PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 7 November 2012

Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Bab 2




Eddie tergamam memandang pinggan yang telah berderai di lantai. Serpihan kaca pinggan putih bercorak bunga merah jambu itu sudah bersepai bersama serpihan yang bercampur baur dengan nasi putih.

Matanya sudah berkaca bersama jantung yang berdegup dua atau tiga kali lebih laju daripada biasa. Rasa cemas sudah menyelinap ke segenap inci tubuh dan memacu adrenalin ke mindanya. Mahu rasanya dia lari. Tapi mahu lari ke mana? Lambat-laun pasti dia akan ditemui dan menerima balasan seperti biasa. Parut lama masih lagi bersisa di tubuh menjadi tugu penanda kehidupan yang dia jalani. Nasib seorang anak pungut yang entah dari mana asal-usulnya, seperti dalam kata-kata ayah angkatnya.

"Hah! Pecah lagilah tu. Lama-lama habis pinggan-mangkuk dalam rumah ni. Dahlah menyusahkan aku nak mengisi tembolok kau! Sekarang apa yang ada dalam rumah ni pun habis kau nak jahanamkan." Suara jantan yang parau dan kasar dari serambi rumah jelas kedengaran di cuping Eddie dari dapur.

Sejurus itu Aishah bergegas ke dapur. Mukanya sudah cemas dan tidak tentu arah. Setelah berfikir sejenak dia mendekati Eddie yang berdiri terpinga-pinga dan kelu tanpa suara.

"Engkau memang anak yang tak mengenang budi! Aku dah ambil kau tinggal dalam rumah ni, habis semua benda kau nak punahkan!" Suara Aishah nyaring sambil tangannya memiat telinga budak berumur lapan tahun itu. Mata Eddie terkejip-kejip menahan sakit pada telinganya yang sudah memerah dipiat.

"Sekarang kau kutip semua ni, kau bersihkan sebelum aku belasah kau cukup-cukup. Cepat!" Aishah bercekak pinggang sambil menuding jari ke arah serpihan kaca dan nasi yang berselerak.


Jamil sudah berdiri di tangga yang memisahkan dapur dan bahagian rumah di sebelah atas. Tali pinggang yang baru dilucutkan tadi digenggam erat di tangan. Melihat Eddie dimarahi Aishah, dia terus berlalu ke hadapan rumah semula. Eddie menggigil sambil mengutip satu demi satu kaca di lantai.

Sejurus itu kedengaran bunyi motosikal meninggalkan pekarangan rumah. Bunyi deruman yang kuat itu akhirnya sirna setelah beberapa ketika. Aishah yang tadinya berdiri bagai mandor bercekak pinggang memerhatikan Eddie, kini telah duduk di sebelah Eddie sambil memeluk erat budak itu bersama tangisan air mata yang berjuraian. Eddie terpinga-pinga melihat perubahan mendadak ibu angkatnya sambil mendengar halus erangan suara wanita itu.

"Maafkan mak Ruzaidi. Mak terpaksa berlakon depan bapak kau. Kalau tak lagi teruk kau dikerjakan. Mak minta maaf sayang. Mak tak ada niat pun nak sakitkan kau." Suara Aishah di telinga Eddie menjemput sayu.

Tanpa Eddie sedar matanya juga sudah mula hangat dan berair. Dia masih lagi dalam trauma ketakutan tadi hingga suaranya bagaikan telah hilang, walaupun dia rasa dia perlu menenangkan ibunya yang kesedihan.

Eddie sedar betapa lima tahun dia tinggal di rumah ini, ibunya sentiasa berada di sisi. Semenjak dia boleh mengingat peristiwa yang telah dilalui, dia sedar dia bukan anak kandung pasangan itu. Dia faham melalui kata-kata hinaan bapa angkatnya yang kasar dan memedihkan hati apabila dia mendengarnya.

Kata-kata saja tidak cukup menggambarkan apa yang telah dia alami. Dia masih ingat kengerian diikat di pokok mangga semata-semata kerana memecahkan gelas semasa mengemas meja makan selepas makan di dapur. Gigitan kerengga di segenap inci tubuhnya bagaikan ribuan jarum dicucuk di tubuh sehingga terasa perit dan hangat. Rasa itu semakin memuncak sehingga dia sudah berasa kebas dan tidak merasa apa-apa lagi, sebelum segalanya menjadi gelap. Dia sedar apabila sudah berada di atas katil bersama ibunya di sisi dengan mata yang merah teresak-esak menangis.

Itu hanya gambaran salah satu episod kehidupan selama dia berada di sini, selepas dia sudah mula berakal dan boleh mengingat. Dia tidak boleh menggambarkan apa yang telah dialami oleh dirinya dan ibu angkatnya semasa dia masih belum berakal. Mengingatkan semua itu membuatkan hatinya berbuku di sudut yang paling dalam.

Kenapa semua ini aku alami, tidak seperti budak-budak yang lain? Akal naifnya cuba mencari jawapan kepada kesuraman hidup yang dia alami.

"Ruzaidi tak apa-apa. Mak janganlah nangis ya..." Setelah membisu sekian lama dalam pelukan erat Aishah, Eddie akhirnya menemui suaranya yang hilang dalam trauma tadi. Suara serak basah dalam ketakutan dan sebak yang masih bersisa.

Aishah juga tenggelam dalam fikirannya sendiri selama dia memeluk Eddie.

Semenjak dia membuat keputusan menjaga Eddie pada malam yang dingin dengan angin ribut yang menggila itu, hidupnya juga bagai dilanda taufan bersama Jamil.

"Berani kau buat keputusan tanpa pengetahuan aku!" Bentak Jamil sambil melihat Aishah yang duduk bersimpuh di lantai di sebelah budak yang sedang nyenyak tidur di sofa.

"Esah dah kejut abang, tapi abang masih tak bangun-bangun. Puas Esah cuba tapi ..." Aishah cuba menegakkan kebenaran di pihaknya.

"Dah tahu aku tak bangun, kenapa kau buka pintu?! Biarkan saja mereka kat luar tu. Buat apa kau nak sibuk-sibuk ambil tahu hal orang lain. Sekarang budak ni dah jadi tanggungjawab kita. Dah jadi beban!" Jamil memintas alasan yang cuba diberi Aishah.

"Saya kesian bang tengok budak ni kat luar dalam keadaan ribut semalam. Kalau tak kerana budak ni saya tak buka pintu. Lagipun abang yang beria-ia nak anak. Sekarang dah depan mata peluang Tuhan beri." Aishah cuba memujuk Jamil lagi.

"Memang aku nak anak! Tapi bukan anak pungut macam ni! Entah anak penyangak mana yang kita ambil tinggal dalam rumah ni. Entah-entah anak haram atau budak yang kena culik. Kalau kita kena tangkap nanti macam mana?" Jamil menghentak fikiran Aishah bertubi-tubi sehingga wanita itu sudah tidak mampu bersuara lagi.

Sememangnya hati Jamil keras dan sukar diubah apabila dia sudah membuat keputusan. Akhirnya Aishah pasrah. Dia akan cuba memujuk hatinya dan memujuk Jamil agar terus membiarkan budak ini tinggal di sini, walau apapun yang terpaksa dia dan budak ini hadapi.

Dokumen berkenaan budak itu telah awal-awal Aishah sembunyikan. Dia tahu sekiranya dia menunjukkan dokumen itu kepada Jamil, lelaki itu pasti akan setuju membela budak ini. Tetapi dia tidak mahu Jamil membela budak ini kerana janji di kemudian hari. Dia takut sekiranya Jamil menggunakan budak ini sebagai jambatan untuk harta dan kemewahan, sehingga menjemput nasib malang kepada budak bernama Ruzaidi itu. Biarlah ia menjadi rahsia yang akan disimpan sehingga masa yang sesuai, apabila budak itu sudah dewasa kelak.

Bersama tangisan yang masih bersisa, Aishah mengutip serpihan kaca yang masih berselerak di lantai bersama Eddie.

***

Dayana mengepit erat buku besar berkulit tebal berwarna kuning yang dipeluk erat, seperti tidak mahu melepaskan ia walau apapun yang berlaku.

"Bagilah kami tengok Dayana. Janganlah kedekut sangat." Suara budak lelaki yang berdiri tercegat di depan Dayana. Dayana cuba menjarakkan dirinya antara dinding yang disandar dan budak itu, tetapi dinding sedikit pun tidak berganjak untuk memberi ruang antara dia dan budak itu.

Budak itu bernama Arsyad. Walaupun baru dalam darjah dua, tapi lagaknya persis samseng di sekolah Kampung Seludang.

"Bukan kami nak ambil buku tu. Kami nak tengok saja. Kau tak kesian ke dengan kami?" Arsyad bersuara lagi sebelum ketawa kecil sambil melihat rakan-rakannya yang berdiri di kiri dan kanan Dayana. Dayana yang terkepung semakin kecut perut diperlakukan begitu oleh tiga budak kampung yang berlagak hero itu.

"Tolonglah jangan buat aku macam ni. Bukan ada apa-apa pun dalam buku ni. Tak ada kena mengena dengan engkau orang pun." Dayana bersuara dengan suara cemas.

"Takkanlah tengok pun tak boleh." Suara budak lelaki yang agak tembam di sebelah kiri Dayana bernama Tomok.

"Apa salahnya kami nak pinjam buku tu sekejap Dayana." Kata seorang lagi budak bernama Kucai. Badannya tinggi tetapi seperti terlalu kurus hingga menampakkan tulang.

"Dia kata tak boleh, tak bolehlah. Kau orang semua ni pekak ke?" Kedengaran suara dari penjuru dinding bangunan sekolah yang terlindung itu. Lapan mata mereka berpaling ke arah suara itu.

Arsyad memandang seperti mahu ditelan budak itu.

"Oh, anak pungut yang tinggal di rumah Mak Cik Esah rupanya. Aku ingatkan siapa tadi." Suara Arsyad memperlekehkan Eddie. Sejurus itu belakang bangunan itu riuh dengan tawa mengejek Eddie.

"Walaupun aku anak pungut, tak adalah aku nak kacau orang lain. Dahlah mengacau orang, kacau budak perempuan pulak tu. Buat malu mak bapak aje." Giliran Eddie pula memprovokasi Arsyad dan gengnya.

"Ish, ish, anak pungut dah pandai menjawab sekarang ya? Sekarang kita tengok anak pungut ni anak jantan ke tak." Gertak Arsyad.

Tubuh Arsyad lebih kecil sedikit berbanding dengan tubuh Eddie. Tetapi dengan adanya Tomok yang berbadan gempal dan Kucai yang tinggi menggalah tapi kurus macam mangsa kebuluran Etopia itu, Arsyad berasa yakin dia boleh mengalahkan Eddie.

Tomok dan Kucai dengan pantas memegang kedua lengan Eddie dan setelah puas meronta Eddie masih belum berupaya untuk meloloskan diri.

"Anak pungut, anak pungut. Hari ini aku nak ajar kau supaya jangan nak masuk campur urusan aku. Sedar sedarlah sikit diri tu. Entah anak penyangak mana Mak Cik Esah tu kutip. Entah-entah anak haram! Anak luar nikah!" Mulut cabul Arsyad terus menghina Eddie diikuti tawa mereka berdekah-dekah.

Eddie naik berang. Dengan sepenuh kudrat dia cuba melepaskan diri, tetapi pegangan tangan konco-konco Arsyad terlalu kuat. Puas dia meronta tetapi masih tidak berjaya.

Sekilas itu juga satu penumbuk Arsyad hinggap di perut Eddie membuatkan dia senak dan tidak berdaya untuk berdiri tegak. Belum pun rasa senak itu reda, tumbukan kedua pula hinggap diikuti oleh tumbukan ketiga. Satu tumbukan lagi hinggap di mata kirinya dan satu lagi ke mulutnya. Rasa panas dan berdenyut menyelinap ke bahagian tubuh Eddie yang baru sahaja menjadi mangsa genggaman penumbuk  Arsyad.

Melihat Eddie meringkuk di tanah menahan kesakitan, Arsyad dan gengnya pun beredar. Dayana segera menghampiri Eddie. Dia dapat melihat mata kiri dan bibir Eddie sudah bengkak dan berdarah.

"Teruknya awak kena." Suara Dayana setelah melihat keadaan Eddie. "Jom, saya bawa awak jumpa cikgu Dahlan."

"Tak payah. Saya tak mahu besar-besarkan hal ni." Eddie cuba mengelak.

"Luka awak teruk tu. Cikgu Dahlan ada boleh tengok kan luka awak tu." Dayana cuba memujuk.

"Tapi awak janji jangan cerita apa-apa pasal Arsyad dan geng dia." Eddie minta kepastian dari Dayana, dan dibalas dengan anggukan budak perempuan bertocang dua itu. Dayana mengangguk.

***

Cikgu Dahlan membersihkan luka Eddie dengan berhati-hati agar tidak terkena mata atau bibirnya. Kemudian dia menyapu minyak gamat supaya darah membeku dan berhenti mengalir. Eddie merasa lega, sekurang-kurangnya tidak ditampal dengan sesuatu yang menampakkan lukanya dengan ketara.

"Betul kamu terjatuh ni? Saya tengok luka ni bukan macam luka terjatuh." Cikgu Dahlan cuma mengorek rahsia. Walaupun luka tidak nampak jelas seperti terjatuh, tetapi baju Eddie yang kotor semasa dia meringkuk menahan kesakitan tadi seakan bukti dia memang terjatuh.

Eddie hanya mengangguk. Dayana hanya memerhatikan lakonan sandiwara Eddie di hadapan cikgu Dahlan. Dia masih musykil kenapa Eddie mahu melindungi budak bertiga itu.

"Kenapa awak tak nak beritahu Arsyad dan geng dia yang buat awak macam ni?" Dayana bertanya semasa mereka berjalan keluar dari bilik rawatan. Buku tebal berkulit tebal kuning itu masih dipeluk erat.

Eddie terdiam seketika sebelum dia menjawab.

"Dia orang bertiga tu dah banyak buat masalah di sekolah. Saya tak mahu menambah lagi. Silap-silap nanti mereka dibuang sekolah pulak." Eddie menjawab tanpa memandang wajah Dayana.

"Dah macam ni pun awak masih nak bela budak-budak tu lagi?" Dayana hanya menggeleng kepala.

"Kenapa awak pertahankan sangat buku tu? Kenapa awak tak bagi Arsyad tengok tadi?" Eddie cuba mengubah topik. Dia sedar Dayana mungkin berfikir dia seorang yang penakut, lurus bendul atau terlalu baik hati kerana tidak mahu memberitahu hal sebenar kepada cikgu Dahlan. Baginya, dia ada sebab-sebab yang tersendiri.

Dayana berdiam diri agak lama sambil melihat buku besar di tangannya. "Buku ni? Buku ni adalah satu-satunya kenangan yang boleh mengingatkan saya pada ibu dan ayah saya."

"Jom kita duduk kat sana. Nanti saya ceritakan." Kata Dayana sambil menunjuk ke arah bangku di ruang berumput di laman sekolah.

Usai mereka duduk, Dayana meletakkan buku besar berwarna kuning itu di atas meja kayu dengan varnis coklat. Buku itu ditulis dengan tajuk besar berbahasa Inggeris "Poetry For Kids".

"Awak tahu buku apa ni?" tanya Dayana.

Eddie tersipu-sipu sebelum menjawab. "Saya... tak pandai bahasa Inggeris."

"Oh macam tu... Buku ni adalah tentang puisi untuk kanak-kanak macam kita." Dayana menjawab. Wajahnya memancar sinar yang berseri, seolah-olah sedang bercerita tentang sesuatu yang amat menguja hatinya.

"Puisi? Apa tu?" Eddie bertanya naif.

Dayana sedar dia perlu menerangkan sepenuhnya tentang perkara ini, tetapi dalam bentuk yang ringkas untuk Eddie.

"Puisi ni satu cara luahan perasaan, melalui kata-kata." Dayana memulakan 'kelas puisi' untuk Eddie. "Kita boleh ceritakan tentang apa-apa saja dalam bentuk yang indah dan halus." Penerangan Dayana itu menunjukkan kematangannya yang jauh jika dibandingkan dengan umur yang masih terlalu muda.

"Kenapa kita nak luahkan melalui puisi? Kenapa tak berterus terang saja?" Eddie musykil.

Dayana diam seakan termenung. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya. Beberapa saat kemudian dia bersuara.

"Kadang-kadang kita tak bolehkan luahkan melalui percakapan. Melalui puisi kita boleh suarakan apa yang terbuku dalam hati kita. Mungkin sebab orang yang kita nak tujukan kata-kata tu sudah tak ada. Atau kerana kita terlalu takut dengan dia. atau sebab kita tak mahu orang tahu maksud sebenar yang kita nak sampaikan."

Kata-kata Dayana membuatkan wajah bapa angkatnya menjelma di hadapan mata. Memang Eddie takut untuk berdepan dengan lelaki itu, apatah lagi meluahkan perasaan di depannya. Namun jauh di lubuk hati Eddie sebenarnya dia sayang dan hormat dengan lelaki itu walaupun telah bermacam-macam peristiwa ngeri dan pahit yang berlaku akibat perbuatannya. Dia terhutang budi kepada bapa angkatnya yang masih lagi membenarkan dia tinggal di rumah itu. Sememangnya Eddie sentiasa cuba menjauhkan diri dari lelaki itu. Mungkin puisi adalah jawapan untuk dia meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hatinya.

Tiba-tiba satu persoalan timbul di hati Eddie dan dia mengambil peluang itu untuk bertanya Dayana. "Saya tengok awak ni pandai baca bahasa Inggeris walaupun awak duduk kampung."

Dayana tersenyum comel. Ada sedikit lesung pipit yang mengintai dari pipi Dayana. "Sebenarnya saya lahir di Australia sebab ibu dan bapa saya bekerja di sana. Mereka mula bekerja di sana selepas tamat belajar."

Itu menimbulkan persoalan lain pula di benak Eddie. Tadi kata Dayana buku kuning itu mengingatkannya kepada ibu dan bapanya. Apa yang telah terjadi kepada kedua orang tua budak itu?

"Tapi sekarang mereka dah tak ada." Kesuraman tiba-tiba mendominasi wajah comel dan berseri Dayana tadi. Seolah-olah menjawab soalan yang bersarang di hati Eddie. Dia hanya berdiam diri menunggu penerangan selanjutnya daripada Dayana.

"Kami dah lama tak balik kampung. Jadi ibu dan ayah saya beria-ia mahu pulang ke kampung kerana terlalu rindu dengan atuk dan nenek saya." Dayana mula menerangkan.

"Ayah saya sewa kereta dari Kuala Lumpur untuk bawa kami pulang ke kampung. Semasa dalam perjalanan, hujan lebat. Masa di Australia ayah selalu memandu pada sebelah kiri jalan. Bila pulang ke Malaysia dia terpaksa sesuaikan diri semula dengan sebelah kanan. Masa mula-mula semua okey sebab ayah saya dah mula dapat sesuaikan diri." Daya berhenti seketika. Eddie mendengar penuh tumpuan dengan perkara baru dalam hidupnya yang baru didengar itu.

"Saya terlelap masa dalam perjalanan. Bila saya sedar ibu masih lagi tidur. Hanya ayah saya yang masih tekun memandu. Lepas tu..." Dayana berhenti lagi. Mungkin mengingat kembali peristiwa silam itu mengembalikan emosi semasa kejadian itu berlaku.

"Masa di simpang ayah tersalah masuk jalan. Dia belok ke kanan, tapi dia masuk lane sebelah kiri. Rupa-rupanya ada lori kat depan. Masa mula-mula tak nampak jelas sebab hujan lebat sangat. Lori tu pun tak buka lampu." Dayana berhenti lagi.

Tiada airmata yang turun pada wajah Dayana. Mungkin apa yang Dayana alami menjadikan dia seorang yang tabah, fikir Eddie.

"Kali terakhir saya sedar masa lori tu bertembung dengan kereta yang ayah saya pandu. Bila saya sedar saya ada di hospital. Kaki saya patah. Muka dan tangan saya berbalut. Atuk dan nenek saya ada di sebelah katil saya menangis." Suara Dayana mula sebak walaupun tiada airmata yang mengalir.

"Saya tanya atuk dan nenek mana ibu dan ayah. Mereka suruh saya bersabar. Saya tanya lagi mereka suruh saya berehat. Saya makin tak sabar dan saya tanya lagi. Akhirnya saya dapat tahu ibu dan ayah saya dah tak ada. Mereka dah pergi. Mereka meninggal masa kemalangan tu. Saya bernasib baik sebab saya duduk di belakang, walaupun saya cedera teruk."

Eddie tergamam dengan cerita Dayana. Dia fikir hidupnya sudah cukup derita. Rupa-rupanya apa yang dialami Dayana lebih merenggut perasaan.

Dayana cuba senyum tetapi hambar. Dia cuba mengembalikan wajahnya yang ceria dan berseri tetapi Eddie masih boleh melihat gambaran duka selepas dia selesai bercerita tentang kisah hidupnya tadi.


"OK. Sekarang saya nak ajar awak cara tulis puisi. Sambil tu kita boleh kongsi bekal yang saya bawa." Dayana seakan cuba mengalih perhatian untuk melupakan apa yang diceritakan tadi. Dia segera mengeluarkan bekas plastik dari dalam beg sekolahnya dan dibuka. Juga botol minuman berisi air kosong.

Eddi pelik melihat roti yang belum pernah dilihat sebelum ini. “Roti apa ni?”

 “Roti butterscotch. Masa saya di Australia saya selalu sarapan dengan roti ni. Tapi di Malaysia susah cari. Atok terpaksa minta kedai kek di bandar tolong buatkan. Lama-lama ramai pelanggan kedai tu yang suka beli roti ni juga.”

“Bata sss... tu apa?” Eddie serba-salah mahu menyebut nama yang belum pernah didengar, apatah lagi disebut dalam bahasa asing itu. Roti dengan bintik-bintik berwarna coklat itu ditatap dengan wajah yang pelik.

“Butterscotch tu sejenis manisan dari luar negara. Masa buat roti dicampur dengan manisan tu. Nah, cubalah. Sedap.” Ujar Dayana sambil mengunjukkan sekeping roti itu kepada Eddie.

Eddie mencapai dan teragak-agak untuk mencuba. Setelah mengunyah dia menggangguk tanda setuju dengan Dayana.

“Lupa nak perkenal diri. Saya Dayana.”

“Saya Ruzaidi.” Sahut Eddie sambil terus mengunyah roti yang cukup menguja deria rasanya.

"Okey, sekarang saya cuba terangkan dalam bahasa Melayu apa yang ada dalam buku ini." Dayana menyelak ke beberapa muka surat pertama buku kuning berkulit tebal itu.

Eddie terus mengunyah roti pelik itu buat pertama kali dalam hidupnya dengan asyik. Sambil itu dia mendengarkan penerangan Dayana seperti seorang guru puisi cilik. Itulah kelas pertama Eddie belajar puisi bersama Dayana, sambil mereka duduk di bangku kayu bervarnis coklat di laman sekolah berteduhkan pohon beringin.






2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?