PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 21 November 2012

Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Bab 4


BAHAGIAN 2: QIARRA

BAB 4:

Untuk makluman:
Kisah yang dipaparkan adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa sahaja (yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia) atau apa jua organisasi. Sebarang persamaan adalah sekadar kebetulan. Harap maklum.




19 Tahun Yang Lalu

Suasana di ruang menunggu itu agak lengang dan tenang. Kerusi-kerusi biru dan hijau muda yang memenuhi ruang lantai di luar wad bersalin Hospital Seri Pantai banyak yang masih kosong, hanya beberapa buah sahaja yang diduduki mereka yang setia menunggu di situ.

Suasana sunyi dan damai itu tidak menggambarkan perasaan Hafizudin ketika itu. Jantungnya berdegup pantas. Mindanya tidak mampu ditenangkan walau apapun yang cuba dilakukan. Duduk, bersandar, berjalan mundar-mandir, atau melihat ke luar tingkap. Semuanya tidak dapat melegakan perasaan gundah, risau, cemas dan takut. Semuanya berbaur menjadi satu sehingga menjemput kenangan silam untuk datang bertamu.

“Encik Hafizudin, kami minta maaf. Kami sudah cuba sedaya upaya tapi ... kami tak dapat selamatkan anak encik. Isteri encik dalam keadaan stabil, walaupun dia banyak kehilangan darah.”  Kata-kata doktor lebih kurang empat tahun yang lepas yang membuatkan Hafizudin terduduk di kerusi sebelum sempat doktor yang bertugas menghabiskan kenyataan yang dibuat.

Walaupun empat tahun sudah berlalu, kenangan itu masih segar di dalam ingatan yang menjemput rasa cuak dan was-was yang dialami hari ini.

Kata-kata wakil pihak hospital selepas itu yang menambahkan kerisauan Hafizudin.

“Encik Hafizudin, kami minta maaf. Ada berlaku sedikit kekeliruan. Pihak kami sedang berusaha untuk membetulkan keadaan.” Kata-kata pihak atasan ketika dia dibawa untuk berbincang di bilik khas, jauh daripada orang ramai.


“Ada berlaku kesilapan menyebabkan jenazah anak encik tak dapat kami kesan. Buat masa ini pihak kami sedang bekerja keras untuk mencari di setiap lokasi yang perlu. Kami akan maklumkan sebaik saja kami jumpa.”

Darah Hafizudin sudah menyirap ketika itu. Perasaan yang jelas kelihatan dari kelantangan suara dan ekspresi wajahnya kepada lelaki bernama Hashim, seperti yang tertera pada tag nama di dadanya..

“Apa?! Macam mana pengurusan hospital ni? Sampaikan bayi yang sudah meninggal pun boleh hilang?!”

Dengan serba salah lelaki bernama Hashim itu menjawab, “Ini kejadian pertama yang kami alami selama lebih dua puluh tahun kami beroperasi. Kami syak ini mungkin ada kaitan dengan jenayah yang terancang. Walau apapun, kami akan beritahu perkembangan kes ini.”

“Saya tak kira. Kalau jenazah bayi saya tidak ditemui, saya akan saman hospital ini. Saya tak kira!”

“Jangan macam tu Encik Hafizudin. Kami akan usahakan sedaya upaya kami. Sebagai tanda kesal kami ke atas apa yang telah berlaku, kami akan beri perkhidmatan istimewa kepada Encik Hafizudin dengan kadar kos yang istimewa.” Tawaran Hashim bagi pihak hospital.

“Apa? Awak ingat dengan cara ini awak ingat saya boleh lepaskan kes ini macam tu saja?! Saya akan pastikan kes ini dibawa ke mahkamah jika jenazah bayi saya tidak ditemui! Awak faham tak?!” Mata Hafizudin sudah merah menyala menahan kemarahan kerana kecuaian pihak hospital.

Sehingga kini kes itu masih belum selesai, dan jenazah bayi itu tidak dapat diuruskan pengkebumiannya kerana tidak ditemui lagi. Pihak hospital telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menutup kes ini agar tidak diketahui umum, dan Hafizudin dan isterinya benar-benar mendapat perkhidmatan istimewa seperti yang dijanjikan.

Lamunannya terhenti apabila pengumuman dibuat melalui corong pembesar suara di ruang menunggu itu. Pengumuman yang ditujukan kepada pemilik kenderaan yang memarkir sehingga menyukarkan sebuah van ambulan untuk keluar. Mungkin pemandunya dalam keadaan tergesa-gesa, atau dia memang jenis yang tidak mengendahkan arahan yang diberikan di kawasan tersebut.

Mindanya melayang untuk mengimbas kembali perbualan dia dan isteri tidak lama dahulu.

“Nama apa kita nak beri kepada anak-anak kita bang?” Pertanyaan isterinya yan bernama Maznah ketika mereka sedang duduk bersantai di laman rumah, menyedut udara petang ketika matahari sudah mula berlabuh.

“Abang rasa baik kita tunggu sampai mereka lahir. Manalah tahu, salah telahan doktor.” Jawapan Hafizudin.

“Abang kan ada masa kita buat ultrascan dulu. Memang dah sah anak kita kembar, dua-dua perempuan.” Maznah cuba meyakinkannya.

“Abang tahu. Tapi abang tak mahu kita terlampau berharap sampai kecewa bila mereka keluar nanti.” Hafizudin cuba menegaskan hujahnya.

“Kalau macam tu, kita sediakan nama mereka kalau betul dua-duanya perempuan. Kalau bukan seperti apa yang kita jangkakan, kita cari nama lain.” Maznah cuba mencari jalan penyelesaian.

“Baiklah. Kalau macam tu abang setuju.” Jawapan Hafizudin sambil tersenyum melihat wajah isterinya. “Abang rasa abang nak bagi nama anak kita tu ... Qiarra. Seorang lagi kita beri nama ... Raihanna.”

“Sedap nama tu bang. Saya setuju dengan nama yang abang pilih.” Ujar Maznah sambil menggenggam tangan Hafizudin. Rasa hangat tangan isterinya memberikan perasaan yang menyenangkan, tetapi perasaan itu tidak mampu menghapuskan kegusaran yang dialami ketika menunggu di luar wad bersalin ini.

Dia tidak sanggup menerima kenyataan sekiranya peristiwa yang berlaku beberapa tahun lepas itu berulang kembali. Adakala dia memikirkan bahawa kehilangan bayi sulung itu adalah satu konspirasi yang dirancang oleh mereka yang menjadi musuh di dalam hidupnya. Musuh yang berkaitan dengan keluarga atau perniagaan yang dijalankan. Adakala dia merasakan seolah-olah bayi itu masih hidup, bukan seperti yang dinyatakan oleh pihak hospital.

Tetapi dia tahu dia perlu pasrah di dalam hal ini. Mungkin segalanya sudah ditakdirkan untuk berlaku sedemikian. Sama ada dia mahu atau tidak, dan walau bagaimana pahit sekalipun kenyataan itu, dia perlu menerima dengan redha sebagai seorang hamba Tuhan yang berserah diri.

Imbasan kisah silam itu terhenti apabila dia melihat seorang lelaki bertubuh tinggi memakai uniform hospital menuju ke arahnya. Sukar untuk dia membaca berita yang bakal disampaikan kepadanya melalui ekspresi wajah lelaki itu. Mungkin berita baik dan mungkin juga berita buruk. Dadanya berdegup dengan lebih kencang lagi dan ritmanya tidak sekata.

“Encik Hafizudin?”

“Ya, saya.”

“Saya minta maaf ...” Kata-kata doktor itu cukup untuk membuat lutut Hafizudin menjadi longlai. Cuma dia tidak tahu siapakah yang dimaksudkan kali ini. Rasa sebak sudah menular di hati dan airmata sayu sudah mula mengintai dari tubir matanya.

“Kami gagal selamatkan salah seorang daripada anak kembar Encik Hafizudin. Kami dah cuba sedaya-upaya, tapi usaha kami tak berhasil. Walau bagaimanapun, isteri dan seorang lagi anak perempuan encik selamat. Kedua-duanya dalam keadaan sihat.” Penerangan doktor itu memberikan rasa lega selepas dia dihantui trauma semenjak mereka tiba di hospital tadi. Rasa lega kerana dia masih ada isteri dan seorang anak perempuan, walaupun ada rasa terkilan kerana dia kehilangan seorang anak seperti yang telah berlaku empat tahun lepas.

Ketika Hafizudin masuk ke wad dan melihat isteri bersama anak yang dipangkunya, rasa bersyukur memenuhi dada Hafizudin.

“Syukur alhamdulillah, sayang dan anak kita selamat.” Suara Hafizudin bersama airmata terharu mengalir. Isterinya berwajah sayu namun tetap berseri bersama kehadiran anak sulung mereka yang masih bernafas di pangkuan.

“Ini dugaan untuk kita bang.” Maznah seakan cuba menguatkan semangatnya yang baru lepas kehilangan seorang anak yang telah sembilan bulan dikandung.

“Kita kena sabar dan tabah. Demi anak kita ini. Abang dah tahu apa nama yang kita nak bagi kepada anak kita.” Suara Hafizudin sambil menatap sayu wajah isterinya yang masih dicucuri airmata.

“Apa namanya bang?” Maznah memandang tepat ke dalam mata Hafizudin.

“Abang akan namakan dia Qiarra Raihanna, sempena nama kembarnya yang sudah pergi. Walaupun dia sudah tak ada lagi, tapi bagi abang dia masih ujud di dalam tubuh ini melalui nama itu. Qiarra dan Raihanna. Abang akan beri dia sepenuh kasih sayang. Abang akan pastikan dia akan hidup dalam keadaan senang dan lenang. Abang tak sanggup kehilangan dia lagi sepertimana kita kehilangan dua orang lagi anak kita.”

Maznah hanya mengangguk sambil tersenyum bersama linangan air mata hangat yang masih belum kunjung surut.

Sambil mengusap lembut ubun-ubun bayi yang masih belum terbuka matanya itu, Hafizudin berbisik, “Qiarra Raihanna.”

2 ulasan:

  1. Saya anggap ujud tu bermaksud wujud? tersalah ejakah? Bagaimanapun, saya buat sedikit rujukan (sebab sayapun ingin tahu)
    http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ujud

    http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wujud

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang banyak typo dalam blog saya. Ada yang sempat dibetulkan dan ada yang tidak. Terima kasih kerana menegur.. :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?