PERINGATAN BERSAMA

Segala hasil karya di sini adalah hak milik penulis. Tiada bahagian yang boleh diciplak (digunakan semula dalam bentuk asal atau telah diubahsuai). Bayangkan kalau itu berlaku pada diri anda. Berkaryalah dengan cara berhemah, bermoral dan kreatif. Jangan ambil jalan mudah hingga menjerat diri sendiri di kemudian hari. Semoga bermanfaat.

~ Salleh Kausari

HASIL TULISAN SALLEH KAUSARI:

A. PUISI
1. ANTOLOGI PUISI SOLO KEMBARA MENCARI PELANGI (Kausar Kreatif)
Sebahagian puisi dalam bentuk asal disiarkan laman Facebook Koleksi Puisi Pena VR

2. ANTOLOGI PUISI RUMAH INI MILIK SIAPA? (Tebuone Press)
Memaparkan tiga puisi oleh Salleh Kausari - Rumah Kau Aku Kita (Rintihan Gelandangan Bumi Merdeka), Pesan Ayah dan Zaman Dulu, Zaman Sekarang.

B. CERPEN
1. ANTOLOGI CERPEN SOLO KEMBARA MENCARI CINTA (Kausar Kreatif)
Sedutan beberapa cerpen (klik judul cerpen):
Stanza Cinta, Ros Merah dan Tofi Epal | Bingkisan Sakura Dari Tokyo (versi video) | Cincin Di Jari | Dalam Sup Ekor Ada Cinta | Selamat Hari Jadi Papa | Kerongsang Suasa Bertatah Zamrud (versi video) | Dulu Benci, Sekarang...? | Ku Bisik Rindu Di Angin Lalu | Saat Aku Lafazkan Akad Nikah | Si Tudung K-pop vs Mamat Kopiah | Listrik Cinta Andromeda | Sangkar Cinta: I Hate You, But I Love You! | Kelipop-kelipop Cinta | Manifestasi Cinta Minah Pom-pom dan Mat Berus | Kisah Norman dan Maisara| Sumpahan Cinta Kohinoor | Elle | Raja Shah Jehan, Bunga Dafodil | Kisah Shania dan Amirul | Apabila Kompang Dipalu | Biar Bulan Jadi Pengganti | Sehelai Sapu Tangan, Sebuah Puisi | Mimpi Cinderella Gebu | Black Widow: Awas Racun Cinta! | Bawang Merah, Cili Api | Menjejak Cinta Hakiki | Abang Bouncer vs Party Girl | Penjara Cinta Di Menara Berduri

2. ANTOLOGI CERPEN JIWA KACAU - GAUN BERDARAH (Karangkraf)

Antologi 27 Cerpen Seram-Misteri-Thriller
Ramlee Awang Murshid - RAUDHAH | Annur Shanana-PELESIT, MISTERI HISTERIA RAMALAN | Maria Kajiwa -NO! PAPA, NO! | Dhieya Adlynna - JAM 3.00 PAGI | Isha Idiaz - HATI DHIA | Zakri Rahman - MAHAKARYA |Indah Hairani - AKU BUKAN SERIGALA |Amer Mukhlis- ASAD | Naim Tamdjis - SAYAP-SAYAP KE SYURGA, CATATAN UNTUK SANG PUTERI | A. Darwisy -GAMELAN, BURAI | Ayim Rifqi - DALANG |Domi Nisa -DENDAM SEORANG LELAKI | Sauriani - BEBASKAN AKU SAYANG | Jia Ariza - GAUN BERDARAH, RINTIHAN AZRINAH | Syafeza Sauli - SOULMATE, KAU MILIKKU, KAKI | Syasya Bellyna - HUJAN RINTIK-RINTIK |Imanisa Riana - AKU TAK TAHU | Salleh Kausari -ENTRI JURNAL SHAHNAZ: AKU BENCI PAPA (klik di sini untuk baca sedutan) |Reeani Annur - LIANA | Nash Azly - TIGA BALA

3. ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH (Rizque Publishing)

4. ANTOLOGI CERPEN 1 WANITA 10 LELAKI (SOP)
Kesinambungan cerpen Lafaz Cinta Yang Aku Cari dari antologi Lebih Indah dalam cerpen Kenangan Cinta Ekspres Rakyat.

5. ANTOLOGI CERPEN SUAMIKU (Terfaktab)
Antologi cerpen humor dan parodi novel berjudul Suamiku termasuk Suamiku, Lakinya, Hubby dan .... (klik di sini untuk baca sedutan)

6. ANTOLOGI CERPEN SARKAS (Bebas Press)
Menampilkan lebih 20 cerpen sarkastik humor termasuk Facebook, Sebiji Epal dan Sebuah Novel (klik di sini untuk baca sedutan)


C. NOVEL

1. NOVEL THRILLER, MISTERI & SERAM, SUMPAHAN LING CHI (Buku Prima)













2. NOVEL INTERAKTIF THRILLER, MISTERI & SERAM, MISTERI MIMPI YANA (Terfaktab)


Novel interakti ini berjaya meraih hadiah utama dalam pertandingan Writers Unleashed - Pencarian Manuskrip Terbaik 2014 anjuran MyCreative. Alhamdulillah.




Nota Penulis: Baca ikut susunan dalam Route Map di atas.
[Komen Pembaca] [Sinopsis] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11-1] [11-2] [12] [13] [14-1] [14-2] [15-1] [15-2] [16] [17] [18] [19][20] [21-1] [21-2] [21-3] [22-1] [22-2] [22-3] [23] [24][25][26]


3. NOVEL KOMEDI ROMANTIK, MISI MONA MENCARI MISTER RIGHT
Sebuah kisah yang menyentuh isu jodoh, pilihan dan usia...
[PROLOG] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33]



4. NOVEL CINTA, KELUARGA DAN DRAMA KEHIDUPAN, KASIHKU SESUCI EMBUN, SETEGUH GLADIOLI
Bab-bab preview telah disiarkan di Ilham Karangkraf.
[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25]



5. NOVEL TRILOGI ROMANTIK THRILLER ROTI BUTTERSCOTCH, SHERBET STRAWBERI
Bahagian kedua dan ketiga novel trilogi ini masih dalam perancangan.
[Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27]

6. NOVEL SAIFAI THRILLER APABILA BUMI BERSUARA.
Novel bertema alam sekitar ini masih dalam proses pembaikan


D. NOVELET

1. KISAH FANTASI, FANTASIA IZARA
[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]

2. KISAH AKSI SAIFAI, MUTASI GEN-X
Bab-bab pertama kisah ini telah disiarkan di Ilham Karangkraf.
[Pengenalan] [Prolog] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]



E. LAMAN FACEBOOK
1. GRUP PEMBACA LAMAN INSPIRASI PENA VR
Komuniti pembaca karya Salleh Kausari

2. Lain-lain:
    Apa-apa perubahan atau tambahan akan saya maklumkan di sini.
    Selamat membaca ^_^
    Cheerio!
    ~ Salleh Kausari
    25 September 2015

    Tuesday, 19 March 2013

    Roti Butterscotch, Sherbet Strawberi - Bab 21


    Bab 21


    Kau telefon bapak budak perempuan ni untuk dapatkan wang tebusan.” Arah Guntor.

    “Aku? Kenapa aku pulak?” Azad seperti tidak setuju.

    “Rancangan ini buah fikiran kau. Aku cuma bantu jadikan ia kenyataan.” Jawab Guntor.

    “Itu aku tahu. Tapi aku...” Azad cuba berdalih. Dia sangka Guntor akan membuat panggilan itu.

    “Dah jangan banyak fikir lagi. Kau telefon. Pastikan sebut jumlah yang betul. Lima ratus ribu ringgit. Lokasi juga pastikan jelas macam yang kita rancang. Kalau dia banyak cakap, ugut dia. Beritahu anak dia mungkin tak akan dapat diselamatkan kalau dia lambat atau cuba libatkan pihak polis. Faham!” Suara Guntor tegas.

    Azad mengangguk walaupun hatinya merungut kerana tidak puas hati.


    ***

    Eddie, Rostam dan Shah berdiri sambil melihat kertas bersama peta lakaran di atas meja.

    “Belakang kawasan kilang tu ada semak. Guntor dan geng motor tu hanya gunakan kawasan yang ada laluan. Kita akan intip pergerakan mereka dari semak sebelum serbu pada masa yang sesuai.” Rancang Rostam. Gayanya seperti seorang komando yang telah bersara.

    “Kalau ada yang perasan kita sedang mengintip macam mana? Saya risau kalau Qiarra diapa-apakan.” Eddie melahirkan perasaannya.

    “Shah dah buat survey dari awal. Berdasarkan peta lakaran yang dia buat ni, kawasan tu memang sesuai untuk buat intipan. Kamu jangan risau.” Rostam cuba menyedapkan hati Eddie, tetapi rasa risau masih lagi bersarang.

    “Saya ada contact dalam pasukan polis. Mereka akan bekerjasama dengan kita untuk buat persiapan awal sebelum penyerahan wang tebusan.” Rostam cuba meyakinkan Eddie lagi.

    Eddie hanya berdiam diri. Dia cuba meyakinkan dirinya bahawa Qiarra akan dapat diselamatkan sebelum apa-apa berlaku pada gadis itu.

    ***

    Azad bersandar di dinding sambil menyedut dan menghembus kepulan asap di luar bangunan kilang yang terbiar itu. Fikirannya menerawang sebagaimana asap yang merayap di udara bersama bau maung.

    “Mana Guntor bro? Malam ni kan penyerahan wang tebusan? Tak nampak batang hidung pun lagi.” Suara Modred.

    Azad tidak menjawab. Dia sendiri hairan dengan Guntor yang seperti tidak menganggap penting perkara itu.

    “Kalau dia tak datang lagi bagus. Kita kebas semua duit tu.” Jawab Azad dengan selamba.

    “Bahaya bro. Kalau dia cari kita sampai lubang cacing macam mana?” Modred menjawab.

    “Alah. Kau jangan risaulah. Dia mesti muncul punya malam ni. Lima ratus ribu tu bukan sikit. Siapa yang tak nak?” Jawab Azad selepas mencampakkan puntung ke tanah dan memijak untuk memadamkannya. “Aku sebenarnya tengah fikir benda yang lebih besar lagi.”

    “Apa tu bro?” Tanya Modred.

    “Awek tulah. Guntor tak bagi kita sentuh dia. Aku tengah cari masa yang sesuai sebelum Guntor sampai. Kalau dia ada memang melepaslah kita. Kita kena pastikan awek tu tak akan pecahkan tembelang kita pada Guntor. Aku tengah fikir macam mana kita boleh dapatkan duit tu sebelum Guntor tahu hal yang sebenar.”

    “Senang aje tu bro!” Suara Modred teruja.

    Azad segera memandang tepat ke muka Modred. “Kau ada idea?”

    “Kita kan ramai. Kita letak sorang dua untuk cek kalau Guntor dah sampai. Yang lain kendurilah kat dalam gilir-gilir. Bila dia sampai kita berlakonlah. Awek tu kita ikat mulut dia sampai selesai wang tebusan diserahkan.” Modred memberi cadangan sambil menyeringai.

    Azad tersenyum lebar. “Bijak juga kau ni ya Modred.”

    ***

    Sara dan Mimi telah pergi ke rumah Qiarra setelah pulang berjumpa ibu bapa masing-masing. Keresahan jelas terbayang di wajah mereka kerana risau memikirkan nasib yang sedang menimpa Qiarra. Mereka duduk sambil memerhatikan gelagat orang tua Qiarra.

    “Hati-hati bang,” pesan Datin Maznah sambil menyerahkan beg yang sarat berisi wang kertas.

    “Awak doakan semuanya selamat. Yang penting Qiarra akan kembali ke pangkuan kita tanpa cacat cela.” Jawab Datuk Hafizudin dengan suara yang tenang, walaupun jiwanya bergelora mengenangkan nasib anak gadis tunggalnya.

    “Insya-Allah bang. Saya doakan abang dan Qiarra akan selamat pulang ke rumah.”Ada nada cemas dalam suara Datin Maznah.

    ***

    “Macam mana ni bro? Batang hidung Guntor pun belum nampak lagi ni!” Rungut Modred.

    “Baguslah. Kau suruh orang kita berjaga kat kawasan masuk ke bangunan ni. Kita bergilir-gilir jaga di depan.” Arah Azad.

    “Baik bro.” Jawab Modred sambil meluru masuk.

    “Eh! Yang kau tak sabar-sabar nak masuk ni apasal?!” Sergah Azad.

    “Apa lagi bro... dah kebulur ni.” Jawab Modred sambil tersengih.

    “Jangan nak mengada-ngada. Biar aku yang rasmikan. Banyak cantik muka kau!” Modred terhegeh-hegeh keluar semula mendengar kata-kata Azad. Mahu tak mahu dia terpaksa beralah.

    Azad menuju ke arah Qiarra. Jiwanya bergelora mengenangkan saat-saat indah yang tiba juga akhirnya setelah sekian lama dia menunggu dengan penuh kesabaran.

    Azad berdiri sambil memerhatikan Qiarra yang duduk tersandar dalam keadaan terikat di tangan, kaki dan mulut. Gayanya persis seseorang yang sedang memerhatikan hidangan lazat yang terhidang di meja sebelum ia dibaham dengan rakus.

    Sambil melutut dia berbisik pada Qiarra, “Kalau cik adik sayangkan muka cik adik, jangan cuba menjerit atau buat kecoh. Kalau jadi apa-apa, bapak cik adik yang akan sampai malam ni pun akan menerima nasib yang sama.” Ugut Azad.

    Berderau darah Qiarra mendengar kata-kata Azad. Lebih mengerikan, bapanya juga mungkin menerima nasib yang sama.

    Azad meleraikan ikatan mulut Qiarra. Dia merapatkan hidungnya ke leher Qiarra hingga hampir-hampir bersentuhan.

    “Wanginya bau cik adik. Dari pagi sampai dah malam masih harum lagi. Mesti mahalkan perfume ni?” Usik Azad.

    Qiarra cuba mengawal tubuhnya yang sudah mula menggigil. Dia rasa seperti mahu menjerit tetapi dia tahu perbuatan itu hanya akan mendatangkan akibat buruk kepada diri dan bapanya.

    Azad mula mengelus-elus betis Qiarra hingga ke buku lalinya. “Lembut betul kulit cik adik. Halus dan gebu.”

    Qiarra terasa seperti ingin menitiskan air mata dalam ketakutan yang sudah tidak mampu digambarkan lagi. Dia masih tidak percaya ini semua berlaku akibat kedegilannya selama ini. Jemari Azad yang kasar dan hangat menyentuh tubuhnya menyebabkan bulu romanya meremang bersama tubuh yang kedinginan.

    “Relaks cik adik. Abang akan lakukan perlahan-lahan supaya tak rasa sakit, okey?” Bisikan lembut Azad di telinga Qiarra hingga kehangatan nafas lelaki itu terasa berhembus di rongga telinga Qiarra.

    Qiarra tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Dia hanya mampu berharap sesuatu akan berlaku dan menamatkan penderitaan yang sedang ditanggung ini.

    ***

    Eddie tiba di lokasi dengan kereta BMW biru bersama Rostam dan Shah. Kereta itu diparkir agak jauh di kawasan yang tersembunyi. Mereka menunggu pihak polis tiba sebelum memulakan rancangan. Mereka dibenarkan menyertai operasi itu dengan syarat tidak mengganggu tugas polis dan berada jauh dari kawasan bahaya.

    Semak di belakang kilang yang agak tebal itu diredah dalam samar-samar cahaya senja yang masih meremang. Tentera nyamuk mula berdesing di telinga dan ada yang sudah melancarkan serangan di muka, leher dan lengan. Nyanyian cengkerik seperti mengiringi misi mereka malam itu.

    Dalam samar-samar cahaya senja, kelihatan beberapa tubuh sedang mengawasi kawasan pintu masuk ke bangunan yang sudah usang. Pasukan polis sedang memastikan keselamatan mangsa sebelum mereka boleh membuat tindakan selanjutnya.

    ***

    Azad dapat rasakan gejolak nafsunya yang sudah tidak mampu dibendung lagi. Menyentuh betis gadis yang mulus dan kedinginan itu menghantar signal ke seluruh tubuhnya untuk bertindak dengan lebih agresif. Lengan Qiarra mula disentuh oleh jemari jantannya.

    “Akhirnya dapat juga aku jadikan kau cikaro aku. Inilah saat yang paling indah dalam hidup aku.” Suara Azad yang dalam sambil dia mengusap jemari Qiarra yang lembut dengan tangannya. Wajahnya menyentuh rambut Qiarra sambil menghidu aroma yang amat membangkitkan gejolak naluri lelakinya. Dia tidak rakus meratah hidangan yang sedang dihadap, sebaliknya dia mengambil masa menikmati setiap detik dengan permulaan yang santai.

    Tangannya baru saja ingin meneruskan tindakan yang selanjutnya apabila rancangannya terbantut.

    Kedengaran suara yang bergema dari hailer atau pelaung suara. Kawasan itu telah dikepung oleh pihak polis. Azad dapat lihat beberapa anggota gengnya telah diberkas oleh polis di kawasan pintu masuk ke gudang. Tanpa membuang masa Azad membuka langkah dan melompat keluar melalui tingkap yang ternganga tanpa daun tingkap.

    Celaka betul! Macam mana Guntor boleh tahu polis akan serbu tempat ni?! Rungut Azad sambil mengatur langkah seribu menyusup di celah-celah semak.

    ***

    Rostam, Shah dan Eddie menunggu di celah-celah semak sambil pihak polis menyerbu tempat itu. Dalam cahaya suram itu mereka melihat satu tubuh sedang meluru menuju ke kawasan semak tidak jauh dari tempat mereka duduk. Eddie sudah bersedia untuk mengejar.

    “Jangan tinggalkan tempat ni. Bahaya!” Rostam cuba menghalang Eddie.

    Tetapi Eddie tidak mengendahkan amaran Rostam dia terus berlari mengejar kelibat yang dilihat tadi.

    Eddie menyusup di celah-celah semak mengekori tubuh yang dilihat tadi. Lelaki itu berjaya menyeberangi kawasan bersemak dan mula memecut laju. Eddie cuba lari selaju yang mungkin. Apabila semakin hampir dengan lelaki itu dia terus melompat dan menerpa ke arahnya. Lelaki itu hilang imbangan dan mereka tertiarap ke tanah.

    Eddie sempat melihat wajah lelaki itu. Ketika itu dia sedar lelaki itu adalah Azad yang mengganggu Qiarra di jalan gelap tempoh hari. “Kau rupanya yang culik Qiarra. Kali ni aku takkan biarkan kau terlepas!”

    Azad bingkas bangun dan cuba lari. Eddie mengejar Azad dan menerpa ke arah kakinya. Azad tersungkur.

    Mereka bergelut dan Azad menumbuk muka Eddie bertalu-talu. “Tak payah tunjuk herolah. Tak serik hari tu kena belasah dengan aku.”

    Dalam kesakitan Eddie melepaskan satu tumbukan padu di perut Azad hingga lelaki itu membongkok menahan kesakitan. “Hari tu bolehlah kau tunjuk terror sebab ada geng kau. Kali ni baru adil. Satu lawan satu.” Eddie melepaskan tumbukan kedua ke perut Azad hingga dia mengerang kesakitan dan tidak mampu bangun lagi.

    Sejurus itu seorang anggota polis tiba dan terus memberkas Azad. Mungkin setelah Rostam memaklumkan kepada pihak polis. Azad dan semua ahli gengnya berjaya diberkas senja itu.

    Eddie segera berlari ke lokasi semula. Dia bertanya pada Rostam, “Mana Qiarra?” Rostam menunjuk ke arah kereta polis yang masih terbuka pintunya. Qiarra sedang berselubung jeket salah seorang anggota polis dengan tubuh yang menggigil kedinginan, sedangkan senja itu agak hangat.

    “Qiarra. Awak okey?” Tanya Eddie sambil melihat Qiarra yang kelihatan teruk dilanda trauma. Dia cuba menjauhkan diri dari Eddie kerana masih dibayangi oleh perbuatan Azad tadi.

    “Qiarra. Ini Eddie, Qiarra. Ini Eddie.” Suara lembut Eddie cuba memujuk.

    Qiarra menatap wajah Eddie dengan riak yang cemas. Setelah beberapa ketika dia mula memeluk Eddie dengan erat bersama esakan tangis yang tidak mampu dibendung lagi. Raungannya begitu hiba dengan ketibaan malam, “Eddie!...”

    “Jangan risau Qiarra. Awak dah selamat.” Pujuk Eddie sambil merebahkan Qiarra supaya gadis itu bersandar di tempat duduk. Setelah beberapa lama Qiarra melelapkan mata dalam kelesuan.

    Eddie membiarkan Qiarra terlena di dalam kereta polis. Wajah gadis itu jelas menunjukkan kekeliruan setelah peristiwa yang menimpanya.

    Ada yang tak kena!” Tiba-tiba Rostam bersuara sambil dia berdiri berhampiran Eddie dan Shah.

    “Kenapa?” Tanya Eddie.

    “Guntor tak ada. Ke mana dia hilang? Macam dia tahu polis nak datang.” Rostam menjawab dengan suara tidak puas hati.

    “Macam mana dia tahu?” Sampuk Eddie.

    “Itu yang menghairankan. Seolah-olah dia tahu rancangan kita. Siapa yang beritahu dia?” Rostam berpeluk tubuh sambil melemparkan pandangan jauh dari tempat mereka berdiri.

    Eddie terdiam. Dia juga hairan dengan keadaan Guntor yang hilang secara tiba-tiba.

    ***

    Datuk Hafizudin tiba ke tempat kejadian selepas setengah jam Geng Azad berjaya diberkas.

    “Qiarra? Mana Qiarra?” Suara lelaki itu dengan tergesa-gesa bertanya kepada pihak polis yang ada di situ. Dia meluru ke arah kereta polis yang dituding oleh seorang anggota polis.

    Rostam dan Shah sudah menunggu di kereta BMW. Eddie baru saja memulakan langkah untuk meninggalkan Qiarra apabila dia melihat lelaki yang tergesa-gesa mencari Qiarra.

    “Qiarra!” Suara lelaki itu apabila dia melihat anaknya berada di dalam kereta polis.

    “Dia tengah tidur Encik. Biarlah dia berehat. Lagipun dia tengah trauma.” Suara Eddie kepada lelaki yang belum pernah dia lihat itu.

    “Kamu siapa?” Tanya lelaki itu.

    “Saya Eddie. Kawan Qiarra.” Suara Eddie sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. “Encik ni ayah Qiarra?” Tanya Eddie setelah tangannya disambut.

    “Saya Datuk Hafizudin. Ya, saya ayah Qiarra. Dia tak apa-apa?” Suara lelaki itu cemas.

    “Alhamdulillah, pihak polis sempat sampai sebelum dia diapa-apakan.” Jawab Eddie.

    “Mana penculik tu! Aku nak ajar dia!” Datuk Hafizudin tiba-tiba beremosi.

    “Sabar Datuk. Semua yang terlibat dah ditangkap. Cuma dalang kes ni yag masih terlepas. Datuk beruntung sebab Qiarra sempat diselamatkan.” Jawab Eddie.

    “Macam mana kamu ada di sini?” Datuk Hafizudin merasa hairan dengan kehadiran Eddie di lokasi itu.

    “Say risaukan keadaan Qiarra. Polis pun dah benarkan kami ikut serta. Ketua geng tadi sempat lari ikut semak. Nasib baik saya sempat kejar dia sebelum dia sempat larikan diri.” Terang Eddie.

    “Terima kasih sebab kamu ambil berat tentang Qiarra.” Datuk Hafizudin mencapai tangan Eddie untuk bersalam sekali lagi, sebagai tanda terima kasih.

    “Dah tanggungjawab saya sebagai kawan. Saya pergi dulu Datuk. Nampaknya semuanya dah selesai.” Eddie meminta diri.

    “Baiklah.” Jawab Datuk Hafizudin.

    Bagus budak ni, bisik hati Datuk Hafizudin sambil melihat Eddie berlalu.

    2 comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Buat saudara-saudaraku di Gaza, Palestin.

    Apa sumbangan kita untuk menunjukkan rasa prihatin kita?