PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Khamis, 11 April 2013

Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Bab 24


Bab 24


Eddie menyibukkan diri semenjak awal pagi lagi. Dia membersihkan rumput yang sudah mula meninggi di luar rumah. Daun-daun kering dikumpulkan di satu sudut laman. Setelah menghidupkan api menggunakan ranting-ranting kayu, dia membakar daun-daun kering sehingga marak sebelum menindihnya dengan rumput-rumput. Asap putih berkepul-kepul mula keluar dari celah-celah rumput yang masih hijau.

Keringat sudah membasahi tubuh dan muka Eddie. Setelah diseka dia memerhatikan asap yang naik seperti kabus tebal bersama bau rumput yang masih segar. Ketika itu segala yang berlaku mula bermain semula di kepalanya seperti rakaman video.

Pelbagai spekulasi mula hadir di mindanya tentang apa yang bakal berlaku dalam hidupnya.

Benarkah aku anak Datuk Hafizudin? Tapi kenapa aku dilarikan semasa masih kecil? Apa kaitan nama Minhad dengan datuk? Siapa bapa aku sebenarnya?

Soalan-soalan itu hanya mengembalikan Eddie kepada keadaan asal sebelum dia membersihkan laman. Walau bagaimana dia berusaha sekalipun, perkara itu tetap mengganggu fikirannya.

"Ruzaidi, masuk dulu. Sarapan dah siap." Suara Aishah dari tingkap ruang tamu.

"Sekejap mak. Saya nak habiskan kerja sikit lagi. Badan dah sejuk sikit nanti saya masuk." Jawab Eddie.

***

"Kerap sangat kamu ambil cuti," Aishah cuba mencungkil rahsia.

Eddie hanya berdiam diri. Dia masih memikirkan bagaimana untuk menerangkan penemuan terbaru pada ibu angkatnya. Aishah seperti memahami dan membiarkan soalannya tidak berjawab.

"Kalau dah susah sangat hidup di KL tu, duduk saja di kampung. Risau pulak mak tengok kamu selalu sangat balik ke kampung ni kalau ada masalah." Telah Aishah.

"Eddie ambil cuti mak. Eddie ikut peraturan syarikat." Jawab Eddie.

"Yalah. Tapi kalau baru kerja dah ambil cuti, nanti apa pulak kata bos kamu." Nasihat Aishah.

"Dia faham." Eddie rasa serba salah untuk menerangkan bagaimana dia sudah bersemuka dengan Datuk Hafizudin untuk menerangkan sebab dia bercuti.

"Cuba kamu terang pada mak. Mak tahu ada benda yang kamu nak rahsiakan ni." Aishah sudah mula cuak dengan jawapan Eddie.

Eddie berhenti menyuap. Setelah berfikir seketika dia bersuara. "Mak percaya tak kalau saya kata bos saya suruh ambil ujian DNA. Kata dia saya mungkin anak dia."

"Eh, kenapa sampai macam tu?"

"Itu yang saya tak faham. Dia pun macam nak mengelak bila saya minta dia terangkan. Katanya ada kaitan dengan nama ayah dan tarikh lahir saya."

Aisha terdiam. Maklumat yang baru diterima amat mengemparkan.


"Saya dah serba salah sekarang. Memang saya nak cari ibu bapa sebenar saya, tapi tak sangka sampai macam ni. Bos saya tu bukan calang-calang orang. Datuk pulak tu."

"Kalau betul dia ayah kamu yang sebenar, apa salahnya?" Aisha seperti dapat mengesan ada sesuatu yang masih belum diberitahu oleh anak angkatnya itu.

"Memang tak salah. Tapi saya suka dengan anak dia. Kalau kami sebenarnya adik-beradik tak ke haru nanti." jawab Eddie.

"Oh, jadi itulah sebab sebenarnya ya?" Aishah mula mengerti.

"Entahlah mak. Sebenarnya banyak lagi perkara lain yang saya risaukan. Boleh ke tak saya sesuaikan diri nanti? Macam mana kalau mereka tak boleh terima mak nanti? Kalau saya masih ada hati dengan anak dia masa kami tinggal serumah nanti macam mana?" Jawab Eddie penuh kegusaran.

"Jadi bila keputusannya nak keluar?" Tanya Aishah.

"Entah. Sebab tu saya tak mahu ada di KL. Bila saya dah sedia untuk tahu keputusan ujian tu nanti baru saya balik ke sana. Saya kena betul-betul sedia untuk terima sebarang perubahan dalam hidup." Jawab Eddie.

Aishah hanya menggeleng melihat Eddie bersama kekeliruan yang melanda hidupnya. Sememangnya apa yang telah berlaku benar-benar membebankan pemuda itu.

***

Qiarra menuruni anak tangga apabila dia terdengar perbualan ibu bapanya di ruang tamu.

"Sampai bila abang nak rahsiakan perkara ni dari Qiarra?" Tanya Datin Maznah.

"Bila dah tahu keputusannya nanti kita terangkanlah pada dia." Jawab Datuk Hafizudin.

"Tapi saya risaulah bang. Kalau keputusan ujian positif nanti macam mana? Kalau betul Qiarra ada hati dengan budak tu, boleh ke dia terima kenyataannya nanti?" Keluh Datin Maznah.

"Kenyataan apa mama? Ujian apa?" Qiarra muncul dari balik dinding. Dia sudah tidak sabar untuk mendengar rahsia yang disembunyikan daripada dirinya.

Datin Maznah dan Datuk Hafizudin tergamam seketika.

"Saya dah kata jangan bincang tentang perkara ni masa Qiarra ada di rumah. Tapi awak tu risau tak habis-habis. Sekarang macam mana?" Datuk Hafizudin melahirkan kekesalan kepada isterinya.

"Qiarra duduk dulu. Nanti papa terangkan." Kata Datuk Hafizudin sambil meletakkan surat khabar ke atas meja. Cermin mata juga ditanggalkan dan diletak di sebelah surat khabar.

Qiarra melabuhkan punggung ke sofa dengan rasa resah yang mula mengganggu.

"Qiarra tahu kenapa papa mengelak setiap kali Qiarra tanya tentang kubur arwah abang Qiarra?" Datuk Hafizudin memulakan bicara.

"Sebenarnya papa dan mama tak tahu di mana kubur anak sulung papa dan mama. Malah kami tak pasti sama ada dia masih hidup atau tidak. Sepanjang penglibatan papa dalam dunia usahawan, papa ada ramai kawan dan juga musuh. Ramai yang membantu papa menaikkan nama syarikat, dan ada juga yang cemburu dan berdendam. Macam-macam cara dibuat untuk menjatuhkan papa dan empayar yang papa bina. Kerana itu papa syak apa yang berlaku pada abang kamu adalah satu konspirasi juga."

"Sekejap... maksud papa dan mama, abang Qiarra mungkin masih hidup. Tapi papa dan mama agak siapa dia?" Qiarra makin keliru.

"Ujian belum tentu positif. Tapi berdasarkan maklumat yang kita ada, dia mungkin...," terang Datuk Hafizudin sambil memandang wajah isterinya dengan rasa serba salah.

"Siapa dia papa?"

"Eddie. Atau nama sebenar dia Ruzaidi bin Minhad. Minhad adalah nama kawan papa. Eddie lahir pada tarikh yang sama dengan tarikh mama melahirkan anak sulung kami, abang Qiarra."

"Tapi papa pasti ke? Betul ke bapa Eddie adalah Minhad kawan papa? Entah-entah nama saja yang sama. Tapi kalau tarikh sama pun bukan semestinya dia anak papa." Qiarra cuba menyangkal. Hakikatnya dia masih belum dapat menerima hakikat sekiranya Eddie dan dirinya adalah adik-beradik.

"Sebab tu papa kata semuanya masih belum pasti. semuanya bergantung pada ujian DNA nanti. Buat masa ini kita hanya boleh bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan nanti."

Qiarra berdiam diri mendengar jawapan itu. Walaupun jawapan itu cukup membuatkan dia puas hati, tetapi kerisauan mula timbul.

Bagaimana kalau ujian itu nanti positif? Rasa resah mula menghurung Qiarra.

***

Eddie menyusuri jalan kampung dengan motosikalnya menuju ke rumah pusaka keluarga Dayana. Setibanya di pekarangan rumah, dia membunyikan hon.

"Assalamualaikum," suara nyaring Eddie.

Sejurus itu seorang wanita yang sudah agak berumur keluar. "Waalaikumsalam."

"Dayana ada, Mak Tom?"

"Ada dalam bilik. Dah berapa hari dia tak keluar rumah semenjak dia balik UIA. Masa mula-mula okey, tapi sekarang lain macamlah. Risau pulak Mak Tom."

"Mak Tom tak tanya kalau dia ada masalah?"

"Sudah. Tapi dia jawab tak ada apa-apa. Tapi Mak Tom tahu dia tak nak beritahu." Keresahan jelas terbayang pada wajah wanita itu.

Eddie hanya mendengar dengan penuh tanda tanya.

"Mak Tom risaulah. Dah lama dia tak jadi macam ni. Kali terakhir masa arwah nenek dia meninggal dulu. Tapi sekarang ni apa pasal pulak?"

Jangan-jangan disebabkan kata-kata aku masa jumpa dia dulu. Tapi takkanlah sampai macam ni sekali. Eddie mula rasa bersalah dengan perubahan dengan diri Dayana.

"Kalau macam tu, boleh tak kalau saya jumpa dia kejap? Manalah tahu kalau saya dapat pujuk dia."

"Nanti Mak Tom cuba panggil dia. Kamu tunggu sini kejap." Katanya sebelum masuk ke rumah. Eddie menunggu di motosikal penuh pengharapan.

Tidak lama kemudian wanita itu keluar semula. "Minta maaf Eddie. Dia tak mahu jumpa kamu. Nanti kamu datang lagilah ya. Entah apalah masalah Si Dayana ni..." Suaranya jelas menunjukkan kerisauan yang mengganggu fikirannya.

"Tak apalah Mak Tom. Nanti saya datang lagi."

"Yalah. Manalah tahu akan datang terbuka hati dia nak ceritakan apa masalah dia."

"Saya balik dulu Mak Tom. Assalamualaikum." Kata Eddie sambil menghidupkan enjin motosikal.

"Waalaikumsalam."

Apa yang terjadi pada Dayana sebenarnya? Apa kaitan semua ini dengan mimpi aku melihat Qiarra dan Dayana di persimpangan jalan dulu? Hati Eddie terdetik semasa dia meninggalkan pekarangan rumah itu.

***

Qiarra sudah mula risau. Berkali-kali dia cuba menghubungi Eddie, tetapi tiada jawapan.

Ke mana Eddie ni? Kenapa dia tak jawab telefon? Takkanlah dia marah dengan aku? Atau dia risau memikirkan keputusan ujian DNA tu nanti? Qiarra keresahan.

Qiarra langsung tidak menduga hidupnya seperti satu perjalanan di gerabak roller coaster yang bergerak dengan pantas semenjak dia bertemu Eddie, budak pelayan di Kafe Strawberry Fairyland.

Cinta mula berbunga ketika dia kenal lelaki itu di balik topeng masquerade di rumah Helena. Dia belajar mengenal hati seseorang bukan berdasarkan rupa atau latar belakangnya, tetapi melalui rasa halus yang hadir di hati. Rasa itu hadir ketika mata mereka saling menyelami hati satu sama lain, dan berbicara tanpa kata-kata.

Kerana rasa itu juga dia sanggup mencari Eddie semasa hubungan mereka dilanda kemelut. Dua kali dia diburu lelaki bernama Azad dan gengnya semata-mata kerana Eddie, hingga hampir-hampir dia hilang kehormatannya di tangan Azad. Semuanya semata-mata kerana Eddie.

Segala kesusahan dan pengorbanan ini mengukuhkan lagi rasa cinta pada Eddie. Pengorbanan lelaki itu juga membuktikan cintanya pada Qiarra, semasa dia menyelamatkan Qiarra daripada cengkaman Azad dan gengnya.

Namun apa yang baru terjadi ini langsung tidak diduga sama sekali. Bagaimana rasa ini boleh hadirkan sekiranya mereka sebenarnya berasal daripada darah dan daging yang sama?

Qiarra merebahkan diri di katil sambil muzik Waltz dari kotak muzik terus mengisi ruang biliknya. Dia leka memikirkan segala peristiwa yang mewarnai kanvas hidupnya dengan tona suram dan ceria. Segala kejadian yang terlalu mengujakan dan menguji ketahanannya menghadapi cabaran demi cabaran dalam hidup selepas bertemu jejaka bernama Eddie.

Patung Cinderella dan Prince Charming terus berpusing-pusing dengan tarian kaku mereka. Jauh di sudut hati Qiarra dia masih menaruh harapan agar ujian DNA itu akan disahkan sebagai negatif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?