PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:


A. NOVEL SOLO





1. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)

Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative.

Sampel bahagian pertama:



Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.

[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6]


2. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)


3. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, OPHELIA (Buku Prima)




B. KOLABORASI PENULIS GBK (BUKU PRIMA & ALAF 21)



1. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Himpunan 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller

ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan)


2. PROJEK SERAM PULAU – FLOR DE LA MAR (Buku Prima)


3. PROJEK SERAM TOYS – SAYANG SYAQILA (Buku Prima)


4. ANTOLOGI CERPEN KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOL 4 - TEKSI (Karangkraf)


5. PROJEK THRILLER VAPE – ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS (Buku Prima)


6. PROJEK THRILLER UBAT – POTRET SYAPUTRA (Buku Prima)


7. PROJEK CINTA PILOT – TAKDIR CINTA IKHWAN (Alaf 21)




C. KOLABORASI UMUM



1. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)


2. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)

Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.


3. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)

Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)


4. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)

Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


5. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)

Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.




D. TERBIT SENDIRI



1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)

Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR


2. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)

Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):


3. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI SINAR (Kausar Kreatif)


4. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI ENTITI (Kausar Kreatif)




D. E-NOVEL & NOVELET



1. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI

Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]


2. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI

Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.

[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT

Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...

[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]


4. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


5. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.

Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


6. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham .

[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


7. KISAH SERAM MISTERI, MISTIQ

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di blog ini.


7. KISAH EPIK FANTASI SERAM, HUTAN SEMAMBU KUNING

Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Portal Ilham.




E. LAMAN FACEBOOK


1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR

Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

[Klik untuk berkunjung]




2. Lain-lain:

Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.

Selamat membaca ^_^
Cheerio!

~ Salleh Kausari

8 Disember 2019


Rabu, 17 September 2014

CERPEN BERSIRI : WAK PARJO BOMOH ULAR

WAK PARJO BOMOH ULAR



Kampung Semambu Kuning
3.15 Pagi


Musa terkejut. Peluh dingin mengalir di seluruh tubuhnya macam hujan.

"Alhamdulillaaah... Mimpi rupanya!" Mukanya disapu dengan tangan yang baru lepas ditadah dengan gaya berdoa.

Mengenangkan mimpi itu semula menyebabkan tubuhnya terasa seram sejuk. Mimpi yang terasa begitu jelas, seolah-olah benar-benar telah dia alami.

‘Apa maksud mimpi itu? Adakah aku yang akan mengalaminya? Atau mungkin orang lain?’ Musa dilanda pelbagai soalan yang bertubi-tubi. Mindanya mula letih memikirkan hal itu, hinggalah dia tertidur semula.

Sebelum terlena dia sempat menjeling adiknya Haron yang sedang tidur berdengkur macam serombong kereta api yang sudah tiba masa untuk diservis.

Akhirnya kantuk datang menjengah macam gadis pingitan yang memagut ciuman di pipinya. Musa terlena sampai ke siang.

***

Cuti sekolah tiba lagi. Rutin budak Kampung Semambu Kuning musim cuti ini adalah mengaji di rumah Pak Andak Dolah. Isterinya Mak Munah memang pandai mengaji. Masa muda-muda dulu kalau dengar dia mengaji, memang cair jantung jejaka kampung yang kemaruk cinta dengan dengan testosteron sedang meracau. Kalau hendak dibandingkan dengan zaman ini, lebih kurang macam suara Siti Nurhaliza masa anak dara dulu. Selepas Siti sudah berkahwin suaranya pun sedap juga, tapi berlainan sedikit.

Berbalik semula kepada cerita Musa dan Haron, mereka terbangun lewat pagi itu. Biasanya Musa yang mengejutkan si Haron, tapi disebabkan mimpi malam tadi dia terbabas. Lintang pukang budak berdua ke rumah selang beberapa rumah di sebelah rumah mereka. Hinggakan Musa terlupa tentang mimpi awal pagi tadi.

Pulang dari kelas mengaji, mereka tidak terus pulang ke rumah. Sebaliknya mereka pergi ke tepi sungai. Ketika itu baru Musa teringat semula mimpi malam tadi.

"Haron, kau nak dengar tak pasal mimpi aku malam tadi?" kata Musa sambil mencangkung di gigi air.

"Alah abang ni! Kan kita dah beritahu jangan panggil nama tu lagi. Mulai sekarang panggil Aaron. Macam Aaron Aziz."

Musa mengejek. "Muka macam ikan kering yang Mak Lijah jemur depan rumah dia, ada hati nak panggil Aaron." Dia ketawa terbahak-bahak hingga meleleh air mata.

"Nama Haron tak best ah! Aaron lagi sedap."

"Suka hati kaulah Aaron ikan kering Mak Lijah." Musa ketawa lagi.

Haron bengang. Matanya melilau melihat ke tanah. Dia mencapai sesuatu.

Kelekuk!
Musa ketawa sampai terkejip-kejip matanya hinggakan dia tidak perasan ada batu melayang dan hinggap di dahinya. Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Terus dicapai dengan tangan dan dia nampak cairan likat merah melekit pada jari telunjuk dan jari hantu.

"Kau kenapa Haron? Kan dah luka kepala aku!" Musa berang.

"Ketawalah lagi." Cabar Haron sambil bercekak pinggang.

Musa lekas-lekas mencuci luka dengan air sungai. Dia berkira-kira ingin mencapai batu sebesar penumbuk untuk membalas dendam. Biar kepala Aaron dengan muka macam ikan kering Mak Lijah pun berdarah juga.

Hasratnya terbantut apabila pandangannya dilemparkan ke seberang sungai. Beberapa ekor kucing sedang memerhatikannya tanpa bergerak-gerak.


"Balinglah! Balinglah!" Haron terus tega mencabar.

Musa terkaku. Dia hanya melihat kucing-kucing itu tanpa berkelip. Mimpi malam tadi singgah lagi. Bulu romanya segera meremang seperti lalang yang terpacak di seberang sungai.

"Tengok apa?" Haron terasa pelik.

"Tu." Musa memuncungkan bibir ke seberang sungai.

"Tak nampak apa-apa pun." Melingas mata Haron.

Segera Musa berpaling kepada adiknya sebelum memandang semula ke seberang sungai. "Tak nampak apa-apa kau kata? Tu ap...."

Musa tergamam. Baru beberapa saat tadi dia nampak beberapa ekor kucing, tapi sekarang sudah lenyap. Tiada tanda kucing-kucing itu beredar ke tempat lain.

"Jom balik ah bang. Kita tak sedap hatilah." Air muka Haron berubah.

"Kau tak nampak?" Musa masih inginkan kepastian.

Haron tidak buang masa. Terus ditariknya tangan Musa. "Jom ah balik!"

"Sekejap. Aku tak puas hati." Budak itu terus merentas sungai dengan menapak di atas bonggol-bonggol batu yang merentangi sungai.

"Bang! Baliklah!" Haron menjerit hingga nampak anak tekaknya.

"Kau nak balik, baliklah dulu!" Musa sudah tiba di seberang.

"Hish!" Haron hentak kaki. Tidak berapa lama kemudian dia sudah berada di belakang Musa.

"Mana kucing tadi?" Musa seperti tersampuk.

Haron sudah tidak mampu bersuara. Perasaannya bercampur baur.

"Ikut jalan ini agaknya?" Musa ternampak denai yang hampir diliputi rumput kerana terlalu lama tidak digunakan.

Haron macam hilang akal. Dia hanya mengekori Musa. Mereka berjalan dan berjalan, tapi masih tiada kelibat kucing-kucing yang dilihat tadi.

"Bang! Baliklah!" Akhirnya Haron bersuara.

"Jom," Musa putus asa setelah usahanya menjejak kucing-kucing tadi gagal.

Mereka berpatah balik mengikut arah denai tadi.

"Bang, kenapa nampak lain tempat ni? Mana sungai?" Haron mula syak selepas mereka menapak agak lama.

"Kita sesat." Musa terpaksa mengaku dalam keadaan jantung yang berdegup kencang.

"Macam mana ni? Takkan boleh sesat!" Haron mula panik.

"Diamlah dik. Jalan je." Musa cuba menyedapkan hati Haron, sedangkan dia sendiri sudah mula cemas.

Dalam kekalutan, Musa ternampak seekor kucing tercongok di dalam semak.

"Dik, ikut sini." Musa mengorak langkah dan Harun menuruti di belakang.

Mereka tiba di pekarangan sebuah rumah kayu dengan warna asal yang disapu barnis. Beberapa buah sangkar berderet di depan rumah. Haron menghampiri salah satu sangkar setelah melihat ada benda bergerak di dalamnya dengan corak batik.

"Ular!" Haron bertempik menyebabkan Musa terkujat.

"Shhhh! Bising ah!" Musa bengang sambil buat isyarat jari.

Hampir terbeliak biji mata Musa apabila dia ternampak seorang tua tercongok di tingkap. Dia tidak berbaju, hanya memakai kain pelikat lusuh. Tubuhnya gempal berisi sawo matang dengan rantai yang dibuat daripada gigi binatang. Rambut, misai dan janggutnya berserabai dengan uban yang sudah mula mendominasi ruang.

"Buat apa kat sini?" tanya lelaki itu.

Kaki Haron sudah menggigil. Lututnya terasa seperti agar-agar yang akan merebahkan tubuhnya bila-bila masa saja. Suaranya tersekat di kerongkong, seperti kahak kental yang enggan berganjak walaupun setelah berdehem berkali-kali.

"Kami... s-s-sesat." Musa bersuara tapi tersekat-sekat.

Beberapa ekor kucing menggesel-gesel kaki lelaki itu dengan bunyi mengiau yang manja. Ekor kucing-kucing itu meliuk lintuh bak lilin ditiup angin.

"Mari naik!" Suara lelaki itu agak kasar, tapi Musa tahu itu sememangnya suara kebiasaan lelaki itu.

Kawasan ruang tamu nampak ringkas. Tiada hiasan seperti langsir dan kusyen sofa yang menarik perhatian. Semuanya lusuh dan sudah dimamah usia. Sebuah rak dipenuhi dengan balang kaca pelbagai jenis. Kebanyakannya adalah botol jem atau bahan makanan lain yang diguna semula. Cecair jernih memenuhi balang-balang itu.

"Dari mana?" suara garau lelaki itu dengan muka serius. Bertambah kecut perut Haron dibuatnya.

"Kampung seberang sungai. Semambu Kuning."

Lelaki itu tersenyum. "Wak selalu pergi sana. Orang selalu berubat dengan wak."

"Siapa nama wak? Kenapa wak simpan ular banyak?" Musa memberanikan diri.

"Wak Parjo. Ular tu untuk berubat. Bisa ular banyak gunanya."

"Apa guna bisa ular?" Haron pun nampaknya sudah mula berani bersuara.

"Ubat. Ubat sakit. Buat tonik." Selamba jawapan Wak Parjo sambil mengusap kucing betina yang nampaknya begitu manja. Kepalanya digesel ke peha Wak Parjo sambil mengalunkan suara yang lunak.

"Wak Parjo tinggal sorang-sorang?" tanya Musa.

Lelaki itu angguk.

"Kenapa wak tinggal jauh dalam hutan?" Haron pula bersuara.

"Ramai yang takut dengan ular ni. Sebab tu wak tinggal jauh dari kawasan kampung." Wak Parjo khusyuk membelai bulu kucing yang bertompok-tompok dengan warna putih, kuning dan hitam.

Seekor kucing turut menghampiri Haron, lalu dia memberanikan diri membelai kucing dengan bulu putih dan mata kelabu. "Comel kucing wak." Katanya.

"Wak bawa semua kucing ni ikut wak tinggal kat sini. Asalnya dua ekor je. Beranak-pinak sampai dah nak masuk berbelas ekor."

Buat seketika mereka khayal melayan kucing-kucing yang nampaknya begitu jinak.

“Lain kali jangan datang ke sini.” Pesan Wak Parjo.

“Kenapa?” tanya Haron.

“Dalam hutan ni banyak benda halus. Mereka suka cari budak-budak macam kamu.”

“Benda halus?’ Haron belum faham.

“Alah, macam hantu susu. Orang bunian. Jin. Kan wak?” Musa bangga mempamerkan pengetahuannya.

Wak Parjo angguk.

“Mata selalu jadi mangsa. Sekali pandang lain. Pandang sekali lagi, nampak benda lain. Lebih baik jangan pandang langsung.” Pesan Wak Parjo lagi dengan maksud yang masih belum difahami budak berdua sepenuhnya.

Dengan serta-merta Musa teringat mimpinya malam tadi.

"Wak pandai tafsir mimpi?"

"Mimpi? Mimpi apa?" Berkerut dahi lelaki itu.

Musa meneguk liur. Emosi semasa mimpi itu kembali.

"Saya mimpi kena kejar ular. Banyak. Saya lari masuk dalam rumah, tapi semua ular tu kepung saya. Saya tengok ular dah makin rapat. Tiba-tiba datang kucing. Banyak. Semua ular kena bunuh. Lepas tu saya terjaga."

Wak Parjo hanya menjeling wajah Musa menyebabkan bulu roma budak itu meremang lagi, seperti masa dia ternampak kucing di tepi sungai tadi.

Akhirnya orang tua itu bersuara. "Wak pun pernah kena macam tu dulu. Tapi..."

"Wak selamat." Haron menyambung ayat lelaki itu.

Wak Parjo tidak menjawab. Sebaliknya dia terus bangun dan ke dapur.  Musa dan Haron mula berpandangan bersama riak wajah tertanya-tanya dengan perbuatan lelaki misteri bernama Wak Parjo.

Berderau darah Musa apabila dia ternampak Wak Parjo muncul bersama sebatang parang panjang. Haron yang bersandar dengan bertongkatkan tangan sudah terlentang. Lekas-lekas dia duduk tegak semula.

"Lekas ikut wak. Wak hantar korang balik. Kalau lambat nanti senja, susah nak nampak jalan." Lelaki itu memakai kemeja lusuh dan melilit kepala dengan kain. Parang disematkan ke dalam sarung yang terikat di pinggang.

Sebelum meninggalkan rumah, Musa sempat melihat kucing yang begitu banyak berkeliaran di dalam dan luar rumah. Begitu juga ular yang melingkar di dalam sangkar dengan berbagai corak dan saiz. Entah mengapa timbul rasa ngeri mengenangkan akibat sekiranya semua ular itu terlepas. Seperti dalam mimpinya.

Sepanjang perjalanan, Musa masih tertanya-tanya tentang Wak Parjo. Lelaki itu tidak bercakap sepanjang perjalanan.

‘Macam ada sesuatu yang pelik dengan Wak Parjo ni. Kenapa dia bergegas hantar kami berdua balik lepas aku ceritakan tentang mimpi aku? Jangan-jangan dia takut kalau benda halus kacau aku dan Haron lagi.’ Musa menyedapkan hati.

Matahari sudah mula redup menandakan hari sudah beransur petang.

'Dah lama juga aku dan Haron tersesat rupanya. Dari pagi dah sampai ke petang. Nasib baik aku jumpa Wak Parjo. Kalau tak sesatlah dalam hutan ni. Entah-entah kena baham rimau. Atau kena sorok benda yang Wak Parjo cakap tadi. Ih! Seriau aku dibuatnya.' Musa melayan perasaan.

Mereka akhirnya tiba di pangkal denai di tepi sungai. Senja sudah mula menyapa.

"Lekas-lekas balik ke rumah. Jangan paling belakang. Terus jalan!" Suara tegas Wak Parjo berbau ugutan.

Musa terlupa mengucapkan selamat tinggal. Namun dia takut hendak berpaling setelah mendengar pesanan lelaki itu tadi.

"Kenapa dia tak bagi kita pandang belakang?" Bisik Haron dengan naluri budak kecil yang ingin tahu. Dia cuma mengintai ke belakang.

"Jangan!" Musa memegang kepala adiknya sebelum sempat dia berpaling.

"Jalan terus!" Sergah Musa. Haron akur dan bergegas mengikut rentak langkah Musa yang lebih pantas daripada biasa.

Sebenarnya Musa juga hampir-hampir memusingkan kepala tadi. Dia teringin sangat melihat apa yang dimaksudkan oleh Wak Parjo, tetapi dia tidak mahu ditipu nalurinya lagi. Naluri yang sama telah menyebabkan mereka tersesat ke dalam hutan di seberang sungai.



Bersambung di grup LAMAN INSPIRASI PENA VR…

Nota:
Cerpen ini disiarkan di blog PENA VR hingga setakat ini saja.
Konklusi kisah ini hanya disiarkan di grup Facebook LAMAN INSPIRASI PENA VR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?