PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:

A. PUISI
1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)
Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR

2. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)
Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.

B. CERPEN
1. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)
Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):
Stanza Cinta, Ros Merah dan Tofi Epal | Bingkisan Sakura Dari Tokyo (versi video) | Cincin Di Jari | Dalam Sup Ekor Ada Cinta | Selamat Hari Jadi Papa | Kerongsang Suasa Bertatah Zamrud (versi video) | Dulu Benci, Sekarang...? | Ku Bisik Rindu Di Angin Lalu | Saat Aku Lafazkan Akad Nikah | Si Tudung K-pop vs Mamat Kopiah | Listrik Cinta Andromeda | Sangkar Cinta: I Hate You, But I Love You! | Kelipop-kelipop Cinta | Manifestasi Cinta Minah Pom-pom dan Mat Berus | Kisah Norman dan Maisara| Sumpahan Cinta Kohinoor | Elle | Raja Shah Jehan, Bunga Dafodil | Kisah Shania dan Amirul | Apabila Kompang Dipalu | Biar Bulan Jadi Pengganti | Sehelai Sapu Tangan, Sebuah Puisi | Mimpi Cinderella Gebu | Black Widow: Awas Racun Cinta! | Bawang Merah, Cili Api | Menjejak Cinta Hakiki | Abang Bouncer vs Party Girl | Penjara Cinta Di Menara Berduri

2. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Antologi 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller
Ramlee Awang Murshid - RAUDHAH | Annur Shanana-PELESIT, MISTERI HISTERIA RAMALAN | Maria Kajiwa -NO! PAPA, NO! | Dhieya Adlynna - JAM 3.00 PAGI | Isha Idiaz - HATI DHIA | Zakri Rahman - MAHAKARYA |Indah Hairani - AKU BUKAN SERIGALA |Amer Mukhlis- ASAD | Naim Tamdjis - SAYAP-SAYAP KE SYURGA, CATATAN UNTUK SANG PUTERI | A. Darwisy -GAMELAN, BURAI | Ayim Rifqi - DALANG |Domi Nisa -DENDAM SEORANG LELAKI | Sauriani - BEBASKAN AKU SAYANG | Jia Ariza - GAUN BERDARAH, RINTIHAN AZRINAH | Syafeza Sauli - SOULMATE, KAU MILIKKU, KAKI | Syasya Bellyna - HUJAN RINTIK-RINTIK |Imanisa Riana - AKU TAK TAHU | Salleh Kausari -ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan) |Reeani Annur - LIANA | Nash Azly - TIGA BALA

3. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)

4. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)
Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.

5. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)
Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)

6. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)
Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


C. NOVEL

1. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)













2. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)


Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative. Alhamdulillah.




Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.
[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11-1] [11-2] [12] [13] [14-1] [14-2] [15-1] [15-2] [16] [17] [18] [19][20] [21-1] [21-2] [21-3] [22-1] [22-2] [22-3] [23] [24][25][26]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT
Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...
[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]



4. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI
Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.
[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]



5. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI
Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.
[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]

6. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.
Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


D. NOVELET

1. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]

2. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X
Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Ilham Karangkraf.
[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]



E. LAMAN FACEBOOK
1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR
Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

2. Lain-lain:
    Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.
    Selamat membaca ^_^
    Cheerio!
    ~ Salleh Kausari
    25 September 2015

    Tuesday, 22 January 2013

    Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Bab 13


    BAHAGIAN 4 : KONSPIRASI 

    BAB 13


    Watak yang dipaparkan adalah rekaan semata-mata dan pendapat yang disuarakan tidak semestinya sama dengan pendapat penulis.


    Eddie dan Qiarra tiba di lokasi yang dimaksudkan oleh Sara. Lokasinya agak pelik. Sebuah warong yang terletak di tepi jejambat. Dari tepi jejambat boleh dilihat kenderaan lalu lalang di bawah. Keadaan malam yang hanya dihiasi suram lampu jalan dan dipuput bayu yang melintasi jejambat itu menghidupkan nuansa di situ.

    Kelihatan beberapa buah meja plastik bersama bangku-bangku plastik memenuhi kawasan tepi jalan itu. Sebuah trak berwarna putih dengan tulisan TRUCKER CHEF terpampang di sisi trak.

    Sara, Mimi, Ravi dan Mail sudah memilih tempat duduk masing-masing. Dua meja dicantumkan untuk keselesaan yang lebih.

    “Cuba tengok mereka berempat. Dah siap dengan couple masing-masing.” Usik Eddie apabila melihat Mimi duduk di sebelah Ravi dan Sara duduk di sebelah Mail. Qiarra hanya ketawa sinis.


    “Siapa punya idea pilih tempat ni?” Tanya Qiarra setelah mereka berdua telah ada bersama-sama yang lain.

    “Aku. Kau tengoklah suasana sekeliling ni. Cukup romantis. Sesuai untuk first date.” Usik Mail.

    “Banyaklah kau punya first date.” Eddie tertawa dengan telatah Mail.

    “Yang sebenarnya kami nak pergi Mac D, tapi Ravi buat kami tukar fikiran.” Sara bersuara.

    “Ravi? Apa kau sudah buat Ravi?” Eddie mengusik Ravi.

    “Tak ada apa-apalah. Aku cuma beri pendapat saja. Yalah, sekarang kan tengah isu Palestine. Jadi aku tanyalah engkau orang semua tak sokong ke kempen tu? Lepas tu terus semua tukar rancangan. Mail pun cadangkanlah tempat ni.” Ravi cuba menerangkan.

    “Sebenarnya tak ada makna kempen tu semua. Bukannya boleh ubahpun apa yang dah berlaku di Palestine. Apa sangatlah suara kita nak banding dengan apa yang boleh mereka buat.” Jawab Mail.

    “Aku minta maaf sebab aku bukan mahu campur hal orang Islam. Tapi yang Israel buat tu memang tak boleh diterima oleh penduduk dunia. Hanya mereka yang ada kepentingan saja yang sanggup tutup mata dengan kekejaman Israel.” Jawab Ravi tanpa berselindung.

    “Wah, dahsyat juga pemikiran kau ya Ravi.” Celah Mail.

    “Berbalik pada isu boikot ni, pada pendapat aku bukan hasil yang besar yang kita hendak lihat. Tapi pendirian kita dalam hal ni.” Ravi menambah.

    Eddie hanya berdiam diri melihat telatah Ravi. Dia tidak sangka pelayan kafe berbangsa India itu mempunyai daya pemikiran yang tinggi.

    “Aku tengok kau ni kalau bercakap macam ahli politik. Paling kurang pun macam lawyer. Tapi kenapa kau kerja di kafe?” Eddie pula mencelah.

    “Aku mungkin tak bernasib baik macam kau orang semua. Ibu bapa aku terpaksa tanggung adik-beradik aku ramai, jadi untuk melanjutkan pelajaran susahlah sikit. Eh, dahlah asyik cerita pasal aku saja. Kita tukar topik lain!”

    Ravi macam serba-salah nak ceritakan hal peribadinya. Mungkin dia tidak mahu disalah ertikan agaknya. Bisik hati Eddie.

    “Jadi apa pendapat semua tentang warong ni?” Mail pula bersuara.

    “Apa yang special di sini? Mi goreng mamak? Sup ekor?” Tanya Mimi.

    “Hah! Sebab tu orang kata air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Ops... macam tak kena perumpamaan tu. Tolong aku Ravi.” Mail dengan telatahnya yang melucukan.

    Don’t judge a book by its cover!” Ravi membetulkan. Rakan-rakan lain berderai dengan tawa melihat gelagat Mail.

    “Maksudnya, walaupun tempat ni nampak tak ada standard, menu dia masakan barat. Spagheti ala carbonara, spagheti bolognese, spagheti olio, macam-macam lagi ada.” Mail menyebut dengan sebutan sesedap mulutnya.

    “Betul ke? Wah, hebat ya!” Mimi teruja.

    Selepas menerima hidangan yang dipesan, mereka meneruskan perbualan.

    Not bad masakan dia. Walaupun tak setanding dengan restoran, tapi ada rasa.” Puji Qiarra.

    “Sebab tu aku ajak semua ke sini. Tempat ni sesuai sebagai titik pertemuan puteri-puteri kayangan dengan awang-awang bumi macam kami ni.” Mail dengan perumpamaannya lagi.

    “Engkau ni kalau pasal bercakap bukan main lagi, ya Mail?” Sindir Eddie.

    “Betul apa. Tempat ni santai, tapi tukang masak dia bukan calang-calang tau, western food, brader!...” Tambah Mail. Eddie hanya menggeleng dengan telatah Mail.

    Makin aku layan makin menjadi mamat ni! Bisik hatinya.

    “Nasib baik tak teruk you all kena pukul kan? I dah risau kalau jadi apa-apa tadi.” Mimi mengubah topik perbualan.

    “Macam mana mamat tu boleh kena awak Qiarra?” Tanya Eddie.

    Qiarra diam, dia tidak tahu bagaimana hendak menjawab.

    “Sebab tu ada pepatah, kerana mulut badan binasa. Kan Qiarra?” Sindir Sara. Qiarra menjelir nakal pada Sara.

    Eddie malas memanjangkan lagi isu itu. Dia tahu Qiarra sudah menerima balasan setimpal dengan apa yang dibuat selama ini.

    “Tapi hairanlah.. macam mana polis boleh datang?” Eddie menyuarakan kemusykilannya.

    I call masa dalam kereta. Dia orang tu ramai. Kalau jadi apa-apa susah nanti. Lagipun I risaukan Qiarra dalam kereta tu.” Jawab Sara.

    “Untung Qiarra ada kawan macam awak ni. Untunglah siapa yang dapat...” Usik Mail.

    “Apa?!” Sara menjegilkan mata pada Mail.

    “Tak! Maksud saya untung siapa dapat duduk tempat awak tu, angin bertiup nyaman.”

    “Alah... saya faham. Orang macam saya ni siapalah yang nak kan? Dahlah badan tembam.” Sara rasa rendah diri.

    “Saya suka. Macam teddy bear.” Jawab Mail selamba membuatkan Sara tersipu-sipu. Mimi tergelak melihat gelagat mereka berdua. Ravi tersenyum lebar. Eddie dan Qiarra saling berpandangan.

    Melihat reaksi rakan-rakan lain Sara termalu.

    “Nakallah awak ni!” Katanya sambil memukul bahu Mail.

    “Aduh! Aduh!...” Mail mengerang sambil mengisyaratkan Eddie dan Ravi dengan kenyitan mata.

    “Sakit ke? Alamak, sorry! Sorry! Sakit kat mana? Sini?” Sara rasa bersalah.

    “Hai... nampaknya ikan sudah termakan umpan.” Sindir Eddie.

    “Ooh...you tipu ya!” Sara mencubit bahu Mail.

    Gelagat Sara dan Mail menjadi bahan ketawa mereka malam itu.

    Adakala ketika rakan-rakan lain tidak melihat, Eddie merenung tajam wajah Qiarra, seolah-olah menyelam ke dalam mata gadis itu dan berenang-renang dalam khayalannya. Apabila Qiarra perasan dia diperhatikan oleh Eddie, lekas-lekas dia memalingkan wajah sambil tersipu-sipu.

    “Eddie.”

    “Eddie!”

    Eddie tersentak apabila mendengar namanya dipanggil.

    “Hadoi! Susah betul dengan orang yang dah dilamun cinta ni.” Usik Ravi.

    Ada apa?’ Eddie termalu.

    “Esok aku nak beritahu Puan Ainon, nak minta dia ambil kau bekerja semula.” Kata Ravi.

    “Aku dah malulah Ravi. Dah tebal muka aku nak menghadap muka Puan Ainon. Asyik kerja berhenti, kerja berhenti. Macam syarikat bapak aku pulak!” Jawab Eddie.

    “Tak apa, esok biar saya yang jumpa Puan Ainon. Semuanya salah saya.” Jawab Qiarra. Eddie hanya tersenyum.

    “Mimi, I tanya sikit boleh tak?” Tanya Sara.

    “Kalau diberi pilihan antara jejaka yang handsome macam artis Korea dengan lelaki yang sanggup bergaduh untuk pertahankan maruah you, yang mana you pilih?” Sara cuba mengenakan Mimi.

    “Tentulah yang nombor dua. Itu lagi penting kan?” Jawab Mimi tanpa menyedari akibat jawapannya.

    “Hah! Ravi, kau ada peluang tu!’ Mail bersuara.

    Mimi tersipu-sipu dan Ravi ketawa besar.

    “Engkau ni kan Mail. Tak habis-habis nak mengenakan aku!” Ravi rasa terkena.

    Eddie menghirup udara yang bertiup melintasi jejantas malam itu. Segar dan nyaman. Sedamai hatinya bersama kumpulan rakan yang langsung dia tidak sangka akan dipertemukan dalam keadaan meriah seperti itu. Masing-masing dengan latar belakang yang berbeza, ada juga bangsa yang berbeza, tetapi boleh mesra di warung Trucker Chef.

    Dengan tidak semena-mena dia teringatkan dokumen yang diserahkan ibu angkatnya tidak lama dahulu. Dia terus melayan perasaan sambil yang lain rancak berbual sebelum mereka bersurai membawa haluan masing-masing malam itu.

    ***

    “Cilaka!” Suara Azad sambil bersandar di tepi jambatan.

    “Macam mana mamat tu boleh masuk campur. Dah cantik betul plan kita tadi!” Modred bersuara.

    “Kita kena cek siapa mamat tu. Apa nama dia tadi?”

    “Eddie. Betulkan?” Modred menjawab pertanyaan Azad sambil mendapatkan kepastian daripada ahli geng yang lain. Ada yang mengangguk dengan pertanyaannya.

    “Kita kena periksa latar belakang dia. Mungkin kita boleh gunakan dia untuk perangkap awek tu. Aku tak akan puas hati selagi tak dapat jadikan awek itu cikaro aku.” Suara Azad dengan dendam yang masih belum padam.

    “Dia pasti akan jadi cikaro aku satu hari nanti. Pasti!”

    ***

    Eddie membelek dokumen yang ada di tangannya. Dia rasa memang ada maklumat yang cuma disembunyikan. Seperti teka-teki yang hanya akan diketahui selepas dia dapat memecahkan kod yang ada, apabila dia telah temui ‘kunci’nya.

    Dia memerhati silih berganti antara foto tiga orang budak lelaki itu dan kertas-kertas memo syarikat. Dia dapat rasa maklumat itu seperti melambai-lambai nalurinya, tetapi dia masih belum dapat menangkap maklumat yang disembunyikan. Mungkin sebuah tempat atau lokasi. Mungkin kod untuk peti rahsia. Mungkin sebuah peta.

    Aaah! Fikiran Eddie terasa sesak dan sempit kerana terlalu banyak memikir. Sesekali rasa sengal di kepala, perut dan bahu kembali. Ubat yang dimakan tadi sudah mula menampakkan kesan. Matanya sudah berpinar-pinar.

    Dengan segera Eddie menyimpan semula dokumen di dalam sampul dan menyimpannya di bawah bantal. Beberapa saat selepas lampu dipadamkan, Eddie sudah hanyut dengan lena yang dalam.



    4 comments:

    1. i seorg yg berhati lembut...bila part eddie n qiarra romantik, i baca ayat tu dua tiga kali...bila part kuncu2 jahat tu, i skip! hehehe...

      ReplyDelete
      Replies
      1. Hehe... nanti kena buat label "Babak ganas menyusul selepas ini" ^_^

        Delete
    2. walaupun santai tapi nampak menarik cerita nie..
      dah macam kisah ala-ala 'Famous Five' 1Malaysia..
      two thumbs up..!

      (ppssstt...kena edit lagi tau...typo sini sana ;) mengada pula kan orang nie =P )
      dah kena suruh komen [jujur]..nak buat camne... =D

      ReplyDelete
      Replies
      1. Hehe.. terima kasih mr/ms anonymous.
        memang, typo berlambak. entah bila nak edit. huhu..
        masa hantar manuskrip nanti agaknya.. ^_-

        Delete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

    Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?