PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 27 Ogos 2014

CERPEN PSIKOTHRILLER : B.A.R.A.N



B.A.R.A.N


Kampung Semabuk gempar dengan kes pembunuhan di rumah Badron. Tubuhnya ditemui terkulai di kaki tangga awal pagi dengan leher dikelar. Polis tiba di lokasi kejadian setelah isterinya menelefon polis sebaik saja dia ternampak mayat suaminya pagi itu.

Munira tersandar lesu di tangga ketika memberi keterangan. Matanya bengkak dan merah, hingga terasa pedih apabila air mata yang sudah kekeringan dipaksa keluar.

"Saya mula syak sebab dia tak balik-balik sampai hampir waktu subuh. Biasanya paling lewat dia balik  pukul tiga pagi."

"Suami puan ke mana?" tanya polis yang menyoal siasat.

Munira tergamam.

"Dia keluar dengan kawan-kawan."

"Apa dia buat dengan kawan-kawan?"

Munira cuba menyembunyikan tabiat suaminya. Nampaknya dia sudah tidak mampu berselindung lagi.

"Dia main judi. Biasanya balik dalam keadaan mabuk." Tak tergamak rasanya Munira ingin bercerita tentang aib suaminya. Namun dia tiada pilihan.

"Puan perasan apa-apa yang pelik berlaku malam itu?"

"Tak ada." Wajah Munira menggambarkan ketelusan.

"Ada apa-apa yang mencurigakan sebelum kejadian. Mungkin semalam atau beberapa hari yang lepas."

Munira menggeledah kotak memorinya.

"Akhir-akhir ni selalu orang datang cari dia. Biasanya dua orang. Pasal hutang."

"Boleh puan cam wajah mereka?"

"Boleh. Tapi setiap kali datang, orang yang berlainan. Saya syak arwah suami saya ada meminjam dengan Ah Long."

Polis itu galak mencatit dalam buku rekod.

"Encik rasa dia kena bunuh dengan Ah Long?"

Polis itu mengeluh. "Mungkin juga. Apa-apa pun kami akan buat siasatan lanjut."

Munira tiba-tiba beremosi. Dadanya berombak menahan sebak. "Saya terdengar perbualan dia dengan lelaki yang datang ke rumah. Mereka suruh gunakan saya untuk langsaikan hutang. Tapi suami saya tak sanggup libatkan saya. Dia sanggup jadi korban semata-mata untuk selamatkan saya." Suaranya hampir-hampir meraung.

"Puan bawa bertenang. Kami akan cuba yang terbaik untuk selesaikan kes ini."

"Terima kasih encik. Saya harap kematian suami saya akan terbela."

***

Beberapa bulan yang lalu



"Munira! Munira!" Suara Badron dari muka pintu.

"Ya bang." Munira bergegas dari dapur.

"Duduk sini. Aku nak cakap dengan kau." Badron menghempaskan tubuh ke sofa rotan dengan kusyen empat segi. Motif bunga ros memenuhi sarung kusyen dengan latar kuning cair.

"Sekejap ya bang. Munira buatkan air teh O. Munira ada beli kuih."

"Tak payah. Mana handphone kau?" Serius nada Badron.

Munira rasa pelik. Tidak pernah Badron buat begitu. Dia ke bilik untuk mengambil Samsung Smartphone kepunyaannya.

"Nah. Kenapa ni bang?" Munira rasa cuak dengan perubahan sikap Badron.

"Apa password Facebook kau?"

"Mari, biar saya masukkan."

"Tak payah! Biar aku taip sendiri."

"Kenapa ni bang? Selama ni abang tak pernah ambil tahu pasal FB saya."

"Itu dulu. Sekarang dah banyak kes berkaitan dengan benda ni. Kau ingat lagi kawan aku Mail? Dia baru lepas bercerai dengan Shamsiah gara-gara Facebook. Diam-diam perempuan tu contact pakwe lama dia. Aku takut kau pun buat benda yang sama. Apa password kau?"

Munira terpaksa menyebut kata laluan Facebook kepunyaannya sambil Badron menekan kekunci di skrin.

"Hai, abang dah mula hilang kepercayaan dengan saya ke? Takkan Shamsiah buat macam tu, abang ingat saya pun nak buat benda yang sama." Sindir Munira.

"Sebab itu aku nak pastikan. Manalah tahu kau dah mula bosan dengan aku." Jawab Badron sambil memeriksa kandungan akaun Facebook Munira.

"Sebab abang sedar saya dah tahu sikap abang yang sebenar lepas kahwin? Macam tu?" Munira tersenyum sinis.

Badron menjegil ke arah Munira.

"Selama ini saya setia dengan abang. Tak pernah pun saya curang selama saya bekerja di pejabat. Hanya disebabkan Shamsiah buat macam tu, abang dah mula curiga dengan saya."

Badron buat tak endah. Dia meneliti status, mesej dan chat Facebook Munira.

"Siapa Razlan, lelaki yang kau layan dalam chat? Bergurau senda bukan main lagi." Telinga Badron mula panas.

"Dia klien syarikat. Dia memang macam tu, kuat melawak. Saya bukannya layan dia pun. Kalau tak percaya, abang baca apa yang saya tulis." Munira membela diri.

"Aku dah agak dah. Dengan Shahril ex kau pun kau bertonyeh." Badron jumpa maklumat baru.

"Ya Allah... bang, dia yang add saya. Bukan saya yang terhegeh-hegeh. Lagipun kami dah bawa haluan masing-masing. Dia pun dah kahwin bang."

"Itu masa mula-mula. Lepas ni kau mula menggatal nak jumpa dia. Dah jumpa mula jatuh cinta semula. Akhirnya minta cerai dengan aku. Betul tak?"

"Astaghfirullah... mengucap bang. Takkan saya tergamak buat semua tu." Munira mula mempersoalkan sikap Badron yang tak masuk dek akal.

"Aku tak kira. Aku nak kau berhenti kerja. Anak-anak jangan hantar ke rumah Kak Timah lagi. Aku nak kau jaga sendiri. Susah sikit kau nak menggatal dengan lelaki lain."

"Abang! Kenapa abang tergamak buat macam ni? Anak kita dah masuk empat bang. Macam mana kita nak bagi makan kalau saya berhenti kerja?"

"Aku ada. Aku boleh bagi dia orang makan." Selamba jawapan Badron tanpa berfikir panjang.

"Gaji abang jaga kebun Pak Abas tu berapa sangat. Anak-anak makin membesar. Nak guna duit untuk sekolahkan mereka, makan lagi, bil-bil lagi." Munira cuba mengubah fikiran Badron.

"Kau pekak ke apa? Aku kata aku boleh, bermakna aku bolehlah!" Badron bengang.

"Keputusan aku dah muktamad. Kalau kau degil juga, aku kerjakan kau cukup-cukup. Biar kau tahu penangan jantan tangan aku ni!" Ugut Badron sebelum meninggalkan rumah.

Munira terjelepuk di lantai dengan air mata bercucuran. Deruman motosikal nyaring kedengaran di luar. Kemudian bunyi itu semakin sayup sebelum menghilang.

***

"Munira! Apa yang kau hidangkan ni?" Lantang suara Badron di meja makan. Tudung saji masih berada di tangan kirinya.

"Itu sajalah yang ada bang. Saya dah minta duit belanja, tapi abang tak bagi lagi. Beras pun dah nak habis." Jawab Munira sambil memerhatikan Badron.

"Ikan masin aje kau hidang. Aku kerja penat-penat membanting tulang, ini saja yang kau hidang? Memang dah melampau!" Badron menghentak meja.

Perasaan Munira bercampur baur. Sebahagian dirinya bimbang Badron akan bertindak lebih ganas. Namun sebahagiannya geram dengan sikap lelaki itu. "Itulah, dulu saya dah kerja elok-elok, abang suruh berhenti. Kononnya hasil kerja kebun tu cukup nak tampung kita dan anak-anak. Sekarang macam mana?" Munira tega memulangkan paku buah keras.

Dengan sekelip mata pinggan melayang ke lantai. Bersepai kaca yang berselerak ke merata pelusuk dapur. "Kau jangan nak salahkan aku! Kalau tak kerana kau yang menggatal dengan jantan lain, takkan jadi macam ni. Tau tak?" Dalih Badron.

"Oh, jadi semuanya salah sayalah ya? Salah saya atau cemburu buta abang tu yang tak bertempat? Nak buat macam mana. Mahu tak mahu, terpaksalah kita tanggung semua ni. Lainlah kalau abang benarkan saya bekerja semula." Sindir Munira.

"Ah! Sudahlah! Malas aku nak layan kau. Kau ingat aku tak tahu semua ni helah kau? Aku berambus lagi baik." Badron angkat punggung dan beredar. Deruman motosikal nyaring sebelum semakin lama semakin sayup kedengaran dan menghilang.

***

Munira menunggu di ruang tamu. Jam sudah menunjukkan jam dua pagi. Tidak lama kemudian kedengaran deruman motosikal di pekarangan rumah.

"Lewat abang balik." Suara Munira sebaik saja Badron tercongok di muka pintu.

"Sejak bila kau pandai ambil tahu pasal aku? Aku nak balik ke, aku tak nak balik ke, suka hati akulah." Badron tercegat di depan Munira dengan bau roti masam yang begitu kuat dan meloyakan.

"Sejak bila abang pandai mabuk ni?" Munira mula  berang dengan perubahan sikap suaminya.

"Buat apa kau tunggu aku. Pergilah masuk tidur. Menyibuk je!" Badron melangkah dengan terhoyong-hayang. Kesan minuman yang diteguk masih bersisa.

"Saya nak tunggu abang sebab saya terjumpa benda ni. Ni apa bang?" Munira memegang sekeping kertas di tangan.

"Nombor ekor. Itupun tak tahu?" Selamba jawapan Badron.

"Memang saya tahu ini nombor ekor. Tapi kenapa bang? Kenapa abang terlibat dengan benda haram ni?"

"Benda haram?" Badron ketawa sinis. "Dengan benda haram itulah aku dah beli macam-macam. Untuk sumbat perut kau dan budak-budak tu." Badron terus ketawa.

"Astaghfirullah... tergamak abang. Benda ni jadi darah daging bang." Munira mula sebak.

"Rimas aku dengan kau ni. Bila tak ada duit sibuk nak duit. Bila dah bagi, bising pulak. Duit haramlah, darah daginglah. Bosan! Aku nak tidur." Badron menuju ke bilik tidur dengan gaya berjalan yang bengkang-bengkok.

Munira hilang rasa mengantuk. Dia bersandar di sofa tanpa sebab. Dia membiarkan fikirannya hanyut dengan penderitaan hidup yang sedang dialami.

***

Munira bersandar lesu di tangga. Kepalanya bisa dengan rasa berdenyut-denyut yang amat menguji. Begitu juga dengan tubuhnya yang terasa lesu dan lemah.

"Kau tak makan Munira?" tanya Fauziah, kakak iparnya yang baru tiba.

"Tak lalu kak. Bila makan, muntah. Makan, muntah. Sampai dah tak larat saya ni." Jawab Munira dengan wajah yang pucat.

"Kau nak ke klinik? Kami boleh hantarkan." Kata Hamzah.

"Tak payahlah bang. Saya bukan ada duit. Mana cukup nak bayar kos perubatan nanti."

"Tak apa, kami boleh tolong bayarkan. Lagipun kita kan adik-beradik." Kata Hamzah.

Fauziah mengeluh. "Kesian akak tengok kau. Semakin lama kau hidup dengan Si Badron tu, makin banyak dugaan kau anak-beranak."

"Dah jodoh kak. Dah tersurat semuanya."

Hamzah ketawa sinis. "Kau kata jodoh itu sudah tersurat. Kalau begitu, kenapa kau ketepikan restu orang tua kau? Tentu kau akan berkahwin juga dengan dia akhirnya kalau sudah jodoh."

"Abang, Munira tengah sakit. Janganlah cakap macam tu." Fauziah tidak setuju dengan tindakan suaminya.

"Restu ayah dan mak penting Munira. Tapi dulu kau mabuk dengan arak cinta. Kau khayal dengan dadah asmara. Sampai lubuk dalam pun kau sangka lopak. Jurang maut kau kata kolam ikan." Hamzah tega bermetafora dengan sindiran tajam.

Munira tidak beremosi. Kata-kata itu sudah tidak berkesan lagi dengan apa yang dia alami.

"Sekarang dua-dua dah tak ada lagi. Bagaimana kau nak minta maaf dengan perbuatan kau yang membelakangkan mereka dulu? Kau sanggup pergi bernikah di Siam semata-mata kerana nak berkahwin dengan Badron, buah hati pengarang jantung kau. Kau sanggup tengok ayah dan mak menanggung malu akibat perbuatan kau!" Nada Hamzah mula berubah.

"Abang," Fauziah cuba memujuk.

"Kau ingat kau sorang saja yang menanggung sikap laki kau tu? Sudahlah memalukan dengan perangai kaki minum, tahi judi. Mulut lancang pulak tu. Kau ingat aku tahan duduk berjiran dengan kau?"

"Apa yang abang merepek ni?" Fauziah cuba meredakan kemarahan suaminya.

"Awak tak ingat apa dia cakap masa lembu kita terlepas masuk ke kebun dia? Ada ke patut dia kata lembu tu tak masuk ajar, macam tuan dia. Aku ni pangkat abang, lebih tua daripada dia. Tak reti hormat orang langsung. Aku ni jenis malas bergaduh. Kalau aku ikutkan baran aku macam dia, mampus dia aku kerjakan!"

"Bang, bawa mengucap." Fauziah belum putus asa cuba memujuk.

"Kalau aku tak fikirkan kau ni adik aku, dah lama aku belah. Cari rumah lain. Aku bimbang kalau aku dah tak ada kat sini, entah apa yang dia buat dengan kau dan anak-anak. Sepak terajang agaknya. Kalau jadi apa-apa pada kau, aku tak mahu dipersalahkan nanti. Sebab tak ambil tahu hal adik-beradik sendiri."

Fauziah sudah tidak berkata apa-apa lagi.

"Aku ingat lagi Si Siti, masa dia menumpang rumah kau balik dari asrama dulu. Ada ke patut dia mengutuk budak tu? Dia kata Siti tu membuta saja tau, tak reti menolong kerja rumah. Budak tu penat naik bas dari Utara, nak berehat. Tapi mulut dia lancang semacam. Haish!" Hamzah mula beremosi.

Munira bersandar lesu tanpa respons. Tiada siapa mengetahui jiwanya yang meraung dan meratap dengan kata-kata Hamzah sebentar tadi.

***

"Helo!" Suara lelaki dari pekarangan rumah.

"Helo!"

Munira masih jalu akibat tertidur di ruang tamu tengah hari itu.

Dia bingkas bangun dan mengintai dari tingkap. Seorang lelaki Cina gempal dan seorang lelaki Melayu bertubuh sasa tercegat di laman.

"Ada apa?" Munira berdiri di muka pintu.

Lelaki cina berwajah serius itu tadi terus tersenyum. "Hai amoi cantik manis. Ini rumah Badron ka?"

"Ya, ini rumah Badron. Ada apa hal encik cari suami saya?"

Lelaki cina itu memandang lelaki yang menemaninya.

"Wah, lu bini Badron ah? Wa... banyak cantik ooo... Kenapa Badron tak beritahu saya bini dia manyak cantik."

Kedua-dua lelaki itu ketawa. Munira mula curiga.

"Kenapa ni encik? Ada masalah?"

"Tak ada apa-apa. Cuma... Badron ada pinjam duit dengan saya. Sampai sekarang belum bayar. Sudah berapa bulan ooo... Tapi tak apa. Kalau dia balik, beritahu dia saya ada baik punya proposal." Lelaki cina itu ketawa lagi.

"Saya balik dulu ya?" Lelaki cina itu ketawa lagi sambil memerhati Munira dari hujung rambut hingga hujung kaki. Berulang-ulang kali.

"Huyooo! Manyak cantik woo..." suara lelaki Cina itu sebelum dia dan pengiringnya lenyap di dalam perut kereta BMW biru muda metalik.

***

Munira sukar melelapkan mata awal pagi itu. Telinganya terngiang-ngiang dengan suara lelaki sedang berbual. Mungkin juga bertengkar. Dia bingkas bangun dan mengintai dari tingkap.  Dia ternampak kelibat tiga orang lelaki dalam suram simbahan cahaya lampu di laman.

"Aku tak ada duit. Betul! Aku tak tipu!"

"Itu bukan masalah kami. Yang penting hutang sampai sekarang kau belum bayar sesenpun. Dah masuk lima bulan dah. Belum campur bunga lagi."

"Tolonglah. Bagi aku masa sikit lagi."

"Berapa banyak masa kau nak? Sampai berjanggut? Sampai kau dah masuk kubur?"

"Tolonglah... A-aku tengah terdesak ni."

"Yang itu aku tak nak ambil tahu. Sekarang ni Lim bagi kau kata dua. Sama ada kau bayar penuh dengan bunga sekali atau kau bawa bini kau jumpa dia.. Kalau tak, kau..." Lelaki itu membuat isyarat tangan memotong leher.

"Tolonglah... tolonglah... aku tak sanggup libatkan bini aku. Tolonglah..." Rayu suara lelaki yang sedang melutut.

Lekas-lekas Munira ke bilik sebelum ada sesiapa yang sedar perbuatannya.

***

Petang itu Munira menunggu Badron balik dari kebun.

"Bang, saya nak cakap sikit. Ada hal yang sangat penting." Kata Munira.

"Apa dia?" Kasar suara Badron sambil menanggalkan kasut yang dibawa ke kebun. Comot dengan tanah dan peluh.

"Saya nak minta cerai."

Badron menjegil Munira. "Kau dah hilang akal?"

"Saya masih waras bang. Sebab itu saya nak minta abang lepaskan saya. Saya minta dengan cara baik, dan saya harap abang lepaskan saya dengan cara baik."

Badron ketawa. Lantang. "Kau ingat senang-senang aku nak lepaskan kau?"

"Cukuplah abang siksa saya dan anak-anak. Biarlah kami bawa haluan yang berlainan dengan abang. Kalau abang tak nak buat kerana diri abang, abang buatlah demi anak-anak. Mereka ada hak untuk hidup dengan cara yang lebih baik. Bukan macam ini." Pujuk Munira.

"Hei perempuan $^#&@!, kau ingat aku tak tahu tujuan kau? Kau nak aku lepaskan supaya kau dapat cari jantan lain kan? Konon-konon untuk anak-anak. Hah! %^<*@# punya perempuan!"

Munira masih mampu menahan sabar. Dia memeluk kaki Badron dengan erat. "Abang, saya merayu sekali lagi. Tolonglah lepaskan saya. Saya tak sanggup lihat perbuatan abang pada saya dan anak-anak lagi. Tolonglah bang!" Teresak-esak Munira.

Badron menolak Munira sebelum menerajang bahu wanita yang lemah itu sekuat hati.

Badron ketawa seperti orang gila. "Aku tak akan lepaskan kau! Biarpun aku terpaksa gantung kau tak bertali, aku akan lakukan. Tapi jangan harap aku akan lepaskan kau macam tu saja."

Ketawa Badron masih kedengaran setelah dia beredar ke dapur.

Munira hanya mampu merembeskan air mata sambil mengurut bahu yang terasa sengal dan berdenyut-denyut.

***

Munira tersentak dengan bunyi pintu kereta polis yang ditutup dengan kuat. Dia hanya memerhati kereta itu berlalu bersama jip yang membawa mayat suaminya pergi dari situ.


Cerpen ini tidak disiarkan sepenuhnya. Sekadar preview di blog.
Harap maklum... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?