Bab 14
Qiarra melihat jam tangan
Bonia. Sudah jam 12.17 pagi.
“Mati aku kalau papa dan mama
tahu!” Suara cemas Qiarra sambil menunggu pintu pagar terbuka luas.
Bilik orang tuanya jauh dari
bahagian hadapan rumah, tetapi malang tidak berbau. Mungkin kebetulan mereka menjenguk ke
garaj dan mendapati Beetle kuning tiada di sebelah Mercedes hitam bapanya dan
Honda CRV putih ibunya.
‘Masaklah aku kalau kena
kantoi. Aku harap Sara dan Mimi akan cakap benda yang sama. Kalau dia orang
salah cakap siap!’ Qiarra masuk ke pekarangan rumah dan terus menuju ke garaj.
Setakat ini nasib masih
menyebelahinya.
Malam itu memang malam yang
mendebarkan. Dia tidak dapat bayangkan sekiranya lelaki itu dan kumpulan
motosikalnya berjaya memasuki kereta. Lekas-lekas ditepis bayangan yang
mengerikan itu dari benaknya.
‘Siapa lelaki itu? Namanya
pun aku tah tahu.’ Tiba-tiba Qiarra terfikir.
Dengan hati-hati Qiarra
membuka pintu belakang. Hanya lampu jalan menyinari kawasan belakang rumah
dengan simbahan cahaya jingga.
Nasibnya masih baik. Tiada
sesiapa di kawasan dalam rumah yang gelap. Hanya lampu kecil dipasang dengan
cahaya putih yang suram.
Qiarra berjalan berhati-hati
menuju tangga untuk naik ke atas. Rasa lega mula terasa kerana dia sudah
berjaya sampai ke peringkat itu. ‘Fuh! Selamat. Semua sudah tidur. Lepas ni aku
nak mandi air panas. Lepas tu masuk ti...’
“Dari mana?” Satu suara
mengejutkan Qiarra dari belakang. Dia dapat rasa jantungnya seperti berhenti
berdegup beberapa saat. Dia berpaling melihat kepada sumber suara itu.
“Bibik Rusila! Boleh tak lain
kali jangan buat Qiarra terkejut macam tu. Suara tu perlahankan sikit, nanti
papa dan mama dengar.” Qiarra bersuara separuh berbisik.
“Oh, minta maaf ya Cik
Qiarra.” Wanita indonesia dalam lingkungan awal tiga puluhan itu bersuara.
Rambutnya agak kerinting dengan tubuh yang agak berisi.
Qiarra kemudian menarik
tangan Rusila ke bahagian rumah yang agak tersembunyi.
“Papa dan mama tahu saya
keluar?” Tanya Qiarra.
“Tak. Tadi dia tanya mana Cik
Qiarra, saya beritahu dia sudah tidur dan tak mahu diganggu. Nasib baik mereka
tak pergi ke tempat kereta.” Suara Rusila dengan pelat indonesia.
“Bagus. Nah!” Qiarra
menyerahkan not lima puluh ringgit kepada Rusila.
“Ini untuk apa Cik Qiarra?
Wang rasuah ya?” Tanya Rusila.
“Kalau rasuah saya bagi
sebelum pergi. Ini kira upahlah. Kalau banyak cakap, bagi sini balik!”
“Eh, terima kasih Cik
Qiarra.” Rusila tersengih sambil memasukkan wang itu di dalam poket baju.
“Cik Qiarra mahu minum apa? Milo?
Susu?”
“Tak payah. Saya nak masuk
tidur.”
Setelah Qiarra masuk ke
bilik, dia menutup pintu dan bersandar dengan rasa lega. Dia sudah boleh
menarik nafas lega walaupun degup jantung masih terasa lebih kencang daripada
biasa.
***
Azad dan gengnya melepak di
lorong yang suram dan hanya disinari lampu jalan. Kelihatan beberapa ekor
kelkatu sedang mengerumun lampu putih itu dengan rakus. Mereka membisu dan
tidak meriah seperti biasa selepas kes di kejar polis tadi, hingga kedengaran
bunyi air paip bocor yang menitis di kawasan itu dengan gema yang menyeramkan.
Bau asap Gudang Garam yang maung mengisi ruang di situ bersama asap yang
samar-samar meliputi Azad dan gengnya.
“Bro, ada orang datang.” Suara
Modred membuatkan Azad berpaling ke arah bayangan lelaki dalam samar lampu yang
dikerumuni kelkatu.
Azad hanya tenang menyedut
rokok dan menghembus asap seperti biasa.
Setelah lelaki itu hampir,
barulah jelas dia memakai jeket kulit labuh berwarna hitam bersama hud. Jarang
kelihatan orang di Malaysia mengenakan pakaian seperti itu. Jeket hitam berkilat
itu kelihatan seperti jeket Neo di dalam filem Matrix. Tetapi hud yang menutup
kepala lelaki itu membuatkan dia seperti ahli sihir di dalam siri seperti
Merlin.
Azad tenang menunggu lelaki
itu hampir.
“Aku ada tawaran lumayan
untuk kau.” Suara lelaki itu. Wajahnya tidak jelas kerana dilindung hud dalam
keadaan suram seperti itu.
“Kau ni siapa? Tiba-tiba
datang tak kenalkan diri. Kami nak tahu juga, sama ada yang bercakap ni hantu
ke? Manusia ke?” Azad sempat berseloroh.
“Itu kau tak perlu tahu.
Sekarang ni kau nak atau tidak. Kalau tak nak, tak payah aku membazir masa di
sini.” Jawab lelaki misteri itu.
“Cakaplah.” Jawab Azad
ringkas.
“Aku tahu kau selalu
mengintip anak orang kaya yang selalu pakai Beetle kuning. Kalau kau setuju
dengan tawaran ini, aku mahu kau intip sekali semua orang yang ada berkaitan
dengan dia. Tak kira di mana, semua aku nak tahu.” Jawab lelaki itu.
Azad ketawa sinis. “Hei brader.
Aku rasa kau salah tempatlah. Ini bukan pejabat perisik persendirian.”
“Okey, tak apalah. Aku akan
cari orang lain yang sanggup terima wang pendahuluan dua ribu ini untuk
laksanakan tugas yang aku beri.” Suara lelaki itu sebelum dia berpaling untuk
meninggalkan tempat itu.
“Nanti! Kau nak bagi dua
ribu? Tunai? Sekarang?” Azad kelihatan berminat.
“Kau setuju?”
“Kenapa tak cakap awal-awal
lagi.” Azad tersengih lalu menghulurkan tangan. “Azad.”
“Guntor.” Jawab lelaki
misteri itu.
***
Qiarra duduk bersama Eddie di sudut Kafe Strawberi Fairyland. Sara dan
Mimi sedang berbual dengan Ravi di kaunter semasa membuat bayaran, walaupun pada
kebiasaannya mereka menjelaskan pembayaran di meja makan melalui pelayan.
Sebenarnya mereka sengaja memberi peluang kepada Eddie dan Qiarra untuk
berbual.
“Terima kasih sebab awak tolong terangkan pada Puan Ainon. Dah malu
saya nak mengadap muka dia lagi. Nasib baiklah dia jenis sporting. Susah nak cari majikan macam tu.” Kata Eddie.
“Saya rasa dia perasan saya pelanggan tetap kedai ni. Atau mungkin dia
tahu papa saya Datuk Hafizudin.” Jawab Qiarra.
“Macam mana semalam? Teruk kena ‘belasah’ dengan papa dan mama awak?”
Usik Eddie.
“Nasib baik ada Bibik Rusila tolong cover.
Lega betul.Tapi terbanglah RM50 buat upah.” Jelas Qiarra.
“Ai!.. bibik pun awak rasuah?” Eddie mengusik lagi.
“Bukan rasuah. Upah.” Jawab Qiarra dengan muka selamba.
“Mana Eddie!” Suara nyaring dari belakang kaunter.
Wanita cina itu melingas melihat sekeliling. Ravi
segera menunjuk ke arah Eddie.
“Alamak, rimau sudah mengaum...” Suara Eddie perlahan.
“Eddie! Kerja di dapur banyak, tapi awak mengular di sini ya. Saya
beritahu Puan Ainon baru awak tahu.” Marah Cecilia.
“Okey, okey, saya ke dapur sekarang.” Eddie bingkas bangun.
“Padan muka.” Suara Qiarra sambil tersenyum.
‘Senyuman itu lagi.’ Bisik hati Eddie sambil menatap wajah Qiarra.
“Eddie!” Cecilia bercekak pinggang. Mujurlah pelanggan kedai yang ada
hanyalah gadis bertiga. Eddie terpaksa memendekkan sesi menatap senyuman
Qiarra.
“Hsssss....” Suara Ravi sambil membuat gaya tangan seperti ular tedung semasa Eddie lalu di
sebelahnya.
***
Selepas kelas malam itu,
Eddie dan Farouk berbual di warung mamak sambil ketawa berdekah-dekah.
“Tak sangka ya, cerita
dongeng kau boleh berakhir macam ni.” Suara Farouk sambil menyisip teh halia di
gelas selepas penat ketawa.
“Itulah. Aku pun tak sangka.
Tapi aku ucapkan terima kasih pada kau. Kau banyak tolong aku. Kalau tak kerana
idea gila kau tu, aku tak dapat kenal Qiarra lebih dekat.” Eddie bersuara.
“Aku buat ni pun sebab aku
malas nak layan majlis macam tu. Kau pun kira penyelamat aku. Malas aku nak
campur dengan golongan kelas tinggi ni. Macam-macam etiquette. Rimas aku dibuatnya.” Jawab Farouk selamba.
“Aku pun. Nasib baik kau
cerita pasal balkoni tu. Ada
tempat aku bersembunyi lepas aku tak berjaya jumpa Qiarra. Tapi tak sangka dia
datang jumpa aku di situ.” Jawab Eddie.
“Jadi dah selesailah urusan
kau sekarang. Dah boleh tidur nyenyak malam-malam.” Usik Farouk.
“Belum. Ada satu hal lagi.”
“Apa dia?” Dahi Farouk
berkerut.
“Pasal dokumen tulah.”
“Kau masih belum dapat cari
kuncinya lagi?”
“Belum. Nak pecah kepala aku
dibuatnya.”
“Hmmm... cuba kau fikir apa yang hanya kau saja yang tahu dan orang
lain tak tahu. Mungkin juga nama penuh kau. Tarikh lahir. Apa lagi ya?” Farouk cuba memberi cadangan.
“Huh! Kau memang geniuslah
Farouk. Nanti balik aku cuba tengok. ”
***
Eddie memeriksa lagi dokumen yang diserahkan oleh ibu angkatnya. Dia
menulis di atas kertas kecil nama dan nombor yang melambangkan tarikh lahirnya.
Mula-mula dia melihat pada gambar budak lelaki bertiga. Masih belum
dapat melihat apa-apa pertalian. Kemudian dia membelek helaian kertas memo.
Juga tiada pertalian yang boleh dihubung kait.
Akhirnya Eddie menyerah kalah.
‘Mungkin aku perlukan seseorang untuk melihat pertalian semua ini.
Mungkin ada satu maklumat yang tiada di sini. Maklumat itu mungkin ada pada
seseorang. Tapi siapa?’ Eddie membuat deduksi.
***
Azad dan gengnya menunggu di belakang bangunan kilang yang terbiar.
Semenjak kebakaran dua tahun lepas, kilang itu telah terbengkalai dengan
struktur batunya masih bersisa dengan kesan hitam terbakar walaupun masih dalam keadaan sempurna. Kawasan di belakangnya agak terlindung oleh semak dan pokok menjalar.
Azad menunggu dengan tenang sambil menyedut asap Gudang Garam.
Perbualannya dengan Guntor di telefon membawa kepada titik pertemuan mereka di
situ.
Tidak lama kemudian Guntor muncul.
“Ini senarai nama mereka yang berkaitan dengan budak perempuan tu. Siap
dengan hubungan mereka sekali dengan budak perempuan.” Suara Azad sambil
menyerahkan helaian kertas bertulis tangan.
“Cepat siap.” Komen Guntor.
“Pasukan kami besar beb. Lagipun motivasi kuat lepas dapat habuan.”
Jawab Azad.
“Bagus. Nah ini bakinya.” Suara Guntor sambil menyerahkan sampul kertas
yang tebal berisi.
“Kalau ada tugas lagi, kau mahu?” Tanya Guntor.
“Pulau Pandan jauh ke tengah. Lu sediakan duit, kamu buat kerja bro.”
Jawab Azad diikuti tawa gengnya dengan ‘lawak pantun’ Azad seperti selalu.
“Bagus.” Suara Guntor mendengar jawapan Azad, walaupun dia masih belum
faham kenapa pantun sekerat itu digunakan.
Guntor melihat kertas yang diserahkan oleh Azad. Matanya tertancap pada
baris yang terakhir di dalam senarai itu yang bertulis “Ruzaidi Minhad / Eddie
– Teman lelaki”.
Senyuman Guntor begitu lebar hingga menampakkan barisan giginya.
And the plot start to thickens...
BalasPadamWaahh.. Ada Guntor pulak... Fuuuhhh~~
Tak boleh cerita banyak, excited sudah. Next chapter pleaseeee... Hahahahah :P
Hehe.. >_<
Padam