologi cerpen solo ini.
KLIK DI SINI












2 ulasan:

  1. robot yang mempunyai DNA manusia..harap2 x berlakulah kat dunia nie...tp citer ni mmg best ..nasib baik ada kembar aidan, kalau tak menangislah farisha hehehe terbaiklah writer

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ Nur sudi komen & menghayati kisah ini.
      Kisah spontan yang ditulis dalam masa yang singkat.
      Terkejar-kejar masa yang rasanya macam tak pernah cukup. ^_^

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?